Sabtu, 22 Mei 2021

BETUL DITAPIS



 BETUL DITAPIS

YANG NAK MEMBUNUH

YANG NAK MEMBAKAR

YANG MENGANCAM

AMIN


Unknown commented on 

"BERBINCANG BERKONGSI

 BERCANGGAH PANDANG PENTING"

Pigi dah TT.. lu berbincang bila ngam dengan lu je. Bila orang tak ngam apa lu cakap, lu tapis2. Selupa pakcik2 kampunglah lu

JANGAN BUAT SILAP



 ISRAEL BUKAN

KALDAI AMERIKA 

TAPI

AMERIKA KUDA

TUNGGANGAN ISRAEL

Unknown commented on 

"CONTOH YAHUDI 

YANG BUKAN ZIONIS"

Zionist Israel memang keldai dungu tunggangan Amerika, Amerika cuma bekal senjata untuk berbunuhan sesama sendiri dan projek Zion di Israel adalah projek menakluki telaga minyak negara Arab. Takadanya sesapa pilihan Tuhan dan tanah yang dijanjikan Tuhan, ini semua projek menakluk Arab dan memiskinkan penduduk benua Afrika yang kaya sumber alam.

PANCUT ATAS PERUT

 


 PKP 4.0

PANCUT ATAS

PERUT

KAH KAH KAH

TAK JADI

KAH KAH KAH




Tiada PKP penuh, umum Pejabat Perdana Menteri

MAJLIS Keselamatan Negara (MKN) setuju untuk menambah sekatan ke atas sektor ekonomi dan sosial bagi mengetatkan lagi pelaksanaan perintah kawalan pergerakan yang sedang berjalan bagi membendung penularan Covid-19, umum Pejabat Perdana Menteri.

“Perincian mengenai sekatan tambahan ini akan diumumkan dalam sidang media Menteri Kanan Pertahanan (Ismail Sabri Yaakob) esok,” kata pejabat itu dalam satu kenyataan.

Keputusan itu dicapai sebulat suara dalam mesyuarat khas MKN petang tadi turut melibatkan kerajaan negeri.

Menurut Pejabat Perdana Menteri, MKN juga sudah mengambil kira keadaan semasa di semua negeri serta mendengar pandangan mengenai usaha untuk mengekang penularan pandemik.

Mesyuarat khas MKN hari ini jadi perhatian selepas kes harian Covid-19 melebihi 6,000 untuk tiga hari berturut-turut, melompat daripada lebih 4,000 pada 18 Mei lalu.

Malaysia hari ini mencatatkan 6,493 lagi jangkitan baharu dan 50 lagi pesakit meninggal dunia dalam tempoh tempoh 24 jam setakat tengah hari tadi.

Mesyuarat yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri Muhyiddin Yassin membincangkan secara mendalam keadaan semasa penularan jangkitan Covid-19.

Mesyuarat meneliti pembentangan oleh Kementerian Kesihatan berhubung status terkini kes Covid-19 termasuk kadar kebolehjangkitan, kapasiti kesihatan setiap negeri dan cadangan tindakan bagi mengawal penularan jangkitan, kata kenyataan itu.

Mesyuarat khas MKN hari ini juga membincangkan status pelaksanaan PKP yang berjalan sejak 12 Mei lalu.

Mesyuarat itu mengambil maklum walaupun prosedur operasi standard telah diperketatkan bagi aktiviti sosial, sukan dan rekreasi serta persidangan dan mesyuarat secara bersemuka, penularan jangkitan dalam komuniti semakin meningkat.

“Kewujudan varian baharu yang lebih agresif dengan kadar kebolehjangkitan yang tinggi menyebabkan usaha untuk melandaikan lengkung jangkitan mengambil masa yang lebih panjang,” kata kenyataan itu.

Ismail Sabri dijadual membuat pengumuman harian pada 5 petang esok. – 21 Mei, 2021.


 PAKAI KONDOM

JAMIN LEBIH

SELAMAT

KHALAS



PERANG IALAH PERNIAGAAN

 


 TIGA PERNIAGAAN

BESAR DALAM DUNIA

JUAL SENJATA

JUAL AGAMA

JUAL AYAM

Unknown commented on

 "DAMAI SEMANTARA - 

AJENDA NEGARA 

PALESTIN BELUM TERCAPAI"

Kan dah den kato aritu, ini sumuo sandiwaro, gado sini gado sano, tembak sini tembak sano, bom sini bom sano... last last gencatan senjato.... Yang anok mati, suami mati, isteri mati, datok nenek mati, rumah robo, siapo nak ganti, siapo bayo? 


Yankee Dodo, Mat Rusia, Lobai Serban Iran, Chino Merah ketawo bosa gi masok duit dlm bank... Bokalan sonjato baru sodang di anto utk perang round keduo dan solanjutnyo... Kan bodo tu...!

BERKHALWAT HARI KE 431

 



KHALWAT KE 431


SABTU 22/5/2021
KITA MASUK KE HARI 431
BERKHALWAT

DARURAT
HARI KE 131

PKP 3.0
PKP 4.0
TAK JADI
PANCUT ATAS PERUT
KAH KAH KAH

PAGI INI HOKKIEN
TAK  CERAH TAK BERCAHAYA
LANGIT KELABU
MACAM SEDIH
KERANA PKP 4.0 TAK JADI

TERKUKUR
MENYAMBUT
GUA SAMPAI
YANG LAIN ENTAH KE MANA

TAPI
BUNGA BUNGA
DI HOKKIEN
MAKIN BERKEMBANG
BUNGA RAYA
MENYERIKAN PAGI

POKOK MENGKUDU
GUA BERI PERHATIAN
RUMAH DAH SIAP
DUA DUA NAMPAK CANTIK
SATU DAH KUNING
SATU LAGI
 RUMAH JANTAN
DINDING MASIH HIJAU
BAYANGKAN
BERAPA ULIT
SUAMI ISTERI INI
MENGANYAM RUMPUT RUMPUT
UNTUK MENDIRIKAN BANGLO
UNTUK BERTELOR
DAN
MELAHIRKAN JENERASI BARU
AMIN

BRO
 SENYUM
KITA MENYAMBUT
HARI INI
 
KEPERCAYAAN KITA
PADA KAWAN KITA
MACAM GELAS
BILA PECAH
TAK SAMA LAGI

BRO
BILA ADA ORANG
YANG MENILAI KITA 
KATAKAN BOLEH
BILA 
SANG PENILAI SENDIRI
TELAH SEMPURNA DIRI

BRO
KITA TAK PERLU
HIDUP SEMPURNA
YANG KITA PERLU
HIDUP GEMBIRA

DIFINASI BODOH IALAH:
TAHU KEBENARAN
NAMPAK KEBENARAN
TAPI
MASIH PERCAYA
PADA PEMBOHONGAN

BRO
CINTA ITU 
TIDAK BUTA
KITA JADI BUTA
JIKA KITA TERIKAT

SENTIASA BUKA HARAPAN
TAPI
JANGAN MENGHARAP

BRO
CINTA ITU BUKAN
APA YANG LU KATA
TAPI 
APA YANG LU BUAT

BRO
BILA LU KESAORANGAN
JANGAN RISAU
MATAHARI PUN SORANG
TAPI IANYA
TETAP BERSINAR

BRO
KALAU ADA ORANG ANGGAP
KITA NI TAK PENTING
JANGAN AMBIL POT
JANGAN RISAU
KITA TERUSKAN 
PERJALANAN HIDUP KITA

BRO
BILA SATU DAH PERGI
YAKINLAH
SATU YANG LEBIH MOLEK
AKAN SAMPAI

BRO
JANGAN SESEKALI
KITA GANGGU GUGAT
KEGEMBIRAAN ORANG LAIN
KERANA KITA SENDIRI
GAGAL UNTUK BERGEMBIRA

BRO
6 DUKUN YANG TERBAIK
DUKUN CAHAYA MATAHARI
DUKUN AIR
DUKUN REHAT
DUKUN UDARA
DUKUN SENAMAN
DAN
DUKUN MAKANAN

BRO
KITA DILAHIRKAN
BUKAN UNTUK MENANG
BUKAN UNTUK KALAH
TAPI
DILAHIRKAN 
UNTUK MEMILIH

BRO
JUJUR IALAH
SANTAPAN HIDUP
HARIAN UNTUK 
SOSOK YANG BIJAK
AMIN

LAKUKAN SEKARANG
LAKUKAN HARI INI

SELAMAT BERKHALWAT

DARURAT HARI 131

 



DARURAT
HARI KE 131