Ahad, 20 September 2026

TEATER LETAK JAWATAN


TONY LOKE

BUKAN LETAK

JAWATAN

KAH KAH KAH

INI TEATER

HANYA TAWAR

NAK  LETAK

JAWATAN

KAH KAH KAH

JAP LAGI

MAT BURUT

AKAN TOLAK

KAH KAH KAH

INI PROJEK NAK

SEDAPKAN HATI 

PENYOKONG DAP

KAH KAH KAH

KHALAS


Anthony Loke letak jawatan Menteri Pengangkutan susulan pengampunan Najib


      
KUALA LUMPUR – Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke menawarkan untuk meletakkan jawatan sebagai Menteri Pengangkutan susulan keputusan pengampunan bersyarat membabitkan bekas Perdana Menteri, Najib n Razak.

Loke berkata, keputusan itu dibuat selepas Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) DAP mengadakan perbincangan kira-kira tiga jam hari ini bagi menentukan pendirian dan tindakan parti susulan keputusan membolehkan Najib menjalani baki hukuman secara tahanan di rumah.


Bagaimanapun, beliau menegaskan tawaran peletakan jawatan itu hanya membabitkan dirinya sebagai anggota Jemaah Menteri dan bukan menteri atau timbalan menteri DAP yang lain.

Menurutnya, wakil DAP yang memegang jawatan dalam kerajaan akan terus kekal dalam Kerajaan Perpaduan.

“Ahli-ahli Jemaah Menteri yang lain yang mewakili DAP termasuk menteri dan timbalan menteri serta jawatan-jawatan lain akan kekal terus berada dalam kerajaan kerana kita tahu bahawa ada pihak-pihak yang menunggu DAP untuk keluar daripada kerajaan.

“Ini akan menyebabkan ketidakstabilan politik dan menyebabkan Perdana Menteri tidak mempunyai majoriti dan seterusnya Parlimen terpaksa dibubarkan ataupun perubahan kerajaan,” katanya pada sidang media hari ini.

Keputusan itu dicapai selepas CEC DAP bermesyuarat selama kira-kira tiga jam bermula jam 3 petang di ibu pejabat parti itu di sini.

Tiada ulasan: