Ahad, 20 September 2026

POLIS JAGA NAJIB


INI MELIBATKAN

KOS NEGARA

AMIN

JIMAT DANA

SIMPAN NAJIB 

DI KAJANG

KHALAS




Balai polis bergerak ditempatkan berhampiran rumah Najib bermula esok


Sebuah balai polis bergerak akan ditempatkan berhampiran satu daripada kediaman Najib  Razak mulai esok.

Ketua Polis Daerah Sentul ACP Anuar Bakri Abdul Salam berkata penempatan balai bergerak di bawah tanggungjawab Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sentul itu, dijadualkan bermula 7 pagi di kediaman Najib di Langgak Duta, di sini.

Beliau berkata penempatan balai bergerak itu bukan bertujuan mengawal Najib secara 24 jam, sebaliknya bagi memastikan keselamatan dan kelancaran pergerakan beliau sekiranya proses pemindahan dari penjara ke kediaman berkenaan dilaksanakan.

“Ia untuk kawalan semasa proses kembalinya beliau sahaja (jika kediaman ini dipilih) bagi menjaga keselamatan pemberita luar dan dalam negara, jiran-jiran serta mengelakkan kesesakan jalan raya dan kehadiran penyokong.

Tiada ulasan: