.

Sabtu, 28 Januari 2017

BODOH BUKAN JENAYAH






BODOH

BANGANG

TIDAK ADA

AGAMA DAN

BANGSA

Ingkar arahan, 3 kenderaan hanyut cuba redah jalan banjir


Akibat tidak mendengar nasihat orang kampung serta mengambil mudah arahan pihak berkuasa, dua kereta Perodua Myvi dan sebuah lori hanyut dibawa arus deras ketika cuba menyeberangi Jalan Bukit Senggeh, di Segamat malam tadi.

Ketua Polis Daerah Segamat Supt Raub Selamat berkata polis menerima laporan berkaitan kejadian yang berlaku secara berasingan dalam tempoh 8.30 malam hingga 4 pagi tadi.

"Saya harap pengguna jalan raya mematuhi arahan yang telah dikeluarkan oleh pihak berkuasa dan tidak mengambil mudah amaran tidak melintasi jalan yang dinaiki air banjir," katanya ketika dihubungi.

Sementara itu, menurut seorang saksi Mohd Suhaimi Jantan, 27, jalan utama yang menghubungkan Bukit Kepong dan Segamat itu mula dinaiki air sejak tiga hari lepas.

"Pihak berkuasa dan penduduk telah letak papan tanda amaran arus deras, namun ada yang berdegil mahu meredah jalan ini," katanya kepada pemberita hari ini.

Menurutnya kejadian pertama membabitkan kereta Myvi dipandu seorang lelaki berusia 40-an sekitar jam 8.30 malam, manakala kejadian kedua dan ketiga pada jam 3.45 pagi membabitkan sebuah lori yang membawa muatan kelapa sawit dan sebuah Myvi.

"Lori itu cuba meredah air namun tersangkut manakala perodua Myvi yang berada di belakang lori itu pula cuba membuat pusingan-U tetapi kedua-dua kenderaan dihanyutkan arus sebelum tersangkut pada pokok di tepi jalan," katanya.

Menurut Mohd Suhaimi kesemua pemandu dan penumpang tiga kenderaan terbabit selamat setelah sempat keluar daripada kenderaan masing-masing.



BODOH JUGA

BUKAN SATU

JENAYAH

HADI TONTOWI

NIK ABDUH

JANGAN RISAU

POLIS TIDAK

AKAN TANGKAP

--------------------------

3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Mangsa mangsa semua nya orang baik

Tak ambik juta juta

Tak lahap bilyon bilyon

Tuh orang orang jujur

Tanpa Nama berkata...

Kalau kau kata itu ngok, ini 2,000x ngok ni tt oi:
Cops looking for MyVi driver caught on video blocking ambulance
Video shows driver obstructing an ambulance in the emergency lane of the Federal Highway

Ini lebih ngok dari kera di hutan!

Tanpa Nama berkata...

Bukan bodoh cuma Bangang


Orang bodoh tak mungkin boleh pandu kereta
Tapi ramai yang bangang tahu pandu kereta
Ramai permandu kereta bangang bangang.
Mungkin dia orang dah latih MYvi dan lori cara cara berenang dalam banjir.