Jumaat, 2 Oktober 2026
MUKRIZ WAJIB CELAH - BUKTI DAH JELAS
WOIT
CELAH LAAA
DAH ADA BUKTI
LANGGAR ADAT
AMIN
DULU MASA MUDA
TEMBAK KERBAU
ORANG KAMPONG
AMIN
NI DAH TUA
BUAT KACAU
SATU NEGERI
KHALAS
Tuanku Muhriz langgar perjanjian
purba 1898 - Undang
Undang Yang Empat yang dipertikai dan Tunku Besar Tampin mendakwa Tuanku Muhriz Tuanku Munawir telah mencampuri urusan adat di luak serta melanggar batas kuasa yang ditetapkan dalam Perjanjian 1898.
Dalam satu kenyataan bersama, mereka menegaskan Perjanjian 29 April 1898 antara Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan dan Undang Yang Empat merupakan asas struktur perlembagaan negeri yang turut diperkukuh melalui Perjanjian 1934.
Mereka mendakwa tindakan Tuanku Muhriz mencampuri urusan Luak Rembau dan Sungei Ujong bertentangan dengan Fasal 3 dan 4 Perjanjian 1898, yang antara lain menetapkan batas campur tangan baginda dalam urusan luak serta hubungan dengan Undang.
"Larangan campur tangan dalam urusan luak ialah pantang larang yang mempunyai latar sejarah berdarah. Sepanjang abad ke-19, campur tangan dalam pemilihan dan urusan dalaman luak mencetuskan perebutan kuasa, permusuhan dan pertumpahan darah yang hampir memecahkan konfederasi Negeri Sembilan.
"Memorandum Gabenor Weld bertarikh 23 Disember 1885 sendiri merujuk kepada 'the old Rembau feuds, and political and dynastic antagonisms', serta perselisihan yang telah lama wujud antara Yam Tuan dengan para Datoh dan ketua-ketua luak, yang hanya dapat diselesaikan melalui rundingan berasingan dengan semua pihak.
"Perjanjian 1898 ialah penyelesaian muktamad kepada sejarah itu: Yang di-Pertuan Besar dipilih oleh Undang, dan sebagai balasannya Baginda tidak mencampuri urusan luak. Melanggar syarat ini bermakna meruntuhkan asas yang menyatukan Negeri Sembilan," tegas mereka.
Menurut mereka tindakan Tuanku Muhriz menggunakan takhta untuk menjatuhkan Undang bukan kesilapan prosedur malah pelanggaran terhadap syarat yang menjadi asas kewujudan takhta Yang di-Pertuan Besar itu sendiri:
DKU tak pernah putuskan pelucutan Mubarak
Dalam kenyataan bersama itu, mereka turut mendakwa Mesyuarat Khas Dewan Keadilan Undang (DKU) pada 17 April 2026 tidak pernah memutuskan untuk melucutkan jawatan Mubarak Thahak sebagai Undang Luak Sungei Ujong.
Sebaliknya, menurut mereka, majoriti anggota yang hadir termasuk Undang Johol, Tunku Besar Tampin dan Dato’ Shahbandar Sungei Ujong menolak cadangan berkenaan, manakala hanya Tunku Besar Seri Menanti menyokongnya.
Mereka turut mendakwa Tuanku Muhriz kemudiannya mengarahkan Menteri Besar ketika itu, Aminuddin Harun, mengeluarkan kenyataan bahawa DKU telah menasihati Mubarak supaya menerima pelucutan jawatan tersebut.
Dakwaan itu, menurut mereka, telah dinafikan secara bertulis dan bersetem oleh Undang Yang Empat pada 20 April.
Mereka juga mempersoalkan tindakan membuka semula keputusan DKU pada 4 Julai 2025 yang menerima dan mengiktiraf Abdul Rahim Yasin sebagai Undang Rembau ke-22 melalui aduan yang dibawa dalam mesyuarat DKU pada 5 Mac 2026.
Menurut mereka, tindakan berkenaan bercanggah dengan Perjanjian 1898 dan UUTKNS kerana Yang di-Pertuan Besar tidak mempunyai kuasa untuk memilih, melucutkan atau menggantikan Undang secara bersendirian.
Mereka seterusnya mendakwa pelantikan pengganti bagi Undang Rembau dan Sungei Ujong selepas 20 Jun 2026 tidak sah kerana kedua-dua jawatan berkenaan belum dikosongkan secara sah.
Menjelaskan maksud ‘enquiry’
Dalam pada itu mereka menjelaskan bahwa teks berautoriti Perkara 10 UUTKNS menggunakan perkataan “enquiry” dan bukan “inquiry” yang bermaksud siasatan rasmi.
"'Enquiry' ialah perbuatan bertanya; 'inquiry' lazimnya merujuk siasatan formal seperti suruhanjaya atau tribunal.
"Dalam tradisi Negeri Sembilan, 'enquiry”'ialah proses rundingan dan muafakat — sebagaimana digunakan oleh Weld pada 1885 bagi penyelesaian antara Yam Tuan dan para Datoh, berbeza daripada “investigation” yang digunakannya bagi pemeriksaan pentadbiran.
"Enquiry di bawah Perkara 10 dengan itu ialah siasatan dalaman dan tertutup oleh Undang sendiri, dengan bertanya secara langsung kepada Yang di-Pertuan Besar dan memberi Baginda peluang menjawab, bagi memelihara maruah dan menutup aib Baginda," kata kenyataan itu.
Justeru mereka mempertahankan proses enquiry pada 5 Mac 2026 yang menurut mereka dilaksanakan mengikut Perkara 10 UUTKNS sebelum keputusan melucutkan jawatan Tuanku Muhriz pada 19 April.
Mereka berkata proses itu memberi peluang kepada Tuanku Muhriz menjawab tiga perkara yang dibangkitkan, termasuk dakwaan campur tangan dalam urusan Rembau, menghadiri Persidangan Raja-Raja tanpa berunding dengan Pembesar Memerintah serta kelewatan melantik mufti negeri.
Menurut mereka, proses itu merupakan prosiding dalaman dan tidak memerlukan tribunal atau pendengaran awam.
"Ia tidak menuntut tribunal luar, pendengaran awam atau prosedur ala perbicaraan.
“Full and complete” merujuk kepada skop pertimbangan, bukan formaliti," katanya.
Mereka berkata selepas tempoh pertimbangan 45 hari, Sabda di bawah Perkara 10 ditandatangani pada 19 April, manakala Tunku Nadzaruddin ibni Almarhum Tuanku Jaafar dipilih sebagai Yam Tuan Besar Negeri Sembilan ke-12 di bawah Perkara 11.
Justeru mereka sekali lagi menggesa kerajaan Persekutuan, Perdana Menteri dan Peguam Negara mengambil maklum pendirian berkenaan serta menghormati peranan Undang dan kerangka adat serta UUTKNS.
LEBIH ZALIM DARI MAHATHIR
ANWAR BIN
IBRAHIM
LEBIH ZALIM
DARI MAHATHIR
BIN MUHAMAD
KHALAS
Aktivis Wong Yan Ke menyuarakan kebimbangan mengenai masa depan demokrasi Malaysia selepas Mahkamah Rayuan mengekalkan sabitan dan denda RM10,000 terhadapnya kerana menghina Naib Canselor Universiti Malaya ketika itu, Abdul Rahim Hashim, serta hadirin majlis konvokesyen dalam satu protes pada tahun 2019.
Dalam satu kenyataan, Wong menyatakan dia menghormati kuasa mahkamah namun memberi amaran bahawa keputusan itu boleh mewujudkan duluan yang membimbangkan bagi tindakan menyatakan perbezaan pendapat.
Menurutnya, ia boleh menyukarkan lagi aktivis mahasiswa, gerakan sosial, dan rakyat yang menggunakan hak mereka untuk berprotes.
"Hampir tujuh tahun telah berlalu sejak saya mengangkat plakad itu. Malaysia telah bertukar kerajaan, namun legalisme autoritarian masih berterusan.
"Tangkapan, tahanan, dan pendakwaan—yang berselindung di sebalik prosedur undang-undang—digunakan untuk melemahkan semangat masyarakat sivil.
"Prosiding yang berlarutan memaksa aktivis untuk terus berulang-alik ke mahkamah, sekali gus mengalihkan masa dan sumber daripada usaha memperjuangkan reformasi serta menuntut akauntabiliti kerajaan, demi mempertahankan diri sendiri.
"Apabila proses itu sendiri menjadi satu bentuk hukuman, kesan menakutkan (chilling effect) itu akan tersebar luas," kata ketua Pemuda Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur dan Selangor itu.
DUIT LUAR TAK MASUK
SHUHAILY JUJUR
TEGAS TAK AMBIK
RASUAH
AMIN
DUIT LUAR
TAK MASUK
MAKA RAMAI
MAHU DIA
BERHENTI
KHALAS
Saya tak mahu
KLIA jadi seperti Selayang,
AKPS ulas isu video tular
Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS) menyerahkan kepada pihak polis untuk menjalankan siasatan lanjut mengenai video yang tular di media sosial sejak semalam.
Ketua Pengarah AKPS Mohd Shuhaily Mohd Zain berkata perkara berkenaan wajar diserahkan kepada pihak polis untuk siasatan lanjut termasuk mengenai motif di sebalik penyebaran rakaman kamera litar tertutup (CCTV) Terminal 1 Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) itu.
“Bagi pihak polis siasat yang lebih lanjut. Rakaman yang dibuat itu pun saya tak tahulah tujuan asalnya. Klip yang tular itu bukan datang daripada sumber asli tetapi diambil melalui satu lagi peranti untuk ditularkan. Dalam perkataan lain, siapakah mereka? Apakah tujuan mereka?,” katanya.
Beliau berkata demikian dalam sidang media bagi menjelaskan isu video tular itu yang menampakkan beliau memarahi seorang individu di Terminal 1 KLIA.
Mohd Shuhaily menegaskan AKPS menghormati proses siasatan yang dijalankan dan akan memberikan kerjasama sepenuhnya kepada pihak berkuasa, dan meminta orang ramai supaya tidak membuat spekulasi atau menyebarkan maklumat yang belum disahkan sehingga siasatan selesai.
Beliau berkata proses pemeriksaan dan soal selidik oleh AKPS dengan warga asing seperti yang tular di media sosial sejak semalam hanya melibatkan pasukan operasi AKPS bersama-sama Aviation Security (AVSEC) KLIA sahaja.
Beliau menegaskan proses itu sama sekali tidak melibatkan Polis Diraja Malaysia (PDRM) atau mana-mana agensi penguatkuasaan yang lain.
“Insiden berlaku pada 28 Sept apabila saya bersama-sama pasukan membuat tinjauan persediaan dan kesediaan AKPS dalam menerima pengunjung sempena perlumbaan Formula Satu (F1) Grand Prix (GP) Bahrain 2026 hujung minggu ni.
“Selepas itu, AKPS dan AVSEC melakukan penguatkuasaan terhad terhadap sindiket ulat warga asing yang kemudiannya membawa kepada penahanan seorang (daripada) sindiket, dan kita bawa ke dalam bilik pemeriksaan bagasi kepunyaan AVSEC. Ingin saya tegaskan di Putrajaya bahawa penguatkuasaan itu hanya melibatkan pegawai AKPS dan AVSEC sahaja,” katanya.
Mohd Shuhaily berkata ketika soal selidik dibuat, tanpa disedari muncul dua individu yang tidak dikenali sedang merakam perbuatannya, bagaimanapun arahan diberikan kepada mereka supaya memadamkan rakaman itu.
“Seperti yang tuan-tuan dapat lihat dalam klip tersebut saya memberikan amaran yang paling tegas, setegas-tegasnya sebagai seorang pegawai polis yang diamanahkan dan biasa memberi arahan sekerasnya.
“Selepas itu, laporan polis dibuat ke atas saya pada 29 Sept manakala laporan kedua, dua hari selepas kejadian yang kemudiannya disusuli dengan tular klip video rakaman di media sosial. Itu yang menyebabkan AKPS terpaksa membuat satu laporan polis untuk mengatakan ada usaha mungkin untuk mencemar nama atau imej AKPS secara amnya dan saya khususnya,” katanya.
Beliau turut mengulangi komitmen AKPS untuk terus meningkatkan tahap keselamatan di pintu masuk negara susulan aduan dan dakwaan yang diterima pihaknya daripada orang ramai mengenai berlakunya peningkatan aktiviti penyeludupan bahan terlarang dan kontraban hampir setiap hari di KLIA.
“Saya tidak mahu KLIA jadi seperti Selayang dan saya tidak mahu membiarkannya hingga jadi seperti Selayang,” katanya merujuk kepada isu warga asing. - Bernama
KEMPEN ANTI PENDATANG
LIBERAL
DEMOKRASI
GAGAL
AMIN
LAHIR KESEDARAN
BARU DI EROPAH
AMIN
KESEDARAN
DI EROPAH
DI PANGGIL
NATIVISM
AMIN
DITANAH MELAYU
DI PANGGIL
BUMIPUTERA
KHALAS
EU lulus undang-undang baharu pengusiran migran
LUXEMBOURG: Menteri Dalam Negeri Kesatuan Eropah (EU) memberikan kelulusan akhir kepada undang-undang baharu yang bertujuan meningkatkan pengusiran migran.
Ia diluluskan di tengah-tengah desakan untuk langkah lebih tegas susulan kemasukan beramai-ramai migran ke Ceuta, wilayah Sepanyol, pada akhir Julai, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).
Undang-undang yang diluluskan pada Khamis itu menyediakan asas perundangan untuk menubuhkan pusat pengusiran yang kontroversi di luar EU bagi migran yang diwajibkan meninggalkan blok itu secara sah tetapi tidak dapat dihantar pulang ke negara asal mereka.
Ia turut memperkenalkan kewajipan baharu serta kemungkinan dikenakan penalti terhadap pemohon suaka yang permohonannya ditolak.
Kapal tentera laut Myanmar bawa pulang hampir 1,500 rakyatnya dari Malaysia
YANGON: Hampir 1,500 rakyat Myanmar yang dihantar pulang dari Malaysia menaiki kapal tentera laut dijangka tiba di Yangon, hab komersial negara bergolak itu, dalam tempoh beberapa hari, lapor media kerajaan.
Penghantaran pulang itu dibuat walaupun Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan kumpulan hak asasi memberi amaran bahawa mereka yang dihantar pulang mungkin berdepan risiko susulan konflik sivil yang berterusan di Myanmar.
Tiga kapal tentera laut Myanmar membawa 1,476 rakyat negara itu memasuki perairan Myanmar pada Khamis, lapor akhbar Global New Light of Myanmar.
Mereka dihantar pulang dari pusat tahanan imigresen Malaysia selepas menjalani hukuman kerana tinggal di negara ini secara tidak sah dan melanggar peraturan imigresen.
TEATER LAWAN RASUAH
SELAGI
AZAM BIN BAKI
FARHASH BIN WAFA
TIDAK DI DAKWA
KEMPEN LAWAN
RASUAH HANYA
TEATER
KHALAS
Unknown commented on
"TEATER DAP"
Zaman yang sukar untuk orang-orang baik bekerja dengan kerajaan, memang susah terpaksa ikut dengan orang-orang bermuka berlakon alim ulama di luaran tetapi sebaliknya penjenayah berjawatan, dari atas kepala sampai ke bawah, sudah jadi budaya,
bukan perkara baru tetapi semakin membesarkan penyakit rasuah, barah dalam darah daging orang-orang kita sekarang, matlamat menghalalkan cara manusia cerdik kah kah kah kah kah
Unknown commented on
"TONI LOKE SILA JUMPA RAFIZI"
Kah kah kah daripada kerja tidak berfaedah baik mula perniagaan sewa kerusi roda? Ramai masuk mahkamah pakai kerusi roda, aturkan orang tolak kerusi roda boleh tak? Siap siaga terus sebaik nak masuk mahkamah hadapi tuduhan rasuah, boleh tanya SPRM siapa akan masuk hari ini, terlalu ramai orang kita syumul jawatan tinggi beribu-ribu gaji elaun pun kaki rasuah,
jadi penguatkuasa tahap gaban dekat jaga longkang jaga tarik kereta jaga saman jaga meja kerusi atas jalan tidak kacau kah kah kah kah begitu hina kamu sekelian, asyik menyalahkan orang lain tetapi diri sendiri begitu banyak kes rasuah kah kah kah kah kepala begitu jadi bawah sampai ekor memang jadi begitu juga kah kah kah kah
HUJAN PETANG
HUJAN PETANG
DALAM JAM 3
GURUH DIDENGAR
ANGIN BERTIUP
RENYAI TURUN
MASIH BELUM LEBAT
TAPI JIKA BERTERUSAN LAMA
HASILNYA PASTI BAIK
DIHARAPKAN TURUN LAMA
HALAU JEREBU
BAWA UDARA BERSIH DAN SEGAR
AMIN
PRU16 MAT BURUT TERBARAI
TIM RAFIZI BIJAK
SATU SATU
YB PKR
LETAK JAWATAN
KAH KAH KAH
BAGI MAT BURUT
SUSAH NAK TIDO
KAH KAH KAH
PKR PASTI
TERBARAI PRU16
KHALAS
Lee Chean Chung
lepaskan jawatan MP
Petaling Jaya
Bekas Bendahari Agung PKR, Lee Chean Chung, hari ini mengumumkan peletakan jawatannya sebagai Ahli Parlimen Petaling Jaya.
Dia memetik beberapa isu urus tadbir sebagai punca dia mengambil keputusan tersebut.
Bercakap kepada media hari ini, Lee turut mendedahkan bahawa dia baru saja digantung oleh PKR selama tiga tahun dan mengesyaki tindakan berkenaan terkait dengan pendekatannya yang lantang akhir-akhir ini.
Misalnya pada 6 Ogos lalu dia mempersoalkan status baki peruntukan kawasan parlimennya yang bernilai RM3 juta dan didakwanya disalurkan melalui pimpinan parti politik, bukan lagi menerusi wakil rakyat yang dipilih.
Menyifatkan peruntukan parlimen adalah wang awam yang diperuntukkan untuk manfaat seluruh rakyat, dia turut mempersoalkan jika tindakan kerajaan itu satu bentuk “sakau” yang ‘dihalalkan’.
“Mengapakah tiada sebarang pengumuman rasmi dibuat?
“Jika benar berlaku perubahan mekanisme penyaluran peruntukan, mengapa tiada pekeliling, kenyataan rasmi atau garis panduan diumumkan kepada rakyat Petaling Jaya?” katanya.
Bagaimanapun pengumuman hari ini tidaklah begitu mengejutkan jika dilihat perkembangan yang berlaku di sekitar Lee.
Pada 12 Jun lalu dia yang juga bekas Adun Semambu di Pahang berundur daripada tanggungjawabnya sebagai anggota Majlis Pimpinan Pusat PKR dan ia berkuat kuasa serta-merta.
Lee memenangi kerusi parlimen Petaling Jaya dalam PRU ke-15 lalu.
Dia mengalahkan lima pencabar termasuk dari PN dan BN dengan majoriti selesa - 50,575 undi
PROJEK SALAH BENDERA
KAH KAH KAH
TERAM BUAT
LAWAK
KAH KAH KAH
SEMUA TAHU
INI PROJEK
SALAH BENDERA
AMIN
NAK SELAMATKAN
SETANYAHU
NAK SELAMATKAN
TERAM
KAH KAH KAH
KALAU PENGGANAS
KENAPA DIBEBAS
DENGAN
JAMINAN POLIS?
KAH KAH KAH
KHALAS
Trump ikrar serang Iran 'habis-habisan' jika terbabit serangan flydubai
Washington: Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump, mengancam Iran akan diserang 'habis-habisan' jika siasatan mendapati Tehran terbabit dalam serangan terhadap penerbangan flydubai ke Israel.
Trump berkata, Iran berkemungkinan terbabit dalam kejadian yang berlaku ketika penerbangan dari Dubai ke Tel Aviv itu.
"Saya akan katakan jawapannya, berdasarkan apa yang saya dengar, adalah ya, tetapi kami sedang menyiasatnya sekarang," kata Trump ketika ditanya pemberita di Rumah Putih sama ada Iran terbabit dalam kejadian itu.
Ketika ditanya sama ada AS akan bertindak balas terhadap Iran jika negara itu bertanggungjawab terhadap serangan berkenaan, Trump menjawab: "Oh, mereka akan diserang habis-habisan, jangan bimbang".
Ancaman itu dibuat ketika Trump mengambil pendirian lebih keras terhadap perang dengan Iran yang masih belum berakhir.
Dalam kejadian berkenaan, pembantu juruterbang didakwa menyerang kapten pesawat sebelum penumpang berjaya menahannya dan menghalang pesawat daripada terhempas.
Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu pula mendakwa pembantu juruterbang itu sudah menjalani 'indoktrinasi radikal Islam'.
Dalam temu bual dengan majalah Time yang diterbitkan semalam, Trump berkata ada kemungkinan beliau menyambung semula serangan udara terhadap Iran selepas pilihan raya pertengahan penggal AS bulan depan.
Parti Republikan bimbang kehilangan kawalan terhadap Kongres dalam pilihan raya pada 3 November itu, ketika tahap sokongan terhadap Trump dilaporkan hampir mencecah paras terendah susulan perang Iran.
Kenaikan harga minyak yang menyebabkan kos sara hidup meningkat turut menjadi antara isu yang memberi tekanan kepada pentadbiran Trump.
Trump juga mengulangi ancaman untuk 'melenyapkan' Iran, yang dibuat dalam ucapannya pada Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNGA) minggu lalu.
"Ya, saya akan berbuat demikian. Ia satu kemungkinan. Kerana dengan melenyapkan Iran, kita telah mewujudkan keamanan di dunia. Dengan Iran, saya tidak fikir keamanan akan dapat dicapai," kata Trump kepada Time.
Iran pula masih menguasai Selat Hormuz, laluan perkapalan penting yang menghubungkan Teluk Parsi dengan Teluk Oman, lebih tujuh bulan selepas serangan awal AS dan Israel terhadap negara itu.
Trump berkata perang berkenaan bertujuan menghalang Iran daripada membangunkan senjata nuklear.
Sementara itu, AS dijangka menghantar kapal pengangkut pesawat ketiga serta sehingga 10,000 anggota tentera tambahan ke Asia Barat menjelang akhir November, lapor Wall Street Journal.
Bagaimanapun, belum jelas sama ada kapal pengangkut pesawat baharu, USS Theodore Roosevelt, akan menggantikan salah satu daripada dua kapal pengangkut pesawat yang kini berada di rantau berkenaan.
Menurut laporan Journal, Trump memberitahu pembantunya bahawa beliau menjangka serangan udara terhadap Iran disambung semula menjelang akhir November. – AFP
Langgan:
Catatan (Atom)
.jpeg)






