Ahad, 21 September 2008

SELAMAT BERBUKA PUASA

Hujan tengah hari kemudian mendung
Cukup selesa untuk puasa
Jajan ari cuti banyak melimpah

Raya tak sampai seminggu lagi

Kasut lama perlu di kiwi
Stokin bocor tak perlu ganti
Dalam kasut tak sapa yang nampak
Baju yang ilang butang perlu di jahit

Batu road dan jalan masjid india berasak-berasak
Entah apa nak di cari
Tak jumpa-jumpa
Minah melayu bukan nak pakai sari
Cari anting-anting dan gelang kaki

Kain tudung dari india
Baju kurung kain cina
Kain pelikat dari india
Kain batik dari cina
Perabut rumah buatan cina
Hiasan tembaga dari india
Kapet dari taiwan
Pinggan mangguk buatan cina
Daging kotak dari india
Durian dari siam
Sayur dari taiwan
Ayam dari siam
Bunga api dari taiwan

Di hari raya sebelum heboh-heboh ketuanan melayu
Cuba tengok kasut, selipar dan sepatu
Cuba lihat pinggan, mangkuk dan kelambu
Lihat anting-anting sudu dan garpu

Kita anak semua bangsa
Dari semua benua kita beraya
Berbeza tapi sederajat
Tidak ada yang jadi tuan
Tidak ada yang jadi hamba

14 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Assalamualaikum..

berapa minit lagi nak masuk waktu,
aku belum lagi beli juadah,
orang lain tak sibuk mula bersila,
kat tempat jualan apa lagi yang tinggal,
ah...makan je la apa yang tinggal..

kalau rajin, sila la ke
esoklusa.blogspot.com.my

Tanpa Nama berkata...

tuan semuanya dari China, India, Taiwan, Indonesia. Hehehe mana yang dari melayu tuan. Baju kain dari China, India dan indonesia, Kain pelikat dari India dan indonesia, Apa yang tinggal untuk melayu tuan. Itu pun Melayu tak sedar diri lagi. Apa yang tinggal dari Melayu di Malaysia ini tuan. Sebab tu konsep bangsa Malaysia terpaksa diambil kerana Melayu telah dibolot semua oleh pemimpin UMNO yantg korup dan rakus... selamat tinggal UMNO, gua nak cari indentiti Melayu baru lak lepas ni. Jati diri Melayu dan UMNO punahkan.

shahrizalisme berkata...

Konsep 'Anak Semua Bangsa' yang Hisham selalu sebut2kan adalah salah satu dari judul buku tulisan Pramoedya Ananta Toer. Dikenali juga dgn siri2 buku 'Pulau Buru'. Antara lain judulnya ialah Rumah Kaca, Jejak Langkah dan Bumi Manusia. Ini adalah siri2 bacaan wajib untuk mengenal sastera dan sejarah kehudupan manusia.

Selamat berbuka!

Tanpa Nama berkata...

http://www.youtube.com/watch?v=_7XCRpRwz1s

tgk youtube ni.... lawak gilos tu.............kah kah kah.... bro isham, pinjam gelak jap
kah kah kah

Unknown berkata...

Di hari raya sebelum heboh-heboh ketuanan melayu
Cuba tengok kasut, selipar dan sepatu
Cuba lihat pinggan, mangkuk dan kelambu
Lihat anting-anting sudu dan garpu

... well, spot on.

Selamat Hari Raya Idilfitri

Kilimanjaro berkata...

Selamat Berbuka Puasa Saudara Hisham...

200% setuju ngan sdr Hisham.

Saya rakyat Malaysia Berketurunan Cina (dah generasi ketiga yang dilahir di Malaysia tercinta ni).
Bersekolah Menengah di sekolah kebangsaan.
Bersebilik dengan saudara beragam islam dari Kelantan ketika di Universiti(di Malaysia la).
Berjiran Melayu dan India secara dominannya.
Berkawan ngan kaum India, Cina, Melayu. Selalu bercakap ngan kawan semua, kita semua bangsa MALACINDIA.
Cuma saya terkilan, kita tidak pernahpun diajar (yang wayang-wayang punya ada lah...) atau disemai fahaman "Anak Semua Bangsa" (yang begitu harmoni, penting untuk konteks Malaysia kita ini) ketika di sekolah rendah, menengah atau universiti...

Saya rasa kalau benda ini dah dilaksanakan 10 tahun lepas, saya cuma tidak dapat bayangkan dah berapa jauh bangsa Malaysia sudah Maju!

Gua rasa, Sdr Hisham lagi sesuai dilantik sebagai Menteri Pendidikan, bukan kawan kita yang cium keris tu!
kah kah kah kah

Tanpa Nama berkata...

Salaam brader.
Camne abang kira hari raya ya? Kita ada 9 hari lagi dalam Ramadhan. Tak masuk akals abang kata raya tak sampai seminggu lagi. Hik hik!
Jangan2 Abg Isham yang tak sabor2 nak raya kot? Balik Jelebu tak?
Sebenarnya saya teringin nak jemput abang buka posa di rumah saya.. Serious ni!
Sebab puisi abang baru2 ni memberi inspirasi dan semangat baru utk memasak!
Syabas kerna berjaya meninggalkan kesan, abang!

Tanpa Nama berkata...

aku pon pakai kasut lama,used baju melayu..apa la nak dimewah mewahkan sgt raya ni..yg penting bermaaf maafan jumpa kawan sanak sedare mengeratkan silaturrahim

Tanpa Nama berkata...

Mak datuk!

Tak ada tuan, tak ada hamba? Itu dunia jenis apa? Jenis ugama apa? Islam bukan, Kristian, Hindu, Nasrani... atau apa?

Salah ke ada tuan, dan 'hamba'?

Kenalah tuan yang baik, dan hamba yang bebas merdeka!

Apa punya tur la pandangan ni. Moa tun tak faham. Madey pun tak dapat terima! hahaha...

Pembuat Songkon
Kampong Baharu, KL.

usain berkata...

bersatu dan maju bawah islam bukan melayu

Tanpa Nama berkata...

Lepas puasa nie, apalah Bro Isham nak kaitkan dengan reality ... mungkin dengan pasal raya, atau puasa enam, atau pasal deepavali ...

D'ayo

hizbul_999 berkata...

anda bercakap umpama air berkata2...anda kutuk DR Mahathir dgn pelbagai gelaran bersifat perkauman xper...wahai saudara hisyam bertaubatlah...cukuplah mengata org...berilah kritikan positif bukan main ckp saje..mmg kita bebas bersuara tetapi ada batasnya...sy tggu janji anwar kerajaan baru...klu xder anda n anwar sama saje...umpama ketika air berkata2...
bak kata sang kelembai....semua sudah giler...
buat masa ni pk utk kebaikan ekonomi kita...umno n pkr sama saje...pkr ngan anwar dia...umno ngan paklah dia...yg susah adalah rakyat...pkler sendiri rakyat m'sia...rakyat makin matang...sy ingat lagi dulu masa anwar pegang jwtn menteri kewangan...walaupun anwar x ambik rasuah tp dia makin hilang arah dengan kuasa yg ada...lama2 lupa diri..ok
sekian...

Unknown berkata...

Selamat hari raya dari Dubai..

hafiz berkata...

yeaah bro! tak da sapa jadi hamba! yang menghambakan diri untuk tuhan islam hadhari adalah umno saja!