Isnin, 8 Ogos 2011
ANAK MUDA BANGUN MELAWAN
DARI ARKIB ANAK MUDA
nota:
inilah permulaan pendemokrasian dunia arab
gambar ini gambar cult dari kota tunis
gambar ini adalah gambar cult yang membawa perubahan
SAMAD SAID: SUDAH TIBA MASA ANAK MUDA LAKUKAN PERUBAHAN REJIM - minsider
A. Samad Said, yang dilihat sebagai ‘ikon baru politik’ negara menegaskan, sudah tiba masa golongan muda melakukan “perubahan rejim” selepas 54 tahun negara ditadbir oleh Barisan Nasional (BN).
Sasterawan Negara ini menjadi perhatian di sebalik perhimpunan Bersih 2.0 baru-baru ini.
Bercakap pada pelancaran kempen Jom Baca Media Alternatif anjuran Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM), Samad, 76, berkata, perubahan tampuk pemerintahan negara boleh dilakukan golongan muda pada pilihan raya umum ke-13.
“Sudah tiba waktunya kita adakan ‘regime change’ (perubahan rejim), kita sudah memberi masa kepada orang yang memerintah sekarang ini 54 tahun,” katanya.
“Dan, kita sudah tidak harus lagi memberikannya lebih daripada itu.
“Banyak perkara boleh dilakukan anak muda antaranya ‘merubah’, maksudnya sudah tiba masa kita adakan ‘regime change’, ia mungkin terletak di tangan anak-anak muda,” katanya.
NOTA:
masanya telah sampai untuk mengubah kerajaan
fakta ini semua orang tahu
malapetaka ini telah lama menghimpap kepala
malapetaka ini telah 54 tahun melanun
fakta ini sudah jelas
anak anak muda memang hendak mengubah kerajaan
anak muda telah laam berjuang untuk membawa kebaikkan
anak muda dimana mana dlam dunia ini bergerak membawa perubahan
tapi bagaimana cara nya?
nak mengundi
gerombolan tambah dengan undi mat bangla
nak mengundi
gerombolan tambah undi mat indon
nak mengundi
gerombolan ada undi pos
sampai kiamat
tak akan ada perubahan rejim
kah kah kah
kah kah kah
kah kah kah
NOTA:
je jalan raya dulu
sebelum ke pilihanraya!
Labels:
anak muda berani bangun melawan
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
6 ulasan:
Cepat la sikit BERSIH 3.0 tuu
Kalau tidak kita buat BERSIH 6.0 terus
Jika BERSIH yang ke 6 berjaya dilaksanakan, aku yakin PM ke-6 sekarang ini dan juak2nya akan tumbang...kah kah kah kah
buat bersih 3.0 lepas raya ni, beb!
kalau tak, sampai bila pun kena kencing je la..
Kalau setakat duduk atas jalan raya 5-6 jam selepas tu bersalam dengan Polis dan bersurai 30 kali Bersih pun tak akan merubah apa2.
Kalau ingin kan perubahan berkampung lah atas jalan raya sampai betul2 BERSIH.
UMNO hidup nya menipu rakyat selama lebih 50 tahun jadi jangan lah di bodoh kan lagi untuk 50 tahun yang akan datang.
Bulan Syawal yang kali ini marilah KITA rakyat Malaysia beraya di Jalan Raya sehingga segala2 nya BERSIH.
Kata ahli bijak pandai..
Jika kita melakukan perkara yg sama dan mengharap keputusan yg berbeza maka org itu adlah org GILA!!
So kita rakyat harus buat kelainan dlm BERSIH 3.0..
Kelainan yg tidak ada pada BERSIH 2007 dan BERSIH 2.0..
Apa kelainan itu??
Kita turun dan BERKAMPUNG terus dijalanraya sampai tuntutan BERSIH ditunaikan..!!!!
JANGAN BALIK!!
JANGAN MENGALAH!!
Jika kita balik..maka kita akan di cop GILA!!!
Kah kah kah...
Woik TT,
Jangan pecahkan rahsia.Ko selalu ajak ke jalan raya.Ko tau tak ko tu manusia bukan kereta motor. Nanti sebab mulut kau.Kami semua nanti kena bayar road tax pulak.
Ko ingat BN tak boleh ubah law untuk kelasifikasikan dua anggota kaki kau
sebagai motor?
jangan cari pasal...dok asyik sebut Ke jalan raya...Kena road tax pulak..
kah kah kah
-Haji Na Motor
kaji mcm mana hartal berjalan... mereka sanggup rugi wang, rugi masa, rugi peluh, rugi tenaga sebab mereka tak mahu RUGI hak rakyat...
sanggupkah kita berkampung dijalanraya berminggu2 di seluruh ibukota?... mampukan seperta rakyat thailand, mesir, syria atau pon tunisia? sudahkah bersedia untuk tangggung risiko seperti itu? itulah persoalan yg utama dalam negara yg serba mencengkam ini..
Catat Ulasan