PERANG MAKIN
MEREBAK
AMIN
KEMARIN LOJI
MINYAK ARAMCO
DI RIYADH
KHALAS
Arab Saudi rancang operasi serang Houthi di Yaman - Pegawai serantau, Barat
RIYADH: Arab Saudi sedang merancang untuk melancarkan operasi serangan ke atas kumpulan Houthi di Yaman, menurut pegawai serantau dan Barat.
Antara pilihan dipertimbangkan ialah gerakan mara di kawasan pantai bagi menguasai semula laluan perkapalan di Laut Merah ataupun serangan di pelbagai barisan hadapan.
Menurut enam individu yang mengetahui persiapan berkenaan, operasi itu dijangka dilancarkan dalam tempoh beberapa minggu akan datang dengan diketuai tentera Yaman di daratan - bawah pengawasan Riyadh - dan disokong serangan udara oleh Arab Saudi.
Mereka yang enggan dinamakan berkata, Amerika Syarikat (AS) menyalurkan bantuan perisikan untuk menyokong operasi Riyadh di Yaman, manakala beberapa negara Eropah dan serantau menyediakan bantuan ketenteraan defensif kepada Arab Saudi.
Bagaimanapun, menurut mereka, sekutu Arab Saudi dijangka tidak memainkan peranan secara langsung dalam operasi tempur.
Mereka berkata, matlamat utama serangan dirancang Arab Saudi itu - yang belum pernah dilaporkan sebelum ini - ialah 'merampas semula' kejayaan kumpulan Houthi mara dengan pantas ke pantai sehingga menguasai Selat Bab el-Mandeb.
Menurut pegawai-pegawai Yaman dan Teluk, Arab Saudi sedang mempertimbangkan dua kemungkinan pilihan untuk serangan itu.
Pertama, serangan memfokus secara khusus di kawasan sekitar Bab el-Mandeb.
Kedua, operasi lebih meluas yang merangkumi serangan serentak di pelbagai barisan hadapan sekitar Yaman membabitkan Al-Bayda, Marib, Taiz dan Al-Jawf.
Pegawai-pegawai berkenaan berkata, lebih 100,000 anggota tentera Yaman boleh digerakkan dalam serangan itu, bergantung pada skala operasi.
Jurucakap kerajaan Arab Saudi dan Yaman, kumpulan Houthi dan tentera AS tidak memberi maklum balas segera kepada permintaan komen berhubung perancangan Riyadh itu.


Tiada ulasan:
Catat Ulasan