Isnin, 1 Disember 2014

ANAK MUDA SABAH DAN SARAWAK








KOMENTAR
apa makna berita ini?

makna berita ini ialah:
ada kumpulan anak anak muda
kumpulan jenerasi muda 
di sabah dan di sarawak
mahu negara mereka
sabah dan sarawak
keluar dari malaysia

sentimen mahu merdeka ini
bukan satu yang baru
dari zaman berzaman
dari segi pensejarahan
sabah sarawak berunai memiliki
kerajaan kedaultan  sendiri
kemudian saperti tanah melayu
tanah air mereka dijajah oleh british

projek malaysia ini ialah projek british
projek ini semakin dilihat menuju kegagalan
akhir-akhir ini semakian jelas diliahat'
riak dan rintik kegagalan ini

kesedaran anak anak muda ini
adalah bukti bahawa perasaan mahu merdeka
perasaan mahu berkerajaan sendiri
semakin merebak membawa
anak anak muda di sabah
anak anak muda di sarawak
merasakan diri mereka di jajah
oleh tanah semenanjung

mereka menolak politik
yang dibawa oleh parti ketuanan melayu

pada hemat anak anak muda ini
cara terbaik menentang 
dasar ketuanan melayu ini
ialah menjadikan tanah air mereka merdeka

sayugia dingati
akta hasutan 48
yang akan ditambah pinda
untuk melarang sentimen merdeka ini
adalah bukti bahawa sentimen merdeka
sedang membakar sabah dan sarawak

sayugia dingati bahawa
pertubuhan bangsa bangsa bersatu
mengiktiraf hak menentukan nasib sendiri
saperti bangsa moro selatan pilipina
saperti warga patani selatan siam

sayugia di sedari bahawa
sabanyak mana tekanan sampai
maka sebanyak itu juga perlawanan datang
ini hukum alam

hukum alam ini
sama saperti matahari naik dari timur
sama saperti air ialah H2O
tidak akan berubah ubah















Harus sedar bahaya gerakan pemisah

KOTA MARUDU - Golongan muda tidak harus mudah dikelirukanoleh kumpulan tertentu yang mahu membawa Sabah dan Sarawak keluar dari Malaysia kerana kesan akibat percubaan seumpama itu akan membawa bencana.
    
Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air,  Dr Maximus Ongkili berkata, golongan muda di Sabah dan Sarawak perlu diberi kefahaman mengenai kesannya jika kedua-dua negeri itu berpisah dari Persekutuan Malaysia.
    
Beliau berkata, generasi muda juga harus melengkapkan diri dengan pengetahuan mengenai sejarah pembentukan negara supaya mereka tidak mudah diperdayakan oleh tindakan kumpulan yang cuba untuk menghancurkan negara.
    
"Akibatnya boleh menjadi serius bukan sahaja dari segi keupayaan untuk untuk kita kekal sebagai sebuah negara tetapi juga ancaman yang kita akan hadapi daripada luar yang mungkin membuat tuntutan ke atas kita.



NOTA
akhirnya dunia ini
adalah milik anak muda


---------------

1 ulasan:

underBear berkata...

Anak berpisah dgn keluarga bkn kerana lari rumah.
Ini kerana anak dh dewasa..dh kukuh.dah pandai berdikari. Dh pandai berfikir. Dh tahu kelemahan diri.
Maka anak berpisah membina negara keluarga sendiri. Dan berjayalah hendaknya sang anak dgn bantuan allah.
Terima kasih ayahku. Memberi tunjuk ajar selama ini. Jasamu tak ternilai utk ku balas.