Selasa, 7 April 2015

SIAPA ARAH BUNUH ALTANTUYA





KOMENTAR

musuh kepada musuh kita
adalah sahabat kita



Beri Najib peluang, bukan desak berundur
Semua pihak perlu memberi peluang kepada Najib Razak untuk terus menerajui negara yang kini berdepan ekonomi tidak menentu.

Ahli Majlis Tertinggi Umno, Idris Haron berkata, rakyat tidak seharusnya menuding jari sekiranya terdapat kelemahan pentadbiran di bawah kepimpinan Najib sehingga mendesak pemimpin itu berundur, sebaliknya perlu bersatu mengembalikan kekuatan supaya negara terus seimbang membangun.

Beliau berkata, kritikan secara terbuka oleh  Mahathir Mohamad terhadap kepimpinan Najib dilihat hanya memburukkan lagi keadaan.




KAH KAH KAH

woit
ini berita baik
lagi lama barah berendam
lagi cun untuk pakatan
lagi banyak kerenah rosmah
lagi bergetah benci rakyat
lagi banyak madey tibai
lagi banyak undi pakatan

TERUSKAN LAGI

--------------

JANGAN SEBAR BERITA ANGIN






NOTA

pembaca diminta
jangan sebar berita angin
&
jangan raba raba bontot



FACE BOOK

Cempaka Aviation nafi Aidana sebagai pembantu juruterbang, penolong pegawai operasi - kosmo 7 april
----------------------------
SIAPAKAH GADIS ITU ..... tingat lak lagu sudirman ...
‪#‎yg‬ buat aku heran lagi .... tetiba satu mesia tak tahu siapa aidana ... tak reti nak cari ke atau tak mau nak cari 



KAH KAH KAH

i rest my case
kah kah kah





-------------

RAKYAT SUDAH MUAK






ADA MACAM CERITA
macamx cerita akan muncul, macamx kenyataan dibuat, bagi mereka semua kita bagi kah kah kah sebab tak ada sapa ambik pot, tak ada sapa peduli, tak ada sapa kesah, kah kah kah, rakyat kesah kalau kena gst, rakyat marah kalau duit rakyat dirompak,

rakyat meluat tengok kak ros pakai jet, dandan rambut yang tinggal beberapa helai, make up sampai hodoh sangat, kah kah kah, rakyat meluat tengok sanak saudara menumpang makan free, kalau nak makan free, pergi berbaris kat hujung minggu, tukar tiub bagi makan, kah kah kah, 

percaya lah semua perbuatan kamu tu akan ditimpa balasan dari atas, tak kira samada kamu baik atau jahat, semua akan diambil kira, hanya masa akan menentukan, paling rapat dengan kamu, cium tangan kaum, cium kaki kamu, semua akan hilang dalam sekeliap mata, kalau di timpa malapetaka, ianya sudah sampai ke bumi ini kah kah kah

 kita tunggu dan lihat nanti kah kah kah sementara itu bagi kah kah kah kat utusan tv 3 dan kaum kerabat kamu yang selalu online dengan TUHAN kah kah kah on JURUTERBANG KE DUA
Publish | Delete | Spam
Anonymous
on 4/6/15





------------------

KOTAK ITAM





SOALAN 

HAKIKI
sudahkah kotak itam ini
diberikan kepada 
pegawai british saperti 
kotak itam MH17
agar kita tak dapat tahu isi 

NOTA

mat indon 3 hari lepas 
jumpa kotak itam air asia
telah dapat maklumat tepat


-------------

MUHYIDDIN GANTI NAJIB





KOMENTAR
satu soalan
apa sebenarnya yang menjadikan
najib bagitu takut dengan rosmah
apa yang dipegang rosmah?

ingat apa kata
isteri razak baginda
ketika naik angin di mahkamah?

'my husband is not going to
the prime minister...'

Tolak Najib, Kadir tuding jari pada Rosmah
Tokoh wartawan A Kadir Jasin hari ini menggariskan perbezaan antara bekas perdana menteri Abdullah Ahmad Badawi dan penyandang sekarang Najib Razak, berkaitan kedudukan mereka di tampuk kuasa.


“Pak Lah tidak ada isteri yang bercita-cita besar,” tambahnya yang dilihat ditujukan kepada isteri Najib, Rosmah Mansor, yang sering berdepan tanggapan negatif orang ramai.

Kadir juga berkata Timbalan Perdana Menteri  Muhyiddin Yassin akan menjadi pilihan semula jadi untuk menggantikan Najib jika beliau berundur.

“Isterinya disenangi dan hal anak-anaknya jarang dilihat atau didengar.

“Satu-satunya yang orang ramai tahu ialah Najwa Mahiaddin kerana dia seorang penyanyi dan penggubah lagu.

“Kelebihan lain apabila beliau datang daripada keluarga kuat agama daripada Muar,” katanya dalam tulisan di blog.
 

KAH KAH KAH

woit
kalau najib
kena terajang
muhyiddin jadi PM
rosmah masih lagi FLOM
fat laday of malaysia
kah kah kah
APA PUNYA BADAK

-------------

GANTUNG SIRUL ZALIM





KOMENTAR
kes pembunuhan altantuya
kini menjadi tali panjang
yang sedang menjerut leher
najib razak

madey sedang menggunakan
kes bunuh ini sebagai senjata
paling ampoh untuk menerajang najib

pertempuran dalam parti ketuanan melayu
sedang berjalan dengan sengit sekali
najib sedang diasak
kita tunggu dan lihat
siapa yang akan menang

najib tercampak
atau madey koyak rabak

ketika ini agak awal 
untuk buat ramalan



Tak adil gantung Sirul, kata Mahathir

Mahathir Mohamad hari ini menggesa supaya polis mengenal pasti pesalah di sebalik pembunuhan warga Mongolia Altantuya Shaariibuu dengan mengatakan ia “sangat tidak adil” bagi Korporal Sirul Azhar Umar untuk digantung hanya kerana mengikut arahan.
Bekas perdana menteri itu berkata, Sirul sepatutnya dibenarkan untuk menyatakan kesnya, kerana dia sudah pun mengatakan dia tidak membunuh Altantuya atas kehendaknya sendiri.
“Dia (Sirul) sudah katakan ia bukan kehendaknya sendiri. Dia diarahkan untuk melakukannya, jadi soalan yang sepatutnya ditanya lama dahulu adalah siapa yang mengarahnya?” kata Mahathir pada sebuah forum di Cyberjaya, hari ini.
- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/tak-adil-gantung-sirul-kata-dr-mahathir#sthash.bmhpMzY0.dpuf



------------