Selasa, 17 November 2015

APA DIA ISIS?


DARI ARKIB



APA DiA ISIS?

Ketika  tulisan ini garap seramai 38 orang telah tewas  di Tunisia. Satu serangan yang meragut satu nyawa telah juga berlaku di Lyon Peranchis. Dalam hari  yang sama satu ledakan bom di Kuwait telah meragut  27 nyawa  dan 200 cedera. Semua berlaku Jumaat lalu.

Di Tunisia -  Hotel Marhaba - wilayah pelancung -  ditepi pantai Laut Tengah telah diserang dengan tembakan Kalashnikov oleh seorang anak muda berumur 23 tahun. Seifeddine Rezgui yang telah ditembak mati  dikatakan  penyokong Isis. Kini  30 yang disahkan gugur adalah warga Britain. Bakinya warga Tunisia. 

Di Lyon  pembunuhan dilihat amat kejam. Yassin Salhi seorang pemandu lori telah memenggal kepala ‘boss’ dan memacakkan kepala ini dipintu pagar. Yassin  telah  cuba melanggar  kilang kimia dengan lorinya. Tetapi gagal. Yassin yang lahir di Peranchis dari keluarga Aljeria  kini dalam  tahanan. Motif pembunuhan sedang disiasat.

Manakala ledakan bom di Kuwait berlaku dalam Masjid Imam Sadiq ketika sembahyang Jumaat berlangsung. Dilaporkan pengebom bunuh diri ini bernama Fahad Suleiman - warga Saudi. Mangsa yang gugur dilaporkan dari mazhab Shia. Penduduk Kuwait berjumlah 3 juta - 30% adalah dari mazhab Shia.

Untuk memahami semua ini kita wajib melihat kembali babak-babak yang telah berlaku sebelum ini. Kita wajib melihat kembali garis masa agar kita dapat melihat peta yang besar untuk memahami apa yang sedang terbuka dihadapan mata kita.

Satu tahun dahulu kota Mosul di utara Iraq telah jatuh ke tangan apa yang kini dipanggil gerombolan Isis. Umum juga telah membaca bagaimana Maqam Nabi Yunus telah di musnahkan oleh gerombolan ini. Umum juga telah  membaca dan mungkin  melihat klip  YouTube seorang juruterbang Jordan  terkurung dalam ‘sangkar’ dan dibakar dibakar hidup-hidup. Dunia juga menjadi  gempar apabila Isis membunuh, merogol dan menjual warga  Iraqi dari Mazhab Kristian Yazdi.

 Paling akhir dunia Islam terperanjat apabila dua budak belasan tahun digantung di utara Iraq kerana dikatakan tidak berpuasa.

Siapa sebenarnya Isis ini. Nama Isis ini adalah nama  yang dipopularkan oleh media. Ini dari singkatan - Islamic State of Iraq dan al-Sham - ISIS.  Gerombolan ini juga  dikenali sebagai  Daish - dalam bahasa Arab.

Isis adalah satu gerakan yang  menggunakan Islam sebagai  wadah perjuangan. Isis bertujuan untuk menghidupkan kembali sistem Khalifah. Justeru, sesudah menawan Mosul,  gerombolan Isis telah melantik Abu Bakr al-Baghdadi sebagai Khalifah pada Jun 2014 yang lalu.

Hakikatnya - hari ini dunia heboh tentang keganasan Isis. Media  Barat tidak henti-henti melaporkan berita-berita sensasi saperti gerombolan ini  memengal kepala musuh mereka. Keganasan gerombolan Isis ini dilihat tidak ada bandingan. Serangan di Tunisia dan Kuwait telah dibuktikan sebagai kerja Isis. Maka soalan timbul dari mana datangnya Isis ini?

Secara jujur  saya nyatakan disini bahawa Isis ini sama saperti Mujahideen dan al-Qaeda telah bertelur, menetas dan mengeram dalam kandang Amerika. Mereka dibantu dan dilatih oleh CIA. Ini bukan lagi satu rahsia. Dunia mengetahui pekara ini.

Dunia juga tahu Isis mendapat bantuan dinar, dolar dan senjata dari Saudi, Kuwait, Qatar dan Negara Telok. Wartawan Barat yang menulis tentang keganasan Isis itu dibuktikan berbohong jika mereka tidak mengetahui fakta-fakta siapa dibelakang Isis.

Apakah kita melupakan Usama ben Ladin? Apakah kita melupakan Abu Musab al-Zarqawi? Mereka ini adalah pemain utama yang membawa keganasan dalam dunia ini.

Usama menjadi protoganis sesudah WTC meledak pada 11 September 2001. Manakala  Zarqawi menjadi ‘pop’ sesudah soldadu Amerika memasuki Iraq pada tahun 2003. Kini media barat  heboh menonjolkan satu watak baru  - Abu Bakr al-Baghdadi. Kesemua watak-watak  ini adalah anak didik Amerika. Untuk memahami kenyataan ini mari kita rungkai sejarah Timur Tengah. 

Ektremis Islam bukan satu yang baru. Extremis  memang wujud dari awalnya kemunculan agama Islam.  Dalam kontek politik moden hari ini - extremis Islam bermula di Afghanistan. Ini berlaku ketika dunia masih lagi dalam Perang Dingin.  Di Afghanistan telah berlaku satu rampasan kuasa puak kiri  yang dipanggil Revolusi Saur pada April 1978. Revolusi Afghanistan membawa dasar  negara  merdeka dan bebas. Afghansitan  telah mendekati  blok sosialis USSR - Soviet Union. 

Tindakan Afghanistan ini telah menggangu geo-stratejik imperial Amerika yang ketika  itu dirancang oleh Zbigniew Brzezinski - Penasehat Majlis Keselamatan Negara kepada Presiden Carter - 1977-1981. Sosok inilah yang bertanggung jawab memulakan gerakan Islam Mujahideen di Afghanistan. 

Dari seluruh dunia anak-anak muda  telah dijemput untuk menyertai Gerakan Mujahideen. Mujahiden Afghanistan  mendapat dana dari Saudi Arabia dan senjata dari Amerika. Gerakan Islam ini  telah digunakan sebagai peluru untuk menentang Soviet Russia.

Apabila Perang Dingin tamat  (1991)  gerombolan Islam yang telah terlatih di Afghanistan  ini mula bersepah-sepah. Mereka menjadi ajen-ajen untuk menubuhkan kumpulan-kumpulan baru. Mereka pulang ke negara asal. Ramai bekas gerombolan Mujahiden Afghanistan pulang  ke  Bosnia, Kosovo dan  Chechen. Ada yang pulang ke negara-negara Arab.  Buktinya - Algeria pada tahun 90’an dihantui oleh pengganas extremis Islam yang pulang dari Afghanistan.

Apa yang  dipaparkan disini ialah garis masa untuk menunjukkan bahawa semua gerombolan ekstremis Islam ini berpunca dari stratiji geo-politik kuasa imperial Amerika.

Strateji sademikian bukan satu yang baru. Pada tahun 1947 di Tanah Melayu telah  wujud gabungan  kaum nasionalis kiri yang berpayung dibawah  PUTERA-AMCJA. Gerakan ini telah menuntut kemerdekaan dari penjajah British. Untuk mematahkan gerakan nasionalis ini British telah menubuhkan dan membina United Malays National Organisation pada tahun 1946. 

Strateji ini juga dilakukan oleh Zionis Israel untuk menumpaskan perjuangan PLO dibawah pimpinan Yaseer Arafat. Zionist Israel menubuhkan  dan membina Hamas. 

Di India pada  akhir tahun 1970’an Perdana Menteri Indira Ghandi telah membantu puak kanan Punjabi yang dipimpin oleh  Jarnail Singh Bhindarnwale. Ghandi melakukan ini untuk mematahkan kekuatan warga  Punjab yang tidak menyokong Parti Congress.  Akhirnya  Akali Dal dan penyokong Bhindarwale  membunuh Ghandi pada tahun 1984.
 
Hakikatnya semua kumpulan dan gerombolan pasukan gerila ini  diwujudkan untuk menjalankan strateji geo-politik  besar yang dirancang oleh ‘deep state’ di Amerika. Anak-anak muda yang datang membantu  Mujahiden , al-Qaeda atau Isis tidak mengetahui percaturan besar yang sedang disusun di Langley - ibu pejabat CIA

Isis muncul dari serpihan al-Qaeda Iraq. Ketika gerombolan ini muncul Amerika sedang merancang untuk menjatuhkan kerajaan Bashar al-Assad di Syria. Ini bermula pada tahun 2011 apabila Perang Saudara  bermula di Syria. Amerika bersama Saudi dan Turki telah membantu apa yang mereka panggil Free Syrian Army.  Gerakan ini gagal meleset. Dolar dan dinar masuk tetapi semuanya masuk ke dalam poket pemimpin yang korup.

Akhirnya  ditubuhkan Islamic Front - dimana gerakan, gerila dan gerombolan yang menentang Assad berkumpul. Dalam barisan ini ada Jabhat al-Nusra - cabang al-Qaeda Syria. Gerombolan pengganas ini lebih cekap , lebih teratur untuk menyerang  soldadu Syria. Tetapi sokongan warga Syria kepada Bashar cukup kuat. Hampir 4 tahun serangan dilakukan Bashar masih  berkuasa  sebagai Presiden Syria.

Dalam perang ini Syria dibawah Bashar telah mendapat sokongan dan bantuan dari Iran. Iran  telah membuat penjanjian pertahanan dengan Syria.  Russia juga menjadi sekutu Syria. 

Dalam masa yang sama Rusia secara terbuka tidak mahu lagi menyokong langkah Pertubuhahn Bangsa Bersatu untuk menjatuhkan Bashar. Russia mengakui telah membuat kesilapan apabila  Russia menyokong ketetapan PBB untuk mengebom Libya dibawah Gadafy.  Manakala China walau pun tidak terbuka saperti Rusia tapi tidak akan menyokong langkah Amerika untuk menjatuhkan Bashar. 

Secara terbuka Amerika telah menyatakan dasar mahu menjatuhkan Bashar. Pada 8 Julai 2012 Hillary Clinton  Setiausaha Negara Amerika telah berkata bahawa  hari hari akhir  telah sampai kepada Bashar al-Assad. Saudi Arabia dan Turki juga telah membuat kenyataan yang sama. Kenapa negara-negara ini mahu Bashar dijatuhkan?

Amerika memiliki agenda induk. Manakala  Saudi, Turkey, Qatar atau Kuwait hanya menjadi pelakon pembantu. Agenda Amerika yang utama  ialah untuk memastikan TIDAK akan wujud sebuah negara yang berkemungkinan untuk menandangi Amerika. Ini dasar yang telah dipersetujui  oleh gerombolan Konservatif Baru atau neo-con di Washington DC. Dasar ini termaktub dalam Project for the New American Century (PNAC)  dan telah  di ajukan kepada Rumah Puteh  pada tahun 1997.
 
Justeru kuasa imperial Amerika akan memastikan Russia TIDAK memiliki sahabat di Laut Tengah. Tidak memiliki sahabat di bumi Arab. Pada ketika ini kapal laut Russia boleh berlabuh di Tartus - pelabuhan milik Syria. Perjanjian kapal perang Russia boleh singgah dan berlabuh di Tartus telah dipersetujui dari zaman Hafiz al-Assad lagi. Bashar hanya meneruskan dasar yang sama.  Kerajaan Syria yang berbaik-baik dengan Russia wajib dijatuhkan dan diganti dengan kerajaan boneka pro Amerika.

Maka dari sini munculah Isis. Peranan Isis ialah membuat huru hara dan mengganas di Syria dan Iraq. Apakah ini sahaja peranan Isis. Jika ini sahaja peranan Isis kenapa serangan berlaku di Peranchis dan di Tunisia?  Pasti ada lagi peranan Isis. ( TT)



NOTA
tulisan ini telah disiarkan
dalam SUARA KEADILAN
sesiapa ingin melanggan
akhbar minggun ni
sila pukul talipoon"
03-92-21-30- 45



----------

10 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

biar lah dia gaduh gaduh perang perang

kalau semua baik saja tak ada berita dalam CNN BBC Al Jazeera

tak kan CNN BBC Al Jazeraa nak cerita pasal 1MDB Mara Tabong Haji Felda oleh budak melayu bahalol

perang perang ini boleh buat duit tak apa

dunia pun dah banyak sangat orang , lahanat pon ada , BON BON pon ada jugak

masalah nya orang orang bahalol makin ber tambah

ini salah itu salah (ISIS) sampai bila nak selesai pon

biar saja

Tanpa Nama berkata...

Lawan Amerika tapi jadi pro Russia, China dan Iran itu ke maksud tulisan kau ni Tukar Tiub. Amerika berserta konco-konconya dan barua, jebon dan anjing-anjingnya memang tidak dinafikan akan kejahatannya dan perlu serta wajib kita menentang kejahatan Amerika ni tapi pada masa yang sama kita pulak jadi barua,jebon dan anjing kepada Russia, China dan Iran adalah sesuatu tidak boleh diterima sama sekali. Kita seharusnya menjadi bangsa yang merdeka,berdaulat dan berkecuali tidak tunduk kepada mana-mana tuan baik kepada barat (Amerika,Britain,Israel dan lain-lain lagi) atau kepada timur (Russia,China,Iran dan lain-lain). Baik Amerika atau Russia mereka hanya buat sesuatu untuk kepentingan mereka bukannya untuk kepentingan kita. Adalah wajar bagi kita menjauhkan diri dari semua pihak tersebut supaya kita tidak jadi buah catur dalam pertembungan mereka. Kita seharusnya jadi macam Switzerland yang neutral dan wajib mengelak dari jadi macam Arab Saudi atau Korea Utara.

Tanpa Nama berkata...

solat terawih itu bidaah. sila berikan nas al-Quran atau hadis bhw Nabi saw pernah solat terawih.

mazhab ahli sunnah wal jamaah bidaah - tak wujud masa Nabi saw. sila berikan nas bhw Nabi saw menganut mazhab ahli sunnah wal jamaah.

sujud atas karpet itu bidaah. sila berikan nas bhw Nabi saw pernah sujud atas karpet.

manusia sanggup mengkaji pelbagai ilmu duniawi hingga atom pun boleh dipecahkan. tp bila bab aqidah banyak yg tak berani mengkaji. hanya menurut saja apa yg diajarkan oleh ustaz. cam tulah pengikut hadi awang.

Johan berkata...

TT selalu mengupas dan membuat sesuatu isu diluar kotak pemikiran manusia. Memang terbaik!

Tanpa Nama berkata...

Hanya yang bodoh akan terikut sunah wal rasuah hijab al kulum bia kah kah kah

Tanpa Nama berkata...

Negara umat Islam umpama bangkai jadi rebutan pemangsa...semuanya kr lari dari ajaran Islam yg sebenar...perjuangan yg suci semestinya disabotaj oleh musuh.

Tanpa Nama berkata...

orang gila dan mereng otaknya atau otak sudah disalut oleh nifaq atau sifat munafiq iaitu mengaku islam tapi tidak menerima hukum islam...
mereka ini tak perlu dilayan.. biar ia sesat dlm dunianya tersendiri...
mereka baca AlQuran hanya setakat rongga mulut sahaja tetapi tidak masuk ke hati...

Tanpa Nama berkata...

jadi manusia yg berakal .... hidup dgn jiwa merdeka.

Tanpa Nama berkata...

Ini perang ideologi.dulu amerika dan sekutunya anggap komunis sebagai ancaman kepada mereka tapi tidak lagi sekarang.islam adalah kuasa terbaru yang disedari boleh mengancam amerika.

Tanpa Nama berkata...

dah 4 tahun dah harap2 jihadis melayu yg bebal mcm beruk yg ke syria dah mati di sana...dah la bangang melayu di malaysia ni...bagi melayu melayu ni pemimpin arab saudi raja paling alim dan tawadhuk sentiasa berwudhuk..bodoh pnya melayu..