Ahad, 20 September 2026

PAGI INI



PAGI INI





PAGI INI

AHAD 20 SEPTEMBER 2026

EROPAH BERSEDIA UNTUK BERPERANG


EROPAH
UK , German, France  sedang bersiap sedia untuk berperang dengan  Rusia. Warga telah di beri ingatan untuk bersedia – simpanan makanan dalam tin.

EROPAH yang membantu Ukraine dengan senjata kini akan di amuk oleh Rusia.

JIKA PERANG PECAH INI PERANG DUNIA KE TIGA.

SAUDI ARABIA
RIYADAH di serang lagi – hebat ANSAR ALAH – kini BERJAYA meledakkan dron dan peluru berpandu  kepada ibu kota Saudi.

Paip minyak Saudi terus di serang. Ini laluan bawa minyak Saudi dari Timur Ke Laut Merah tanpa  melalui Selat Hormuz. Amin.

DAP SAPA LETAK JAWATAN?
Berita tersebar Toni Loke letak jawatan – kah kah kah – ini untuk kaburi mata  penyokong DAP yang mahu DAP tinggalkan kerajaan Anwar bin Ibrahim.

APA JADI DENGAN NGA KOR MENG kah kah kah – dulu heboh nak berhenti – kenapa tak berhenti – NAJIB DAH BEBAS – kah kah kah.

HOKKIEN
Pagi ini masih berjerebu – langit  masih kelam – matahari dah keluar – cahaya lemah – KL & KL Sental lesap di telan jerebu.

Pagi ini ramai menunggu – bukan saja Tim Mak Tetek Lanjut – Tiong pun dah menunggu sama.  

Pagi ini Tiong makan bersama  Tim Mak. Wow – ramai datang – gua gumbira.

Berjalan ke Wakaf Dua  - Geng Putih berlari datang – salakan dah kurang – semua dapat nasi – ha ha – gua kena masak lebih  kerana ada dua kumpulan yang nak makan nasi.

Berjalan pulang Jantan Putih Baik ikut sampai ke Wakaf Pertama. Tadi masa gua bersenam dia duduk dekat gua, Maka gua beri hati dan keropok – dia dah jadi kawan baik dengan  Tak Tak.

Mata gua mencari PUPPY KERDIL – tak nampak – Siti pun dah tak muncul. 

Hujan – kami masih menunggu. Amin.

BRO
SENYUM
SAMBUT AHAD
DENGAN SENYUM GUMBIRA

BRO
Lu bila berjanji – datang tepat dengan waktu tempat yang dijanjikan.

BRO
Banyak perkara tak perlu di janjikan tapi di lakukan.

BRO
Janji macam hutang wajib di bayar – jika tidak lu jangan buat janji. Amin

LAKUKAN SEKARANG
LAKUKAN HARI INI
SELAMAT BERCUTI





Tiada ulasan: