Selasa, 12 Mei 2009

RAKYAT MENENTU ARAH !



PULANG KAN KEPADA RAKYAT


Adalah hak warga untuk menentukan siapa yang perlu mereka jadikan wakil untuk membuat perundangan dan mentabir.

Penentuan ini bukan hak menteri, bukan hak raja dan bukan hak tuan punya warong nasi kandar atau along penjual nombor tikam ekor.

Dalam sistem demokrasi dan Raja Berperlembagaan – kitab rujukan ialah Perlembagaan.

Justeru dalam kes Perak adalah terbaik untuk di bubarkan Dewan Adun dan di adakan sekali lagi pilihanraya untuk Perak.

Oook aah oook aaah yang berpanjangan adalah tanda yang tidak sehat bukan sahaja untuk warga Perak tetapi untuk pembudayaan demokrasi di Malaysia.

Pembudayaan demokrasi di tanah air kita ini masih belum melebar luas dan kukuh. Kita wajib bersama-sama meluaskan pemahaman warga tentang apa yang kita junjung sebagai Perlembagaan, perundangan, badan kehakiman, lembaga pembuat undang-undang dan lembaga yang menjalankan dasar.

Semua ini adalah lembaga-lembaga yang yang menjadi tiang daulah. Lembaga-lembaga ini wujud berjalan terpisah dan bersendirian. Jika ini tidak difahami maka daulah akan gagal – failed state.

Daulah gagal bukan satu yang baru. Zimbabwe adalah daulah gagal. Pakistan adalah daulah gagal. Iraq adalah daulah gagal. Afghanistan adalah daulah gagal.

Malaysia mungkin akan menuju ke daulah gagal jika lembaga-lembaga yang sedia wujud tidak difahami fungsinya. Atau lembaga-lembaga ini tidak bebas dan dibeli dengan rasuah.

Justeru inilah sebab utama kenapa kita semua menentang rasuah. Kita menentang rasuah bukan kerana kita tidak suka orang dapat duit. Kita menentang rasuah kerana ianya akan memusnahkan daulah. Apabila daulah musnah – musibah nya adalah untuk semua warga. Tidak ada yang terkecuali.

Selama 22 tahun Madey menjadi kepala – rasuah telah membudaya kukuh. Lembaga lembaga daulah – badan kehakiman, media, Perlembagaan - semuanya diinjak-injak.
Satu demi satu keyakinan warga terhadap lembaga-lembaga daulah ini terhakis.

Keyakinan bukan sesuatu yang boleh dibuat pasang siap. Ianya memgambil masa. Kalau 22 tahun Madey menghakiskan keyakinan warga terhadap media, badan kehakiman, badan kepolisian, pentabiran negara – mungkin ianya akan mengambil masa yang sama untuk mengembalikan keryakinan ini.

Justeru langkah pertama yang bijak untuk mengembalikan ialah mengadakan sekali lagi pemilihan wakil Adun untuk Perak. (TT)



13 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

MANA BOLEH BUBAR DUN NANTI AMENO TAK MAU BERTANDING...MACAM KAT PENANTI
WAKAKAKA..WAKAKAAKAAHHHHHH....

Tanpa Nama berkata...

NAJIS KATA JANGAN TERUJA DGN KEPUTUSAN MAHKAMAH TINGGI...BELIAU BOLEH JUMPA SULTAN BILA2 MASA...!!!
HAI NAJIS CUKUPLAH DAH JADI PM JANGANLAH GILA KUASA NAK PERTAHANKAN PERAK...BUANG MASA DAN WANG RAKYAT JE
GUNAKANKANLAH TENAGA DAN AKAL FIKIRAN ANDA UNTUK MEMAJUKAN MALAYSIA ...BIARKAN ZOMBIRI YG
MENGURUSKANNYA. WAKAKA.WAKAKAHHH

Mrkolumpo berkata...

ni semua madey punye pasal la
cilaka itu mamak
mamak zambery pun dia punya cucu saudara..sama la itu olang..ciiilaka punya olang

fahmi berkata...

salam, saya sgt bersetuju dgn pembubaran dun akan mengembalikan kestabilan politik di perak... tapi mereka bermuka2 utk berbuat demikian demi kepentingan sesetengah pihak... beri rakyat bersuara semula, barulah aman semula...

ct berkata...

itu pasal spr, sebagai badan yg menjalankan pilihanraya, harus telus mematuhi undang2. Asyik nak ikut telunjuk bee end je dan pekembar, mcm mana rakyat sendiri nak memilih. kalau rakyat memilih A, hantu pula pilih B, dan spr tak buat apa2, ini kira mengambil hak yg berhak.

Tunggu lah di akhirat kena jawab.

ariapertama berkata...

Pembubaran DUN atau by-election untuk 3 ekor katak ni tidak lg dapat di elakkan. Yang masih nak mengelak hanya Raja atau BN. Raja barangkali mahu menjaga reputasi atas keputusannya dulu (buang MB)dan BN mahu elak undi rakyat.
Kita lihat sejauh mana strategi BN (mahu berunding) untuk mengelak situasi ini.

Hanggokan berkata...

amat setuju dgn saudara yg baek.

Tanpa Nama berkata...

DS Najib kata rakyat Perak jangan teruja... macam tahu kesudahannya aje. Kenapa tak kata ahli UMNO jangan gusar? Dia kata "rakyat Perak jangan teruja." Macam dah plan aje ... Tapi yang menentukan ...

Tanpa Nama berkata...

Mahkamah Rayuan hari ini membenarkan permohonan Datuk Seri Zambry Abd Kadir untuk menangguhkan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur semalam yang mengisytiharkan Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin sebagai menteri besar Perak yang sah... maknanye>> NIZAR PLS LEAVE THE OFFICE

Tanpa Nama berkata...

HARI INI DIMAJLIS ULANGTAHUN AMENO...NAJIS KATA UMNO HARUS BERANI BERUBAH...BERUBAH KEPALA.B$$$H. KEPALA BANA.BUKAN BERUBAH TAPI MENAMBAHKAN ..KEBENCIAN RAKYAT APABILA MAHKAMAH RAYUAN PULA MEMBENARKAR RAYUAN ZOMBIRI SUPAYA DSRNIZAR DINAFIKAN SEBAGAI MB PERAK. PATUTLAH NAJIS KATA RAKYAT JGN TERUJA...RUPA2NYA DAH DIRANCANG SEBEGITU RUPA...MENAMBAHKAN LAGI KEBENCIAN RAKYAT MALAYSIA UNTK MENGKUBURKAN UMNO DARI BUMI MALAYSIA YANG TERCINTA. JANGANLAH MENYESAL NANTI WAHAI PEMIMPIN JIKA AKAN BERLAKU TREGEDI SEPERTI DITHAILAND DAN FILIPINA BILA RAKYAT BERARAK KE ISTANA...

Tanpa Nama berkata...

gua kurang paham macam mana jambori boleh jadi mb semula. Bukannya mahkamah dah putus Nizar itu mb.

Walaupun dia dapat menangguhkan perintah mahkamah itu, boleh ke dia kekal jadi mb.

Kartoon sungguh mamak ni. Tak rasa malu langsong.

kalau Appealnya kalah, dia pun masuk lagi surat tangguh lagi, maka sampai khiamat pun tak boleh selesai.

Raja pun suka tengok cerita kartoon. Kesian rakyat perak, kesian, kesian.

edolah berkata...

rakyat sedang melihat dan menilai.. apakah ada keberanian untuk si gila meroyan yg kununnya baru menyambut ulangtahun penubuhan parti badut mereka...untuk membubarkan dun perak.mereka sudah dapat merasakan bhw praya semula di perak adalah batu penanda tumbangnya kerajaan korup mereka!

Tanpa Nama berkata...

ejaan yang betul "sihat" la, bukan "sehat". Hahaha...