Khamis, 19 Jun 2025
BERSATU JATUHKAN ANWAR !!!
'Bagus jika Rafizi, Khairy, Nik Nazmi bergabung dalam parti baru'
Seorang ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno mencadangkan agar bekas pemimpin Umno seperti Khairy Jamaluddin, ahli Parlimen PKR Rafizi Ramli, dan beberapa yang lain membentuk sebuah parti politik baru.
“Bagus juga jika Rafizi, KJ, Nik Nazmi (Nik Ahmad), Shahril Hamdan, Akmal Nasir, Syed Sadiq (Syed Abdul Rahman), Wan Saiful Wan Jan dan Larry Sng bergabung dalam satu parti baru.
“Dalam bola sepak, apabila pemain pemain bintang bergabug, pasukan itu biasanya menjadi terlalu kuat dan juara banyak tahun,” kata Puad Zarkashi dalam satu hantaran di Facebook hari ini.
“Secara automatik parti ini sudah ada tujuh hingga 10 ahli parlimen. Satu bargaining power cukup kuat di ketika tidak ada single party yang boleh memerintah di Malaysia,” katanya lagi.
Pada 28 Mei lalu, Rafizi dan Nik Nazmi meletak jawatan sebagai menteri selepas tewas pada pemilihan PKR bagi jawatan timbalan presiden dan naib presiden.
Walaupun meletak jawatan dalam kabinet, kedua-dua mereka masih kekal sebagai ahli PKR.
Syed Saddiq, ahli Parlimen Muar, masih ahli parti Muda di sebalik meletak jawatan sebagai presiden parti itu selepas disabitkan kesalahan pecah amanah oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.
Sng, ahli Parlimen Julau, pula kini memegang jawatan sebagai presiden Parti Bangsa Malaysia.
Namun, Puad tertanya-tanya bagaimana mereka boleh bekerjasama dalam satu parti memandangkan latar belakang mereka yang agak menonjol dan berbeza.
“Dengan latar belakang pendidikan, pengalaman jawatan tinggi dalam parti asal dan sifat suka berbeza idea dalam parti, maka apakah mereka ini serasi untuk bergabung?
“Selamat mencuba untuk memeriahkan demokrasi di Malaysia,” kata Puad yang juga adalah speaker Dewan Undangan Negeri Johor.
JIKA BERSATU
UNTUK
JATUHAKAN
ANWAR ADALAH
LANGKAH MOLEK
AMIN
UNITED FRONT
SATU MATLAMAT
AMIN
TAPI BILA EGO
NAK JADI PM
MAKA PENYAKIT
AZMIN HAMZAH
MUHYIDIN AKAN
BERJANGKIT
KHALAS
DEMO IALAH TAKTIK HASUT RAKYAT
DEMO IALAH
TAKTIK HASUT
RAKYAT BENCI
MADANON
KHALAS
Unknown commented on
"DEMO DEMO DEMO -
TOLAK AZAM BAKI"
Kah kah kah nak tolak siapa? Dari atas sampai ke bawah? Tolak bagaimana? Turun jalanraya? Tolak macam mana? Undi atau sekadar cakap kosong kedai kopi? Generasi Alpha sudah tidak kisah pasal politik, yang sibuk meroyan hanya generasi tua yang kerepot mencuri kerja harian, hanya di negara ini seorang perompak digelar Bossku kah kah kah satu petanda cemerlang kejayaan ketuanan silam amin kah kah kah
INI SAKIT - SERANGAN SEKSUAL
Polis tahan individu miliki 5,000 bahan penderaan seksual kanak-kanak
Polis menahan seorang pelajar universiti selepas dia didapati memiliki sekurang-kurangnya 5,000 bahan penderaan seksual kanak-kanak dan bahan lucah dewasa dalam peranti miliknya.
Menurut New Straits Times, sebahagian kandungan yang ditemui malah dihasilkan sendiri oleh suspek berusia 20 tahun itu, melibatkan dua kanak-kanak.
Ketua Penolong Pengarah D11 JSJ Bukit Aman, Senior Asisten Komisioner Siti Kamsiah Hassan berkata serbuan menerusi Op Pedo tersebut dibuat pada jam empat petang, 29 April lalu berdasarkan maklumat yang diperoleh dengan kerjasama bersama Google
INI SAKIT
SERANGAN
SEKSUAL
PERLU RAWATAN
AMIN
NASIB BAIK
DITANGKAP AWAL
JIKA JADI MENTERI
ATAU JADI PM
BAWA BAHAYA
PADA NEGARA
AMIN
KHALAS
JIKA DISERANG AMERIKA - IRAN AKAN MEMBALAS
"Serangan ke atas Iran, mungkin berlaku, mungkin tidak" - Trump
WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump, masih berteka-teki berhubung keputusan sama ada akan menyertai serangan Israel ke atas Iran.
Trump sebelum ini menggesa Iran menyerah kalah dan mendakwa Tehran mahu mengadakan rundingan di Rumah Putih, namun beliau menyatakan ia mungkin sudah terlambat.
Terdahulu, Trump mengadakan mesyuarat kedua dalam tempoh dua hari bersama pasukan keselamatan negara, ketika dunia tertanya-tanya sama ada beliau akan mengarahkan tindakan ketenteraan.
"Saya mungkin akan melakukannya, mungkin juga tidak. Maksud saya, tiada siapa tahu apa yang saya akan lakukan.
"Apa yang saya boleh beritahu adalah Iran sedang berdepan banyak masalah dan mereka mahu berunding," kata Trump kepada wartawan ketika majlis pelancaran salah satu daripada dua tiang bendera baharu di Rumah Putih.
Tambah beliau, minggu depan akan menjadi detik penting untuk menentukan nasib Iran, manakala Tehran menafikan sama sekali mahu berunding dengan mana-mana pihak, apatah lagi merayu kepada AS.
Trump mendakwa Iran kini sedang cuba untuk mencapai perjanjian berhubung program nuklearnya bagi menamatkan konflik dengan sekutu AS, Israel.
Iran pula menafikan dakwaan AS bahawa mereka menawarkan untuk menghantar pegawai ke Washington.
"Tiada pegawai Iran akan melutut di pintu Rumah Putih," menurut kenyataan misi Iran ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang dimuat naik di platform X.
Kenyataan itu dibuat selepas pemimpin tertinggi Iran, Ayatollah Ali Khamenei, menolak tuntutan Trump supaya Iran menyerah tanpa syarat dan memberi amaran bahawa campur tangan AS akan membawa kerosakan yang tidak dapat dipulihkan.
Sehari selepas menyifatkan Khamenei sebagai sasaran mudah, Trump dalam satu wawancara di Pejabat Oval berkata, perubahan kepimpinan di Tehran boleh berlaku.
"Saya ada beberapa idea mengenai apa yang patut dilakukan, tapi saya belum buat keputusan muktamad.
"Saya suka buat keputusan pada saat akhir, kerana keadaan boleh berubah. Terutama apabila membabitkan peperangan", katanya.
Sebelum ini, Akhbar The Wall Street Journal melaporkan bahawa Trump memaklumkan kepada penasihatnya bahawa beliau sudah meluluskan pelan serangan ke atas Iran, namun menangguhkan tindakan itu untuk melihat sama ada Iran akan menyerahkan program nuklearnya.
"Semua pilihan masih terbuka," kata seorang pegawai Rumah Putih. - AFP
JIKA DISERANG
IRAN AKAN
MEMBALAS
AMIN
AYATOLLAH KATA
JANGAN MENYESAL
AMIN
KHALAS
KALAU NAK HIDUP TINGGALKAN ISRAEL !!!
TRUMP BERI
AMARAN PADA
WARGA TEHRAN
AMIN
GARDA IRAN
BERI AMARAN
PADA ZIONIS
DALAM ISRAEL
KHALAS
Langgan:
Catatan (Atom)




