Jumaat, 5 April 2024

GAZA - TIDAK ADA GENCATAN SENJATA


Tiada kemajuan gencatan senjata di Gaza - Hamas

DUBAI: Pemimpin Hamas, Osama Hamdan hari ini memaklumkan tiada kemajuan dalam rundingan gencatan senjata Gaza walaupun kumpulan Palestin itu menunjukkan fleksibiliti.

Hamdan berkata Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu menghalang kedua-dua pihak daripada mencapai persetujuan serta "tidak berminat" untuk membebaskan tebusan Israel.

"Kerajaan pendudukan itu masih mengelak dan rundingan dibelenggu dengan masalah yang sama", kata Hamdan pada sidang media yang diadakan di Beirut.

Usaha Mesir dan Qatar yang disokong oleh Amerika Syarikat, setakat ini gagal mencapai gencatan senjata.

Walaupun Hamas mahu sebarang perjanjian gencatan senjata bagi memastikan penamatan serangan tentera Israel, tentera Israel itu lebih suka perjanjian pembebasan tawanan tebusan serta enggan komited bagi menamatkan kempen ketenteraannya.

Di Gaza, pengeboman Israel terus menyasarkan kawasan di seluruh wilayah Palestin sehingga membunuh 62 orang dalam tempoh 24 jam lalu, kata kementerian kesihatan wilayah itu.

Tentera Israel membebaskan 101 rakyat Palestin yang ditahan tentera ketika serangan darat dalam beberapa minggu dan bulan lalu.

Tahanan yang kebanyakannya mengadu mengenai layanan buruk di penjara Israel, dibebaskan melalui persimpangan Kerem Shalom Israel ke selatan Semenanjung Gaza.

Lebih 33,037 rakyat Palestin terbunuh dengan 75,668 cedera dalam serangan tentera Israel ke atas Gaza sejak 7 Oktober lalu.

PERANG

 DITERUSKAN

HINGGA ISRAEL

MUSNAH

AMIN

Tiada ulasan: