Selasa, 12 Mei 2009
BUKAN SATU MALAYSIA - SATU DUNIA !!!
18 BUAH NEGARA MENGHINA PM, TIDAK ADA APA-APA TINDAKAN – MUSTAFAA ALI – Buletin Online
Ketua Pengarah Pilihanraya PAS, Mustafa Ali berkata Barisan Nasional (BN) tidak mahu menyertai Pilihanraya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Penanti di Pulau Pinang pada 31 Mei depan kerana tidak sanggup menerima kekalahan setelah kecundang empat kali, dari lima pilihanraya kecil yang diadakan sebelum ini.
Beliau berkata, ada pihak-pihak yang mendakwa, Presiden UMNO itu, tidak mahu bertanding dalam pilihanraya tersebut kerana tidak sanggup lagi mendengar nama Altantuya, wanita Mongolia yang mati dibunuh, dikaitkan dengan beliau.(Video Klip Didalam)
“Tetapi ada orang beritahu, sebenarnya Najib tidak mahu bertanding pilihanraya (DUN Penanti) kerana tidak mahu lagi mendengar Altantuya disebut-sebut,
Katanya, sekiranya PRK DUN Penanti tidak diadakan, nama Altantuya tidak akan disebut dan beliau dapat melupakan sekejap tentang isu Altantuya.
Mustafa yang juga Pesuruhjaya PAS Terengganu berkata, akhbar dalam 18 buah negara didunia menyiarkan laporan peristiwa Altantuya dan mengaitkannya dengan Perdana Menteri Malaysia.
Tetapi, katanya, ketika 18 buah negera menghina Perdana Menteri Malaysia, Duta Malaysia diluar negara tidak melakukan apa-apa dan kerajaan Malaysia juga tidak memanggil Duta negara tersebut.
Ia berlaku demikian kerana, katanya, sekiranya diambil tindakan tertentu dan apabila siasatan dijalankan, dibimbangi ia akan menemui kebenaran yang lebih ‘parah’.
kah kah kah… TAK MAHU DENGAR NAMA ALTANTUYA?... kah kah kah..
kah kah kah…. NAMA YANG AKAN TERDENGAR NANTI IALAH AMINAH BINTE ABDULLAH …. kah kah kah
kah kah kah… AMINAH ABDULLAH NAMA MELAYU ALTANTUYA…. kah kah kah..
kah kah kah... LARI PUNYA LARI.... SAMPAI SITU JUGA...kah kah kah..
woit …. 18 BUAH NEGARA MENGHINA PM MALAYSIA?..... kah kah kah..
kah kah kah… NAK SAMAN MACAM MANA.... SATU MALAYSIA DAH TAHU…kah kah kah….
kah kah kah… SEKARANG KES SITI AMINAH INI SUDAH JADI BERITA SATU DUNIA … kah kah kah..
Labels:
jilbab,
kah kah kah kah,
katak dan berudu
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
12 ulasan:
Salam Perpaduan,
Saudara,
Sebagai seorang umat Islam dan seorang rakyat Malaysia yang bertanggungjawab, izinkan saya menunaikan tanggungjawab saya terhadap saudara. Setelah sekian lama mengikuti Blog saudara ini, acapkali, hati saya bagaikan terkena sembilu kerna jelas sekali buah fikiran yang saudara lemparkan didalam blog saudara tidak menunjukkan peribadi saudara sebagai seorang yang berpelajaran dan seorang Muslim yang mengambil Islam sebagai cara hidup(ad-din). Kebanyakkan tulisan saudara menzahirkan kutukan dan fitnah terhadap orang lain dan ini adalah dilarang sama sekali oleh agama Islam.
Saudara,
Islam amat menitik beratkan keadilan dalam semua aspek. Dari segi perundangan, Islam telah menggariskan bahawa setiap pertuduahn terhadap orang lain perlu disertakan dengan bukti yang kukuh. Sebagai contoh, untuk menuduh seseorang itu melakukan perbuatan zina, 4 orang saksi yang adil diperlukan dan saksi-saksi ini perlu melihat perbuatan zina itu dengan jelas tanpa ada percanggahan pembuktian sesama mereka. Dari segi logiknya, umum akan melihat perkara ini sebagai tidak masuk akal kerana pada zaman moden ini, sukar untuk kita untuk mempraktikkannya cuma ingatlah bahawa kehidupan kita bukan sekadar di dunia sahaja, di akhirat itu adalah selamanya. Saya harap saudara faham apa ynag cuba saya sampaikan.
Oleh itu, saya berharap, kita janganlah lagi menabur fitnah terutama terhadap para pemimpin. Jika kita memang mempunyai bukti ynag kukuh maka gunakanlah jalan yang betul dan perlihatkanlah kepada dunia yang kita adalah seorang Mukmin yang sejati.
InsyaAllah.
Terima kasih
lurzalkmaar@yahoo.com
Berita yang hairan ialah senasa Najib ditabalkan jadi PM, mengapa tiada ucapan tahniah dari pemimpin-pemimpin dunia di dada-dada dan kaki-kaki akhbar harian kita? Bukankah a norm to see such pages? Masa Pak Lah naik, kita nampak ucap selamat dan tahniah ni semua.Adakah ini berarti dunia tidak iktiraf Najib atas sebab-sebab yang hanya CIA dan Malaysian military intelligence sahaja yang tahu?
Saya kesian Najib.Saya tidak fikir dia musuh utama kita.
Salam...
Tahniah YB NIZAR!!! Hidup anak Perak...
Bila YB NIZAR, DS ANWAR IBRAHIM, DATUK NIK AZIZ kalau berucap mesti didahului ucapan syukur dgn ayat-ayat suci al Quran, doa-doa suci...
Tapi aku tk pernah dengar NAJIB/BIK MAMA kalau berucap dpn rakyat atau merasmikan apa2 majlis dimulakan dgn DOA atau dorg baca ayat Quran...
Macam ni ker nk jadi pemimpin negara...
Najib memang takut !!
'hati Najib ada hantu !!' hantu Altantuya...
Di Penanti pun ada seekor hantu tunggu sama dia, hantu yang bernama Aminah Abdullah !!
Di rumah dia pun ada SEEKOR hantu yg berkepala besar !! kah kah kah...
Walaupun Najib sekarang dah jadi PM...tapi ada SEEKOR hantu besar dibelakangnya.Hantu besar yg bernama 'Madey'!!
Najib dikeliling oleh hantu2... sebab tu dia pakai servis guruji !!
Dakis.
hey..lurzalkmaar...lu baru bangun dari tidorkah ?? Malas betullah you ni !!
Apa yang berlaku didepan mata pun tak boleh nampak ??
Kalau ikut prinsip2 Islam... dah lama Najib dan munkee2 di UMNO sudah jadi cacat...cacat tangan, cacat kaki..cacat batang !!
lurzalkmaar... dunia ini bukan UMNO saja... bukan pemimpin Melayu saja...bukan ketuanan melayu saja dan bukan Islam saja...
Bukalah mata kau... tengoklah di sekeliling...jangan saja duduk dimalaysia... kalau ada peluang pergilah Middle east... pergilah Europe..pergilah China,Japan,Brazil...tengok,lihat ,dengar dan belajar !!!
Conclusion : lurzalkmaar masih di tempurung !
Dakis.
Salam Perpaduan Saudara Tanpa Nama,
Disusun sepuluh jari simbolik pohon maaf dari saya. Maafkan saya jika ulasan saya menyinggung hati saudara. Saya hanya menjalankan tugas saya menasihatkan saudara Hishamuddin Rais diatas buah-fikiran2 yang dilemparkannya ke dalam blog ini. Umum tahu, saudara Hishammuddin Rais seorang Islam, oleh itu saya menggunakan pendekatan Islam untuk menasihatkan beliau. Untuk pengetahuan saudara, Islam mengajar umatnya untuk menggunakan pendekatan berhikmah setiap kali berdakwah kepada org lain. Islam juga menekankan prinsip keadilan untuk semua tanpa dibatasi jurang agama, fahaman politik dan bangsa. Sementelahan itu, menabur fitnah yakni melakukan pendakwaan tanpa bukti yang kukuh adalah satu perbuatan yang amat dikutuk dalam Islam malahan ia dianggap lebih teruk dari membunuh saudara sesama Muslim. Jadi atas tanggungjawab itu, saya perlu perjelaskan kepada saudara Hisham.
Saudara,
Untuk pengetahuan saudara, saya merupakan seorang pelajar tajaan Kerajaan Malaysia ke USA. Namun begitu, atas perasaan kasih dan cintakan negara tanah tumpah kita, saya mengikuti perkembangan politik negara melalui medium internet. Untuk berlaku adil, saya mengikuti laporan politik drpd media arus perdana dan media alternatif. Saya juga mengikuti tulisan blog daripada wakil rakyat pembangkang, bebas dan kerajaan. Segala pendapat yang saya lemparkan adalah berasaskan ilmu dan pemerhatian secara intensif terhadap senario politik negara.
Saudara,
Rakyat Malaysia seharusnya bersyukur. Ini kerana, didalam permerhatian saya selama saya berada di Bumi Hujan Emas(USA) ini, acapkali jelas kelihatan penindasan dan ketidakadilan berlaku terhadap rakyat. Sebagai contoh, di negara ini, setiap rakyat perlu ada perlindungan insurans untuk mendapatkan rawatan di klinik atau hospital. Ini kerana, dasar kapitalisme ini menyebabkan kos rawatan menjadi teramat tinggi dan leceh. Bayangkan, kos untuk mencabut gigi di sini adalah kira-kira RM2000(USD 600). Dianggarkan, 40 juta rakyat negara ini tidak mempunyai perlindungan insurans. Pinjamkan saya seminit, kemudian bandingkanlah dengan kos perubatan di Malaysia. Bersyukurlah kita kepada Yang Menciptakan kita walau apapun agama yang kita anuti diatas nikmat kurnianya terhadap negara malaysia.
Saudara, banyak lagi yang boleh saya garapkan berkaitan sistem di USA, Mesir dan UK untuk saudara. Cuma, ia akan mengambil seberapa lama. Mungkin jika saudara sudi, saudara boleh mengirimkan email kepada saya berkaitan hal ini.
Sekian terima kasih
lurzalkmaar@yahoo.com
ello lurzalkmaar,
lu ada faham ka, hisham kata pergi middle east, brazil japan , yang you mencakup di USA apa hal... negara itu dihuni oleh org org bodo, serang afghan serang iraq, serang syria,serang iran, apalaaa gua ingat lebih baik lu masuk ke utusanonline sajalah, DISINI BUKAN TEMPAT MU !!!! gua kasi warning
---bujang tet---
lurzalkmaar,
apa lu ni? apasal lu berani kritik saudara Hishammuddin Rais, kalau you betol betol berani kita lawan, aku pasang saudara Hishammuddin Rais di dun penanti lu cari you punya orang, tengok siapa menang, hua hua, ada berani??? dia tu kita punya teyco, jgn kacau tau.
-bujang tet-
lurzalkmaar,
saudara ada hujah yang hebat, maka alangkah indah jika hujah yang sama turut didendangkan kepada saudara-saudara kita didalam Persatuan Kebangsaan Melayu Bersatu agar amalan rasuah, politik wang, jenayah seksual, pembunuhan, penafian hak, penindasan dan berbagai lagi kemungkaran dapat dihapuskan dari bumi bertuah Malaysia ini. Harus celik dan waras bahawa mereka ini telah berkuasa lebih 50 tahun, maka jika bukan bijak pandai seperti saudara yang menegur, siapa lagi. Panjangkanlah pengalaman dan hujah saudara ke blog 1Malaysia agar sampai ke penglihatan Perdana Menteri kita, moga nanti dapat diterjemahkan buah fikiran saudara melalui cara pimpinan beliau nanti. Mungkin melalui ad-din yang disebut saudara akhirnya dapatlah kita melihat wanita pertama tertutuplah auratnya.
Salam Perpaduan Saudara Sekalian,
Saya ingin bertanya, mengapa?
Mengapa saudara2 sekalian bersikap sedemikian. Mengapa saudara2 sekalian gamaknya bersikap radikal dan tidak mencerminkan peribadi sebagai seorang rakyat yang bertamadun. Moral mengajar kita, pabila ingin menyampaikan pandangan atau mengkritik orang lain, wajar bagi kita menggunakan bahasa yang sopan dan tidak mengikut emosi.
Saya panjangkan ulasan ini terus ke blog saya untuk memudahkan tatapan kalian. Ulasan tersebut bakal disiapkan dalam masa terdekat.
Sekian, terima kasih
Salam perpaduan
lurzalkmaar.blogspot.com
Salam Perpaduan Saudara Tayar Pancit,
Saya bersyukur kehadrat Ilahi kerana adanya kewujudan insan seperti saudara yang secara berhemahnya menjawab ulasan saya. Rasullullah S.A.W pernah bersabda:
"Sesiapa yang keluar dari ketaatan (menentang ketaatan) dan bermufarakah (keluar) daripada jemaah (kumpulan ramai yang dia sertainya) maka jika matinya mati dalam kategori jahiliah." Bukhari.
Dan didalam Surah An-Nisa, Allah berfirman
Dan bertakwalah kepada Allah yang kamu selalu meminta dengan menyebut-nyebut namanya, dan peliharalah hubungan (silatulrahim) kaum kerabat, kerana sesungguhnya Allah sentiasa memerhati (mengawas) kamu.? ? (An-Nisa?:1)
Berdasarkan hadis dan firman Allah tersebut, jelas menunjukkan Islam menyuruh kita untuk taat kepada pemimpin dan tidak menjauhkan(lari) diri kita daripada majoroti.Daripada firman Allah itu pula, Allah memerintahkan hambaNya untuk menjaga hubungan silaturrahim sesama sanak saudara. Persoalannya, mengapa Allah secara spesifik, didalam firman tersebut,menyebut "sesama kaum kerabat" bukannya sesama manusia secara umum. Ini kerana, perpaduan itu wujud bermula daripada unit yang asas contohnya sesama keluarga seterusnya sesama anggota masyarakat kemudian sesama bangsa dan berlangsung kepada perpaduan sesama agama dan akhirnya wujud perpaduan sesama manusia. Itulah hikmahnya. Umum kita lihat, seseorang yang mempunyai hubungan kekeluargaan yang baik, akan mempunyai hubungan kemasyarakatan yang baik. Oleh itu, perjuangan parti berasaskan kebangsaan contohnya UMNO yang memperjuangkan nasib orang Melayu tidak ada salahnya malahan ia adalah bertepatan dengan saranan agama Islam. Bahkan, UMNO memperjuangkan bangsa melayu yang ditafsirkan didalam Perlembagaan sebagai orang yang fasih berbahasa melayu, mengamalkan cara hidup dan adat istiadat orang melayu, berketurunan melayu dan yang paling penting sekali beragama Islam. Secara kolektifnya, perjuangan mempertahankan bangsa melayu adalah perjuangan mempertahankan agama Islam. Apa yang saya nyatakan disini bukanlah bermaksud saya ingin mempertahankan atau mengagung-agungkan UMNO. Tetapi ia hanyalah reflek untuk kenyataan saya diatas dimana kita perlulah bersatu dibawah jemaah Islam yang mempunyai majoriti(membentuk kerajaan) buat masa ini. Jika esok lusa kerajaan berubah, dan perjuangan ISlam masih lagi menjadi teras, maka kita berpadulah kita dibawah panji tersebut. Cuma, buat masa ini, sokonglah apa yang cuba kerajaan cuba lakukan untuk rakyat. Kritiklah kerajaan dengan berhemah dan secara professional(check and balance) bukan dengan menimbulkan fitnah dan persepsi buruk terhadap pemimpin. Tidak ada gunanya kita berpecah dek kerana fahaman politik yang melampau. Firman Allah ini lebih baik dititikberatkan daripada terlalu radikal dengan parti politik masing2:
"Hendaklah kamu semua berpegang teguh dengan tali-tali Allah (syariat Allah / agama Islam / Al Quran dan Sunnah) dan janganlah kamu semua berpecah-belah (Iaitu berpecah-belah dari beriman dan dari syariat-Nya) . " (Ali Imran : 103)
Berkaitan isteri perdana menteri dan pemimpin2 lain yang tidak memakai tudung, jadikanlah ia sebagai teladan dan sempadan. Jika kita ada kesempatan menasihatkan mereka, maka gunakanlah jalan yang berhikmah sepertimana Rasullulah berdakwah kerana sepertimana yang kita sedia maklum hidayah itu adalah milik Allah dan hanya Allah sahaja ynag berhak mengurniakannya. Kita sama-samalah berdoa kehadratNYa agar dibukakan pintu hati mereka untuk menerima hijab/tudung sebagai cara hidup mereka. Cuma, jangan kerana isu yang sekelumit itu, kita berpecah dan menjauhkan diri kita daripada jemaah. Ingatlah, pada suatu masa dahulu Islam pernah memerintah sepertiga dunia.Moga Allah memberi kemenangan kepada kita. InsyaAllah.
Sekian, terima kasih
Tulus Ikhlas
LurzAlkmaar
UMNO memperjuangkan Melayu?
akronim pon ikut sebutan English...
Catat Ulasan