Rabu, 5 Jun 2024

PANAS NERAKA AKAN SAMPAI



Peningkatan pemanasan global kini semakin pantas
PARIS: Lebih 50 saintis terkemuka memberi amaran fenomena pemanasan global dikesan berlaku dengan sangat pantas, sesuatu yang tidak pernah berlaku sebelum ini, selepas ia melebihi had ditetapkan.

Mengikut kajian terkandung dalam jurnal Data Sistem Sains Bumi yang diterbitkan hari ini, purata sedekad suhu meningkat 0.26 darjah Celsius dari 2014 hingga 2023.

Dalam tempoh sama, purata suhu permukaan global mencecah 1.19 darjah Celsius, melebihi penanda aras pra-industri 1850-1900 untuk mengukur fenomena pemanasan dunia.

Ia sekali gus menandakan peningkatan daripada 1.14 darjah Celsius yang dilaporkan tahun lalu, dalam tempoh sedekad sehingga 2022.

"Pemanasan akibat perbuatan manusia meningkat pada kadar yang tidak pernah berlaku sebelum ini dalam rekod instrumental," kata kajian itu.

Kaji selidik itu adalah sebahagian daripada siri penilaian iklim berkala yang dibangunkan untuk mengisi jurang antara laporan Panel Antara Kerajaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengenai Perubahan Iklim (IPCC), yang diterbitkan secara purata setiap enam tahun sejak 1988.

Dapatan itu diterbitkan tatkala diplomat dari seluruh dunia akan bertemu di Jerman minggu ini, untuk sesi rundingan iklim pertengahan tahun menjelang Sidang Kemuncak Perubahan Iklim PBB (COP29) pada November di Baku, Azerbaijan.

Perjanjian Paris 2015 yang terhasil daripada sidang kemuncak COP sebelum ini menyaksikan negara bersetuju untuk mengehadkan pemanasan global jauh di bawah 2 darjah Celsius iaitu di atas paras pra-industri, sambil berusaha untuk mencapai had lebih selamat iaitu 1.5 darjah Celsius.

Menurut laporan diterbitkan hari ini, menjelang akhir tahun lalu, aktiviti manusia mendorong peningkatan suhu 1.31 darjah Celsius melebihi paras pra-industri.

Bumi memanaskan sejumlah 1.43 darjah Celsius dengan yang didorong faktor lain berlaku secara semula jadi, termasuk mengambil kira fenomena El Nino.

Faktor lain yang turut menjadi penyumbang kepada pemanasan ialah penurunan dalam zarah pencemar tertentu di ruang atmosfera.

Memperketat peraturan perkapalan global dan kemerosotan tenaga pembakaran arang batu turut menyumbang kepada penurunan dalam pelepasan sulfur dioksida, yang juga mempunyai kesan penyejukan.

Menurut kajian itu, setakat ini pendorong utama pemanasan global kerana pelepasan gas rumah hijau berada pada paras tertinggi sepanjang masa. - AFP

PANAS NERAKA

AKAN SAMPAI

JIKA UMAT MANUSIA

GAGAL BERUBAH

AMIN

UBAH BERSAMA

JIKA TIDAK

MATI BERSAMA

KHALAS

Tiada ulasan: