Ahad, 8 Januari 2012

KENYATAAN RESMI AMK PULAU PINANG




CUBAAN MEMBUNUH PRESIDEN PARTI KEADILAN RAKYAT


Angkatan Muda KEADILAN Pulau Pinang (AMKPP)hari ini mengecam sekeras-kerasnya terhadap insiden cubaan membunuh Presiden KEADILAN, Dato’ Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail pada malam tadi. Serangan itu walaupun dapat dielak oleh Saudara Fayyad al-Bakri, pengawal keselamatan Keluarga Anwar Ibrahim, ia tetap diklasifikasikan sebagai cubaan membunuh! Pihak Hospital Seberang Jaya telah mengesahkan serangan itu berpunca dari tusukan jarum yang menyuntik kandungan morfein berlebihan ke tapak tangan Fayyad. Suntikan beracun itu telah menghentikan nadi Fayyad buat seketika. Allah Maha Besar, terkini setakat 10.00 pagi, Fayyad sudah sedar dan dilaporkan stabil.

AMKPP memandang serius akan isu ini, kerana cubaan membunuh Datuk Seri Anwar Ibrahim dan keluarganya seakansudah diatur sekian lama sejak penglibatan Anwar Ibrahim di dalam politik tanahair. Kita masih ingat akan insiden helikopter terhempas pada tahun 1994, rempuhan ala gestapo di rumah Datuk Seri Anwar Ibrahim semasa Reformasi 1998, keracunan arsenik di penjara, kereta Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dirosakkan breknya, serangan tembakan kanister gas CS semasa BERSIH 2 di KL Sentral dan terkini, serangan jarum beracun di Galeri Pejuang Cherok To’Kun. Kesemua serangan ini tidak lain, adalah ditujukan terus kepada Anwar dan isterinya, Wan Azizah.

Sebagai respon segera, AMKPP telah membuat laporan polis terhadap insiden ini sejurus selepas serangan malam tadi. Pihak kami berterimakasih dengan pihak polis yang segera menghantar pasukan penyiasat dari Jabatan Siasatan Jenayah Negeri dan kami berharap pihak polis dapat menjejak pelaku ini segera dan menghadapkannya ke muka pengadilan. Pihak kami juga telah mengarahkan Unit Ehsan Pulau Pinang dan Unit Keselamatan Parlimen Permatang Pauh (UKP) untuk mengiringi pemergian pulang dan memastikan keselamatan Dato’ Seri Wan Azizah kembali ke Kuala Lumpur.

Akhir sekali, AMKPP ingin mengisytiharkan kepada semua musuh-musuh Anwar Ibrahim dan keluarganya, jika kamu memusuhi Anwar Ibrahim dan keluarganya, bermakna kamu memusuhi kami dan seluruh rakyat! Kami akan menjadi benteng dan barisan pertahanan terakhir untuk keluarga Anwar Ibrahim dari perbuatan pengecut dan bacul kalian. Kepada UMNO dan sekutu-sekutunya, jangan ambil sikap lepas tangan. Jika kami dapati ada hubungan dan perkaitan antara insiden ini dengan kamu, tunggulah ombak revolusi yang akan membadai keangkuhan kalian!

SYED MIKAEL RIZAL AIDID
Setiausaha,
Angkatan Muda KEADILAN Pulau Pinang (AMKPP)

8 Januari 2012


BERITA BERGAMBAR






5 ulasan:

kedai koi berkata...

semakin dahsyat gerakan untuk mengganggu keluarga DSAI.
ayuh semua rakyat Malaysia, berubah untuk satu kerajaan yang baru.
tengok ape kate survey??
-penyokong PR Pahang-

Tanpa Nama berkata...

Yang Pasti, penjenayah x Akan tertangkap, kecuali lah Dr Wan isteri PM! Allahu Akbar

Tanpa Nama berkata...

HEHEH..SCRIPT LAMA DAAA...DARI TAHUN 1998 SAMPAI LAA NI...ESOK KEPUTUSAN MAHKAMAH KUAR..ARI NIE LE MACAM MACAM DRAMA KELUARGA JAHANAM NIE BUAT..ADA JEEEEEEEEEE...MUAK AKU!

Tanpa Nama berkata...

pandainya jijah nie mula berdrama...bodoh tak bleh ajar dah..

Tanpa Nama berkata...

heheh Tanpa Nama 8 Januari 2012 4:40 PTG,
memang betul tu hang jadi muak tu,
sebab hang penyokong tegar UMNgOk dan sebagai penyokong bawahan tahap picisan, hang berganda2 muak sebab hang bukan dapat juta2 atau ratus2riban dan hang pun bukan dapat gayahidup mewah macam org2 atasan UMNgOk dapat malah dok tayang kat 1malaysia ni... toyol jawa dgn istana dia, kak pijat dgn lembu sakti dia sekeluarga, kak pidah dgn kereta2 impot dia sekeluarga, arawah apakenama kat kelang dulu tu dgn istana dia jugak, mamakhateer sekeluarga dgn porsche cayenne masing2 dan mcm2 lagi, dsbnya...
jadi hang mmg patut muak,
tapi... kalau hang cakap gitu kat puak2 UMNgOK, depa mesti jawap gini kat hsng:
kalau muak, berambuslah pindah negara lain!

-average joe-
klakka-la.blogspot.com