JIKA NABI ISA
MUNCUL SEKALI
LAGI APAKAH
DIA JUGA AKAN
DI TANGKAP
KHALAS
JAIS tahan lelaki mengaku Nabi di Rawang
SHAH ALAM: Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) menahan seorang lelaki yang disyaki mengaku sebagai Rasul di sebuah premis di Rawang, semalam.
Pengarah JAIS, Datuk Mohd Shahzihan Ahmad, berkata turut ditahan adalah tiga individu lain termasuk seorang wanita di premis sama.
Empat individu berkenaan ditahan pasukan khas dari Ibu Pejabat JAIS selepas siasatan berhubung satu aduan pada 9 Februari lalu.
Aduan berkenaan mendakwa ada individu mengaku sebagai Rasul dan telah mempengaruhi keluarganya.
"Berdasarkan siasatan awal, individu yang berumur 65 tahun tersebut menyatakan kepada pengikutnya bahawa telah bertemu Nabi Adam AS secara nyata pada waktu siang, manakala bertemu dengan Nabi Muhammad SAW dalam bentuk cahaya pada waktu malam.
"Dia juga menyatakan bertemu dengan para Rasul sebanyak dua hingga tiga kali dalam tempoh seminggu dan kejadian itu berlaku antara dua hingga tiga tahun lalu di sebuah taman negara, di negara ini," katanya dalam kenyataan, hari ini.
Tak perlu puasa jika letih
Beliau berkata, pengikut individu berkenaan pula mendakwa bahawa dia adalah utusan Allah dan segala perlakuannya dianggap oleh pengikut sebagai suruhan Allah seperti tidak perlu solat atau berpuasa jika berasa letih dan uzur.
Katanya, JAIS melakukan siasatan dan tangkapan mengikut Seksyen 7 Enakmen Jenayah Syariah (Selangor) 1995 kerana disyaki berlaku suatu upacara atau perbuatan berhubung dengan agama Islam yang bertentangan dengan hukum syarak.


Tiada ulasan:
Catat Ulasan