Isnin, 21 September 2020

I HAVE NUMBO

 

I HAVE NUMBO

I HAVE NUMBO

I HAVE NUMBO

KAH KAH KAH

Anwar akan sekat sesiapa saja dari jadi Perdana Menteri, kata Khairuddin

KUALA LUMPUR – Kejatuhan Kerajaan Pakatan Harapan (PH) pada Februari lalu sebenarnya akibat percaturan permainan politik ‘tikam belakang’ didakwa didalangi oleh  Anwar Ibrahim sendiri.

Bekas Penyelaras Parlimen Jasin,  Khairuddin Abu Hassan mendakwa, tindakan Anwar juga menyebabkan landskap politik negara turut berubah gara-gara untuk berebut jawatan Perdana Menteri.

“Kejatuhan Kerajaan PH adalah atas gara-gara percaturan permainan politik tikam belakang oleh Anwar yang akhirnya memakan diri sendiri sehingga kerajaan yang dipilih oleh rakyat pada PRU14 tumbang!

“Perubahan senario politik pada hari ini di tanah air kita adalah disebabkan oleh salah percaturan politik jahat Anwar Ibrahim,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Khairuddin juga mempersoalkan ketaksuban anggota Keadilan yang mahukan Anwar menjadi Perdana Menteri sedangkan beliau tiada kebolehan untuk mentadbir urus negara.

“Apa istimewa sangat dengan Anwar Ibrahim? Dia bukan boleh bekerja pun! Kepakaran Anwar hanyalah bermain politik tikam belakang untuk menyekat siapa saja dari menjadi Perdana Menteri kecuali dirinya!

“Manusia berpenyakit seperti Anwar sudah tidak relevan lagi dalam dunia politik hari ini!

“Selagi Anwar berada dalam lanskap politik tanah air maka selagi itulah keadaan politik negara kita akan jadi huru-hara!” katanya.

Sementara itu, beliau menyambut baik saranan Ketua Penerangan Angkatan Muda Keadilan (AMK) Sabah, Razeef Rakimi agar PH dibubarkan selepas Setiausaha Agung DAP, Lim Guan mencalonkan Presiden Warisan, Mohd Shafie Apdal sebagai Perdana Menteri.

“PH tidak boleh diterajui oleh manusia berpenyakit seperti Anwar kerana ianya akan membawa malang kepada keseluruhan anggotanya!!

“Presiden PKR ini adalah seorang kaki kelentong semata-mata!

“Dia kelentong DAP dan Amanah kononnya mempunyai cukup sokongan ahli-ahli Parlimen bagi membentuk kerajaan baharu!!” katanya.

Sebaliknya DAP dan Amanah sepatutnya mencari kaedah baharu dengan bekerjasama dengan  Dr Mahathir Mohamad bagi membentuk kerajaan baharu.

“Lama mana lagi DAP serta Amanah hendak tunggu dan biarkan diri mereka diperbodohkan oleh manusia berpenyakit Anwar?

“Secara jujur dan ikhlas tiada sokongan majoriti yang mahukan Anwar untuk jadi Perdana Menteri! Dia hanya ‘syok sendiri’ dan terus memperbodohkan rakan-rakan lain untuk menyokong cita-cita rakusnya itu saja!” katanya.

Katanya lagi, sudah sampai untuk semua komponen PH meninggalkan Presiden PKR itu atau mereka akan terus tewas dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) akan datang.

“Sekiranya semua masih tidak sedar bahawa Anwar hanya main wayang dan syok sendiri saja; semua pihak akan terus tewas buat selamanya!

“Jangan sesiapa pun bermimpi untuk menubuhkan kerajaan baru di bawah kepimpinan ‘manusia berpenyakit’ ini!” katanya lagi. –:



PENERAGAN

AMAT JELAS

AMIN


6 ulasan:

Ketua Pengarang berkata...

numbo apa tu? numbo talipon Yusof ke? kah kah kah

panglimo potaseh berkata...

Penyakit Abam ni dah teruk sangat ..penyakitnye semakin menjadi time bulan ngambang ..nasib baik 26 Sept ni bulan tak de ..

Tanpa Nama berkata...

Sarawak tak sokong dia, Sabah tak sokong dia, Semenanjung hanya puak2 dia ja yg sokong... tang mna dia nak seluk nombo tu.. itu yg pelik bin ajaib.. mmg takda la bro.. toksah bmimpi la.. hakikatnya.. u jgn keletong org laaaa... u simply dont have the numbo.. simple nk paham

Unknown berkata...

wow.. mat KASI dah dpt kwn,
hanya org tak sekolah je yg setuju dgn mamat ni.
tapi dia ada bini.
cun pulak tuu..
glamour lagi..
mat KASI ada apa? anjing je..
xmckk yg bela anjing matKASI je..
memalukan..

Tanpa Nama berkata...

bukannya pelik pun, khairudin dan sakai jelebu ni bukan ahli pkr mmg la depa taknak abam jadi pm. kalau tanya suku sakat parti umno, depa pun taknak malikul sembab jadi pm. tapi pelik juga sebab khairudin dan sakai jelebu anak lelaki rais ni sibuk sangat dgn urusan pkr apahal? persoalan nasional? pegi lancau la persoalan nasional hang tu sakai, hang mengundi pun dak. kahkahkah

ikutsukaku berkata...

TT macam khairuddin dah bengong. sejak 1998 semua orang elit ni menghalang anwar jadi PM, satu dunia boleh nampak, cuma TT yg buta perut tak nampak. Tetiba keluar cerita ni betul@ terbalik. catatan TT skrg macam WTF.