Selasa, 17 November 2015

KENAPA ISIS DIWUJUDKAN




DARI ARKIB




 KENAPA iSIS 


DIWUJUDKAN



Minggu lalu saya telah memulakan pencerahan tentang  ISIS. Pasti masih ramai yang tertanya-tanya adakah apa yang saya paparkan itu benar. Pasti ada juga yang menyangkal apabila saya nyatakan bahawa Isis  ini bertelor , menentas dan dieramkan oleh CIA - badan perisik Amerika.

Pasti ada yang berkata - MUSTAHIL - satu gerakan Islam yang berjuang untuk mendirikan sistem Khalifah diwujudkan oleh lembaga kafir. Mustahil ini berlaku. Semua ini fitnah dan tohmah oleh sosok-sosok yang anti-Islam.

Untuk menjawab semua kesangsian ini  saya hanya mengajukan satu soalan sahaja : Kenapa hingga ke hari ini Isis tidak pernah menyerang Zionis Israel? 

Isis telah melintas Jordan, melintas  Mesir dan melintas Libya - masuk ke Tunis untuk menyerang Hotel Marhaba  di Tunisia. Isis melintas Isreal untuk ke Sinai dan menyerang Mesir. Isis menerbus ke Selatan Iraq  untuk  menyerang  Masjid Imam Sadiq di Kuwait. Isis masuk ke utara untuk menyerang  Syria.

Pelik tetapi benar  negara Zionis Israel tidak pernah  di ganggu gugat walau pun Isis heboh dengan retorika menghancurkan Zionis dan  kaffir. Justeru siapa sebenarnya Islamic State of Iraq dan al-Sham ini?

Untuk memahami politik dunia bukan satu yang susah. Kita tak perlu belajar Sains Politik  di Universiti  Yale atau Havard atau Westminster Universiti  London. Yang wajib kita ketahui ialah politk adalah ekonomi. Perebutan politik adalah  perebuatan  kuasa. Merebut kuasa politik bertujuan untuk merebut ekonomi. 

Pilihanraya, siapa jadi Presiden atau siapa jadi Perdana Menteri, atau dimana ada rampasan kuasa, ada perang berlaku, ada kumpulan pengganas, ada gerila mahu jatuhkan kerajaan - semua ini adalah bentuk-bentuk perebutan  kuasa. Merebut kuasa untuk  merebut  punca-punca ekonomi.

Kuasa politik dunia hari ini didominasi oleh kuasa imperial Amerika Syarikat. Inilah kuasa bala tentera yang terkuat dalam dunia. Inilah kuasa hegemon yang mencatur politik dan ekonomi dunia hari ini.

Ekonomi dunia hari ini mengamalkan dua sistem ekonomi. Satu ekonomi sosialis dan satu lagi ekonomi kapitalis.  Sistem ekonomi kapitalis dikepalai oleh Amerika. Sistem ekonomi sosialis diguna pakai di Korea Utara, Cuba, Venuezula. Musuh sistem ekonomi kapitalis ialah sistem ekonomi sosialis.

Pertempuran politik dunia hari ini hakikatnya ialah pertempuran sistem ekonomi kapitalis yang  mahu menundukkan  sistem ekonomi sosialis. Kaum pemodal kapitalis mahu  menghalang negara-negara  dalam dunia dari mengamalkan sistem ekonomi sosialis.

Sistem kapitalis berkiblatkan  keuntungan maksima untuk individu. Sistem sosialis berkiblatkan  keadilan dan kesejahteran ramai lebih penting dari keuntungan   maksima individu. Dua sistem ekonomi ini bertentang iman dan akidah.

Perang Dingin antara blok Soviet dengan blok Amerika ialah pertempuran dua idealoji, dua pendekatan dalam usaha untuk menyusun masyarakat. Sistem ekonomi kapitalis tidak akan membenarkan sistem sosialis muncul kerana sistem sosialis yang mengajukan kebajikan ramai.

Sistem ekonomi sosialis akan menghalang niat cita-cita kaum kapitalis untuk mendominasi  punca-punca ekonomi dunia. Sistem ekonomi sosialis akan melawan dan menghapuskan kaum kapitalis yang memerah tenaga kerja kaum buruh untuk keuntungan maksima.

Perang Dingin yang dikatakan telah tamat satelah Tembok Berlin runtuh kini telah bemula kembali. Apa yang kita lihat hari ini adalah sambungan Perang Dingin antara Amerika  Syarikat dengan Russia. Apa yang sedang berlaku dalam politik dunia hari ini ialah perlawanan  dua sistem ekonomi ini.

Maka timbul persoalan - apa sangkut paut semua  ini dengan Isis?

Jawabanya senang sahaja. Isis adalah salah satu peluru yang digunakan oleh Amerika sebagai senjata untuk menewaskan Russia. Isis menjadi senjata  perang Amerika  untuk membantai sesiapa sahaja yang cuba menjatuhkan sistem ekonomi kapitalis. 

Perang Dunia Pertama berpunca dari perebutan wilayah. Perang Dunia keDua berpunca dari perebutan wilayah,  bahan mentah dan pasaran. Perang  Dunia keDua kalau dikaji rapi akan terbukti tidak pernah tamat hingga ke hari ini.  Perang Dunia keDua berpindah ke  Korea, ke Vietnam, ke Afghanistan, ke Bosnia, ke Kesovo, ke Iraq, ke Syria dan kini baru bermula di Ukraine.

Kuasa imperialis Anglo-Amerika masih lagi meneruskan perang untuk merebut bahan mentah dan pasaran. Bahan mentah yang sedang menjadi rebutan utama ialah bahan bakar petrolium. Bahan mentah ini masih banyak tersimpan dalam perut bumi di Saudi, Iraq dan Iran. Telaga minyak dan pancutan gas berselirat dalam negara ini.

Pada tahap ini dilihat jelas bahawa kaum pemodal Anglo-Amerika telah berjaya menggunakan Isis. Agenda utama Isis ialah mengharu birukan bumi Arab. Isis hanya paku dan punat dalam satu stratiji jangka panjang kaum Zionis yang didokong oleh kuasa imperial Anglo-Amerika. Pemikir Zionis  telah melakar satu rancangan   untuk memecah-mecahkan  negara di bumi Arab.

Strateji yang di panggil Yinon Plan  atau Rancangan Yilon. Mengikut perancangan  Iraq akan pecah tiga - Iraq Sunni, Iraq Shia dan Iraq Kurdish. Syria juga akan terpecah dengan wujudnya Republik Kurdistan. Rancangan  memecahkan negara-negara  ini bukan satu yang baru. 

Kuasa  imperialis Anglo-Amerika telah berjaya memecahkan negara di Eropah Timur. Negara saperti  Czechoslovakia pecah menjadi Republik Czech dan Slovakia.  Negara Yukoslavakia   hancur. Yang dimunculkan negara-negara kecil saperti Bosnia, Mercedonia, Montenegro  dan  Kosovo. Ini taktik pecah dan perentah. Negara kecil senang di kawal dan akan menurut kata.

Apakah  dia Yinon Plan atau Ya’alon Strategy  atau Rancangan Yinon ini?

Apabila kita membincangkan Timur Tengah dan  Negara Arab ada dua pekara akan muncul : minyak dan Israel. Israel dan minyak ini kait berkait. Sistem ekonomi kapitalis perlukan minyak untuk bernafas. Manakala Israel pula  menjadi soldadu  yang setia untuk menjaga dan mengawal telaga  minyak di wilayah Arab. 

Dalam Yinon Plan (1) Jika  Israel mahu terus wujud  Israel  wajib menjadi kuasa regional  di wilayah Timur Tengah, (2) negara-negara Arab yang sedia ada wajib dipecah-pecahkan. 

Dua pekara ini adalah induk dalam strateji pertahanan jangka panjang untuk keselamatan Zionis Israel. Maka dari sinilah dimunculkan Isis untuk membuat kacau. Isis menetas dari sarang CIA  dilatih untuk mengadu  domba antara Sunni dengan Shia. Antara Arab dengan Kurdish. Perbezaan mazhab dan suku kaum sedang  digunakan untuk memastikan negara Arab  terus berpecah dan lemah.

Iraq satu-satunya negara Arab yang besar, kaya dan membangun dibawah kerajaan yang mengamalkan ciri-ciri ekonomi sosialis telah diserang sebanyak dua kali. Pertama tahun 1990-1991. Kali kedua tahun 2003-2011. Sebelum Iraq di serang , selama 8 tahun Iraq dan Iran telah berperang.

Tujuan perang Iraq-Iran cukup jelas - untuk melemahkan dua negara yang menjadi musuh kepada Israel. Dua negara ini memiliki keupayaan tentera dan ekonomi untuk menyerang Israel.

Perang Iraq-Iran - September 1980 hingga Ogos 1988 - ini adalah sebahagian dari perancangan tersusun kaum Zionis-Anglo-Amerika.

Pada ketika ini rancangan untuk memecahkan Iraq sedang berjalan lancar. Di bahagian utara Iraq kini menjadi wilayah Kurdish dimana  sentimen mahu berpisah dari Iraq semakin kuat. Sentimen ini  diyakinkan dengan jumlah terlaga minyak yang ditemui dalam wilayah Kirkuk  Kurdishtan. Kuasa Baghdad keatas wilayah Kurdish semakin berkurangan. 

Manakala dalam kota Baghdad daerah dan mukim yang diduduki oleh warga Sunni telah diambil alih oleh warga Shiah. Warga Sunni tesepit antara wilayah Kurdish di utara dan wilayah Shiah di selatan. Iraq jelas telah terbahagi tiga. Ini adalah Rancangan Yilon. Ini tidak pernah difikirkan akan berlaku ketika Iraq dibawah Saddam Hussein. Iraq di bawah Sadadm adalah Iraq bersatu.

Gaduh sana, bom sini, pancung sana, ledakan sini, bunuh sana  dan bunuh sini - apa makna semua ini? 

Jumlah warga yang gugur di Pakistan, Afghanistan, Iraq dan Syria saban hari bertambah. Setiapa hari puluhan kematian warga negara-negara ini TIDAK akan kita ketahui. Saban hari bom meledak di Kabul, di Bahgdad, di Ramadi, di  Mosul, di Allepo atau di Damas - tidak akan menjadi ‘news’ kepada media Barat. 

Hakikatnya perang sedang berlangsung. Perang berjalan bukan ditepi rumah kita  maka kita tidak tahu dan kita tidak ambil pot. Bagaimana pula dengan negara Arab dan negara Islam yang lain?

Bila soalan ini ditanyakan maka saya akan mengsahehkan bahawa politik ini tidak ada sangkut paut dengan agama, dengan bangsa atau dengan  bahasa. Politik ialah ekonomi. Bangsa, agama dan bahasa ini hanyalah alat untuk mengolah persetujuan dalam usaha merebut ekonomi.

Dunia menjadi takut dan loya apabila membaca atau melihat keganasan yang dilakukan oleh Isis. Keganasan atasa nama Islam ini tidak mungkin dapat dijalankan tanpa senjata dan dana.  Tanpa Saudi , Qatar, Kuwait, Negara Telok  dan Turki memberi dana mustahil Isis dapat membeli senjata.

Membeli senjata dari mana? Tanpa persetujuan Amerika dan Israel mustahil senjata dapat dibeli. Pusing punya pusing kita sampai kembali kepada punca segala punca - Amerika dan Israel. Pusing punya pusing kita hanya bahan mainan  yang telah dirancang oleh kuasa imperial Zionis-Anglo-Amerika. 

Pusing punya pusing kita wajib bertanya kepada Isis - kenapa Zionis Israel tidak pernah diserang? (TT)

NOTA: Yinon Plan adalah
dari nama Monshe Ya'alon
Ketua Risikan tentear Israel (1992-1998)
Ketua Agong Tentera Israel (2002-2005)
YB Likud Parti ( 2009-2013)
Menteri Pertahan semenjak 2013



NOTA
tulisan ini telah disiarkan dalam
SUARA KEADILAN
sesiapa yang mahu melanggan
 akhbar minggun ini
sial pukul talipon:
03- 92-21-3045




---------------

SENYUM YOUJI







SENYUM LEBAR
Rasa2nya jadi jugak pas dan umno ni bernikah. Tersenyum lebarlah bang hadi pengantin tua kita. Walau budak2 penanggah dan rewang ada yang meluat tak terkata tapi apa boleh buat. Sudah jodoh katakan.. Agak2 apa kerja bang hadi nanti? Eh. Kerja kena buat kalau dah menikah. Kena tunjuk sungguh2 kemudaan walau dah tua nak mampuih.

 Malamnya bang hadi akan meronda lorong2. Balun puak2 dap yang nak buat maksiat. Yang nak tikam nombor. Yang nak main pompuan. Yang nak berjudi dan minum2. Penat woo kerja ni. Pagi2 ke opis rancang program bersantai bersama syiah. Tengah hari rancang macam mana nak cabut empat2 tayar motokar geng2 amanah. Petangnya pulak kumpul nas2 pentingnya membela pemimpin melayu bersama nasha. 

Lepas magreb buat kuliah pentingnya bersatu melawan dap. Lepas isyak ronda lagi. Memang penat woo. Sedar2 dah nak pru 14. Dia pun duduk santai depan kamera tv lalu berfatwa ' Adalah haram lagi dilaknat hukumnya barang siapa coba2 menjatuhkan kerajaan melayu umno'. Semua on KAHWIN JANGAN TAK KAHWIN
Publish | Delete | Spam
Anonymous
at 5:34 PM


HAJI OKTOPUS
Hadi Oktopus yang pernah kafirkan umno banyak kali .. tetiba ajak kawin pulak .. sanggup ke umno disunat sekali lagi .. Hadi yang tak beberapa sehat tu, kontol ok lagi ke .. sebab tak beberapa sehatlah, bini (dap) dulu selalu membebel dan akhirnya mintak cerai dan lari. on KAHWIN JANGAN TAK KAHWIN
panglimo potaseh
at 5:17 PM






---------

TOK AJI KELENTONG LAGI










SURAT 

TUNTUTAN

BUKAN SURAT

SAMAN

Yapeim: Peguam Jamil Khir hantar surat tuntutan

KUALA LUMPUR -  Tuan Haji Jamil Khir Baharom mengemukakan surat tuntutan terhadap Pengarah Pusat Pemantauan dan Pendedahan Maklumat Kebangsaan (Now), Akmal Nasir berhubung satu kenyataan yang mendakwa beliau menggunakan wang Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (Yapeim) untuk membiayai perjalanan ke luar negara.

Surat tuntutan itu dikemukakan melalui firma guaman Tetuan Adnan Sharida & Associates dan dialamatkan ke Pejabat Now di Medan Niaga Tasik Damai, Sungai Besi, petang semalam.

Menurut surat tuntutan Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu, kenyataan yang dikeluarkan Akmal bertajuk 'Jamil Khir guna wang Yapiem biaya perjalanan ke luar negara bersama isteri, main golf dan lawatan ke pusat membeli belah dengan jumlah RM410, 978, 56' adalah berunsur fitnah dan tidak benar.

Kenyataan itu dikeluarkan pada Jumaat 13 November 2015 melalui kenyataan kepada media dan umum serta laman web dan laman sosial Facebook.

Surat tuntutan tersebut yang bertarikh semalam ditandatangani oleh peguam Adnan Seman memberikan masa dua hari supaya Akmal memohon maaf secara bertulis terhadap Jamil Khir dan tidak lagi mengeluarkan kenyataan fitnah terhadap timbalan menteri berkenaan.

Surat itu turut menuntut Akmal dalam tempoh dua hari membuat kenyataan maaf secara lisan dan bertulis terhadap Jamil Khir melalui media.

Turut dituntut gantirugi sebanyak RM10 juta dan kos guaman sebanyak RM5,000


KAH KAH KAH
woit
tok aji kelentong lagi
mula mula beri 24
akan saman
kemudian beri 48 jam
minta maaf kalau tidak 
akan disaman
kemudian sampai hari khamis
kah kah kah
tetiba sampai surat tuntutan
mana surat saman
kah kah kah
tok aji putar alam
surat tuntutan
dan surat saman
dua surat yang bebeza
kah kah kah
mak cik felda pun tahu

TiPU LAGi




-----------------

KAHWIN JANGAN TAK KAHWIN









UMNO TIDAK WAJAR TOLAK PINANGAN PAS
Jika benar PAS gabung dengan UMNO, ia adalah sejarah yang berulang kembali yang menarik untuk direnungi. Namun, gabungan PAS dan UMNO pada kali ini tidak boleh disamakan dengan sejarah dahulu. Ini kerana, UMNO dahulu tidak sokong cadangan hudud PAS, sedangkan pada kali ini, pimpinan UMNO sendiri yang mencadangkan agar “hudud” dibawa oleh PAS ke parlimen.
Mufti Perlis menyatakan bahawa perbedaan PAS dan UMNO sudah tidak ketara lagi, malahan kesamaan antara keduanya amat banyak sekali. Dari sudut pandang ramai pula, kelihatan dalam banyak isu yang melibatkan negara, ternyata PAS lebih ramah dengan UMNO/BN, dan agak marah-marah dengan kalangan yang memusuhi UMNO/BN.
Di awal terbinanya kerajaan Pakatan Rakyat antara PAS, PKR dan DAP, kelihatan UMNO sahaja selalu menyebarkan propaganda bahawa kononnya DAP anti-Islam dan anti-melayu. Namun kini, propaganda yang sama dilaksanakan oleh sebilangan besar pendokong dan sebilangan pemimpin PAS.
Jika dahulu, suara PAS amat selaras dengan rakan-rakan PKR dan DAP dalam banyak isu. Hatta dalam isu hudud, Presiden PAS sendiri akui bahawa ia bukan keutamaan. Malahan, menyatakan hudud dilaksanakan selepas wujud gaji minima. Pendapat presiden PAS itu, dikukuhkan lagi dengan kenyataan ramai tokoh, seperti Mufti Perlis dan al-Qaradawi. Namun, keadaan itu berbeda kini. Walaupun tidak wujud gaji minima lagi, PAS seperti menganggap perlaksanaan hudud adalah keutamaan.
Jika Enakmen hudud Kelantan dinyatakan Presiden PAS syarat perlaksanaannya selepas wujud gaji minima, sudah pasti tidak boleh dianggap salah, jauh sekali menuduh sebagai musuh islam, jika tidak menyokong enakmen itu pada saat ini. Ini kerana, sampai hari ini gaji minima masih belum dilaksanakan.
Lebih-lebih lagi, enakmen itu sendiri adalah pindaan 2015 yang kandungannya sudah tidak sama dengan enakmen hudud 1993 yang lalu. Ia dipinda oleh ulama-ulama PAS sendiri. Jika meminda tidak salah, sudah pasti tidak menyokong juga tidak salah. Jika tidak menyokong boleh dituduh rosak aqidah, sudah pasti tidak salah menuduh rosak aqidah pada ulama-ulama PAS yang meminda enakmen tersebut.
Melihat scenario kini pula, kelihatan UMNO seakan-akan bersungguh-sungguh mahu membantu PAS untuk melaksanakan enakmen tersebut. Ia adalah isyarat, dengan PAS bergabung dengan UMNO boleh menjayakan hasrat PAS itu.
Sebilangan pemimpin tertinggi PAS pula, sudah berkali-kali memberi isyarat meminang UMNO, tetapi pinangan itu seperti buat-buat tidak faham oleh pemimpin UMNO. Sewajarnya UMNO memahami keikhlasan PAS itu, dan tidak wajar menolak pinangan tersebut.
Wallahu ‘Alam.






---------

APA DIA ISIS?


DARI ARKIB



APA DiA ISIS?

Ketika  tulisan ini garap seramai 38 orang telah tewas  di Tunisia. Satu serangan yang meragut satu nyawa telah juga berlaku di Lyon Peranchis. Dalam hari  yang sama satu ledakan bom di Kuwait telah meragut  27 nyawa  dan 200 cedera. Semua berlaku Jumaat lalu.

Di Tunisia -  Hotel Marhaba - wilayah pelancung -  ditepi pantai Laut Tengah telah diserang dengan tembakan Kalashnikov oleh seorang anak muda berumur 23 tahun. Seifeddine Rezgui yang telah ditembak mati  dikatakan  penyokong Isis. Kini  30 yang disahkan gugur adalah warga Britain. Bakinya warga Tunisia. 

Di Lyon  pembunuhan dilihat amat kejam. Yassin Salhi seorang pemandu lori telah memenggal kepala ‘boss’ dan memacakkan kepala ini dipintu pagar. Yassin  telah  cuba melanggar  kilang kimia dengan lorinya. Tetapi gagal. Yassin yang lahir di Peranchis dari keluarga Aljeria  kini dalam  tahanan. Motif pembunuhan sedang disiasat.

Manakala ledakan bom di Kuwait berlaku dalam Masjid Imam Sadiq ketika sembahyang Jumaat berlangsung. Dilaporkan pengebom bunuh diri ini bernama Fahad Suleiman - warga Saudi. Mangsa yang gugur dilaporkan dari mazhab Shia. Penduduk Kuwait berjumlah 3 juta - 30% adalah dari mazhab Shia.

Untuk memahami semua ini kita wajib melihat kembali babak-babak yang telah berlaku sebelum ini. Kita wajib melihat kembali garis masa agar kita dapat melihat peta yang besar untuk memahami apa yang sedang terbuka dihadapan mata kita.

Satu tahun dahulu kota Mosul di utara Iraq telah jatuh ke tangan apa yang kini dipanggil gerombolan Isis. Umum juga telah membaca bagaimana Maqam Nabi Yunus telah di musnahkan oleh gerombolan ini. Umum juga telah  membaca dan mungkin  melihat klip  YouTube seorang juruterbang Jordan  terkurung dalam ‘sangkar’ dan dibakar dibakar hidup-hidup. Dunia juga menjadi  gempar apabila Isis membunuh, merogol dan menjual warga  Iraqi dari Mazhab Kristian Yazdi.

 Paling akhir dunia Islam terperanjat apabila dua budak belasan tahun digantung di utara Iraq kerana dikatakan tidak berpuasa.

Siapa sebenarnya Isis ini. Nama Isis ini adalah nama  yang dipopularkan oleh media. Ini dari singkatan - Islamic State of Iraq dan al-Sham - ISIS.  Gerombolan ini juga  dikenali sebagai  Daish - dalam bahasa Arab.

Isis adalah satu gerakan yang  menggunakan Islam sebagai  wadah perjuangan. Isis bertujuan untuk menghidupkan kembali sistem Khalifah. Justeru, sesudah menawan Mosul,  gerombolan Isis telah melantik Abu Bakr al-Baghdadi sebagai Khalifah pada Jun 2014 yang lalu.

Hakikatnya - hari ini dunia heboh tentang keganasan Isis. Media  Barat tidak henti-henti melaporkan berita-berita sensasi saperti gerombolan ini  memengal kepala musuh mereka. Keganasan gerombolan Isis ini dilihat tidak ada bandingan. Serangan di Tunisia dan Kuwait telah dibuktikan sebagai kerja Isis. Maka soalan timbul dari mana datangnya Isis ini?

Secara jujur  saya nyatakan disini bahawa Isis ini sama saperti Mujahideen dan al-Qaeda telah bertelur, menetas dan mengeram dalam kandang Amerika. Mereka dibantu dan dilatih oleh CIA. Ini bukan lagi satu rahsia. Dunia mengetahui pekara ini.

Dunia juga tahu Isis mendapat bantuan dinar, dolar dan senjata dari Saudi, Kuwait, Qatar dan Negara Telok. Wartawan Barat yang menulis tentang keganasan Isis itu dibuktikan berbohong jika mereka tidak mengetahui fakta-fakta siapa dibelakang Isis.

Apakah kita melupakan Usama ben Ladin? Apakah kita melupakan Abu Musab al-Zarqawi? Mereka ini adalah pemain utama yang membawa keganasan dalam dunia ini.

Usama menjadi protoganis sesudah WTC meledak pada 11 September 2001. Manakala  Zarqawi menjadi ‘pop’ sesudah soldadu Amerika memasuki Iraq pada tahun 2003. Kini media barat  heboh menonjolkan satu watak baru  - Abu Bakr al-Baghdadi. Kesemua watak-watak  ini adalah anak didik Amerika. Untuk memahami kenyataan ini mari kita rungkai sejarah Timur Tengah. 

Ektremis Islam bukan satu yang baru. Extremis  memang wujud dari awalnya kemunculan agama Islam.  Dalam kontek politik moden hari ini - extremis Islam bermula di Afghanistan. Ini berlaku ketika dunia masih lagi dalam Perang Dingin.  Di Afghanistan telah berlaku satu rampasan kuasa puak kiri  yang dipanggil Revolusi Saur pada April 1978. Revolusi Afghanistan membawa dasar  negara  merdeka dan bebas. Afghansitan  telah mendekati  blok sosialis USSR - Soviet Union. 

Tindakan Afghanistan ini telah menggangu geo-stratejik imperial Amerika yang ketika  itu dirancang oleh Zbigniew Brzezinski - Penasehat Majlis Keselamatan Negara kepada Presiden Carter - 1977-1981. Sosok inilah yang bertanggung jawab memulakan gerakan Islam Mujahideen di Afghanistan. 

Dari seluruh dunia anak-anak muda  telah dijemput untuk menyertai Gerakan Mujahideen. Mujahiden Afghanistan  mendapat dana dari Saudi Arabia dan senjata dari Amerika. Gerakan Islam ini  telah digunakan sebagai peluru untuk menentang Soviet Russia.

Apabila Perang Dingin tamat  (1991)  gerombolan Islam yang telah terlatih di Afghanistan  ini mula bersepah-sepah. Mereka menjadi ajen-ajen untuk menubuhkan kumpulan-kumpulan baru. Mereka pulang ke negara asal. Ramai bekas gerombolan Mujahiden Afghanistan pulang  ke  Bosnia, Kosovo dan  Chechen. Ada yang pulang ke negara-negara Arab.  Buktinya - Algeria pada tahun 90’an dihantui oleh pengganas extremis Islam yang pulang dari Afghanistan.

Apa yang  dipaparkan disini ialah garis masa untuk menunjukkan bahawa semua gerombolan ekstremis Islam ini berpunca dari stratiji geo-politik kuasa imperial Amerika.

Strateji sademikian bukan satu yang baru. Pada tahun 1947 di Tanah Melayu telah  wujud gabungan  kaum nasionalis kiri yang berpayung dibawah  PUTERA-AMCJA. Gerakan ini telah menuntut kemerdekaan dari penjajah British. Untuk mematahkan gerakan nasionalis ini British telah menubuhkan dan membina United Malays National Organisation pada tahun 1946. 

Strateji ini juga dilakukan oleh Zionis Israel untuk menumpaskan perjuangan PLO dibawah pimpinan Yaseer Arafat. Zionist Israel menubuhkan  dan membina Hamas. 

Di India pada  akhir tahun 1970’an Perdana Menteri Indira Ghandi telah membantu puak kanan Punjabi yang dipimpin oleh  Jarnail Singh Bhindarnwale. Ghandi melakukan ini untuk mematahkan kekuatan warga  Punjab yang tidak menyokong Parti Congress.  Akhirnya  Akali Dal dan penyokong Bhindarwale  membunuh Ghandi pada tahun 1984.
 
Hakikatnya semua kumpulan dan gerombolan pasukan gerila ini  diwujudkan untuk menjalankan strateji geo-politik  besar yang dirancang oleh ‘deep state’ di Amerika. Anak-anak muda yang datang membantu  Mujahiden , al-Qaeda atau Isis tidak mengetahui percaturan besar yang sedang disusun di Langley - ibu pejabat CIA

Isis muncul dari serpihan al-Qaeda Iraq. Ketika gerombolan ini muncul Amerika sedang merancang untuk menjatuhkan kerajaan Bashar al-Assad di Syria. Ini bermula pada tahun 2011 apabila Perang Saudara  bermula di Syria. Amerika bersama Saudi dan Turki telah membantu apa yang mereka panggil Free Syrian Army.  Gerakan ini gagal meleset. Dolar dan dinar masuk tetapi semuanya masuk ke dalam poket pemimpin yang korup.

Akhirnya  ditubuhkan Islamic Front - dimana gerakan, gerila dan gerombolan yang menentang Assad berkumpul. Dalam barisan ini ada Jabhat al-Nusra - cabang al-Qaeda Syria. Gerombolan pengganas ini lebih cekap , lebih teratur untuk menyerang  soldadu Syria. Tetapi sokongan warga Syria kepada Bashar cukup kuat. Hampir 4 tahun serangan dilakukan Bashar masih  berkuasa  sebagai Presiden Syria.

Dalam perang ini Syria dibawah Bashar telah mendapat sokongan dan bantuan dari Iran. Iran  telah membuat penjanjian pertahanan dengan Syria.  Russia juga menjadi sekutu Syria. 

Dalam masa yang sama Rusia secara terbuka tidak mahu lagi menyokong langkah Pertubuhahn Bangsa Bersatu untuk menjatuhkan Bashar. Russia mengakui telah membuat kesilapan apabila  Russia menyokong ketetapan PBB untuk mengebom Libya dibawah Gadafy.  Manakala China walau pun tidak terbuka saperti Rusia tapi tidak akan menyokong langkah Amerika untuk menjatuhkan Bashar. 

Secara terbuka Amerika telah menyatakan dasar mahu menjatuhkan Bashar. Pada 8 Julai 2012 Hillary Clinton  Setiausaha Negara Amerika telah berkata bahawa  hari hari akhir  telah sampai kepada Bashar al-Assad. Saudi Arabia dan Turki juga telah membuat kenyataan yang sama. Kenapa negara-negara ini mahu Bashar dijatuhkan?

Amerika memiliki agenda induk. Manakala  Saudi, Turkey, Qatar atau Kuwait hanya menjadi pelakon pembantu. Agenda Amerika yang utama  ialah untuk memastikan TIDAK akan wujud sebuah negara yang berkemungkinan untuk menandangi Amerika. Ini dasar yang telah dipersetujui  oleh gerombolan Konservatif Baru atau neo-con di Washington DC. Dasar ini termaktub dalam Project for the New American Century (PNAC)  dan telah  di ajukan kepada Rumah Puteh  pada tahun 1997.
 
Justeru kuasa imperial Amerika akan memastikan Russia TIDAK memiliki sahabat di Laut Tengah. Tidak memiliki sahabat di bumi Arab. Pada ketika ini kapal laut Russia boleh berlabuh di Tartus - pelabuhan milik Syria. Perjanjian kapal perang Russia boleh singgah dan berlabuh di Tartus telah dipersetujui dari zaman Hafiz al-Assad lagi. Bashar hanya meneruskan dasar yang sama.  Kerajaan Syria yang berbaik-baik dengan Russia wajib dijatuhkan dan diganti dengan kerajaan boneka pro Amerika.

Maka dari sini munculah Isis. Peranan Isis ialah membuat huru hara dan mengganas di Syria dan Iraq. Apakah ini sahaja peranan Isis. Jika ini sahaja peranan Isis kenapa serangan berlaku di Peranchis dan di Tunisia?  Pasti ada lagi peranan Isis. ( TT)



NOTA
tulisan ini telah disiarkan
dalam SUARA KEADILAN
sesiapa ingin melanggan
akhbar minggun ni
sila pukul talipoon"
03-92-21-30- 45



----------

AKTA BAGINDA QUEEN







AKTA

BAGiNDA

QUEEN


BERITA
baru sabentar tadi
dapat berita dari peguam 

gwa telah didapati bersalah
denda 5,000 ringgit
tapi gamin tak puas hati
gamin mahu gwa dipenjara
gamin merayu
rayuan diterima

gwa akan dibicarakan
sekali lagi
mula 15 januari 2016

NOTA
sekali lagi diseksa
kena bangun pagi
ciissss








-----------