Jumaat, 25 September 2020

KALAH LAWAK CERITA MALAM JUMAAT

 

ANWAR DAPAT

JEMPATAN DARI

NEW YORK 

KAH KAH KAH



Rakyat berjenaka 

di media sosial selepas

Anwar dakwa miliki

sokongan majoriti 

bentuk kerajaan baru


Terkejut dan teruja tentang kemungkinan kejatuhan kerajaan dengan cepat berubah menjadi wadah “sinis” dan jenaka dalam talian, beberapa jam selepas pengumuman mengejutkan Anwar Ibrahim beliau mendapat sokongan mencukupi dalam kalangan ahli Parlimen untuk menggulingkan kerajaan Perikatan Nasional (PN) yang baru berusia enam bulan.

Pengguna media sosial dengan pantas tampil menggunakan kreativiti mereka, menyokong dan mengkritik presiden PKR itu, dengan ramai mengingatkan dakwaan serupa dibuat Anwar 12 tahun lalu.

Jenama Super Ring menjadi sebahagian daripada jenaka politik negara sejak pertengahan tahun ini selepas penunjuk perasaan pro-Pakatan Harapan (PH) mengkritik sebilangan rakyat Malaysia begitu acuh tak acuh terhadap permainan politik di negara ini dengan menyaksikan perkembangan yang berlaku sambil makan makanan ringan.

Hari ini, Anwar, ditemani isterinya Dr. Wan Azizah Wan Ismail dan beberapa pemimpin PKR, mengumumkan mempunyai sokongan “kukuh dan meyakinkan” untuk membentuk kerajaan baru menggantikan PN.

Tetapi pengguna media sosial dengan pantas mengedit gambar Anwar yang lengkap berbaju Melayu hitam sedang mengangkat sumpah di hadapan potret Agong yang berbingkai.

Gambar lain menunjukkan Anwar, dengan kepalanya ditutup dengan kain putih sedang mengelap potret Agong.

Gambar itu diambil daripada gambar Facebook yang diposkan pada akaun rasmi Anwar yang menunjukkan beliau sedang membantu tugas-tugas di rumah menjelang perayaan Aidilfitri pada Mei lalu.

“Harap bertenang semua. Saya tengah susun kabinet nak bentuk kerajaan,” tulis sekeping poster yang menunjukkan Anwar menyusun beberapa buku di perpustakaan peribadinya.

Malah, terdapat juga pengguna Facebook yang memuat naik hantaran bertulis dengan kata-kata humor sebagai reaksi pengumuman tersebut.

“Harap Anwar dedahkah bilangan (sokongan) sebelum Magnum, Kuda dan Toto tutup pukul 7 malam.”

Sementara itu, gambar lain pula membandingkan Anwar dengan satu perhimpunan besar pada malam 16 September 2008, tarikh akhir yang ditetapkannya untuk pertukaran kerajaan melalui pembelotan besar-besaran dari kerajaan Barisan Nasional (BN) yang memerintah ketika itu.

Anwar kemudian mengatakan ramai ahli Parlimen BN menarik diri pada saat-saat terakhir walaupun sebelumnya memberikan sokongan mereka uagar beliau menjadi perdana menteri.

Bekas perdana menteri, Dr Mahathir Mohamad antara yang mengingati episod itu.

“Kita kena tunggu dan lihat jika ini adalah satu lagi episod dakwaan yang tidak dapat dibuktikan,” Dr Mahathir dipetik berkata The Edge Singapore mengulas pengumuman Anwar hari ini.

Anwar hari ini mengatakan kerajaan baru di bawahnya akan dikuasai ahli-ahli Parlimen Melayu dan Bumiputera dan perwakilan yang adil dari semua kaum.

Langkah Anwar itu dilihat sebagai tindak balas terhadap kritikan beliau tidak akan mendapat sokongan orang Melayu yang mencukupi.

Ketika Amanah dan DAP menyatakan sokongan kepadanya. Ahli-ahli Parlimen di blok kerajaan seperti Bersatu, Umno, PAS menjauhi Anwar, menimbulkan keraguan kerajaan barunya dikuasai ahli Parlimen Melayu.

Perwakilan Melayu yang besar seringkali dianggap penting bagi mana-mana kerajaan untuk bertahan, dengan ada yang menyebut kekurangan ini sebagai alasan kejatuhan kerajaan PH Februari lalu.

Pada masa itu, usaha Muhyiddin untuk memikat lebih banyak ahli Parlimen Melayu dari Umno menyebabkan bantahan daripada Dr Mahathir.

Ambiga Sreenevasan, bekas pengerusi Bersih 2.0 yang menjadi tunggak utama beberapa demonstrasi besar-besaran untuk menuntut reformasi pilihan raya turut mempersoal apakah prinsip yang sama masih terpakai pengumuman Anwar.

“Jadi DAP dan Amanah bersedia bekerjasama dengan Zahid? Najib?” soalnya dalam satu hantaran di Twitter.

Peguam itu berkata, beliau hanya mahu penjelasan mengenai isu ini.

“Atau semua orang sedang bermain permainan?” soalnya.

DARI TPM

TERUS JADI

RAJA LAWAK

KAH KAH KAH

INI MESTI

PENGARUH 

RAJA GOYANG

KAH KAH KAH



5 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

TT, gwa amat kagum dengan kebodohan Abam. Caturan politik camni pun gagal. Bodoh camni ada keupayaan tadbir negara sebagai perdana menteri ke? Gwa pikir rakyat Malaysia tak nak seorang "catastrophic loser of epic proportions" sebagai PM ke9. Malu!

Tanpa Nama berkata...

kutuk lah sekutuk-kutuknya
kamu belum berada di atas katil
kamu belum dijemput pelayan maut
adakah kamu manusia terbaik abad ini berbanding pemimpin2 yg kamu kutuk?

ingatlah
tahi kamu busuk
kencing kamu haring
ketiak kamu masam
kentut kamu boleh menyebabkan gangguan alam sekitar

kamu manusia juga bro

Tanpa Nama berkata...

Sebahagian 50 dalil dua dekad dulu benar. Tapi jika dikaji dalam bahasa psikoloji. Perkataan perubatan tepat adalah narsistic personality disorder. Nama melayu lama jaki ke orang. Penyakit jiwa ni tiadalah boleh membawa maut tapi menyebabkan pergaduhan berpanjangan dan rasa jengkel sbb pelaku haram nak mengaku kalah walaupun dah terlondeh seluar dalam.munkin jail tu cara baik nak selamat party waktu tu. Apa apa pun,selamat bersara datuk seri Anwar!

Tanpa Nama berkata...

kahkahkahkahkahakhakahaa

Jebat 2 berkata...

Ciss cilakak punya orang komedi .. Gua tgh syiok layan rock n roll tt tetibe abam potong stim hbis banjir post tt hari2 psl orang komedi ni suda 2 hari intelek gua kurang kembang . Gua pun trpaksa tgu ramalan nombor ... wakluuu