PAGI INI
PAGI INI
SELASA 16 SEPTEMBER 2025
CALON PERDANA MENTERI
CALON PERDANA MENTERI MALAYSIA
Parti BERSATU heboh dalam Kongres bincang sapa nak jadi calon Perdana Menteri. Kelihatan ada perebutan antara Muhyidin dengan Hamzah.
Parti PAS juga heboh hal yang sama. Sapa nak jadi Perdana Menteri. Yang ini Yang itu – heboh.
Dua parti ini lupa- YANG PENTING ialah MENANG PRU16 – KEMUDIAN BOLEH BINCANG – tak payah lah ada POSTER BOY. Kita bukan pakai sistem Amerika – SATU CALON – akan menang dan dia akan lantik yang lain. Kita gua sistem Parlimen – parti terbanyak YB – parti teramai sokongan YB – boleh tubuh kerajaan – baru PM di lantik.
Ini lembu BELUM BELI – dah nak sibuk – nak buat kandang dimana – bertengkar satu keluarga. INI lah dia ceriat Mat Jenin. Kah kah kah
CALON PERDANA MENTERI
Saya Hishamuddin Rais akan mencadangkan Tengku Maimun bekas Ketua Hakim Negara sebagai calon Perdana Menteri. Sosok jujur – berhemah – berpelajaran – TIDAK RASUAH – tidak guna ayat Quran untuk main jubo .
Perikatan Nasional yang mengatakan negara wajib diselamatkan dari Madafaka Anwar Ibrahim perlu mengotakan cakap.
JUSTERU beri Tengku Maimun kerusi yang selamat dan angkat dia ke Parlimen dan nobatkan sebagai Perdana Menteri Malaysia untuk mengganti kan Madafaka. Amin.
Betul Tengku Maimun bukan orang politik – ini lah yang terpaling baik – BUKAN ORANG POLITIK adalah kriteria ulung untuk menyelamatkan negara kita.
Orang politik - para politikus - para Menteri semua dah terlibat dalam rasuah. Memiliki kroni – ada Yayasan untuk cari duit – ada CUKONG yang bantu. Ada Samseng China yang beri dana.
Beri sokong kepada Tengku Maimun : pakar ekonomi – pakar politik luar negara – pakar hubungan antara bangsa - para Agamawan dan para bijak pandai kelilingi Perdana Menteri - beri pandangan – beri kritikan – untuk menyelamatkan Malaysia dari Madafaka.
Trend sekarang – dimana-mana ialah menolak POLITIKUS – kerana RASUAH dan SALAH GUNA KUASA – Di Sri Langka – di Bangladesh - di Indonesia – di Nepal – di Filipina -dan kita di Malaysia sedang berhadapan dengan musuh yang sama. AMIN
TAPI : Sebelum ke PILIHAN RAYAA WAJIB TURUN KE JALAN RAYA – Tengku Maimun akan turun sama kerana HAK KE JALAN RAYA ada kerja akhir Tengku Maimun. AMIN.
QATAR
Negara Arab dan Negara Islam – OIC adakan mesyuarat tergempar : kes Zionis BlackRock serang Qatar.
AMERIKA
China Merah dan Amerika ada persetujuan tentang Tik Tok – Apa persetujuan belum jelas.
ISRAEL
Setiausaha Negara Amerika Rubio datang jumpa Setanyahu. Umum sokongan teguh pada Israel ketika OIC adakan mesyuarat tergempar di Qatar.
Mengaramkan hubungan sukan dengan Israel. Kontrak buat roket untuk Israel bernilai 700juta pound di batal.
Satu kumpulan anak-anak dari Gaza sampai ke London untuk mendapat rawatan perubatan dari hospital kerajaan UK.
Kapal bawa bantun kemanusiaan untuk warga Gaza kini berlepas dari pelabuhan Tunis dalam perjalanan ke Gaza.
Nilai Bhat duit Siam naik bila ada Perdana Menteri baru di lantik.
Pagi ini basah sejuk. Matahari bersinar lemah. Langit kelam pucat macam ada hujan nak turun. KL &KL Sentral cerah. Angin kuat di waktu subuh.
Dari wilayah yang jauh gua dengar suara gagak – Aduh sedih mendayu gagak menangis gak gak gak. Di bukit Tekukur bersuara.
Depan Pokok Ara gua naik ke Wakaf – hanya saekor Ayah berdiri di Meja. Kemudian ramai datang. Gua tabur nasi – wow – gua nampak 4 ekor Puppy termasuk yang bulu hitam – tapi tak berani masuk – Emak Ayah datang makan – saekor Puppy ikut makan.
Di tepi jalan satu lagi keluarga – yang ini baik – mereka nampak gua terus berlari hampiri gua. Lalu gua beri friskies – Wow – mereka enjoi makan pagi. Gua gumbira kerana mereka makin berani merapati gua. Gua tunggu masa untuk usik kepala.Amin
Hari ini akan panas. Jika petang hujan pasti enak.
BRO
SENYUM
SENYUM DI PAGI
SELASA
BRO
Anjing yang lu pelihara bawa bahagia Dia tak akan kompelin. Dia tak akan marah pada lu.
BRO
Waktu yang lu habiskan dengan kucing lu - adalah masa yang tidak sia-sia
BRO
Anjing ialah penghubung kita ke syurga. Mereka tidak tahu kejahatan atau kecemburuan atau ketakpuasan.
BRO
LAKUKAN SEKARANG
LAKUAN HARI INI
SELAMAT BERCUTI



Tiada ulasan:
Catat Ulasan