‘Selak Serak’, teater deraan Anwar dalam tahanan
KUALA LUMPUR, 30 JUN : Teater ‘Selak : Serak’ didedikasikan khas untuk mangsa deraan dalam tahanan, termasuk kes terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim akan dipentaskan bermula 11 hingga 14 Julai ini.
Teater ‘Selak : Serak’ turut merakam kes penderaan dan pembunuhan dalam tahanan termasuk kematian Teo Beng Hock, Kugan, Ahmad Sarbaini dan Dharmedran.
Penerbit Eksekutifnya, Faisal Mustaffa berkata, ia merupakan usaha rakyat bagi meletakkan satu titik noktah kepada penderaan dan pembunuhan dalam siasatan.
“Cukuplah, sudah-sudahlah, kenapa masih perlu ada penderaan dan kematian seperti ini, rakyat sangat mengharapkan perlindungan dari pihak keselamatan, bukan sekumpulan beruniform yang menakutkan,” katanya.
Beliau turut menyifatkan usaha mementas dan membawa isu rakyat melalui platform seni bukan lagi perkara baru, namun akan terus disegarkan dan ditambah baik agar mesej dapat dikongsi seluruh rakyat.
Tegasnya, matlamat akhir teater ‘Selak: Serak’ supaya kerajaan dan semua pihak bertanggungjawab menyelesaikan isu kematian dalam tahanan dan segera menubuhkan Suruhanjaya Bebas Aduan dan Salah Laku Polis, IPCMC
“Kes penderaan dan kematian dalam tahanan ni kes berat, tapi kita cuba mudahkan agar dapat difahami semua,” katanya
‘Selak : Serak’ adalah arahan Fared Jamaluddin dari produksi Rumah Anak Teater (RAT).
Teater ini akan dipentaskan bermula 11 Julai di PJ Live Arts, Petaling Jaya pada jam 8.30 malam.
Harga tiket diantara RM50 hingga RM25 melalui tempahan dalam talian di www.tix.my atau tempahan panggilan di 03-79600439 dan 017-2289846.
Sepuluh peratus hasil jualan tiket akan disumbangkan kepada Tabung Membantu Mangsa Mati Dalam Tahanan.
--------
2 ulasan:
Sekarang masa din burung dari PKR buat hal di Kuala Besut seperti din ayam dari PAS buat hal di Kota Damansara dalam pilihanraya yang lalu.
Datuk Mustafa Ali berkata, seperti amalan yang sudah difahami umum bahawa bila satu-satu kerusi menjadi kosong, maka ianya diserahkan kepada parti yang telah pun bertanding pada pilihan raya umum sebelum itu
Sekarang baru sedar bahawa setia kawan itu penting dalam membina perhubungan antara parti. Siapa yang mengajar tikam kawan dari belakang ?
Din ayam apa khabar.... Pil kuda sebiji berapa sen ?
woit TT.. Ayam dah masuk mainstream ka? siap ada charge2 lagik ha.. mainstream mana cool??? kutip guna karung duit la cool untuk versi melawan ni..
Catat Ulasan