Khamis, 16 Disember 2010

BELAJAR DARI PENGALAMAN




SAMPAI BILA NAK FAHAM ?





DEWAN RAKYAT : KECOH DIDALAM – TEGANG DI LUAR - mkini

Dewan Rakyat hari ini terus kecoh sebelum usul bagi menggantung empat ahli parlimen Pakatan Rakyat termasuk ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim diluluskan.

KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH


nota:
kalau pilihanraya boleh mengubah apa–apa
telah lama pilihanraya di haramkan di malaysia!


nota:
dengan sekelip mata
gerombolan ada majoriti
dua par tiga

dengan sekelip mata akan diubah
kawasan pilihanraya
dengan sekelip mata rakyat malaysia
kena tipu dising hari
kah kah kah



JANGAN TIPU WARGA FELDA !




BANGUN BERJUANG !




PERTANYAAN UNTUK NAJIB RAZAK DARI WARGA FELDA

oleh: Mazlan Bin Aliman, Presiden Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan ( ANAK)

Perdana Menteri, Najib Razak menyifatkan pihak yang mendakwa Felda bankrap sebagai pengkhianat bangsa kerana sanggup menghina institusi itu yang telah banyak berjasa kepada rakyat.

Ketika berucap pada majlis perasmian penutup Karnival Ikatan Hati Warga Felda(Iktiraf) 2010 di Putrajaya semalam; beliau mendakwa saham milik Felda yang tersenarai di Bursa Malaysia berjumlah RM4.3 bilion dan ianya selamat dalam simpanan.

Tiada siapa pun menafikan penubuhan Felda pada 1 Julai 1956 oleh Abd Razak Hussein adalah langkah bijak menyusun semula masyarakat dan membasmi kemiskinan khususnya untuk Orang Melayu. Agensi Pembangunan Tanah yang mempunyai keluasan 905,448 hektar dengan penyertaan 112,635 orang peneroka telah meletakkan Felda peneraju tanah terbesar dunia.

Persoalan yang timbul, adakah matlamat penubuhan Felda telah tercapai dalam ertikata yang sebenarnya terhadap 2 juta warganya? Adakah para peneroka selaku pemilik atas 10 ekar tanah mereka mendapat pulangan setimpal dengan keringat yang telah dicurahkan selama ini?

Adakah 1.2 juta generasi kedua dan ketiga Felda mendapat tempat terpenting sebagai pewaris yang menentukan halatuju Felda ketika ini dan masa hadapan?

Di bawah ini saya lontarkan beberapa persoalan yang mesti di jawab Najib dan pemimpin Umno sebelum membuat tuduhan melulu golongan yang tidak sealiran dianggap pengkhianat bangsa.

1.1 Kenapa kebebasan tidak diberi kepada para peneroka untuk mengusahakan sendiri kebun mereka selepas hutang piutang diselesaikan? Apa maknanya Hakmilik yang diperolehi; tapi Felda yang tentukan segala-galanya? Peneroka diugut, diancam penyingkiran dan dikenakan pelbagai tekanan semata-mata menyahut seruan Razak untuk menjadi masyarakat peneroka yang berdikari.

1.2 Kenapa Wang Tanam Semula berjumlah RM17,000 atau RM1,700 seekar yang dicarum peneroka 20 tahun lamanya tidak diserahkan kepada peneroka hanya kerana mereka tidak mahu mengikut telunjuk Felda dan menanam semula sawit secarapersendirian?

Adakah wajar 10 orang peneroka Sg Koyan di Pahang turun naik mahkamah menuntut wang tanam semula milik mereka sendiri dan menunggu hampir 10 tahun keputusan Mahkamah Tinggi Kuantan?

Bahkan untuk pengetahuan, dari tarikh keputusan Mahkamah pada 29 Oktober 2010; hingga hari ini wang tersebut belum pun diserahkan pada peneroka terbabit!

Bukan sahaja peneroka Sg Koyan; masih terdapat hampir sepuluh ribu peneroka dinafikan Wang Tanam Semula yang merupakan hak mereka.

1.3 Kenapa peneroka getah yang menanam secara persendirian dinafikan untuk mendapat insentif Tanam Semula di bawah Risda walhal setiap kg getah dipotong untuk tabungan ses yang dikenakan kerajaan berasaskan Seksyen 3, Ordinan Kumpulan Wang bagi perusahaan getah(penanaman semula) 1952? Kemana perginya insentif tanam semula berjumlah RM7,000 sehektar (getah ke getah) dan RM6,000 sehektar(getah ke sawit) milik peneroka?

1.4 Kenapa program Tanam Semula anjuran Techno Plant Sdn Bhd; anak syarikat Felda bermasalah di kebanyakkan Tanah Rancangan Felda? Gambaran kononnya Tanam Semula kelolaan Techno Plant di urus secara professional, menjimatkan kos, sistematik dan berkualiti bertentangan dengan hakikat sebenarnya. Lihatlah apa yang berlaku di Gugusan Ciku, Gua Musang, Nitar 2, Mersing, Aping Timur Kota Tinggi dan berpuluh-puluh Felda lain bagaimana kegagalan Tanam Semula selenggaraan Felda. Adakah kecuaian dan kegagalan kosnya ditanggung Felda?

1.5 Kenapa kos Tanam Semula di bawah Felda begitu mahal jika dibandingkan dengan Sime Darby, IOI dan ladang swasta lain?

Adakah Najib tahu bahwa Kos Pembangunan Tanam Semula yang terpaksa ditanggung peneroka ada yang mencecah RM100,000? Adakah kita tahu setiap hutang tanam semula peneroka dikenakan riba’ 6.25%? Apakah hukumnya riba’ itu?

1.6 Kenapa Felda tidak melakukan muhasabah ketika Mahkamah mengesahkan wujud penipuan atas Kadar Perahan Gred(KPG) yang hanya diterima sekitar 18-19% peneroka kelapa sawit di 70 kilang Felda? Kenapa Felda tidak mematuhi Manual Pengredan Lembaga Minyak Sawit Malaysia(MPOB)dan Analisis makmal Felda di Sg Tekam yang meletakkan standard kualiti KPG sekitar 21-25%? Kenapa Buah Tandan Segar(BTS) yang reject tidak dikembalikan kepada peneroka? Kemana perginya BTS tersebut?

1.7 Kenapa peneroka Felda Cahaya Baru, Masai di Johor tidak mendapat baki pampasan sejumlah RM1 juta walaupun menunggu 17 tahun lamanya? Kemana pergi tanah mereka ketika ini dan siapa yang kaveat? Siapa yang menipu mereka?

Mana pergi Muhyidin Yasin yang menjadi Menteri Besar Johor ketika itu? Apa yang dilakukan Menteri Besar sekarang?

1.8 Kenapa peneroka Felda Sg Buaya, Hulu Selangor di Selangor tidak mendapat baki pampasan berjumah RM850,000 walaupun menunggu 16 tahun lamanya?

Ke mana pergi tanah mereka ketika ini dan siapa yang kaveat? Mana pergi Muhamad Mohd Taib yang menjadi Menteri Besar Selangor ketika itu?

Apa yang dilakukan Tan Sri Rozali Ismail selaku Pengerusi Gabungan Wawasan Generasi Felda(GWGF) walhal beliau terlibat ketika di peringkat awal Pembangunan Felda Sg Buaya?

1.9 Kenapa gejala sosial sangat tinggi di penempatan Felda? Benarkah dakwaan Datuk Ahmad Maslan jumlah penagih dadah di Felda hanya sekitar 2,000 orang? Sejauh mana aktiviti pembangunan insan golongan belia di jalankan dan tahap keberkesanannya?

Kenapa ditamatkan jawatan Penyelia Pembangunan Agama di Felda sedangkan peranannya sebagai penyelaras kegiataan bercorak keagamaan sangat berkesan suatu ketika dahulu?

2.0 Kenapa pembukaan Tanah Rancangan Felda yang memberi manfaat kepada rakyat ditukar kepada Plantation mulai tahun 1990? Adakah Najib sedar bahawa wujudnya plantation telah mengkhianati matlamat asal penubuhan Felda untuk memberi tanah kepada rakyat?

Adakah kita maklum Felda Plantation berkeluasan 367,710 hektar itu sendiri bercanggah dengan Akta GSA 1960 yang dibentang Tun Abd Razak di Parlimen pada 27 April 1960?

Kenapa ditolak desakan agar Felda Plantation dimansuhkan dan dijadikan penempatan anak peneroka yang susah dan boleh memberi manfaat kepada 79,000 anak peneroka? Siapakah sebenarnya mengaut keuntungan atas Felda Plantation?

Apa yang dipaparkan baru sebahagian kecil persoalan yang berbangkit di Tanah Rancangan Felda. Terlalu banyak jika mahu disenaraikan.

Jangan cuba untuk mengalih perhatian rakyat kononnya mereka yang membela rakyat manakala yang menentang arus dituduh pengkhianat. Mungkin mereka boleh memperdaya golongan peneroka yang jahil; tapi bukan semua. Majoriti generasi muda Felda berpelajaran lebih tahu siapa petualang dan pengkhianat bangsa.

Siapa yang kaya raya, siapa yang dapat projek jutaan ringgit, siapa yang dapat komisyen dari kroni dan siapa yang menjadi mata dan telinga kerajaan dengan memperdaya warga Felda selama ini?

Saya dan rakan-rakan yang berjuang untuk kepentingan warga Felda tidak pernah gentar dan takut seperti dakwaan Perdana Menteri. Siapa yang sebenarnya takut?

Kenapa cabaran debat saya kepada Datuk Ahmad Maslan ditolak? Kalau memang Datuk Ahmad Maslan ‘jantan’; saya mengulangi cabaran debat dan bersedia bila-bila masa. Hatta berdebat di Dewan Felda pun saya sedia!


RAYA KAN KEPELBAGAIAN!




SAMBUTAN MUHARRAM DI IRAN



SAMBUTAN MUHHARAM DI PAKISTAN


nota:
lain padang
lain belalang
tetapi semunya
belalang kata
pak nujum kah kah kah





ISLAM TOLAK FAHAMAN PLURALISMA AGAMA :IKIM –melayau

Islam menolak fahaman pluralisme agama yang mendakwa kesemua agama adalah sama baik dan sama benar, kata Ketua Pengarah Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM), Nik Mustapha Nik Hassan.

Beliau berkat,a walaupun demikian, Islam mengiktiraf bahawa masih terdapat hakikat, kebenaran, kebaikan dan keindahan etika yang terkandung dalam agama-agama yang selainnya.

"Islam juga sentiasa mengalu-alukan sikap saksama, jujur dan berintegriti dari manapun datangnya.

“Kebaikan dan keindahan etika ini seharusnya digembleng untuk menjulang masyarakat Malaysia ke arah yang lebih baik,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini bagi mengulas mengenai isu fahaman pluralisme agama yang dilaporkan akhbar hari ini.

Nik Mustapha berkata walaupun berlainan agama, perpaduan rakyat perlu dipupuk secara menggalakkan keunikan tradisi agama masing-masing sambil menggalakkan sikap saling bermuhibah, berbelas kasihan dan berkasih sayang sebagai saudara sesama manusia.

KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH


woit… BETUL TAK…. SESUDAH KETUANAN MELAYU BANGKRAP… TIMBUL YANG INI… kah kah kah..

kah kah kah… YANG INI KETUANAN MELAYU BERBAJU HIJAU… kah kah kah..

kah kah kah…. KETUANAN YANG HENDAK MEMONOPOLI KEBENARAN…. kah kah kah..

kah kah kah… ORANG LAIN SEMUA SALAH…DIA SAJE YANG BETUL…. kah kah kah…

kah kah kah… TAPI YANG INI HANYA PANDANGAN IKIM….kah kah kah..

kah kah kah… ADA BERBILION UMAT ISLAM… ADA BERJUTA JUTA BADAN ISLAM ...TERMASUK IKIM…. kah kah kah…

cuba baca ini:


PLURALISME : JANGAN BAWA BUDAYA ALA TALIBAN KE MALAYSIA , KATA MUFTI PERLIS - minsider

Mufti Perlis Dr Juanda Jaya menyifatkan tuduhan melampau melabel tokoh-tokoh politik tempatan sebagai penganut fahaman pluralisme sebagai tindakan “budaya ala-Taliban” yang amat tidak cocok dengan rakyat Malaysia.

“Saya amat kecewa dengan laporan media online yang memetik kenyataan beberapa individu yang membentangkan kertas kerja dalam satu seminar baru-baru ini berkaitan isu pluralisme.

“Ya, pluralisme adalah suatu ancaman kepada Islam, tetapi tuduhan melampau dan tergesa-gesa mengecap beberapa orang tokoh politik sebagai penganut fahaman pluralisme ini amat berbahaya kepada keharmonian hidup antara umat beragama di Malaysia.

nota:
ini contoh pandangan yang berbeza
yang berbeza ini ialah pluralisma
pluralisma ertiny banyak
pluralisma bermakna pelbagai atau banyak pandangan
ini baru di malaysia belum lagi masuk iraq, iran,
pakistan, mesir dan berpuluh ratus negara islam


CEKAP MEMANG CEKAP




SELAM YANG TAK MENYELAM



nota:
cukup cekap dalam hal
selam menyelamkan komisen
tapi kapal selam ini
tak boleh menyelam kah kah kah





MALAYSIA DITABIR OLEH AHLI POLITIK YANG CEKAP : PM
–melayau

Najib Razak berkata, Malaysia tidak ditadbir oleh ahli politik yang tidak cekap.

"Saya beri jaminan bahawa Malaysia ditadbir oleh ahli politik yang cekap," katanya ketika berucap merasmikan kilangg AUO Sunpower Corporation Sdn. Bhd. di kawasan perindustrian Melaka World Solar Valley, Rembia di sini hari ini.

KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH

woit… HUBAYA HUBAYA…. DENGAR DENGAR… kah kah kah..

woit.. MEMANG PEMIMPIN MALAYSIA CUKUP CEKAP… kah kah kah..

kah kah kah… CEKAP TIPU ORANG MELAYU… kah kah kah..

kah kah kah… CEKAP REMBAT TANAH ORANG KAMPONG…. kah kah kah…

kah kah kah… CEKAP BUAT DONNO… DALAM KES BUNUH…. kah kah kah..

kah kah kah… CEKAP AMBIL KOMISEN…. BELI KAPAL SELAM…. kah kah kah..

kah kah kah… CEKAP LULUS AKTA… NAK RAMPAS TANAH ORANG KAMPONG… kah kah kah..

kah kah kah…. CEPAT TUDUH CHINA DAN INDIA…. TAK PATRIOTIK…. kah kah kah..

kah kah kah…. CEPAT TUTUP KES YANG MATI DI TEMBAK POLIS…kah kah kah..

woit… HANYA SATU TAK CEKAP….APA DIA?.... kah kah kah..

kah kah kah… TAK CEKAP CARI BINI SLIM MACAM MODEL MONGOLIA…. TERSEKSA HIDUP … kah kah kah….

TIGA PARTI BARU YANG MENCABAR !




PARTI KITA ORANG TUA !



AKIM TUKAR NAMA KITA, ZAID PRESIDEN BARU

Angkatan Keadilan Insan Malaysia (Akim), yang mengadakan mesyuarat tahunan pertama di luar Kelantan hari ini, dan turut dihadiri Zaid Ibrahim, akan dikenali sebagai Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air (Kita).

JEFFERY KATINGAN KELUAR PARTI PKR KHAMIS INI BUAT PARTI BARU

Bekas naib presiden PKR Datuk Jeffrey Kitingan dijangka keluar dari parti itu pada Khamis ini, menurut beberapa sumber hari ini.

Satu sidang media khas telah diatur pada hari berkenaan bagi Jeffrey membuat pengumuman 'amat penting', kata mereka.

Mereka berkata Jeffrey, yang juga bekas wakil rakyat Bingkor dan adik kepada presiden Parti Bersatu Sabah (PBS) Joseph Pairin Kitingan, mungkin juga mengumumkan penubuhan sebuah pergerakan bagi meneruskan karier politiknya dengan menjangka pilihan raya umum mengejut tahun depan.

PARTI BARISAN RAKYAT SABAH – PARTI POLITIK TERBARU SABAH - mkini

Sebuah parti politik baru, Parti Barisan Rakyat Sabah (SPF), telah ditubuhkan di Kota Kinabalu.

Presidennya Berman Angkap yang mengadakan sidang akhbar sebaik tiba dari Kuala Lumpur dengan menyatakan pendirian partinya sebagai parti pembangkang tetapi berkata mereka tidak mempunyai perancangan lagi untuk bekerjasama dengan parti-parti pembangkang di negeri ini.

KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH


woit… ZAID BUAT PARTI KITA…. kah kah kah

kah kah kah… JEFFERY BUAT PARTI KAMI…. kah kah kah..

kah kah kah… BERMAN ANGKAP BUAT PARTI KADAZAN EMAS ATAU KAZE... kah kah kah

kah kah kah… TIGA TIGA PARTI INI PATUT BERGABUNG… kah kah kah…

kah kah kah…. JADI PARTI: KITA KAMI KAZEE …. kah kah kah

BETUL KE INI PUTERI ?




PERTANDINGAN BADAK BADAK



ROSNAH : JANJI AUTONOMI PKR DI SERAWAK TAK MASUK AKAL – mikini

Ketua Puteri Umno Rosnah Abdul Rashid Shirlin menyifatkan kenyataan Timbalan Presiden PKR Azmin Ali untuk memberi kuasa autonomi kepada Sarawak jika Pakatan Rakyat memerintah negara ini sebagai tidak berpijak di bumi nyata.

Katanya kenyataan itu hanya bertujuan mengelirukan rakyat khususnya penduduk Sarawak.

Rosnah berkata barisan pemimpin PKR kini sanggup membuat apa sahaja termasuk untuk meraih sokongan rakyat berikutan pelbagai masalah yang melanda parti itu termasuk berhadapan dengan krisis keyakinan terhadap barisan kepimpinan sedia ada.

"Janji-janji kosong yang ditawarkan pemimpin pakatan pembangkang termasuk yang terbaru untuk memberi kuasa autonomi kepada Sarawak amat tidak masuk akal," katanya dalam satu kenyataan.

KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH


woit… APA YANG TAK MASUK AKAL INI ?.... kah kah kah..

kah kah kah… YANG PALING TAK MASUK AKAL IALAH MALAON INI DI PANGGIL PUTERI…kah kah kah..

kah kah kah…. MACAM MANA DI PANGGIL KETUA PUTERI…. kah kah kah..

woit… APA PUNYA PUTERI BADAN GEDEBAB MACAM BADAK BERENDAM… kah kah kah..

woit… TAK MASUK AKAL GEDEBAB INI DI PANGGIL PUTERI…. kah kah kah..

woit… PERGI LAH KURSUS KURUSKAN BADAN… BARU MASUK AKAL...kah kah kah…

kah kah kah… INGAT GEMOK MACAM INI NAK LAWAN BIK MAMA KE?.... kah kah kah