JUMAAT 25/9/2020
KITA MASUK KE HARI 192
BERKHALWAT
PKPP MASIH BERJALAN
BANYAK NEGARA DAPAT
SERANGAN KE DUA KE TIGA
CHINA MERAH TEMPAT ASAL KOBID
DAPAT SERANGAN KELIMA
INDIA PARAH
AMERIKA SAREKAT PARAH
UNITED KANGDOM PARAH
IRAN PARAH
BRAZIL PARAH
YANG LAIN TAK DENGAR
KABAR BERITA
SUBUH HUJAN LEBAT
PAKAIAN GUA DIAMPAIAN BASAH
GUA BERGEGAS BANGUN
MENUTUP TINGKAP
ANGIN SEJUK MASUK
GUA MASUK HOKKIEN LAMBAT
KERANA HUJAN
GUA WAJIB MASUK JUGA
TAK ADA PILIHAN
KERANA TAKTAK DAN EZI
PERLU KENCING DAN BERAK
MEREKA TERDIDIK
TAK BERAK TAK KENCING
DALAM RUMAH
TAPI DI LUAR RUMAH
KECUALI SAKIT PERUT
KUALA LUMPUR
DILIPUTI OLEH KABUS NIPIS
HOKKIEN BASAH SEGAR
OKESTRA UNGGAS TAK CERIA
SIMPONI CENGKERIK
TAK BISING
JALAN LECAH
PENUH LOPAK AIR
TAKTAK SUKA AIR
DIA AKAN
LALU ATAS AIR SAMBIL
MENGHIRUP
GUA TAK SUKA
KERANA GUA TERPAKSA
BASUH PERUT DAN KAKI TAKTAK
YANG BASAH BERPASIR
EZI TERBAIK
DIA TAK AKAN MASUK
KE DALAM LOPAK AIR
BERI KEPERCAYAAN PENUH
PADA SOSOK
BERASASKAN WATAK PERANGAI
BUKAN KERANA
SOSOK BERANI BERSUMPAH
RAHSIA NAK DAPAT
KEBAHAGIAN HIDUP
IALAH KEBEBASAN
RAHSIA NAK DAPAT KEBEBASAN
IALAH KEBERANIAN
YANG BERANI
AKAN MELAKUKAN
APA BERANI WAJIB LAKUKAN
YANG LEMAH
AKAN MENERIMA
APA YANG DIBERIKAN
RAHSIA PERUBAHAN
IALAH MENUMPU TENAGA
BUKAN MELAWAN YANG TUA
TAPI MEMULAKAN YANG BARU
SOSOK YANG BERANI
TIDAK AKAN LARI
DIA AKAN TETAP MENUNGGU
DI PINTU UNTUK MELAWAN MUSUH
SOSOK YANG BERANI
MEMILIKI PENCERAHAN JELAS
NAMPAK APA DIHADAPAN
ADA BAHAYA ADA KEJAYAAN
AKAN MENGHADAPI SEMUA
KITA TIDAK AKAN MELAKUKAN
APA APA PUN DALAM HIDUP INI
TANPA KEBERANIAN
YANG DIBINA OLEH FIKRAH
SELAIN DARI KEJUJURAN
PEKARA YANG AMAT SUSAH
DALAM PERJALANAN HIDUP
IALAH
MENGAWAL DIRI SENDIRI
DETIK DAN MASANYA
IALAH SEKARANG
HARI INI
UNTUK ENJOY DE MENJOY
AMIN
SELAMAT BERKHALWAT
Tiada ulasan:
Catat Ulasan