Sabtu, 31 Oktober 2026

APAKAH YAM SENG MASIH TAK FAHAM


APAKAH 

YAM SENG

MASIH TAK FAHAM

AMIN

PELAJARI TEORI UNITED FRONT


    JIKA NAK

HUMBAN ANWAR

BIN IBRAHIM

AJAR AHLI PARTI

TEORI 

UNITED FRONT

AMIN

JIKA TIDAK

AKAN TERUS

JADI PARTI PHD

KHALAS


Penyokong Bersama 


akan 'sembelih' 


saya jika bincang 


nak gabung - Rafizi


Pemimpin Bersama, Rafizi Ramli, secara berseloroh berkata penyokong parti itu akan “menyembelihnya” jika Bersama menyertai mana-mana gabungan politik.

Menurutnya, pengundi semakin bosan dengan kerjasama politik yang dibentuk atas dasar perebutan kuasa.

“Saya rasa kalau Bersama buat keputusan tiba-tiba nak masuk, nak bincang dengan gabungan, dia orang (penyokong) ini akan sembelih saya.

“Jadi keadaan politik di Malaysia sekarang ini jadi kucar-kacir sebab gabungan dan gabungan ini atas alasan pragmatik kononnya untuk berkuasa,” katanya kepada media ketika mengiringi calon Bersama di DUN Bukit Katil, Melaka, hari ini.

Bersama bertanding secara solo dengan meletakkan calon di 16 kerusi pada PRN Melaka yang akan berlangsung pada 14 Nov ini.

Mengulas lanjut, Rafizi berkata rakyat akhirnya akan mencari alternatif kepada keadaan politik yang kucar-kacir akibat pembentukan pelbagai gabungan.

“Yang rakyat nampak ialah kucar-kacir politik ini, sebenarnya mencelarukan semua, jadi memang kalau nak kira Bersama ambil risiko kerana conversation wisdom kena ada gabungan semua.

“Tapi saya rasa parti-parti politik juga terlalu yakin dengan rakyat kononnya akan kekal dengan mereka sampai bila-bila.

“Rakyat bila sampai masa dia bosan dan dia mula mencari antithesis kepada apa yang berlaku, antithesis kepada kecelaruan politik yang berlaku ini ialah satu parti yang berprinsip, yang berani untuk masuk sendiri dan kekal dengan prinsip sendiri,” jelasnya yang juga bekas timbalan presiden PKR.

DUN Melaka yang mempunyai 28 kerusi dibubarkan pada 23 Sept selepas mendapat perkenan Yang Dipertua Negeri Melaka, Tun Mohd Ali Rustam.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 14 Nov sebagai hari pengundian PRN Melaka, manakala pengundian awal akan berlangsung pada 10 Nov.

Seramai 687,697 pengundi layak mengundi pada PRN kali ini, terdiri daripada 675,166 pengundi biasa, 9,769 anggota tentera dan pasangan serta 2,762 anggota polis.

Pada PRN Melaka ke-15 yang berlangsung pada 20 Nov 2021, BN memenangi 21 kerusi DUN, dengan Umno menguasai 18 kerusi, MCA (dua) dan MIC (satu), sekali gus membentuk kerajaan negeri dengan majoriti lebih dua pertiga.

PH pula memenangi lima kerusi menerusi DAP (empat) dan Amanah (satu), manakala PN memperoleh dua kerusi.

ORANG JAHAT MAKIN BERTAMBAH


SYARIKAT

ORANG JAHAT

MAKIN

 BERTAMBAH

AMIN

KAMI NAK TAHU

ADA BERAPA 

SYARIKAT  JAHAT

DARI MALAYSIA?

KHALAS


Kebakaran hutan, tanah: Indonesia siasat 356 syarikat


YOGYAKARTA: Kementerian Alam Sekitar Indonesia sedang menyiasat sekurang-kurangnya 356 syarikat di seluruh negara susulan kes kebakaran di kawasan konsesi masing-masing dan hutan berhampiran.

Menteri Alam Sekitar, Mohammad Jumhur Hidayat, berkata pihaknya sedang menjalankan proses pengesahan terhadap semua syarikat yang kawasan konsesinya terbabit dalam kebakaran.

"Kami sedang mengesahkan semua syarikat yang kawasan konsesinya terbakar. Jumlahnya besar, iaitu sekurang-kurangnya 356 syarikat terbabit," katanya kepada pemberita di sini, kelmarin.

Beliau berkata, skala dan keadaan kebakaran berbeza mengikut lokasi, justeru proses pengesahan menyeluruh perlu dilakukan sebelum sebarang tindakan atau hukuman ditentukan.

"Corak kebakaran berbeza mengikut kes. Kami tidak boleh membuat keputusan secara terburu-buru.

"Ada kawasan terbakar seluas dua, lima atau 10 hektar. Ada juga yang mencecah ratusan hektar, termasuk ladang kelapa sawit dan kawasan pertanian," katanya.

Beliau berkata, tujuan utama audit itu adalah untuk mengenal pasti pihak yang bertanggungjawab, khususnya sama ada kebakaran berpunca daripada kecuaian serius, pengabaian tanggungjawab secara sengaja atau perbuatan jenayah disengajakan.

"Proses pengesahan ini akan memperjelaskan perkara berkenaan. Kami perlu bersikap adil bagi mengenal pasti pihak yang bertindak dengan niat jenayah, melakukan kecuaian atau wajar dikenakan tindakan undang-undang," katanya.

Bagaimanapun, Mohammad Jumhur enggan mendedahkan nama syarikat yang sedang disiasat selain menegaskan pihak yang didapati bersalah akan berdepan tindakan pentadbiran dan undang-undang tegas.

"Kami belum memuktamadkan bentuk tindakan khusus. Antara kemungkinan tindakan termasuk pembekuan operasi dan pembatalan permit perniagaan," katanya.

Beliau berkata, keadaan kebakaran di seluruh kepulauan Indonesia menunjukkan perkembangan positif sejak beberapa hari kebelakangan ini.

"Syukur keadaan semakin baik kerana kita dibantu hujan berterusan dan usaha mempergiatkan pemadaman api di lapangan..

"Lebih 70,000 anggota dikerahkan sepanjang masa bagi memadam kebakaran, bukan hanya membabitkan anggota kerajaan, malah gabungan pelbagai agensi," katanya.

Sementara itu di Palembang, Badan Pengurusan Bencana Daerah (BPBD) Sumatera Selatan mengerahkan tiga helikopter pengebom air bagi memadam kebakaran hutan dan tanah di Kabupaten Ogan Komering Ilir.

Ketua Bahagian Tindak Balas Kecemasan agensi itu, Sudirman, berkata kebakaran masih berlaku di Kecamatan Cengal, Pedamaran dan Sungai Menang.

Beliau berkata, tiga helikopter pengebom air itu dikerahkan ke Ogan Komering Ilir pada Khamis lalu (29 Oktober) bagi memadam kebakaran di ketiga-tiga kawasan berkenaan.

"Berdasarkan rekod operasi pemadaman, sebanyak 18 kali pelepasan air dilakukan di Cengal, 15 kali di Pedamaran dan lapan kali di Sungai Menang.

"Bagaimanapun, kebakaran di ketiga-tiga kawasan itu masih belum berjaya dipadamkan sepenuhnya walaupun 41 operasi pengeboman air dilaksanakan, dengan asap masih dikesan di beberapa lokasi selepas operasi ditamatkan," katanya. - AGENSI

PETANG INI



PETANG INI

JAM 6.30
HOKKIEN KERING
ADA KAWASAN MaCAM NAK HUJAN
GURUH BERLAGU
TAK TAK TAKUT

MATAHARI NAK TERBENAM
PETANG  YANG INDAH
BOLA API DI KAKI LANGIT
ADUH!
INDAH SUNGGUH
BUMI KITA INI

APAKAH MALAM INI AKAN HUJAN
MALAM HANTU
MALAM HALLOWEEN
KAH KAH KAH
AMIN

TERAM & SETANYAHU AKAN SERANG IRAN

 

LEPAS 

4 NOVEMBER 2026

TERAM & SETANYAHU

AKAN SERANG IRAN

KHALAS

YAM SENG TAKDA SOKONGAN DI JELEBU


TOK IMAM

TAHU ADAT

AMIN

INI BUKTI SAHIH

WARIKH JELEBU

 WARGA NEGORI 

TAK SOKONG

YAM SENG

KHALAS



Imam letak jawatan isu nama Undang Luak: 250 jemaah tak boleh solat Jumaat


KUALA LUMPUR – Kira-kira 250 jemaah Masjid Jamek Kuala Klawang, Jelebu, Negeri Sembilan tidak dapat menunaikan solat Jumaat hari ini berikutan imam bertauliah meletak jawatan, Selasa lalu.

Susulan itu, para jemaah hanya menunaikan solat Zohor bagi menggantikan solat Jumaat.

Difahamkan, peletakan jawatan imam terbabit dipercayai mempunyai kaitan dengan bantahan terhadap arahan supaya nama Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan dan Undang Luak Jelebu ke-17, Azrin Khairi dibacakan dalam khutbah Jumaat.

Susulan itu, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS) dalam kenyataannya malam ini berkata, ia akan mengambil alih sementara pentadbiran Masjid Jamek Kuala Klawang.

Menurut jabatan itu,  pihaknya tidak pernah menerima notis peletakan jawatan secara bertulis daripada Imam 1 masjid berkenaan, sebaliknya hanya menerima makluman secara lisan berkenaan hasrat beliau untuk berbuat demikian.

Tambahnya, individu berkenaan juga masih menerima elaun bagi jawatan imam yang disandangnya.

“JHEAINS memandang serius perkara ini dan akan menjalankan penelitian lanjut bagi mengenal pasti punca kejadian serta mendapatkan penjelasan daripada pihak berkaitan.

“Jabatan ini juga akan memberikan kerjasama sepenuhnya kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi membantu siasatan mengikut bidang kuasa masing-masing,” menurut kenyataan itu.

JHEAINS turut menegaskan bahawa segala tindakan pentadbiran dilaksanakan berdasarkan amanah dan ketetapan Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS), selaras dengan peruntukan undang-undang yang berkuat kuasa.

Dalam pada itu, jabatan berkenaan menegaskan pendiriannya untuk kekal berkecuali daripada kepentingan politik kepartian serta berpegang kepada prinsip kedaulatan undang-undang, integriti dan etika perkhidmatan awam.

JHEAINS turut komited menambah baik prosedur pentadbiran serta mengingatkan semua jawatankuasa pengurusan masjid dan surau di Negeri Sembilan supaya mematuhi arahan pihak berkuasa agama serta peraturan ditetapkan.

BILA YAM SENG NAK BERUNDUR !

 

BILA AGAKNYA

YAM SENG

NAK BERUNDUR

KHALAS

NAMA DIA RIA


ANAK KECIL

BERNAMA RIA




PAGI INI MELINTAS RUMAH JIRAN
SEBELAH FLET
GUA DENGAR SUARA HALUS
TAK  TAK
TAK TAK

GUA MENGUNDUR BERSAMA TAK TAK
MENOLEH DAN TERNAMPAK
 RIA

INI ANAK GADIS SEBELAH RUMAH
NAMA DIA RIA
UMUR  DAH MASUK DUA TAHUN
DUDUK DENGAN EMAK DAN ABAH

RIA KENAL BAIK DENGAN TAK TAK
SELALU BERSELISEH
BILA RIA DI BAWA OLEH EMAK
ATAU OLEH AYAH
PERGI KE  TADIKA

PAGI SABTU
CUTI
MAK DAN AYAH 
PASTI  MASIH TIDUR
RA DUDK CELAH PINTU
DAN MENYAPA TAK TAK

ADH !
INDAH SUNGGUH
DUNIA INI !
AMIN



PARTI BERSATU BERTARAF PHD


JANGAN RISAU

PARTI BERSATU

PARTI PHD

KAH KAH KAH

PARTI HILANG

DEPOSIT

KHALAS

GilaBabi commented on 
"SEKAPAN SEKUBUR"

Woott TT... hang susah hati ka bila Mat Midin,Azmin Ali dah kembali kpd Madani? Apa ertinya ini? ini ertinya hang kena 'improve'kan lagi hang punya hasutan... KahKahKahKah ! Jaga² depa nanti potong gaji dan elaun hang. KahKahKah !


Unknown commented on
 "CEPLOS GUNA DANA KERAJAAN ?"

Wei buat-buat terkejut orang-orang kita, memang duit menjadi matlamat memang duit pedoman kehidupan memang segalanya bergantung kepada duit duit duit, malah syurga boleh ditempah kehidupan mewah percuma selesa semua melalui pendapatan duit, jadi jangan salahkan orang-orang politik kita, 

sebagai pengundi memang duit memainkan peranan penting dalam kehidupan rakyat, kah kah kah kah duit umpama planta demi kepentingan masing-masing kah kah kah kah

HUMBANKAN ANWAR BIN IBRAHIM


HUDUD KE?

APA KE ?

TAK PENTING

AMIN

YANG WAJIB

HUMBANKAN

ANWAR 

BIN IBRAHIM

AMIN

BILA DAH SAMPAI

KE SUNGAI

BARU KITA

NYEBERANG

KHALAS

Unknown commented on

 "ANAK MUDA MELAUNG REVOLUSI !"

bila laung revolusi teringat suatu masa 1979 revolusi d Iran lalu lari king of the king dan sekarang perang pulak cuma Iran balas serangan dengan senjata buatan sendiri boleh d banggakan!!! ada oomps bantai musuh dari jauh!


Jigit commented on
 "PRN MELAKA - MENANG HUMBANKAN ANWAR BIN IBRAHIM"
2 hours ago
Bodo punya Sakai. Mana boleh PRN Melaka humbankan PMX. PRU 16 baru boleh terajang dia. Kita bagi puak2 lebai merintah dan laksanakan hudud serta perketatkan hukum feqah...sentuh anjing, bela anjing, tidur sekatil dengan anjing kena sebat....aku nak tengok Sakai akan merayu supaya Nuar kembali jadi PM kah kah kah..

PAGI INI


PAGI INI




PAGI INI

SABTU 31 OKTOBER 2026

UNDI SANA SINI


AMERIKA MENGUNDI
Pada 4 November ini di Amerika ada Pemilihan Tengah Penggal (PTP) Dari laporan dan pungutan suara MAT TERAM AKAN KALAH – kah kah kah.

APA kah Teram akan terima kekalahan ini ?

Kawan Teram SETANYAHU kalah – tuduh ada campur tangan luar – tuduh Parti Senarai Arab dapat duit dari luar.

TERAM pasti kalah –  TERAM  PASTI TIDAK AKAN TERIMA KEPUTUSAN  - kah kah kah – 

INI BAIK untuk dunia – POLITIK AMERIKA AKAN KACAU.

KITA SOKONG TERAM UNTUK TERUS BUAT KACAU – amin.

PRN MELAKA
Kah  kah kah 
Bijak dan baik MCA dapat kerusi tambahan – ini semangat yang baik untuk meneruskan FORMULA PENYATUAN UMMAH HUMBAN ANWAR BIN IBRAHIM. Amin.

HOKKIEN
Di Pintu Masuk Cengkerik bersimponi – Terkukur berlagu – meriah JEREBU dah  tak kelihatan  - Matahari belum kelihatan – KL & KL Sentral berkabus – Petang kemarin hujan lebat.

Wow – ramai datang makan hari ini – gua gumbira – Puppy dan Siti ada sama – tapi PUPPY KURUS tak muncul – Puppy Itam tak muncul –

Melintas Wakaf Dua – Abang kawasan naik atas tembok makam dan menyalak marah – kah kah kah – kami tak ambil pot.

Pulang di Wakaf Pertama – dah ramai menunggu – Tiong Laki Bini atas atap – bila gua tabur friskies  Tiong turun makan dekat dengan Puppy.

Jap lagi gua nak ke Chow Kit – nak cari buah – dan makanan Tak Tak – Hati ayam, rangka dan Kaki ayam – ini semua untuk Tak Tak.

Gua ada PROJEK nak ambil satu Puppy dari kampung Asal usul Tak Tak dan Arwah EZI – kampung Orang Asal di Pertak Kuala Kubu Baru – mungkin minggu depan. Nak beri Tak Tak teman baru. Amin,
BRO
SENYUM
SAMBUT PAGI SABTU
DENGAN SENYUMAN

BRO
Dalam hidup ini  semua berubah – yang tetap hanya ingatan.

BRO
Lu perhatikan air sungai yang lalu – air ini tidak lalu di tempat  yang sama dua kali.

BRO
Ikutlah perangai hujan  - berkorban – jatuh basahi bumi agar rumput boleh hidup. Amin

LAKUKAN SEKARANG
LAKUAKAN HARI INI
SELAMAT BERCUTI

Jumaat, 30 Oktober 2026

MUZIUM BANGKAI DRONE


IRAN ADA MUZIUM

BANGKAI DRONE

KAH KAH KAH

AMIN

SEKAPAN SEKUBUR

 

SEKAPAN SEKUBUR

ATAU 

DUA KAPAN

DUA KUBUR

KHALAS

MENUJU PUTRAJAYA


BERITA BAIK

FORMULA 

DITERUSKAN

PUTRAJAYA PASTI 

DI KENDALI OLEH

BN-PN

KHALAS


PRN Melaka: Kerjasama PN-BN landasan penyatuan ummah menuju PRU16

MELAKA: Perikatan Nasional (PN) mahu menjadikan kerjasama dengan Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka sebagai landasan penyatuan ummah dan membina momentum menjelang Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16).

Pengerusi PN, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar, berkata kerjasama itu bukan sekadar untuk memenangi kerusi ditandingi, sebaliknya membawa agenda penyatuan serta kebersamaan dengan seluruh rakyat di negeri ini.

Beliau berkata, PRN Melaka menjadi antara langkah awal yang penting selepas PRN Johor dan Negeri Sembilan, sebelum kedua-dua parti berdepan PRU16 yang dijangka diadakan tahun depan.

"Kalau kita campur antara PN dalam pilihan raya lalu dengan BN, kita boleh menang dengan selesa di Melaka ini.

"Namun, kemenangan tidak akan bermakna sebelum kita sampai ke garisan penamat iaitu pada hari pengundian dan selepas selesai tempoh pengiraan," katanya pada majlis pengumuman calon PN bagi PRN Melaka, di Bukit Katil di sini malam tadi.

Yang turut hadir, Presiden GERAKAN,  Dr Dominic Lau; Presiden PEJUANG, Mukhriz Mahathir; Timbalan Presiden PAS, Tuan Ibrahim Tuan Man dan Naib Presiden Parti Wawasan Negara (WAWASAN), Wan Saiful Wan Jan.

Beberapa pemimpin UMNO Bahagian Hang Tuah Jaya, termasuk calon BN Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Molek, Datuk Mohd Ridhwan Mohd Ali dan calon BN DUN Pengkalan Batu, Siti Aisyah Mahmood turut hadir.

Ahmad Samsuri juga mengingatkan jentera parti supaya tidak terlalu selesa dengan kedudukan semasa, sebaliknya bekerja keras bagi memastikan kemenangan, termasuk membantu calon daripada BN yang bertanding di kawasan masing-masing.

Katanya, kejayaan kerjasama itu di Melaka juga penting sebagai bukti kesungguhan PN dan BN dalam menjayakan agenda penyatuan ummah serta mendapatkan sokongan rakyat yang menerima kerjasama berkenaan.

"PN mahu menawarkan politik matang dan sejahtera dengan komitmen membela rakyat tanpa mengira kaum, agama atau fahaman politik, khususnya di Melaka," katanya.

BARUA KEPALA MAFIA KOPORAT


BARUA KEPALA

MAFIA KORPORAT

AZAM BIN BAKI

WAJIB

 DISELAMATKAN

KAH KAH KAH

KALAU BUKA

SEMUA TERBARAI

KAH KAH KAH

HANYA KERAJAAN

UMMAH AKAN

BUKA SEMUA FAIL

KHALAS


Saham Azam: Kerajaan belum 


putuskan dedah siasatan


atau tidak


Kerajaan masih belum memberikan komitmen untuk mendedahkan laporan siasatan berhubung pegangan saham bekas ketua pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Azam bin Baki kepada umum.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi) Azalina Othman Said berkata kerajaan akan menilai keperluan mendedahkan laporan itu dengan mengambil kira peruntukan undang-undang.

Pertimbangan tersebut merangkumi perlindungan maklumat peribadi, kerahsiaan dokumen siasatan, rekod pengisytiharan harta serta kepentingan pihak terbabit.

Dia memaklumkan perkara itu melalui jawapan bertulis kepada Khoo Poay Tiong (PH-Kota Melaka) di Dewan Rakyat semalam.

Menurut Azalina, Ketua Setiausaha Negara (KSN) akan mengumumkan sebarang keputusan mengenainya, mengulangi pendirian yang dinyatakannya pada Julai lalu.

Jawapan itu menyusul janji Anwar  bin Ibrahim pada 20 Okt untuk mendedahkan laporan siasatan berhubung dakwaan mafia korporat dalam tempoh tiga bulan, termasuk sekiranya Azam didapati terbabit.

Bagaimanapun, laporan yang dijanjikan Anwar bi Ibrahim  itu berkaitan siasatan mafia korporat manakala jawapan Azalina merujuk laporan siasatan pegangan saham Azam.

Kontroversi pegangan saham itu tercetus pada Februari, ketika dakwaan mafia korporat turut mendapat perhatian.

Pada bulan berkenaan, Bloomberg dan Malaysiakini secara berasingan melaporkan Azam, yang ketika itu masih mengetuai SPRM, memiliki pegangan saham besar dalam dua syarikat yang menimbulkan persoalan mengenai pematuhan peraturan perkhidmatan awam.

Semakan rekod Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) ketika itu mendapati Azam bin Baki pernah disenaraikan memegang 17.7 juta saham Velocity Capital Partner Berhad dan kira-kira 4.52 juta saham Awanbiru Technology Berhad.

Menurut kenyataan KSN pada Februari, saham Velocity itu dibeli pada harga RM1.416 juta.

Pegangan Awanbiru pula dilaporkan dianggarkan bernilai antara RM1.24 juta dengan RM1.38 juta pada suatu ketika.

Penjawat awam dibenarkan berdagang saham, tertakluk kepada peraturan pemilikan dan pengisytiharan harta.

Ketika kontroversi itu tercetus, Pekeliling Tatakelakuan dan Pengurusan Tatatertib Pegawai Awam 2024 yang dirujuk menetapkan pembelian saham dalam sesebuah syarikat tidak boleh melebihi lima peratus modal berbayar atau RM100,000 berdasarkan nilai semasa, mengikut mana yang lebih rendah.

Azam bin Baki menafikan sebarang salah laku. Dia sebelum ini menyatakan pegangan saham Velocity telah diisytiharkan kepada Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dan dilupuskan dalam tahun yang sama saham itu dibeli.

Susulan kontroversi tersebut, sebuah panel yang dianggotai Peguam Negara Mohd Dusuki Mokhtar, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Wan Ahmad Dahlan Abdul Aziz dan Ketua Setiausaha Perbendaharaan Johan Mahmood Merican menyiasat pemilikan saham Azam.

Pada 10 Mac, KSN memaklumkan laporan panel itu telah diterima olehnya dan Anwar, sebelum dirujuk kepada JPA.

Ketika itu, mesyuarat Lembaga Tatatertib JPA dijangka diadakan dalam masa terdekat untuk meneliti laporan berkenaan.

Namun, keputusan berhubung siasatan tersebut masih belum diumumkan kepada orang ramai, walaupun Azalina berkata Jemaah Menteri telah dimaklumkan mengenai dapatan siasatan.

Tidak jelas sama ada kontroversi itu mempengaruhi keputusan untuk tidak menyambung kontrak Azam bin Baki sebagai ketua pesuruhjaya SPRM buat kali keempat selepas persaraannya.

Kontrak terakhirnya tamat pada 12 Mei lalu.