AMERIKA
DAH KALAH
AMIN
TAK PERLU EEK
TAK PERLU HUUK
AMIN
IRAN KUASA
BARU
TIMUR TENGAH
AMIN
Pangkalan tentera AS di Asia Barat rosak teruk akibat serangan Iran - Laporan
HAMILTON: Pangkalan tentera Amerika Syarikat (AS) di Asia Barat dilaporkan mengalami kerosakan teruk akibat serangan Iran, berdasarkan foto dan rakaman video diperoleh ABC News tatkala Pentagon menilai kesan perang dilancarkan Washington sejak lebih enam bulan lalu, lapor Anadolu Ajansi.
Laporan itu menyebut imej berkenaan menunjukkan bangunan serta sebuah pesawat mengalami kerosakan di tiga pangkalan di Kuwait dan sebuah pangkalan di Arab Saudi yang menempatkan aset AS, dengan sebahagian aset terbabit sudah dipindahkan keluar.
Satu daripada foto itu dipercayai menunjukkan pesawat pengawasan E-3 Sentry bernilai AS$270 juta mengalami kerosakan pada akhir Mac lalu di Pangkalan Udara Prince Sultan, Arab Saudi.
"Pangkalan-pangkalan ini mengalami kerosakan yang tidak dapat dipulihkan.
"Jika kita memilih untuk membinanya semula, ia akan mengambil masa berdekad-dekad," kata seorang anggota kanan tentera AS yang enggan dikenali.
Anggota tentera itu juga menuduh Pentagon tidak telus mengenai keadaan sebenar, sambil mendakwa bahawa serangan dron serta peluru berpandu balistik terus mengenai pangkalan berkenaan setiap hari.
Laporan Ketua Pemeriksa Pentagon yang dikeluarkan pada Isnin lalu menunjukkan 'ratusan bangunan dan struktur' mengalami kerosakan.
Badan pemantau itu menganggarkan kos perang mencecah AS$33 bilion, manakala Pejabat Belanjawan Kongres (CBO) menganggarkan kos sebanyak AS$38 bilion.
Menurut Jabatan Pertahanan AS, seramai 18 anggota tentera AS terbunuh dan 824 lagi cedera sejak perang bermula pada 28 Februari lalu.
Serangan paling buruk berlaku pada hari kedua perang apabila enam anggota tentera terbunuh di Pelabuhan Shuaiba, Kuwait.
Setiausaha Pertahanan AS, Pete Hegseth, berkata perlindungan anggota tentera menjadi keutamaan utama, namun mengakui sebahagian senjata Iran berjaya melepasi sistem pertahanan.










