Selasa, 16 September 2025

GARIS TENGAH PAS AKAN BAWA KEMENANGAN


Wanita PAS boleh isi jawatan TPM - Mursyidul Am


ALOR SETAR: Bukan sahaja jawatan Perdana Menteri, PAS juga menaruh keyakinan tinggi posisi Timbalan Perdana Menteri mampu diisi ahli parti itu terutama dalam kalangan wakil Dewan Muslimat.

Mursyidul Am PAS, Hashim Jasin, berkata beliau melihat dan mendengar keyakinan tinggi anggota Dewan Muslimat parti itu dalam memegang jawatan besar sepanjang muktamar berlangsung sehingga ada yang menyebut 'empat lori pun ada'.

"Wakil (Dewan) Muslimat kata mereka bersedia, malah ada yang menyebut 'empat lori pun ada', menunjukkan kesediaan dan keyakinan mereka," katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan penggulungan pada Muktamar Tahunan PAS Kali ke-71 di Kompleks PAS Kedah, di sini, hari ini.

Di samping Hashim menegaskan sejarah Islam membuktikan kepemimpinan dipilih berdasarkan kekuatan dan kemampuan, sebagaimana proses ketika pengganti Rasulullah SAW ditentukan selepas kewafatan Baginda.

Pada Muktamar Dewan Ulama Sabtu lalu, Hashim berkata sudah tiba masa untuk parti itu memimpin Perikatan Nasional (PN) serta mempunyai calon Perdana Menteri dalam persiapan menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-16 (PRU16).

Beliau sekali gus mengaku secara peribadi amat bersetuju dengan usul disuarakan Dewan Pemuda PAS Pusat, semalam, berhubung perkara itu yang dilihat sebagai relevan dan mampu menjadi faktor dalam mencorakkan kemenangan parti berkenaan pada PRU akan datang.

Malah, Hashim berkata, beliau sendiri pernah menyuarakan hasrat berkenaan dalam usaha mengangkat peranan PAS ke tahap lebih tinggi.

Sementara itu beliau menegaskan calon Perdana Menteri yang bakal menerajui negara perlu memiliki sifat takwa seperti takutkan Allah sebagai antara empat ciri utama kepemimpinan Islam.

Katanya, empat ciri utama iaitu takutkan Allah, beramal dengan al-Quran, sentiasa membuat persediaan untuk kembali kepada Allah dan bersifat reda.

"Siapa nak ganti Anwar? Tidak mungkin Presiden (PAS) kerana jika dari segi kesihatan pun tak mampu naik tangga, maka itu tak sesuai.

"Apapun, sesiapa nak jadi PM, pertama mestilah takutkan Allah diikuti beramal dengan al-Quran dan syariat Allah, bukan sekadar untuk berseronok jadi presiden atau Perdana Menteri sahaja.

"Ketiga, sentiasa buat persediaan untuk kembali kepada Allah kerana mengutamakan akhirat dan keempat, reda dengan ketentuan," katanya.

Hashim berkata, parti itu yakin kepemimpinan berteraskan ciri itu tidak akan pupus, malah akan terus lahir daripada kalangan pemimpin umat Islam.

JIKA PAS

MENERUSKAN

GARIS TENGAH

PASTI PAS

AKAN MENERAJU

KERAJAAN

KHALAS

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Ini cakap ikut skrip pemikiran politik bukan buku manifesto, buku dicetak pun tidak ikut inikan pula air liur basi kah kah kah kalau masih percaya cakap orang politik entah lah kah kah kah