Selasa, 17 November 2015

KAHWIN JANGAN TAK KAHWIN









UMNO TIDAK WAJAR TOLAK PINANGAN PAS
Jika benar PAS gabung dengan UMNO, ia adalah sejarah yang berulang kembali yang menarik untuk direnungi. Namun, gabungan PAS dan UMNO pada kali ini tidak boleh disamakan dengan sejarah dahulu. Ini kerana, UMNO dahulu tidak sokong cadangan hudud PAS, sedangkan pada kali ini, pimpinan UMNO sendiri yang mencadangkan agar “hudud” dibawa oleh PAS ke parlimen.
Mufti Perlis menyatakan bahawa perbedaan PAS dan UMNO sudah tidak ketara lagi, malahan kesamaan antara keduanya amat banyak sekali. Dari sudut pandang ramai pula, kelihatan dalam banyak isu yang melibatkan negara, ternyata PAS lebih ramah dengan UMNO/BN, dan agak marah-marah dengan kalangan yang memusuhi UMNO/BN.
Di awal terbinanya kerajaan Pakatan Rakyat antara PAS, PKR dan DAP, kelihatan UMNO sahaja selalu menyebarkan propaganda bahawa kononnya DAP anti-Islam dan anti-melayu. Namun kini, propaganda yang sama dilaksanakan oleh sebilangan besar pendokong dan sebilangan pemimpin PAS.
Jika dahulu, suara PAS amat selaras dengan rakan-rakan PKR dan DAP dalam banyak isu. Hatta dalam isu hudud, Presiden PAS sendiri akui bahawa ia bukan keutamaan. Malahan, menyatakan hudud dilaksanakan selepas wujud gaji minima. Pendapat presiden PAS itu, dikukuhkan lagi dengan kenyataan ramai tokoh, seperti Mufti Perlis dan al-Qaradawi. Namun, keadaan itu berbeda kini. Walaupun tidak wujud gaji minima lagi, PAS seperti menganggap perlaksanaan hudud adalah keutamaan.
Jika Enakmen hudud Kelantan dinyatakan Presiden PAS syarat perlaksanaannya selepas wujud gaji minima, sudah pasti tidak boleh dianggap salah, jauh sekali menuduh sebagai musuh islam, jika tidak menyokong enakmen itu pada saat ini. Ini kerana, sampai hari ini gaji minima masih belum dilaksanakan.
Lebih-lebih lagi, enakmen itu sendiri adalah pindaan 2015 yang kandungannya sudah tidak sama dengan enakmen hudud 1993 yang lalu. Ia dipinda oleh ulama-ulama PAS sendiri. Jika meminda tidak salah, sudah pasti tidak menyokong juga tidak salah. Jika tidak menyokong boleh dituduh rosak aqidah, sudah pasti tidak salah menuduh rosak aqidah pada ulama-ulama PAS yang meminda enakmen tersebut.
Melihat scenario kini pula, kelihatan UMNO seakan-akan bersungguh-sungguh mahu membantu PAS untuk melaksanakan enakmen tersebut. Ia adalah isyarat, dengan PAS bergabung dengan UMNO boleh menjayakan hasrat PAS itu.
Sebilangan pemimpin tertinggi PAS pula, sudah berkali-kali memberi isyarat meminang UMNO, tetapi pinangan itu seperti buat-buat tidak faham oleh pemimpin UMNO. Sewajarnya UMNO memahami keikhlasan PAS itu, dan tidak wajar menolak pinangan tersebut.
Wallahu ‘Alam.






---------

5 ulasan:

panglimo potaseh berkata...

Hadi Oktopus yang pernah kafirkan umno banyak kali .. tetiba ajak kawin pulak .. sanggup ke umno disunat sekali lagi .. Hadi yang tak beberapa sehat tu, kontol ok lagi ke .. sebab tak beberapa sehatlah, bini (dap) dulu selalu membebel dan akhirnya mintak cerai dan lari.

Awanama berkata...

Rasa2nya jadi jugak pas dan umno ni bernikah. Tersenyum lebarlah bang hadi pengantin tua kita. Walau budak2 penanggah dan rewang ada yang meluat tak terkata tapi apa boleh buat. Sudah jodoh katakan..

Agak2 apa kerja bang hadi nanti? Eh. Kerja kena buat kalau dah menikah. Kena tunjuk sungguh2 kemudaan walau dah tua nak mampuih.

Malamnya bang hadi akan meronda lorong2. Balun puak2 dap yang nak buat maksiat. Yang nak tikam nombor. Yang nak main pompuan. Yang nak berjudi dan minum2. Penat woo kerja ni.

Pagi2 ke opis rancang program bersantai bersama syiah. Tengah hari rancang macam mana nak cabut empat2 tayar motokar geng2 amanah. Petangnya pulak kumpul nas2 pentingnya membela pemimpin melayu bersama nasha. Lepas magreb buat kuliah pentingnya bersatu melawan dap. Lepas isyak ronda lagi. Memang penat woo.

Sedar2 dah nak pru 14. Dia pun duduk santai depan kamera tv lalu berfatwa ' Adalah haram lagi dilaknat hukumnya barang siapa coba2 menjatuhkan kerajaan melayu umno'. Semua saluran tv akan ulang siarkan fatwa ini tiap2 14 minit sampailah hari ngundi. Horee. Bn menang lagi..

Lepas tu apa lagi? Lepas tu dia pun matilah. Bukan panjang sangat umur kita kat donia ni.

Awanama berkata...

Akhirnya pas terBODOH. umno hanya nk pas berpecah dan tersingkir dari pakatan. sudah tercapai agenda dia. nk bersatu watpa. hahahaha... akhirnya bersendirian kembali la.

Awanama berkata...

UssstaZzz aji adi akn dilantik sebagai penasihat rose- mah al najibAST....

Awanama berkata...

dengan wang dermawan arab bernilai 2.6bilon, tak mustahil lembaga daulah SPR akan menangkan pas di kelantan.student2 dari kelantan yang belajar di middel east, ramai dapat sponsorship dari arab sejak zaman nik aziz sehinnga kini.ilmu hukum hakam bukan ilmu ekonomi.hingga kini islam takda kekuatan ekonomi.yg ada cuma bank islam dgn kadar yang lebih tinggi dari convosioanl dan dikatakan lebih berkat dan selamat diakhirat dan bukan berkat dan selamat didunia..tentera taghut dtg kelantan pun diorng tak bole buat apa.apatah lagi mahu melawan.