Jumaat, 5 April 2024

PANAS PANAS PANAS


Satu lagi kematian akibat strok haba, libat kanak-kanak tiga tahun – NADMA

KUALA LUMPUR – Satu kes kematian baharu akibat strok haba dilaporkan berlaku minggu ini menjadikan kes kematian berkaitan cuaca panas kepada dua orang, menurut Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA).

Berdasarkan laporan ringkas status cuaca panas oleh NADMA bertarikh 4 April, kematian baharu pada 1 April itu melibatkan kanak-kanak berusia tiga tahun di Kelantan.

Kematian pertama melibatkan individu berumur 22 tahun di Pahang pada 2 Feb lepas.

“Pemantauan sehingga 3 April mendapati jumlah kes kumulatif bagi penyakit berkaitan cuaca panas meningkat kepada 37 kes dengan pecahan 10 kes strok haba, kes kelesuan haba (26 kes) dan kes kejang haba (satu kes).

“Terdapat dua kes masih mendapat rawatan di hospital, iaitu masing-masing satu kes strok haba yang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan kes kelesuan haba di wad biasa. Kes lain telah mendapat rawatan dan sembuh,” menurut laporan itu yang memetik sumber Kementerian Kesihatan (KKM).

Bagi pecahan mengikut negeri, Perak dan Kedah masing-masing merekodkan lapan kes, Johor (lima), Negeri Sembilan (empat), Sabah (empat), Selangor (tiga), Perlis (dua) dan masing-masing satu kes di Pahang, Pulau Pinang dan Kelantan.

Memetik sumber Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN), NADMA melaporkan setakat semalam enam empangan menunjukkan stok bekalan air pada paras amaran dengan tiga daripadanya di Kedah iaitu Empangan Muda (39.12 peratus), Empangan Malut (35.70 peratus) dan Empangan BS Padang Saga (41.29 peratus).

BERHATI HATI

PANAS SEDANG

MENYERANG

AMIN

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Tebang tebang..duit tuuu....demi 8sle tebang sampai gondol...tampuk kuasa siapa pegang? Hindu? Bhudda? Sikh?