Isnin, 18 April 2011

KENYATAAN RASMI



VIDEO TIGA MAT BOROI



Video: Peguam Negara dijangka akan tetap mendakwa Dato' Seri Anwar Ibrahim walau siasatan polis tunjukkan sebaliknya

Saya merujuk kepada laporan Bernama yang memetik kenyataan Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, Datuk Acryl Sani Abdullah Sani bahawa siasatan videos seks telah lengkap dari setiap sudut dan ia menjurus kepada Seksyen 292 Akta Kanun Keseksaan kerana kesalahan pengedar bahan lucah.

Acryl juga dipetik berkata hasil siasatan itu akan diserah segara kepada Peguam Negara.

Kenyataan ini menunjukkan siasatan polis mendapati tidak ada sebarang asas undang-undang untuk mengaitkan Dato' Seri Anwar Ibrahim di dalam video tersebut kerana jelas beliau tidak ada kena mengena dalam isu. Ini selari dengan penafian Dato' Seri Anwar Ibrahim yang konsisten mengenainya.

Walau bagaimanapun kita yakin bahawa Peguam Negara dibawah arahan rejim Barisan Nasional akan tetap mencari jalan untuk mendakwa Dato' Seri Anwar Ibrahim ke mahkamah.

Ini kerana seluruh episod konspirasi ini direka bertujuan menghancurkan kerjaya politik Dato' Seri Anwar Ibrahim.

Ini tidaklah mustahil kerana sebelum ini situasi sama berlaku dimana Dato' Seri Anwar Ibrahim dihadapkan ke mahkamah atas dan difitnah atas dua tuduhan liwat, walau pun beliau tidak melakukannya.

Parti Keadilan Rakyat kesal kerana Barisan Nasional terus menggunakan politik kotor, jijik malah menginjak batas agama dan peradaban kemanusian demi mengekalkan kuasa politik.

Saifuddin Nasution Ismail
Setiusaha Agung Parti Keadilan Rakyat
18 April 2011

(017 981 3608)

15 ulasan:

cekli@abg chor berkata...

BN - BAU NAJIS
BN - BANTU NEPOTISMA
BN - BELI NEGARABANGSA
BN - BANDUAN NERAKA

Rakyat Pakatan berkata...

Sebagai peguam Islam, YB (Yg Bangang) Zul Kulim harus mengeluarkan kenyataan ikhlas bahawa beliau sanggup menerima hukuman 80 kali sebatan rotan kerana memfitnah Datuk Anwar sebagai penzina dalam ulasannya kepada video seks itu, seperti yg di tuntut oleh syarak. Itupun kalau beliau benar-benar beriman dengan Allah dan agama Islam serta percaya kepada hari pembalasan!!!

Tanpa Nama berkata...

zul kulim??? sapa tu?

kahkahkah

Putra IJ80 berkata...

Quote"Rakyat Pakatan berkata...
Sebagai peguam Islam, YB (Yg Bangang) Zul Kulim harus mengeluarkan kenyataan ikhlas"unquote

Zul lebe sayang Pangkat.,kedudukan,kuasa ,
malah lebe takutkan Najib dari Allah.

Tambah pulak PRU13 yg.sudah hampir.,

Tentu dia percaya hanya UMNO(BN)saja yg. dapat memberi nya tempat utk jadi calun .

Biarkan dia.

Tanpa Nama berkata...

Dah agak dari awal, ini cerita paling bangang sehingga lah selesai Pengundian Sarawak. Itu pun Polis masih bersuara mengatakan sudah kenal pasti pelakun terlibat dlm video tersebut sehari sebelum hari mengundi di Sarawak. Hari ni AG pulak berlaku adil. Ini lah yang patut berlaku sejak awal! Undang-undang kita memperuntukkan perkara bersabit orang yang mengedar PORNO!. Bahlul betul peguam Kulim tu. Mana Belajar tu perundangan tu?

Tanpa Nama berkata...

Bila boleh YB2 ni berpolitik secara lebih bertamaddun? Usah la rosakkan minda anak-anak kita dengan video2 porno ni. Ni satu lagi tak belajar undang-undang ke peguam YB Kulim ni?

mat saga berkata...

hahahahahaha....

kalau anwar berani.....

pergi mekah.... angkat sumpah depan kaabah.... macam saipol buat....

amacam....!!!! ada berani ke brader Nuar....

kalau Anwar berani buat.... aku orang pertama yang akan tunggu di airport untuk sambut dia balik...

aku akan berjuang dengan sepenuh tenaga dan wang ringgit aku untuk saudara anwar bin ibrahim.....

tapi itu hanya akan berlaku kalau dia berani laaa....

berani ke dia....


(Berani kerana Benar)

sali berkata...

setuju 110%

Tanpa Nama berkata...

Woit, woit, woit. Yang Bangang YB Zul Kulim tetap tidak bersalah. Logiknya kalau le betul pun Anwar Ibrahim dalam video tersebut, tidak boleh didakwa kerana boleh jadi super impose. Jadi menuduh siapa yang ada dalam video tersebut pun tidak boleh didakwa kerana terkeliru dengan super impose tersebut. Alamak... aku yang keliru. Nampaknya yang kedua bangang adalah aku. Apapun Yang Tetap Bangang YTB adalah Zul Nordin. Tengok muka dia pun dah tahu, nampak sangat bangangnya.

Tanpa Nama berkata...

Mat boroi tiga cusah nak cakap lah. Mula2 sekor kata dia yg cangkong jwb, lepas tu kejab lagi 2 ekor pula kata dia org canggong jwb. Yg mana satu betul ni? Tulis lah skrip betiul2 sikit.

Tanpa Nama berkata...

oiiii
natution ni apa yg di tahu
dah memang penjilat tegar anugerah
apa saja anu yang betul segalanya

dia lupa kot
masaanu blm kabinet
bapak adik kawan2 kaya raya

khutbah macam pandai sangat budak ni
muka pun tkda seri langsung
sebab hari terserlah busuk
sokong buta2
untung2 dpt jadi menteri
kalau anu di tabalkan
jadi balaci anu sajalah budak ni...

Tanpa Nama berkata...

linda rafar dan edry pun tak kena dakwa walaupun jelas gambar dia orang tu ditangkap sendiri tanpa was-was.. inikan pulak gambor yang jelas orangnya gagah perkasa dan anwar tu kurus takder isi.

Tanpa Nama berkata...

Apa kelas main sumpah sumpah. Orang UMNO je sikit sikit main sumpah. Bodoh punya orang.

Kalau setakat sumpah boleh buktikan seseorang tak bersalah, adoi mudah nya dunia ni. Tak payah mahkamah.

Arghh tensen aku jumpa orang bodoh piang macam ni pagi pagi.

Tanpa Nama berkata...

KAlaulah umno betul nak kenakan DSAI... naikkan isu2 macam rasuh ke? salah guna kuasa ke? atau lain2lah... bab fitnah dalam kain ni dah tak laku...

Pok Nik berkata...

Nampak sangat tahap tidak cerdiknya penyokong tegar Beer End mcm Mat Saga tu..

Kalau sumpah depan Kaabah maknanya tak salah... banganag!!!

Abih kalau dah mcm tu, ramailah penjenayah, perogol, penyamun terlepas dari tindakan sebab dah bersumpah depan kaabah kata tak buat...

BODOH!!!