Isnin, 7 Januari 2013

300 RIBU DARI SELANGOR AKAN TURUN KE JALAN RAYA




Pakatan Selangor mahu gerakkan 300,000 penyokong ke perhimpunan

PETALING JAYA, 7 Jan — Pakatan Rakyat (PR) Selangor komited untuk menggerakkan seramai 300,000 penyokong dari negeri tersebut untuk menghadiri perhimpunan Himpunan Kebangkitan Rakyat pada 12 Januari ini.
Dalam sidang media di ibu pejabat PKR di sini, ketiga-tiga wakil parti mengatakan kesediaan mereka untuk memenuhi komitmen untuk mencapai satu juta peserta dalam perhimpunan di Kuala Lumpur, Sabtu ini.
“Sebagai komitmen untuk menghimpunkan satu juta rakyat di Kuala Lumpur, Pakatan Rakyat negeri Selangor telah melakukan mobilisasi sejumlah 300,000 rakyat yang terdiri daripada anggota, penggerak dan penyokong bagi menyertai Himpunan Kebangkitan Rakyat pada 12 Januari ini,” kata Pesuruhjaya PAS Selangor Dr Abdul Rani Osman 
Turut hadir dalam sidang media tersebut ialah ahli dewan undangan negeri Batu Caves, Amirudin Shari dan Pengerusi DAP Selangor, Teresa Kok.
PR juga bertegas untuk menggunakan Stadium Merdeka sebagai tempat berhimpun, dan berharap Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) membenarkan mereka menggunakan stadium tersebut.

PAKATAN RAKYAT NEGERI SELANGOR

Kenyataan Media | 7 Januari 2013
 Mobilasi Rakyat Untuk Himpunan Kebangkitan Rakyat 12 Januari 2013 di Kuala Lumpur.
 Pakatan Rakyat Negeri Selangor komited terhadap usaha untuk menggembleng solidariti rakyat bagi menyatakan pendirian berkenaan isu - isu yang berkait dengan pentadbiran negara, ekonomi, alam sekitar dan pilihan raya.

Himpunan Kebangkitan Rakyat adalah wahana bagi rakyat untuk menyatakan pendirian terhadap Kerajaan. Sokongan padu perlu diberikan kepada kesemua NGO yang bergabung demi kepentingan rakyat. Sehubungan dengan itu, Pakatan Rakyat Negeri Selangor akan melakukan mobilasi rakyat untuk bersama - sama dalam himpunan ini bertunjangkan prinsip demokrasi, kebebasan dan kepentingan rakyat.

Sebagai komitmen untuk menghimpunkan 1 juta rakyat di Kuala Lumpur, Pakatan Rakyat Negeri Selangor telah melakukan mobilasi sejumlah 300,000 rakyat yang terdiri daripada anggota, penggerak dan penyokong Pakatan Rakyat bagi menyertai Himpunan Kebangkitan Rakyat yang akan diadakan di Kuala Lumpur pada 12 Januari 2013.

Justeru itu, Pakatan Rakyat Negeri Selangor menggesa seluruh rakyat untuk mula bergerak ke Kuala Lumpur seawal 11 Januari 2013 dan menasihatkan agar orang ramai khususnya di sekitar Lembah Kelang untuk menggunakan pengangkutan awam bagi mengelakkan kesesakan jalan raya.

Kami juga menyeru seluruh rakyat yang hadir pada perhimpunan tersebut supaya menjaga tatasusila dan tidak menghiraukan sebarang provokasi yang dilakukan bagi menjaga keharmonian dalam himpunan ini. Harapan kita semoga Himpunan Kebangkitan Rakyat, 12 Januari 2013 menjadi sebahagian daripada sejarah perubahan politik negara yang kemuncaknya dalam Pilihan Raya Umum ke 13.

Sekian, terima kasih.

YB Amirudin Shari
Setiausaha MPN KEADILAN Selangor
 YB Dr. Abd Rani Osman
Pesuruhjaya PAS Negeri Selangor
 YB Teresa Kok
Pengerusi DAP Negeri Selangor



---------

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

memang power 112........power sampai Bijan dah masuk hospital, black Rosie makan Roti 1Malaysia di khalayak ramai !!!

Breaking News : Bijan akan umum PRU 13 akan di adakan di bulan March utk sekat Muyhiddin dari ganti dia.

Tanpa Nama berkata...

Memang tepat kita pilih Stadium Merdeka.

Kerana kali ini kita tuntut Merdeka kedua, dimana kita Merdeka 2.0, kita bebas dari UMNO, penipuan, perkauman, madey, rasuah, dan segala kejahatan.

Selepas menang pilihanraya tahun ini, mari kita sahut "Merdeka, Merdeka, Merdeka" di dalam stadium Merdeka sekali lagi, sepertimana Tunku Abdul Rahman sahut pada 1957.