Rabu, 5 Jun 2024

PANAS NERAKA AKAN SAMPAI



Peningkatan pemanasan global kini semakin pantas
PARIS: Lebih 50 saintis terkemuka memberi amaran fenomena pemanasan global dikesan berlaku dengan sangat pantas, sesuatu yang tidak pernah berlaku sebelum ini, selepas ia melebihi had ditetapkan.

Mengikut kajian terkandung dalam jurnal Data Sistem Sains Bumi yang diterbitkan hari ini, purata sedekad suhu meningkat 0.26 darjah Celsius dari 2014 hingga 2023.

Dalam tempoh sama, purata suhu permukaan global mencecah 1.19 darjah Celsius, melebihi penanda aras pra-industri 1850-1900 untuk mengukur fenomena pemanasan dunia.

Ia sekali gus menandakan peningkatan daripada 1.14 darjah Celsius yang dilaporkan tahun lalu, dalam tempoh sedekad sehingga 2022.

"Pemanasan akibat perbuatan manusia meningkat pada kadar yang tidak pernah berlaku sebelum ini dalam rekod instrumental," kata kajian itu.

Kaji selidik itu adalah sebahagian daripada siri penilaian iklim berkala yang dibangunkan untuk mengisi jurang antara laporan Panel Antara Kerajaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengenai Perubahan Iklim (IPCC), yang diterbitkan secara purata setiap enam tahun sejak 1988.

Dapatan itu diterbitkan tatkala diplomat dari seluruh dunia akan bertemu di Jerman minggu ini, untuk sesi rundingan iklim pertengahan tahun menjelang Sidang Kemuncak Perubahan Iklim PBB (COP29) pada November di Baku, Azerbaijan.

Perjanjian Paris 2015 yang terhasil daripada sidang kemuncak COP sebelum ini menyaksikan negara bersetuju untuk mengehadkan pemanasan global jauh di bawah 2 darjah Celsius iaitu di atas paras pra-industri, sambil berusaha untuk mencapai had lebih selamat iaitu 1.5 darjah Celsius.

Menurut laporan diterbitkan hari ini, menjelang akhir tahun lalu, aktiviti manusia mendorong peningkatan suhu 1.31 darjah Celsius melebihi paras pra-industri.

Bumi memanaskan sejumlah 1.43 darjah Celsius dengan yang didorong faktor lain berlaku secara semula jadi, termasuk mengambil kira fenomena El Nino.

Faktor lain yang turut menjadi penyumbang kepada pemanasan ialah penurunan dalam zarah pencemar tertentu di ruang atmosfera.

Memperketat peraturan perkapalan global dan kemerosotan tenaga pembakaran arang batu turut menyumbang kepada penurunan dalam pelepasan sulfur dioksida, yang juga mempunyai kesan penyejukan.

Menurut kajian itu, setakat ini pendorong utama pemanasan global kerana pelepasan gas rumah hijau berada pada paras tertinggi sepanjang masa. - AFP

PANAS NERAKA

AKAN SAMPAI

JIKA UMAT MANUSIA

GAGAL BERUBAH

AMIN

UBAH BERSAMA

JIKA TIDAK

MATI BERSAMA

KHALAS

ANWAR SAILANG RAFIZI


ANWAR 

SAILANG

RAFIZI

AMIN

WAYANG ISMAIL HANIYEH


WAYANG A LA

ISMAIL HANIYEH

KAH KAH KAH

AMIN

khairi rani commented on
 "HARGA BARANG NAIK"

KES RASUAH
TANGKAPAN RASUAH
HARI HARI ADA LAPORAN
DALAM MEDIA
TAHNIAH SPRM
YANG MAKIN AKTIF

hari2 ada laporan dalam media tidak bermakna sprm memang nak basmi rasuah
itu cuma wayang nak bagi nampak sprm buat kerja. untuk olah persetujuan rakyat yang diaorang
buat kerja.
walhal semua tahu itu semua seperti melepaskan batuk di tangga.

untuk penyamun pencuri ada dato seri tan sri,
tangkap lepas tangkap lepas. catch and release.
konon diiring oleh polis sprm bagai. tunjuk dalam media nak bagi nampak undang2 tak kira siapa. walhal itu pun sekadar wayang,

ada 47 kes pun masih enjoy the menjoy boleh menang pegang jawatan dapat kemudahan itu ini.
takda kena heret sumbat masuk ke dalam penjara.

ia memberi contoh teladan kepada perasuah lain. tangkap2 buat bahan untuk media kemudian lepas. tak perlu takut.

malaysia boleh!

MAT LEBONG KANTOI DI SABAH


MAT LEBONG

KANTOI DI SABAH

AMIN


Unknown commented on
 "ANWAR PUTAR DI SABAH - KANTOI"

Itulah lain kali jangan percaya cakap cakap tin kosong, yang ada dulu pun sama jenama sardin jenama cap ayam, jenama cap burung helang, semua kaki pemborong pembohongan penipuan skema sama asal usul sama keturunan sama dari kerabat sampai rakyat jelata kah kah kah, 

sekarang inilah ada teknologi sikit boleh share share, itupun pandai membohong memperagakan sikap ikan senohong kah kah kah, dulu sama sekarang sama akan datang sama kah kah kah tak percaya undi lagi ya, ikut kebaikan kaum agama keturunan kerabat kah kah

PADU DAN BUDI


PADU & BUDI

RABU 5 JUN 2024
HEBOH HAL BUDI
HEBOH HAL PADU

DAH ADA PADU
KENAPA PERLU BUDI

BERAPA BUJET
BUAT PADU
KENAPA PERLU ISI BORANG
SEKAI LAGI UNTUK BUDI
KENAPA TAK GUNA 
DATA PADU

SEMUA PERTANYAAAN INI WARAS
TAPI RAMAI TAK FAHAM
APA YANG BERLAKU

PADU DARI INVOKE
INVOKE INI DATA RAFIZI

BUDI PERLU DATA BARU
INI DATA ANWAR

PADU ANAK RAFIZI
BUDI ANAK ANWAR

DATA ANWAR NAK LAWAN
DATA RAFIZI
SENANG KATA APA YANG BERLAKU
IALAH ANWAR SEDANG
NAK SAILANG RAFIZI

ANWAR MAKIN TAK POPULAR
DALAM PKR
RAFIZI AMAT POPULAR 
DALAM PKR
JUSTERU ANWAR
 NAK RABAKKAN RAFIZI
MALUKAN RAFIZI
PADA RAKYAT
KAH KAH KAH

WOIT
FAHAM KE TAK FAHAM
JENG JENG JENG
AMIN

INDIA
MODI KLIM MENANG PRU
TAPI BELUM PASTI
MAJORITI SELESA

ISRAEL
SETANYAHU DI TEKAN
OLEH BANYAK PIHAK
UNTUK TERIMA
GENCATAN SENJATA

AMERIKA
BIDEN KETATKAN
SEMPADAN MEXICO
DIMANA RAMAI PENDATANG
MASUK
INI AGENDA POPULAR TRUMP

AMERIKA
BICARA HUNTER BIDEN
ANAK PRESIDEN
MAT PET  KES BELI SENJATA
BERMULA

NIGERIA
MOGOK LETERIK
SEMUA API PADAM
BURUH  TUNTUT GAJI MINIMA

HOKKIEN
PAGI INI CERAH BASAH
UJAN LEBAT KEMARIN
LECAH DI SANA SINI

LANGIT BIRU KELAM
KL & KL SENTRAL BERJEREBU
MATA HARI DAH KELUAR
PANAS MASIH MANJA

CHIAP CHIAP CHIAP
ENTAH BURUNG APA
BERSUARA TANPA HENTI

HARI INI AKAN PANAS
HUJAN PETANG MALAM SEJUK
JANGAN HUJAN MALAM
KACAU TOWKAY WARUNG

BRO
SENYUM
UNTK SAMBUT RABU

BRO
LU ADA BIKIN SILAP
INI OKAY
YANG TAK OKAY
LU BIKIN SILAP
LU SALAHKAN ORANG LAIN

BRO
PERKARA YANG BAIK
PERLU DILAKUKAN
DI BELAKANG KAWAN
IALAH TEPUK BAHUNYA

BRO
SOSOK YANG BIJAK BERBAHASA
IALAH SOSOK
YANG PANDAI
MENUTUP MULUT
AMIN

LAKUKAN SEKARANG
LAKUAN HAR INI

SELAMAT BEKERJA



PYANHABIB MENINGGAL DUNIA


AL-FATIHAH


Pelakon dan penyair Pyanhabib Rahman meninggal dunia



KEBUMI JAM 11 PAGI
DI TANAH PERKUBURAN
AU4