Isnin, 8 Ogos 2011

SELAMAT BERBUKA PUASA




HARI KE LAPAN


lalu aku teringat
berkali kali aku menulis
tentang kapitalis sudah masak ranum

lalu aku teringat
aku memberi ingatan
hanya memberi ingatan
itu pun aku dituduh komunis
aku dituduh sosialis
aku dituduh bebal ekonomi

akhirnya
akhirnya
tiupan mikail sampai
minggu lalu bangsi mikail berbunyi

tiupan mikail membuka ombak
cairlah gunung ganang
keringlah sungai dan tasek
ombak mengombak
ke seluruh dunia
bermula di amerika
singgah di eropah
muntah di amerika latin
dan melimpah ke asia

di bursa kita
minggu lalu 32 bilion ringgit hanyut
hari ini sehari sahaja 36 blion ringgit lenyap

lalu aku tersenyum di petang ramadan ini
tiadalah berita yang paling gumbira
tiadalah berita yang menyoronokkan
tiadalah berita membawa aku senyum panjang
bila mendengar kaum kapitalis sesak nafas

bagitu lama mereka melanun
bagitu lama mereka menjarah
akhirnya tiupan sangka kala itu sampai jua
ini lah juadah berbuka dipetang ramadan yang gumbira
marilah kita semua bergumbira
seperti di tahun 1929 dahulu
kita bersorak beramai-ramai
agar mereka terjun dari tingkap
untuk menutup hutang dan malu


nota:
tentang terjun dari tingkap
sila rujuk lebai google
untuk mengetahui berapa ramai
kaum kapitalis yang terjun


5 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Dear TT,

Well, your predictions has turn out to be true.

U r not communist or socialist.

U R OUR HERO.

Take care and keep smiling.

Tanpa Nama berkata...

hasta la victoria siempre...

Tanpa Nama berkata...

1929 ??? apa yg berlaku 1929??? aku nak TT hurai sikit,,, ramai lagi anak muda yg tak tahu...

tolong tulis sikit ttg Great Depression...!

Lang berkata...

cantik sajak tu....

Fatmawati MN berkata...

Dear TT,

I have been following you ever since I found your blog. Good job...just love your writing, your comments and your cynical remarks. :))))

Kudos to you and God Bless.