Khamis, 30 Oktober 2008

6 HARI LAGI OBAMA KE RUMAH PUTEH

Malam tadi amerika menonton obama
30 minit obama jual diri

6 hari lagi ke rumah puteh

Semua yang perlu dilakukan telah dilakukan
Obama bin hussein
Obama bin lebai hussein
Obama bin haji lebai husein
Obama bin ayatollah hussein

Gagal

Akhirnya obama di kiri kan
Lalu kiri dijadikan alasan
SDS dan Weatherman di jadikan tunjuk sebab

Kiri di takuti bukan kerana kiri
Kerana kiri tepat dan betul

Republikan akan kalah bukan kerana obama kiri
Tidak ada beza antara coco cola dengan pepsi cola
Republikan kalah kerana dunia menjadi kiri

Amerika latin mula jadi kiri

Venezuela kiri
Cuba kiri
Chile kiri
Bolovia kiri
Nicaragua kiri
Eropah timur kembali kiri
Eropah utara sedang kiri
Eropah barat berfikir kembali untuk jadi kiri

Dalam krisis kapitalis jawapanya hanyalah kiri

Di Amerika – tidak ada beza antara coco cola dengan pepsi cola



STATISTIK EKUITI DAN BUMIPUTERA TIADA MAKNA


Pembohongan ada pelbagai bentuk. Ada orang yang membuat janji tetapi tidak ditunaikan. Ada parti politik yang membuat manifesto pilihanraya tetapi sesudah menang dan berkuasa manifesto ini dilupakan. Ada menteri yang berjanji akan telus tetapi apabila berkuasa menjadi kukubesi. Ada menteri yang berjanji menentang nepotisma tetapi apabila berkuasa yang diutamakan ialah kaum keluarga. Semua ini pembohongan yang kita semua tahu, sedar dan faham.

Ada lagi satu pembohongan yang namanya – Statistik. Malah statistik adalah pembohong yang paling tersusun lagi licik lengok jalannya. Saya tidak pernah percaya kepada statistik. Saya menolak statistik sebagai patukan untuk dijadikan rujukan. Ini kerana selama ini saya melihat bahawa statistik ini boleh dimanipulasi dan ditunggang terbalikan. Statistik juga dijadikan senjata untuk mengolah pandangan orang ramai.

Mari kita lihat kes statistik tentang pencapaian ekonomi Bumiputera yang terus dihebohkan. Kes statistik ini menjadi heboh dan sengaja diheboh-hebohkan untuk tujuan mendapat sokongan politik. Mula-mula keluar satu angka statistik mengatakan bahawa Dasar Ekonomi Baru telah berjaya mencapai matlamat. Bumiputera sudah memiliki 45% ekuiti ekonomi negara ini.

Kemudian, satu lagi statistik yang mengatakan Dasar Ekonomi Baru belum berjaya. Bumiputera hanya memiliki hampir 19% sahaja. Kemudian satu lagi angka statistik keluar – bukan yang ini dan bukan yang itu – tetapi dipaparkan satu angka baru. Tiga angka statistik dimunculkan kepada umum. Membingongkan ? Tidak. Lupakan sahaja kerana ketiga-tiga angka ini tidak memiliki apa-apa untuk kita semua.

Saya tidak peduli sama ada Bumiputera memiliki 50%, 60% atau 100% ekuiti ekonomi negara ini. Angka-angka ini tidak memberi apa-apa makna kepada saya. Hujah saya menolak angka statistik ini cukup senang. Statistik ini hanyalah satu ‘omong kosong’. Statistik adalah angka-angka yang dikumpul tetapi dalam kehidupan harian kita ianya tidak bermakna.

Kalaupun Bumiputera memiliki 70% atau 90% ekuiti ekonomi negara ini, untuk rakyat seperti kita, ianya tidak akan mendatangkan apa-apa perubahan yang hakiki. Kalau kita Bumiputera naik bas tambangnya sama dengan yang Bukan Bumiputera, beli sayur harganya sama, bil lektrik, bil air dan harga top-up pun sama. Setiap bulan sewa bilik harganya sama. Di hujung tahun kos kehidupan bertambah – Bumiputera atau Bukan Bumiputera. Pemilikan ekonomi Bumiputera ini tidak ada sangkut paut dengan kehidupan harian kita, walaupun kita Bumiputera.

Katakanlah Bumiputera dalam negara ini telah memiliki 50% dari jumlah ekuiti ekonomi negara. Saya cukup yakin 50% ekonomi ini tidak akan dimiliki oleh semua Bumiputera. Jumlah 50% ekonomi negara ini mungkin dimiliki oleh 10 orang, 20 orang, 200 atau 200,000 orang Bumiputera. Apa yang terjadi kepada 16 juta Bumiputera yang lain? Mereka juga Bumiputera dan apabila statistik ini dirangka kewujudaan mereka juga dihitung sama. Jelas disini statistik ini tidak memiliki apa-apa makna.

Dalam ekonomi kapitalis, setiap individu dan warga diberi kebebasan untuk memiliki sebanyak mana kekayaan. Dalam ekonomi kapitalis disediakan ruang dan galakan untuk warga mencari dan mengumpul kekayaan. Jika kita faham ini maka bermakna kita semua sebagai warga akan mendapat peluang yang sama. Salah. Kita TIDAK akan memiliki peluang yang sama dalam ekonomi kapitalis. Peluang ini tidak wujud untuk kita yang tidak memiliki modal. Hanya mereka yang memiliki modal sahaja yang akan dapat mempergunakan peluang itu.

Bagitu juga dalam hal Dasar Ekonomi Baru ini. DEB ini telah menobatkan bahawa setiap Bumiputera di Malaysia berhak untuk memiliki 30% ekuiti ekonomi negara. Ini dongeng. Ini juga statistik. Mak Jah dari Felda Taib Andak yang memohon untuk mendapat projek membuat Istana Negara yang berharga 400 juta ringgit itu tidak akan mendapat melawan Maya Maju Sdn.Bhd. Mak Jah dan syarikat Maya Maju ini sama , mereka berstatus Bumiputera. Tetapi hakikatnya adalah berlainan. Ada hukum-hukum dan syarat-syarat lain yang TIDAK bertulis. Bumiputera ini hanya satu dongeng sama seperti statistik. Ianya tidak memiliki apa-apa makna yang hakiki.

Heboh-heboh statistik baru-baru ini bertujuan untuk mengolah persetujuan rakyat terutama Bumiputera untuk terus menyokong DEB. Dan terus menyokong gerombolan United Malays National Organisation. Amat jelas dari heboh-heboh ini ada dua pembohongan. Bohong pertama statistik. Bohong kedua ialah Bumiputera. Dua pembohongan ikat berikat.

Saya sedar ramai yang terpengaruh dengan pembohongan ini. Di sini saya ingin menerangkan terutama yang menganggap diri mereka Bumiputera. Saya harap mereka sedar bahawa konsep Bumiputera itu tidak ada apa-apa makna. Konsep ini juga sama dengan peratus statistik pencapaian ekuiti ekonomi Bumiputera - kedua-dua hanyalah ‘dondang sayang’ yang kedengaran tetapi tidak dapat dimasukkan ke dalam saku.

Selama 30 tahun ini bunyi perkataan Bumiputera telah dijadikan kempen oleh gerombolan United Malays National Organisation untuk mengumpul sokongan terutama dari orang Melayu. Rasa saya, manusia Bumiputera ini telah lama berdongeng bukan kerana ganja tetapi kerana mendengar bunyi dan statistik Bumiputera. Masanya telah sampai untuk kita bangun dari terus berdongeng dan berkhayal. Sila lihat disekeliling dan perhatikan apa yang sedang berlaku.

Ini bukan labun atau kempen politik kosong agar saya mendapat menjadi YB. Kalau tidak percaya apa yang saya tulis ini, sila pergi lawat Kampung Chubadak dekat Sentul di mana tanah yang di teroka oleh Bumiputera berpuluh-puluh tahun dahulu akan dirampas oleh pemaju… opps saya tidak jelas pemaju jenis mana – mungkin Bumiputera atau mungkin dari Nigeria atau mungkin dari gerombolan United Malays National Organisation yang buat ‘joint venture’ dengan gerombolan Malaysian Chinese Association.

Atau sila pergi ke Kampung Berembang di belakang Jalan Ampang – tidak jauh dari KLCC opps…maaf kerana nama ini nama Mat Saleh. Lihat di mana rumah-rumah Bumiputera telah dibumikan. Atau ke Plentong di Johor Bahru. Lihat bumiputera anak beranak ini sedang tidur di atas bumi. Ini bukan statistik. Ini adalah manusia hidup yang boleh kita pegang dan lawan bercakap. Mereka inilah yang tidak termasuk dalam kajian dari pakar-pakar statistik yang asli mahupun dari pakar-pakar statistik ‘cap ayam’.(tt)




TIDAK TEPAT PADA MASANYA -melayau

KUALA LUMPUR 29 Okt. - Biro Ekonomi Pergerakan Pemuda UMNO menyifatkan desakan MCA untuk memansuhkan pemilikan 30 peratus ekuiti bumiputera dalam syarikat senaraian awam sebagai cadangan yang tidak tepat pada masanya.

Pengerusinya, Datuk Reezal Merican Naina Merican menegaskan, tidak wujud keperluan yang sangat mendesak agar perkara-perkara asas seperti itu dibincangkan dalam waktu terdekat.

kah kah kah…. mestilah tak tepat pada masanya…. munkee ni baru jadi penyamun kecil…. kah kah kah… munkee ni nak masa lebih lama keran nak rembat duit KWSP…kah kah kah…

pelik nama munkee ni…. tak macam nama melayu…. tak macam nama bumiputera…. mamak kot…. kah kah kah….MAMAK ? …. mamak lah yang selalu buat kacau…. bukan melayu pun…. suka api-api melayu lawan cina… ini perangai KITUL dalam SEJARAH MELAYU…. cisss…. mamak kamu menyamar naik tongkang datang ke tanah melayu…. Menyamar nak jadi melayu ….kah kah kah…….



PM, TPM HADIRI RUMAH TERBUKA BNBBC - melayau

KUALA LUMPUR 29 Okt. - Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dan timbalannya, Datuk Seri Najib Tun Razak malam ini menghadiri Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri dan Deepavali Kelab Penyokong Kerajaan Barisan Nasional (BNBBC) di DEWAN BANKUET, bangunan Parlimen di sini.

kah kah kah…. BNBBC ni apa?.... kah kah kah…. ini bahasa apa?.....kah kah kah…. kenapa dewan bahasa dan petaka tak nak dakwa?.... kah kah kah…

macam mana terjadi kelab penyokong kerajaan barisan nasional jadi BNBBC …. kah kah kah… patutnya njadi KPKBN… kah kah kah…. woit dewan bahasa dan petaka bila nak saman…. kah kah kah…

dewan BANKUET…. BANKUET???…. kah kah kah… terguling guling dan terbahak-bahak …. kah kah kah…

nak tanya sikit … UNITED MALAYS NATIONAL ORGANISATION ini bahasa apa?....kah kah kah… bahasa melayu ke?.... kah kah kah….



BERITA PALSU LAGI - PENDUDUK RESAH HARGA BARANG DI MELAKA TINGGI - melayau

MELAKA 29 Okt. Para pengguna di bandar ini kecewa dengan harga kebanyakan barangan di pasar raya besar di negeri ini yang masih kekal tinggi walaupun kerajaan telah menurunkan harga minyak tiga kali.

Rata-rata mereka yang ditemui Utusan Malaysia di sini berpendapat, sewajarnya pengumuman harga minyak baru perlu disusuli dengan pengurangan harga barang terutamanya keperluan harian.

Menurut mereka, ini kerana semasa harga minyak dinaikkan pada Jun lalu, ramai peniaga dan pengusaha menjadikannya sebagai alasan untuk menaikkan harga barangan tetapi tidak menurunkannya semula ketika harga minyak turun.


kah kah kah…. ini mesti berita palsu lagi…. berita ini nak burukan mat mongol…. kah kah kah….

macam mana berita ini keluar…. ini mesti fitnah dan tohmah dari blogger… kah kah kah… mat mongol dah kata : EKONOMI MALAYSIA MANTAP, TAK ADA KRISIS….kah kah kah…

siapa punya kerja ni…. siapa buat fitnah ni?.... kah kah kah…. woit ni mesti saiful yang buat cerita…. kah kah kah…. saiful marah tak dapat scholarship….. kah kah kah



Rabu, 29 Oktober 2008

MAHAFIRAUN: UNITED MALAYS NATIONAL ORGANISATION PERLUKAN PENASIHAT BEBAS PULIH PARTY

PETALING JAYA: MAHAFIRAUN , United Malays Natioonal Organisation memerlukan badan penasihat khas yang bebas daripada sebarang kepentingan peribadi jika ingin melakukan perubahan positif.

"Kita perlu ada badan penasihat, tapi badan penasihat itu perlu tidak mempunyai apa-apa kepentingan diri," kata MAHAFIRAUN.

Namun jelas MAHAFIRAUN lagi, jika badan tersebut dipengarahi pihak-pihak tertentu, ia boleh memberi kesan yang tidak baik kepada United Malaysa National Organisation sendiri.

"Kalau jadi badan penasihat tapi guna pengaruh yang ada untuk dapatkan sesuatu, ia akan memberikan konflik dan nasihat yang diberikan itu mungkin tidak baik," kata MAHAFIRAUN.


kah kah kah…. penasihat itu ialah AKU MAHAFIRAUN….. kah kah kah…. AKU MAHAFIRAUN mahu memerintah 1000 tahun lagi…. kah kah kah …. AKU MAHAFIRAUN hendak memastikan FIRAUN KECIL akan jadi MAHAFIRAUN…. kah kah kah…..

yang lain hanya half past six….. kah kah kah…. dan tukang lawak…. kah kah kah… dan sang badut sarkas…. kah kah kah…

what say you bik mama?..... kah kah kah.... opps cakap orang putih pulak... maaf pada dewan bahasa dan petaka..kah kah kah