Selasa, 6 Oktober 2026
BAHAYA DANA ASING?
DANA ASING
INI BAHAYA
AMIN
TAPI DANA
DARI AH SENG
LAGI BAHAYA
AMIN
SEKARANG INI
DANA AH SENG
KERJA SAMA
DENGAN MAFIA
KORPORAT BELI
KERAJAAN
MADAFAKA
KHALAS
Kerajaan pertimbang larang parti politik terima dana asing
KUALA LUMPUR: Kerajaan mempertimbangkan cadangan melarang parti politik daripada menerima sebarang dana dari luar negara, termasuk disalurkan menerusi pihak ketiga di bawah Rang Undang-Undang (RUU) Pembiayaan Politik.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Azalina Othman Said, berkata skop larangan berkenaan dicadangkan supaya merangkumi peringkat Persekutuan serta negeri dan terpakai sepanjang kitaran politik sebelum, semasa mahupun selepas pilihan raya.
"(Ia adalah) bagi memastikan sumber dan penggunaan dana politik dapat dipantau secara berkesan," katanya dalam jawapan bertulis di Parlimen semalam.
Beliau berkata, RUU itu juga dicadangkan untuk mewajibkan dana politik diterima dan digunakan melalui saluran rasmi yang boleh direkodkan, dikesan dan diaudit.
"(Ini) termasuk pelaporan berkala, penyerahan laporan kewangan diaudit secara tahunan, serta pendedahan maklumat pembiayaan politik kepada awam, tertakluk kepada butiran dan parameter yang akan dimuktamadkan semasa proses penggubalan RUU berkenaan," katanya.
Azalina berkata, Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang (BHEUU) Jabatan Perdana Menteri menganjurkan Konvensyen Pembiayaan Politik 2026 pada 8 September lalu dengan kerjasama Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) dan Institut Demokrasi dan Hal Ehwal Ekonomi (IDEAS).
Konvensyen berkenaan membentangkan dapatan kajian dan mendapatkan pandangan lanjut daripada pihak pemegang taruh.
Berdasarkan dapatan kajian, sesi libat urus dan proses triangulasi, beberapa cadangan dasar disediakan untuk pertimbangan dalam penggubalan RUU berkenaan.
Ini merangkumi skop pemakaian undang-undang, sumber dan had sumbangan, mekanisme penerimaan dana, serta pelaporan, pengauditan, ketelusan, kesalahan dan hukuman.
Beliau berkata, cadangan itu akan dibentangkan kepada Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen (PSSC) dalam masa terdekat untuk semakan dan maklum balas lanjut sebelum dimuktamadkan untuk pertimbangan Jemaah Menteri.
Azalina berkata demikian bagi menjawab soalan Idris Ahmad (PN-Bagan Serai) yang bertanyakan mekanisme untuk mencegah dana luar negara daripada disalurkan melalui pertubuhan bukan kerajaan (NGO) atau pihak ketiga bagi membiayai kempen atau aktiviti politik yang memberi manfaat kepada parti atau calon tertentu, serta sama ada RUU itu akan mewajibkan pendedahan sumber dana dan perbelanjaan.
LAWAN MONARKI DI MANA SAJE
BEBASKAN SAUDI
DARI KUASA
KELUARGA SAUD
KHALAS
Houthi dakwa serang lapangan terbang, loji penapisan minyak, kemudahan tentera Arab Saudi
ISTANBUL: Kumpulan Houthi Yaman, malam tadi mendakwa melancarkan tiga operasi ketenteraan yang menyasarkan dua lapangan terbang, sebuah kemudahan minyak dan beberapa kemudahan tentera di Arab Saudi, lapor Anadolu Ajansi.
Dalam kenyataan di platform media sosial X, jurucakap Houthi, Yahya Saree, berkata operasi itu membabitkan sejumlah besar peluru berpandu balistik dan krus serta dron.
Beliau berkata, operasi pertama menyasarkan Lapangan Terbang Antarabangsa King Khalid di ibu negara Riyadh, dengan mendakwa serangan itu mengenai sasaran dan menyebabkan lalu lintas udara terganggu.
Katanya, operasi kedua menyasarkan sebuah kilang penapisan milik syarikat minyak negara Aramco di Rabigh, wilayah Makkah, sambil mendakwa serangan itu menyebabkan kebakaran di kemudahan berkenaan.
Saree berkata, operasi ketiga menyasarkan Lapangan Terbang Abha, pangkalan Khamis Mushait dan kem Akfa di wilayah Asir, selain beberapa lokasi lain yang disifatkannya sebagai "lokasi sensitif" di Najran dan Jazan di barat daya Arab Saudi.
Beliau mendakwa operasi itu dilancarkan sebagai tindak balas terhadap 60 serangan udara dan peluru berpandu Arab Saudi dalam tempoh 24 jam sebelumnya yang menyasarkan Sanaa serta wilayah Al-Jawf, Taiz, Hajjah, Saada dan Marib di Yaman.
Katanya, jumlah keseluruhan serangan udara dan peluru berpandu sejak peningkatan ketegangan bermula kini mencecah 1,576.
Saree turut memberi amaran kepada syarikat penerbangan antarabangsa yang menggunakan ruang udara Arab Saudi supaya tidak meneruskan penerbangan, dengan mendakwa ruang udara negara itu kini termasuk dalam kawasan operasi kumpulan berkenaan, kecuali ruang udara di Makkah dan Madinah.
Setakat ini, tiada ulasan segera daripada pihak berkuasa Arab Saudi berhubung dakwaan Houthi itu. – BERNAMA-ANADOLU
KAPITALISMA MUSUH BERSAMA
DUNIA AMAN
PERANG TAMAT
BILA SISTEM
EKONOMI KAPITALIS
DI MUSNAHKAN
KHALAS
Unknown commented on
"PAGI INI"
Kita doakan semoga semua penghasut semua manusia yang membawa bencana semua yang mengacau masyarakat dunia dihapuskan segera, apabila semua pengacau sebegini yang mempunyai agenda peribadi sendiri hilang maka dunia akan lebih aman lebih sejahtera,
syukur alhamdulillah kerana kita masih ada ramai orang baik daripada orang-orang berilmu pengetahuan luas amin kah kah kah kah
Langgan:
Catatan (Atom)




