Ahad, 4 Oktober 2026

KENAPA MINIT MESYUARAT DKU 17 APRIL 2016 DI RAHSIAKAN ?


KENAPA MINIT

MESYUARAT 

DKU 

 DEWAN

KEADILAN UNDANG

PADA 17 APRIL 2026

DI RAHSIAKAN

AMIN

INI KUNCI JALAN

SELESAI KRISIS

ADAT NOGORI

KHALAS

AGENDA MOSSAD


HALAU ROHINGYA

AGENDA DISUSUN

AMIN

JANGAN BANTU 

PALESTIN

JANGAN BANTU 

ROHINGYA

AMIN

GENOSID DI GAZA

GENOSID ROHINGYA

INI AGENDA

MOSSAD

KHALAS



Gabungan pertubuhan Islam tuntut tindakan SKMM terhadap kandungan palsu sebar kebencian terhadap etnik Rohingya



Sebuah gabungan utama mewakili pertubuhan Islam di Malaysia menggesa pihak berkuasa mengambil tindakan terhadap kandungan dalam talian yang palsu dan berunsur kebencian yang menyasarkan etnik Rohingya, langkah yang menandakan tindak balas pemimpin Islam tempatan terhadap kempen xenofobia yang terus menyerang komuniti pelarian tersebut meskipun agensi kerajaan sendiri sebelum ini terpaksa tampil menafikan pelbagai dakwaan yang disebarkan.

Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim), yang mewakili puluhan organisasi dan NGO Islam di seluruh negara, turut menggesa penubuhan sebuah “task force kebangsaan” untuk memantau “kebencian dan maklumat salah” yang disebarkan secara digital, dianggotai Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM), polis, Kementerian Dalam Negeri, serta pakar forensik digital dan kumpulan masyarakat sivil.

“Tugasnya ialah mengenal pasti lebih awal akaun palsu, tingkah laku tidak tulen yang terkoordinasi, maklumat salah dihasilkan oleh AI, kempen kebencian, statistik rekaan, video dimanipulasi serta hasutan terhadap komuniti etnik,” kata Presiden Mapim, Azmi Abdul Hamid.

Beliau berkata SKMM, badan kawal selia internet yang bertanggungjawab memantau ancaman siber dan berita palsu, perlu menyiasat dan mengambil tindakan terhadap penyebaran kandungan yang menyemarakkan kebencian terhadap komuniti Rohingya.

“Adakah kita sedang berhadapan dengan penyebaran kebencian secara spontan, atau terdapat rangkaian akaun yang sengaja memanipulasi sentimen masyarakat?” soal Azmi, sambil menambah bahawa wujud risiko daripada usaha tersusun untuk memanipulasi sentimen awam.

Beliau berkata pihak berkuasa juga mesti menyiasat sama ada akaun dari luar negara digunakan untuk mempengaruhi sentimen awam di Malaysia.

“Jangan biarkan algoritma media sosial menentukan siapa yang rakyat Malaysia patut benci.”

Menurut Mapim, isu tersebut semakin membimbangkan dengan penyebaran petikan rekaan, video yang diubah suai dan bahan yang dijana AI dalam kempen maklumat yang menyasarkan komuniti Rohingya.

“Mapim tidak membuat kesimpulan bahawa semua akaun yang menyebarkan kandungan anti-Rohingya adalah akaun palsu. Itu mesti dibuktikan melalui siasatan.”

Ia mengingatkan bahawa SKMM sendiri telah mengesan ciri “coordinated inauthentic behaviour” (CIB), atau tingkah laku tidak asli, melibatkan sebuah kes pada Februari di mana kandungan menyentuh agama, kaum dan institusi diraja (3R) — topik yang menyebabkan tangkapan dan pendakwaan – disebar menggunakan akaun Facebook dan TikTok yang dimanipulasi untuk mempengaruhi persepsi umum.

“Walaupun kes tersebut tidak berkaitan secara khusus dengan Rohingya, kewujudan pola sedemikian membuktikan bahawa manipulasi terkoordinasi melalui media sosial merupakan sesuatu yang perlu dipandang serius,” katanya.

Tekanan awam yang dicipta

Sejak beberapa bulan kebelakangan ini, berlaku peningkatan ketara sentimen kebencian dalam talian yang menyasarkan pelarian Rohingya di Malaysia, sebahagian besarnya didorong oleh maklumat salah dan slogan perkauman.

Rohingya-hatespeech_MnowSemakan mendapati sebahagian besar kandungan tersebut dipacu oleh bot dan akaun palsu yang menggunakan ratusan video yang dijana teknologi AI dengan matlamat menyemai permusuhan terhadap komuniti pelarian dan migran, menyerupai apa yang berlaku di Aceh pada 2023 apabila kempen kebencian dalam talian cuba membangkitkan kemarahan penduduk tempatan supaya mengusir pelarian Rohingya, hanya beberapa bulan sebelum pilihan raya presiden Indonesia.

Kempen tersebut dilihat mendapat persetujuan daripada sebahagian ahli politik Malaysia, dengan tekanan yang direkayasa secara dalam talian itu sedikit sebanyak mendorong pihak berkuasa mengambil tindakan terhadap pelarian.

Pada Julai, lebih 100 pelarian Rohingya, kebanyakannya wanita dan kanak-kanak, ditahan pegawai imigresen ketika berkumpul di pejabat agensi pelarian PBB, UNHCR, di Kuala Lumpur selepas diusir dari kediaman mereka di Pulau Pinang.

Ia disusuli pengumuman mengejut Perdana Menteri Anwar bin Ibrahim untuk mengubah dasar Malaysia melindungi pelarian Muslim yang dilucutkan kewarganegaraan oleh junta Myanmar, di samping memeterai sebuah perjanjian dengan rejim itu untuk menghantar pulang ribuan warga Myanmar di bawah apa yang dipanggil “program penghantaran pulang secara sukarela”.

Minggu lalu, kumpulan pertama terdiri daripada kira-kira 1,500 orang dihantar pulang, walaupun pada masa sama tentera Myanmar melancarkan serangan udara ke atas sebuah pasar awam di Kyauktaw, berhampiran Rakhine, sehingga mengorbankan sekurang-kurangnya 49 orang dan mencederakan 58 penduduk, kebanyakannya wanita dan kanak-kanak.

Langkah Malaysia itu dikritik UNHCR dan mengundang kecaman beberapa badan antarabangsa seperti Amnesty International, Asylum Access dan kumpulan doktor perubatan sedunia, Doctors Without Borders. 

“Ia seperti menghantar semula mereka ke medan pembunuhan,” kata Majlis Kebangsaan Rohingya Arakan (ARNC), seperti dipetik Al Jazeera.

Peringatan kepada umat Islam

Seruan Mapim dikeluarkan ketika agamawan dan golongan mufti tempatan dilihat tidak bersuara membantah kempen kebencian yang menyasarkan umat Islam tertindas dari negara jiran.

Bagaimanapun, seorang pendakwah Islam terkemuka tampil menyuarakan bantahan keras terhadap kempen tersebut dengan menyelar usaha pihak yang cuba “menyah-manusiakan” pelarian Rohingya.

Firdaus Wong turut memberi amaran bahawa apa yang berlaku adalah permulaan kepada jenayah yang lebih kejam, sambil membandingkannya dengan tindakan Nazi terhadap kaum Yahudi dan genosida yang dilakukan terhadap rakyat Palestin.

“Biar saya berterus terang, cara kita menyah-manusiakan mereka samalah dengan apa yang dilakukan oleh Nazi terhadap orang Yahudi. Mereka bermula dengan melucutkan sifat kemanusiaan terlebih dahulu, kemudian mereka mula menghalalkan jenayah yang lebih besar,” kata Wong di sebuah persidangan Islam pada 13 September.

“Itu bukan ajaran Nabi kita. Malah tawanan perang juga ada hak; kita harus menghulurkan makanan yang kita makan. Mereka itu tawanan perang yang melawan agama (kita), menentang Allah dan Rasul-Nya, namun hak mereka tetap dilindungi.

“Samalah dengan pendirian kita membantah media Barat yang menggambarkan semua umat Islam sebagai pengganas hanya kerana wujud segelintir individu mewakili agama yang melakukan kekejaman.”

Azmi dari Mapim meluahkan kebimbangan sama dan menggesa rakyat Malaysia “tidak membiarkan kebencian terhadap Rohingya menjadi sesuatu yang dianggap normal dalam ruang digital”.

“Kita boleh berbeza pandangan mengenai dasar kerajaan. Kita boleh berdebat mengenai imigresen. Kita boleh menuntut kawalan sempadan yang lebih baik. Kita boleh menuntut penguatkuasaan terhadap jenayah. Tetapi semua tuntutan itu mesti dilakukan dengan fakta dan keadilan,” tambahnya, sambil memetik ayat al-Quran: “Dan janganlah kebencian kamu terhadap sesuatu kaum mendorong kamu untuk berlaku tidak adil. Berlaku adillah, kerana ia lebih dekat kepada taqwa.” 

‘Viral tidak bermaksud benar’

Dalam kenyataannya, Mapim merujuk beberapa kes melibatkan tuduhan terhadap etnik Rohingya yang dinafikan oleh agensi kerajaan.

Antaranya termasuk penafian oleh Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) bahawa kononnya penduduk Rohingya hadir di premis JPN untuk memohon MyKad, serta penafian Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) bahawa ia bercadang membenarkan penduduk Rohingya mendapatkan lesen memandu. 

Bagaimanapun, Mapim berkata ketika penafian JPJ dibuat, hantaran tersebut sudah tersebar luas dan mengundang ribuan komen.

“Mapim amat bimbang dengan kecenderungan untuk menjadikan video pendek, gambar, komen dan hantaran media sosial sebagai ‘bukti’ sebelum kesahihannya diperiksa.

“Masyarakat perlu berhenti membuat kesimpulan hanya berdasarkan kandungan yang memperoleh ribuan tontonan atau perkongsian.

‘Viral’ tidak bermaksud benar. Banyak komen tidak bermaksud fakta. Banyak perkongsian tidak bermaksud kesahihan,” kata Azmi.

PERCAYA CAKAP TONI LOKE ?


PERCAYA CAKAP

TONI LOKE

SAMA MACAM

PERCAYA ANWAR

TAK PERNAH

JOLOK JUBUR

SAIFOL BUKHARI

KHALAS


Tak hairan jika Anthony Loke terus kekal dalam Kabinet hingga PRU-16 – Ramasamy


KUALA LUMPUR – Pemimpin Urimai, P Ramasamy beranggapan Anthony Loke akan terus kekal dalam Kabinet untuk suatu tempoh agak lama, iaitu mungkin sehingga Pilihan Raya Umum Ke-16 (PRU-16).

Malah, katanya, adalah tidak menghairankan jika Anthony Loke kekal sebagai Menteri Pengangkutan sehingga PRU-16 diumumkan.

Sehubungan itu, beliau mempersoalkan tujuan sebenar `drama’ peletakan jawatan Anthony Loke sebelum ini, sekiranya Setiausaha Agung DAP berkenaan benar-benar kekal dalam Kabinet sehingga Parlimen dibubarkan.

Ujarnya, keputusan CEC sepatutnya menunjukkan bahawa DAP serius terhadap implikasi moral dan etika susulan pengampunan bersyarat terhadap bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Namun, ujarnya, perkembangan selepas itu memberikan gambaran yang agak berbeza.

“DAP tidak seharusnya memperdayakan rakyat Malaysia dengan menggunakan sandiwara politik untuk memberikan gambaran bahawa parti itu bersedia mengambil pendirian berprinsip berhubung isu moral dan etika serius yang sedang dihadapi negara.

“Jika DAP benar-benar bersedia mengambil pendirian terhadap pengampunan Najib, mengapa parti itu tidak menggunakan peluang tersebut untuk mempertimbangkan semula penyertaannya dalam kerajaan?

“Sebaliknya, parti itu terus kekal dalam kerajaan manakala Loke nampaknya ditugaskan untuk memikul beban ketidakpuasan hati parti,” katanya menerusi hantaran di Facebooknya hari ini.

Sementara itu, Ramasamy turut membangkitkan isu yang disifatkan penting dan tidak boleh diketepikan begitu sahaja, iaitu berkenaan minit mesyuarat Lembaga Pengampunan.

Katanya, tanpa pendedahan penuh minit mesyuarat Lembaga Pengampunan itu, adalah sukar untuk menentukan dengan tepat apa yang telah berlaku dan apakah pendirian wakil-wakil kerajaan berhubung pengampunan Najib.

Menurut beliau, sekiranya minit tersebut akhirnya didedahkan, pendirian kerajaan terhadap pengampunan Najib akan menjadi lebih jelas.

“Lebih penting lagi, pendedahan itu akan membantu menentukan sama ada satu-satunya wakil DAP dalam Lembaga Pengampunan, Hannah Yeoh, berdasarkan kedudukannya dalam Kabinet sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), telah membantah pemberian pengampunan tersebut atau tidak,” katanya.

Sehubungan itu, tambah Ramasamy, sekiranya mahu meletakkan jawatan, Anthony Loke sepatutnya berbuat demikian tanpa membuang masa dan tanpa membawa rakyat Malaysia dalam satu perjalanan politik yang penuh drama.

Katanya, jika Anthony Loke mahu meletakkan jawatan bagi pihak menteri-menteri DAP sebagai suatu ungkapan bersama penentangan parti terhadap pengampunan Najib, maka beliau sepatutnya berbuat demikian tanpa mengubah matlamat.

“DAP mempunyai peluang untuk membuat pendirian berprinsip.

Namun, parti itu sendiri tidak mampu meninggalkan kerajaan apabila peluang tersebut muncul,” dakwanya. – MalaysiaGazette

 

 

 

TEATER PANJANG DAP


TEATER LOKE

SELALU

TAMBAH SKRIP

AMIN

DIALOK ASAL:

AGONG AMPON

TONI LOKE 

LETAK JAWATAN

AMIN

KEMUDIAN NAK

TULIS SURAT

PADA MAT BURUT

AMIN

KEMUDIAN NAK

HANTAR SURAT

AMIN

SURAT BELUM

HANTAR

 MAT BURUT

DI CHINA

TUNGGU PULANG

AMIN

MAT BURUT 

PULANG TAK

DAPAT JUMPA

KAH KAH KAH

MAT BURUT SIBUK

KES ISAP PELIR

AMIN

DAILOK BARU

NAJIB  DI RUMAH

BARU BERHENTI

KAH KAH KAH

PASTI TAMBAH

SKRIP LAGI 

KAH KAH KAH

BILA NAJIB

CERAI ROSMAH

TONI LOKE

LETAK JAWATAN

KHALAS



'Saya bukan berlakon, sebaik sahaja Najib pulang ke rumah, saya mesti berundur' - Anthony Loke


KUALA LUMPUR: Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke, berkata penetapan tarikh peletakan jawatannya, yang akan berkuat kuasa sebaik sahaja Najib Razak menjelaskan denda RM50 juta, sudah dipersetujui Perdana Menteri.

Beliau berkata, ia dipersetujui ketika beliau mengemukakan surat peletakan jawatan kepada Anwar bin Ibrahim.

"Sudah tentu ada pihak mendakwa ini sekadar lakonan, tindakan politik dan sebagainya.

"Namun saya tetap berpegang pada pendirian ini, sebaik sahaja beliau (Najib) pulang ke rumah, saya mesti berundur.

"Saya tidak akan berdolak-dalik. Beliau pulang, saya pergi," kata Loke yang juga Menteri Pengangkutan, dalam satu wawancara bersama The Straits Times.

Pada 19 September lalu, Loke mengumumkan akan meletakkan jawatan sebagai Menteri Pengangkutan, sebagai tindak balas DAP terhadap keputusan tahanan rumah terhadap Najib.

Beliau menyerahkan surat peletakan jawatannya kepada Anwar pada 28 September.

Namun, penjelasannya pada 29 September bahawa peletakan jawatan itu hanya berkuat kuasa selepas Najib menjelaskan denda RM50 juta mendapat kritikan pelbagai pihak.

Pada 18 September, Najib dibenarkan menjalani tahanan di rumah bagi baki hukumannya, tertakluk kepada syarat menjelaskan denda RM50 juta yang dikenakan susulan sabitan kes SRC International.

Sementara itu dalam wawancara berkenaan, Ahli Parlimen Seremban itu mengakui walaupun DAP terus mendapat sokongan kuat pengundi Cina, ia tidak memadai untuk membentuk Kerajaan Persekutuan.

Pada masa sama, beliau berkata, kekecewaan yang semakin meningkat dalam kalangan penyokong teras parti turut menjadi kebimbangan.

Loke menegaskan DAP tidak akan sesekali mengambil mudah sokongan masyarakat Cina, namun parti itu perlu membina kesepakatan bersama rakan dalam gabungan.

"Kami tahu situasi ini kadang-kadang menyulitkan, namun itulah hakikat politik Malaysia.

"DAP tidak boleh membentuk kerajaan secara bersendiri tanpa bekerjasama dengan parti lain.

"Ini hakikat yang perlu kita terima, kita hanya boleh berusaha sejauh mungkin, bergantung pada hujah yang objektif dan meyakinkan untuk mencapai sesuatu dalam sistem," katanya.

LOJI MINYAK ARAMCO DISERANG


PERANG MAKIN

MEREBAK

AMIN

KEMARIN LOJI

MINYAK ARAMCO

DI RIYADH

KHALAS


Arab Saudi rancang operasi serang Houthi di Yaman - Pegawai serantau, Barat


RIYADH: Arab Saudi sedang merancang untuk melancarkan operasi serangan ke atas kumpulan Houthi di Yaman, menurut pegawai serantau dan Barat.

Antara pilihan dipertimbangkan ialah gerakan mara di kawasan pantai bagi menguasai semula laluan perkapalan di Laut Merah ataupun serangan di pelbagai barisan hadapan.

Menurut enam individu yang mengetahui persiapan berkenaan, operasi itu dijangka dilancarkan dalam tempoh beberapa minggu akan datang dengan diketuai tentera Yaman di daratan - bawah pengawasan Riyadh - dan disokong serangan udara oleh Arab Saudi.

Mereka yang enggan dinamakan berkata, Amerika Syarikat (AS) menyalurkan bantuan perisikan untuk menyokong operasi Riyadh di Yaman, manakala beberapa negara Eropah dan serantau menyediakan bantuan ketenteraan defensif kepada Arab Saudi.

Bagaimanapun, menurut mereka, sekutu Arab Saudi dijangka tidak memainkan peranan secara langsung dalam operasi tempur.

Mereka berkata, matlamat utama serangan dirancang Arab Saudi itu - yang belum pernah dilaporkan sebelum ini - ialah 'merampas semula' kejayaan kumpulan Houthi mara dengan pantas ke pantai sehingga menguasai Selat Bab el-Mandeb.

Menurut pegawai-pegawai Yaman dan Teluk, Arab Saudi sedang mempertimbangkan dua kemungkinan pilihan untuk serangan itu.

Pertama, serangan memfokus secara khusus di kawasan sekitar Bab el-Mandeb.

Kedua, operasi lebih meluas yang merangkumi serangan serentak di pelbagai barisan hadapan sekitar Yaman membabitkan Al-Bayda, Marib, Taiz dan Al-Jawf.

Pegawai-pegawai berkenaan berkata, lebih 100,000 anggota tentera Yaman boleh digerakkan dalam serangan itu, bergantung pada skala operasi.

Jurucakap kerajaan Arab Saudi dan Yaman, kumpulan Houthi dan tentera AS tidak memberi maklum balas segera kepada permintaan komen berhubung perancangan Riyadh itu.

KUASA TOK UNDANG BEROMPEK


KUASA MELANTIK

YAM TUAN ADA

PADA TOK UNDANG

AMIN

KUASA MEMECAT

YAM TUAN ADA

PADA UDANG

BEROMPEK

KHALAS


Undang menurunkan Tuanku Muhriz dengan berat hati apabila baginda melakukan banyak kesalahan pelanggaran adat dan Undang-undang Tubuh Kerajaan NS. Antaranya, mencampuri urusan luak, memecat Undang, tidak mendengar nasihat DKU, membelakangkan raja majmuk serta melakukan kesalahan berulang dengan sengaja.

Demi kesucian adat purba yg diamalkan di NS memanglah wajar TM diturunkan dan diganti dengan raja yang boleh mengikuti adat serta UUTKNS.