Khamis, 9 November 2023

PERANG PASTI MEREBAK



US has struck Iran-linked site in Syria, Pentagon says, as fears of regional conflict grow

US defence secretary says strike on site linked to Islamic Revolutionary Guard Corps is response to at least 40 attacks on US forces in region since start of October


AS, buat kali kedua dalam beberapa minggu kebelakangan ini, telah melakukan serangan terhadap kemudahan penyimpanan senjata di timur Syria yang dikatakan Pentagon digunakan oleh Kor Pengawal Revolusi Islam Iran (IRGC) dan kumpulan gabungan.

AS dan tentera pakatan telah diserang sekurang-kurangnya 40 kali di Iraq dan Syria oleh tentera yang disokong Iran sejak awal Oktober, ketika kebimbangan semakin meningkat bahawa perang Israel-Hamas boleh merebak di rantau itu.

Empat puluh lima tentera AS telah mengalami kecederaan otak traumatik atau luka ringan.

Dalam satu kenyataan, setiausaha pertahanan AS Lloyd Austin berkata serangan hari Rabu dilakukan oleh dua pesawat pejuang F-15 AS dan sebagai tindak balas kepada serangan baru-baru ini terhadap tentera AS.

Austin berkata serangan terhadap tentera AS mesti dihentikan. "Sekiranya serangan proksi Iran terhadap tentera AS berterusan, kami tidak akan teragak-agak untuk mengambil langkah-langkah yang perlu lagi untuk melindungi rakyat kami," tambah Austin

WOIT

NAMPAKNYA

PERANG AKAN

BERJALAN LAMA

DAN MEREBAK

KHALAS

NILAI RINGGIT TERUS JATUH



Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS

RINGGIT dibuka rendah berbanding dolar AS hari ini berikutan kebimbangan yang kian meningkat terhadap prospek masa depan bagi kadar dana Rizab Persekutuan Amerika Syarikat, kata seorang penganalisis.

Pada 9 pagi ringgit menyusut nilai kepada 4.6905/6955 berbanding dolar AS daripada kadar penutup Rabu 4.6800/6860.

Ketua Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata pasaran mata wang kelihatan tidak menentu sejak dua hari lepas kerana peserta masih tidak pasti mengenai prospek kadar dana Rizab Persekutuan menjelang mesyuarat Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan (FOMC) AS yang dijadualkan pada 12-13 Disember.

“Sementara itu laporan indeks harga pengguna (IHP) AS minggu depan pada 14 November akan dipantau dengan teliti. Setakat ini, IHP Teras turun kepada 4.1 peratus tahun ke tahun pada September 2023 daripada setinggi 6.6 peratus pada September 2022,” katanya.

Dalam pada itu ringgit diniagakan rendah berbanding mata wang utama yang lain.

Mata wang tempatan menyusut nilai berbanding yen Jepun kepada 3.1071/1106 daripada 3.1045/1087 pada penutupan dagangan Rabu rendah berbanding euro kepada 5.0207/0261 daripada 4.9917/9981 dan lemah berbanding pound Britain kepada 5.7595/7656 daripada 5.7321/7394 semalam.

Berbanding mata wang Asean yang lain ringgit turut bergerak rendah.

Nilai mata wang tempatan susut berbanding dolar Singapura kepada 3.4573/4612 daripada 3.4493/4540 dan rendah berbanding baht Thai kepada 13.2019/2223 daripada 13.1453/1670 sebelumnya.

Ringgit turut merosot nilai berbanding peso Filipina kepada 8.38/8.40 daripada 8.35/8.37 dan lemah berbanding rupiah Indonesia kepada 299.6/300.1 daripada 298.9/299.5 semalam. – Bernama, 9 November, 2023.



WOIT

WAT IS DE

BEKOS

AMIN

APAKAH AKAN

JADI

RINGGIT RAHMAH

AMIN

KHALAS

SOLDADU ZIONIS DI PUKUL TERUK


SOLDADU ZIONIS

DISERANG TERUK

AMIN

15 KERETA ASKAR

DI MUSNAH 

AL QASSAM

KHALAS

SYED SADDIQ BERSALAH

Syed Saddiq didapati bersalah tuduhan rasuah, ubah wang haram

MAHKAMAH Tinggi di Kuala Lumpur hari ini mendapati Ahli Parlimen Muar Syed Saddiq Syed Abdul Rahman bersalah atas empat pertuduhan bersubahat melakukan pecah amanah, salah guna harta dan pengubahan wang haram dana Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada).

Hakim Azhar Abdul Hamid membuat keputusan itu selepas mendapati pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah di akhir kes pembelaan.

“Mahkamah memutuskan pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah dan pendakwaan berjaya melepasi keraguan munasabah.

“Oleh itu, tertuduh didapati bersalah di atas kesemua pertuduhan,” kata Hakim Azhar.

Mahkamah kini sedang mendengar hujahan mitigasi pendakwaan dan pembelaan berhubung keputusan itu.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Wan Shaharuddin Wan Ladin bersama Mohd ‘Afif Ali manakala peguam Gobind Singh Deo dan Haijan Omar mewakili Syed Saddiq.

Syed Saddiq, 30, didakwa bersubahat dengan bekas Penolong Bendahari Armada Rafiq Hakim Razali yang diamanahkan dengan dana Armada berjumlah RM1 juta, untuk melakukan pecah amanah dengan menyalahgunakan dana itu.

Perbuatan itu didakwa dilakukan di CIMB Bank Berhad, Menara CIMB KL Sentral, Jalan Sentral 2 di Kuala Lumpur pada 6 Mac 2020 mengikut Seksyen 406 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman maksimum penjara 10 tahun dengan sebatan serta boleh dikenakan denda, jika sabit kesalahan. 

Bagi pertuduhan kedua, tertuduh didakwa menyalahgunakan harta untuk diri sendiri iaitu wang RM120,000 daripada akaun Maybank Islamic Berhad milik Armada Bumi Bersatu Enterprise dengan menyebabkan Rafiq Hakim melupuskan wang tersebut.

Bekas menteri belia dan sukan itu didakwa melakukan perbuatan itu di Malayan Banking Berhad, Jalan Pandan 3/6A, Taman Pandan Jaya di Kuala Lumpur antara 8 hingga 21 April 2018 mengikut Seksyen 403 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara minimum enam bulan dan maksimum lima tahun dengan sebatan dan boleh dikenakan denda, jika sabit kesalahan.

Syed Saddiq juga berdepan dua pertuduhan melibatkan diri dalam aktiviti pengubahan wang haram iaitu memindahkan wang masing-masing RM50,000 dalam akaun Maybank Islamic Berhad miliknya ke akaun Amanah Saham Bumiputera miliknya, yang merupakan hasil daripada aktiviti haram.

Presiden Muda itu dituduh melakukan kesalahan tersebut di sebuah bank di Jalan Persisiran Perling, Taman Perling, Johor Bahru pada 16 dan 19 Jun 2018 mengikut Seksyen 4(1)(b) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001. 

Bagi kesalahan ini, beliau boleh dihukum mengikut Seksyen 4(1) akta sama yang membawa hukuman maksimum penjara 15 tahun dan denda lima kali ganda jumlah atau hasil aktiviti haram, jika sabit kesalahan. – Bernama, 9 November, 2023.

AKHIRNYA

DIDAPATI 

BERSALAH

AMIN

APA HUKUMAN

MASIH DITUNGGU

AMIN

PASTI AKAN

MERAYU

KHALAS

BODOH SIMPAN SENDIRI


BODOH

SIMPAN SENDIRI

KHALAS


Unknown commented on
 "CHIN PENG DAN GUAN ENG"

Pernah dengar kerana mulut badan binasa, semakin lama semakin nampak kaki lebar dia orang, nak kutuk nak komen semua boleh tapi pakai otak logik sikit boleh tak? Kata PhD Masterchef ijazah-ijazah tapi gaya tak ada kualiti yang ada hanya kuali hitam kah kah kah, ramai sekarang sewaktu dengan YB seekor ini kah kah kah kalau tak berapa cerdik diam diam ambil gaji ambil elaun macam Hadi Awang sudah kah kah paling afdal ambik Mc kah kah kah

KEPUTUSAN MAHKAMAH


KEPUTUSAN

MAHKAMAH

KHAMIS 9 NOVEMBER 2023
HARI INI KEPUTUSAN
 KES SYED SADDIQ

KETIKA GUA MENGETIK INI
PASTI SYED SADDIQ DAH BANGUN
GUA TAHU RASA NAK TUNGGU
KEPUTUSAN JATUH HUKUM INI

DULU MASA GUA KENA
AKTA BAGINDA QUEEN
GUA DAH KUMPUL BUKU
YANG NAK BAWA KE PENJARA

SYED SADDIQ INI LEBIH BERAT
KALAU HUKUMAN BERAT
AKAN HILANG KERUSI
ADA PRK DI MUAR

GUA TAK TAHU SANGAT KES INI
TAPI GUA TAHU
MUDA MUDA LAGI
DAH BERGELUT DENGAN
JUTA JUTA RINGGIT
INI BUAT  SENANG KENA PAU
MACAM YB DARI KUALA KANGSAR
AMIN

NEW YORK
BADAN KESEHATAN PBB 
BERI AMARAN PENYAKIT
MULA MEREBAK DI GAZA

AMERIKA
TEMBAK KEM ASKAR  DI SYRIA
YANG DITUDUH KEM IRAN

UKRAINE
ASKAR RUSIA YANG JADI
TAWANAN PERANG
KINI DI GUNAKAN
OLEH UKRAINE UNTUK
LAWAN RUSIA KEMBALI

HOKKIEN
PAGI INI KERING CERAH SEGAR
KL & KL SENTRA CERAH
MATA HARI BELUM KELUAR

LANGIT BIRU BERAWAN PUTIH
INDAH PAGI INI

DI SANA SINI
TERKUKUR BERSUARA
SATU KUMPULAN LEBIH 20 EKOR
PIPIT TERBANG MELINTAS JALAN
BERPUSING PUSING
MENCARI SAWAH RUMPUT

DARI JAUH
GUA LIHAT LE CHATEAU
GAGAH BERDIRI  DIPAYUNGI
LANGIT BIRU DAN  GUMPALAN
AWAN PUTIH

HARI INI AKAN PANAS
APAKAH GUMPALAN AWAN PUTIH
AKAN JADI AWAN HITAM
DAN TURUN SEBAGAI HUJAN
AMIN

BRO 
SENYUM
SENYUMLAH
KITA SAMBUT PAGI KHAMIS 
YANG INDAH


KALAU TUAN HENDAK KE BANDAR
JANGAN LUPA MEMBELI JERING
KALAU KITA  MASIH TAK SEDAR
BUMI AKAN PANAS  SAWAH AKAN KERING

BINI CIK BAKAR QUEEN KONTROL
MENCARI RAHMAT DUDUK DI KEBUN
KURANGKAN MEMBAKAR MINYAK PETROL
SELAMATKAN BUMI DARI KARBON

BRO
LAKUKAN SEKARANG
LAKUKAN HARI INI

SELAMAT MENUNGGU
KEPUTUSAN MAHKAMAH