Isnin, 1 Disember 2014

NASI PANGGUNG





 NASI PANGGUNG 
PETANG KELMARIN

Separuh jalan buka, Dapur kena pindah
hujan mula turun renyai-renyai
anak-anak muda, sang penghuni kota
masing-masing bantu mengangkat,
memindah memberi tenaga
tanda setiakawan, tanda cinta yang dibina

Menu & kontributor kongsi makanan minggu ini:-
Tim Dapur Jalanan - Bubur Pulut Hitam
Tim Syed Shahir - Roti Canai / Air Mineral
Tim IACT / Meals4All - Nasi Ayam Berlauk / Kueh
Tim UKM - Roti / Pek Hygiene / Pakaian

MAKAN MALAM 
YANG ENAK
Anak semua bangsa yang bersolidariti, kerja bakti & buat ramai:-
Husin, Fauzi, Aisyah, Fazzy & kawan, Acino mat brikfield
Sabariah & tim UKM, Quincy, Suhana & kawan-kawan dari IACT/Meals4All
Dr Maszlee & keluarga, Awatif, Fitriah & Tim Recycle
Adli & kawan2, Izzudin & awek, Muzammil dari SUUR,
& semua yang hadir, saling tak mengenal, bersetiakawan di Jalan Panggung!

BUBUR PULUT ITAM
Makan belacan sama tenggiri
tambah dengan buah keranji
terima kasih berjumpa lagi
Jalan Panggung sentiasa menanti

DATANG BERATUR
++ Beg Pasar Dapur Jalanan sudah keluar, RM15.00. Boleh dapatkan juga Apron Dapur pakai masak, simpan buat koleksi. Membeli sambil menyumbang RM20.00. Boleh didapati di Jalan Panggung & kroni-kroni terdekat.

DATANG MEMBANTU 
 Untuk maklumat terkini, info-info mengenai kami boleh cari & tekan like Facebook page DapurJalananKualaLumpur & follow twitter - @dapurjalanan & instagram - dapurjalananKL. Cari, follow & LIKE!!

PELAJAR  DARI UKM
 Untuk yang mahu menyumbang boleh masuk ke akaun Dapur Jalanan, 
CIMB: 8001-7278-49 
SPKL Collective

++ Untuk yang ingin sama-sama potong bawang atau sumbang makanan atau apa-apa nak disumbang boleh talipon: 
ezzuandi: 019-267-12-85 
Hadi Khalid: 012-664-88-73

Solidariti untuk miskin kota

PELAJAR DARI  
KOLEJ ICT
PETALING JAYA
Dapur Jalanan Kuala Lumpur
*Makanan Adalah Hak Anak Semua Bangsa*
1 December 2014

-----------

Tiada ulasan: