Ahad, 8 Januari 2012

TUKAR TIUB TEPAT DAN RAPAT



NOTA:

boto tak?
dari dulu laie den dah cakap
eeekau tak cayo
ni baru kao soda

soda
jangan tak soda
ni bukan soda lemenet
ni bukan soda wota
kah kah kah






HASAN: SAYA SEDIH DIBALAS SEDEMIKIN RUPA - mkini

Exco kerajaan Selangor Hasan Ali menyuarakan rasa sedihnya kerana dipecat daripada anggota PAS oleh jawatankuasa pusat parti itu berkuatkuasa serta merta pada hari ini.

"Saya amat terkejut dengan tindakan drastik yang di ambil oleh AJK PAS Pusat itu. Saya turut bersedih kerana perjuangan Islam saya selama ini dibalas sedemikian rupa," katanya.

Dalam kenyataan segeranya hari ini, bekas pesuruhjaya PAS Selangor itu berkata akan merujuk kepada sahabat-sahabatnya untuk mengambil tindakan sewajarnya.

Beliau juga berkata akan memanggil sidang akhbar dalam masa yang terdekat untuk menjelaskan kedudukannya berhubung perkara itu.



KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH


woit....MEMANGLAAA SEDIH....kah kah kah..

kah kah kah...ABIS ILANG SUMMER CAMP...kah kah kah..

kah kah kah..ABIS ILANG BISNESS.... kah kah kah..

kah kah kah..UTANG MASIH RAMAI LAGI.... kah kah kah...

kah kah kah...MINGGU DEPAN.... HILANG PULAK KERUSI EXCO...kah kah kah...

kah kah kah.... NANTI TOWKAY SYABAS PUN BUAT TAK KENAL.... kah kah kah...

kah kah kah... NANTI TUTUP PULAK AKHBAR SIASAH....kah kah kah..

woit...MEMANG SEDIH BETYUL BETUL...SUDAH JATUH TIMPA TANGGA.... kah kah kah..

kah kah kah.... BILA JATUH MUKA TERSEMBAB ATAS TAIK KUCING.... kah kah kah...

kah kah kah...LALU PULAK KERETA ... TERPERCIK PULAK LUMPUR KE BADAN.... kah kah kah..

kah kah kah....KASUT YANG DIPAKAI DIAMBIL OLEH MAT PET PULAAAAK... kah kah kah..

kah kah kah..TETIBA YANG DATANG BERSIMPATI HANYA ZUL BISUL.... jkah kah kah






TUKAR TIUB PEMECAH BERITA





TELAH DIPECAT KERANA KAKI REMBAT







TUKAR TIUB CEPAT TEPAT DAN RAPAT

hasan ali telah dipecat dari pas

majlis pimpinan masih lagi bermesyuarat
gebang punya gebang
bincang punya bincang

nak beri amaran ke
atau nak beri nasehat ke
atau nak gantung ke

tetiba nik aziz bersuara
apa lagi nak gantung gantung
pecat terus...
kah kah kah

NOTA:
nik aziz amat jarang
datang ke mesyuarat majlis syura
kali ini dia datang
nampaknya tok guru kita ni
dah bengang sangat

NOTA:
malam tadi nik aziz
ada di jamuan makan malam
gerakan anti-lyanas






--------------------------------------
KOMENTAR TUKAR TIUB TENTANG HASAN ALI

yang paling rugi apabila
hasan ali di pecat ialah
akhbar harakah
ini kerana hasan ali telah
meminjam 400,000 ringgit
dari harakah untuk bayar hutang

duit ini diambil ketika hasan ali baru masuk pas
ketika menjadi tim penerangan dan menjaga harakah

yang akan frus menonggeng
ialah tuan punya syarikat syabas
tuan syarikat air inilah yang menjadi sponsor hasan ali
dengan harapan hasan ali jadi mb selangor

yang frus macam nak gila ialah gerombolan
kerana tukang kacau dalam kerajaan selangor
telah diketepikan diketepikan


--------------------------------------------
NOTA:
tukar tiub mencadangkan
exco agama untuk kerajan selangor
patut dipegang oleh pak abu
kerana pak abu ini orang baik dan warak

NOTA:
siapa pak abu?
sila tanya lebai google
kah kah kah



KENYATAAN RESMI AMK PULAU PINANG




CUBAAN MEMBUNUH PRESIDEN PARTI KEADILAN RAKYAT


Angkatan Muda KEADILAN Pulau Pinang (AMKPP)hari ini mengecam sekeras-kerasnya terhadap insiden cubaan membunuh Presiden KEADILAN, Dato’ Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail pada malam tadi. Serangan itu walaupun dapat dielak oleh Saudara Fayyad al-Bakri, pengawal keselamatan Keluarga Anwar Ibrahim, ia tetap diklasifikasikan sebagai cubaan membunuh! Pihak Hospital Seberang Jaya telah mengesahkan serangan itu berpunca dari tusukan jarum yang menyuntik kandungan morfein berlebihan ke tapak tangan Fayyad. Suntikan beracun itu telah menghentikan nadi Fayyad buat seketika. Allah Maha Besar, terkini setakat 10.00 pagi, Fayyad sudah sedar dan dilaporkan stabil.

AMKPP memandang serius akan isu ini, kerana cubaan membunuh Datuk Seri Anwar Ibrahim dan keluarganya seakansudah diatur sekian lama sejak penglibatan Anwar Ibrahim di dalam politik tanahair. Kita masih ingat akan insiden helikopter terhempas pada tahun 1994, rempuhan ala gestapo di rumah Datuk Seri Anwar Ibrahim semasa Reformasi 1998, keracunan arsenik di penjara, kereta Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dirosakkan breknya, serangan tembakan kanister gas CS semasa BERSIH 2 di KL Sentral dan terkini, serangan jarum beracun di Galeri Pejuang Cherok To’Kun. Kesemua serangan ini tidak lain, adalah ditujukan terus kepada Anwar dan isterinya, Wan Azizah.

Sebagai respon segera, AMKPP telah membuat laporan polis terhadap insiden ini sejurus selepas serangan malam tadi. Pihak kami berterimakasih dengan pihak polis yang segera menghantar pasukan penyiasat dari Jabatan Siasatan Jenayah Negeri dan kami berharap pihak polis dapat menjejak pelaku ini segera dan menghadapkannya ke muka pengadilan. Pihak kami juga telah mengarahkan Unit Ehsan Pulau Pinang dan Unit Keselamatan Parlimen Permatang Pauh (UKP) untuk mengiringi pemergian pulang dan memastikan keselamatan Dato’ Seri Wan Azizah kembali ke Kuala Lumpur.

Akhir sekali, AMKPP ingin mengisytiharkan kepada semua musuh-musuh Anwar Ibrahim dan keluarganya, jika kamu memusuhi Anwar Ibrahim dan keluarganya, bermakna kamu memusuhi kami dan seluruh rakyat! Kami akan menjadi benteng dan barisan pertahanan terakhir untuk keluarga Anwar Ibrahim dari perbuatan pengecut dan bacul kalian. Kepada UMNO dan sekutu-sekutunya, jangan ambil sikap lepas tangan. Jika kami dapati ada hubungan dan perkaitan antara insiden ini dengan kamu, tunggulah ombak revolusi yang akan membadai keangkuhan kalian!

SYED MIKAEL RIZAL AIDID
Setiausaha,
Angkatan Muda KEADILAN Pulau Pinang (AMKPP)

8 Januari 2012


BERITA BERGAMBAR






PERDANA MENTERI UCAP SELAMAT TINGGAL




BAI BAI BAI- KERJA BAIK BAIK



NOTA:
perdana menteri malaysia sedang memberi
taklimat terakhir kepada pimpinan kabinet
suami pedana menteri tepaksa menunggu
di tangga kapal terbang


NOTA:
woit cepatlaaaa
layan kaki bodeeek buat apa
kah kah kah


NOTA :
siapa ada idea lain?

MALAM INI DI KAMPONG BARU - KELAB SULAIMAN




JUMPA PAK SAMAD DAN MAT SABU MALAM INI






























NOTA:
malam ini jam 9.00 malam
di kelab sulatan sulaiman
politikus akan bercermah
dan seniman akan bersajak

semua dijemput datang

kalau lapar boleh
pergi makan nasi lemak
di sebelah bangunan kelab
jamin nasi lemak terbaik
walau pun agak pedas

SEBELUM BELUNJOR RASA PUNGGUNG DULU





PM BARU



HADI: KETEPIKAN SOAL SIAPA CALON PM TAPI FOKUS UNTUK TUMBANGKAN UMNO-BN - minisder

Presiden PAS Abdul Hadi Awang mengingatkan kepimpinan Pakatan Rakyat dan penyokong parti perikatan itu memberikan tumpuan untuk “menumbangkan” Umno-Barisan Nasional (BN) dan bukan memikirkan siapa calon perdana menteri sekiranya Anwar Ibrahim dihukum penjara.

Anwar, Ketua Umum PKR didakwa atas kesalahan meliwat bekas pembantu peribadinya Mohd Saiful Bukhari Azlana, satu tuduhan yang mana beliau telah menafikan sekeras-kerasnya dan menyifatkan ia satu konspirasi untuk memusnahkan kerjaya politiknya.

NOTA:
satu kenyataan yang paling tepat
macam nak berumah tangga
sebelum nak beli hantaran
pastikan telah ada modal
sebelum hantar cincin
pastikan tahu sais cincin
sebelum nak kahwin pastikan ada calon
kah kah kah

sebelum pakatan nak lantik pm
pastikan gerombolan telah tumpas


NOTA:
sebelum sebelum sebelum
pastikan esok turun ke kampong baru