Selasa, 14 Oktober 2025

BALIK KAMPONG TENGOK RUMAH DAH TAK ADA


BALIK KAMPONG

TENGOK RUMAH

DAH TAK ADA

AMIN

ZAHID PEMIMPIN MELAYU ISLAM DI TUDUH MENIPU




Zahid tipu, kata presiden MIC


Presiden MIC SA Vigneswaran hari ini mendakwa pengerusi BN Ahmad Zahid Hamidi menipu dalam kenyataannya berkenaan MIC.

Vigneswaran merujuk dakwaan Zahid bahawa kajian yang dibuat mendapati ahli MIC dan MCA tidak mahu parti mereka meninggalkan BN.

“...Kenapa dia ingin tahu pandangan akar umbi MIC?

"Kami tiada masalah dia jumpa akar umbi, tapi statistik (kenyataan) itu tak betul. Apa yang saya boleh kata, ia bukan satu kesilapan, tapi dia menipu (mengenai kajian terhadap ahli akar umbi)," katanya kepada pemberita di ibu pejabat MIC di Kuala Lumpur, hari ini.

ADS

Vigneswaran malah berkata presiden Umno itu sepatutnya mendapatkan pandangan akar umbi parti itu mengenai hilangnya sokongan orang Melayu, terutama di Terengganu, Kelantan, Kedah dan Perlis.

"Jika dia buat kajian dengan akar umbi Umno, maka dia akan tahu kenapa dan kerana siapa Umno hilang sokongan orang Melayu. Tetapi dia tak melakukannya,” katanya lagi.

Zahid membuat kenyataan itu dalam wawancaranya bersama Mingguan Malaysia semalam.

Dalam wawancara itu, dia juga berkata terdapat di kalangan pemimpin parti itu yang “merajuk” apabila tidak diberikan “mainan”, namun suara mereka tidak mencerminkan sentimen sebenar akar umbi.

ADS

Zahid  turut menggambarkan MIC dan MCA ibarat “kanak-kanak yang kehilangan mainan dan berharap untuk mendapatkannya semula” - kenyataan yang ditolak Vigneswaran dan Presiden MCA Wee Ka Siong.

MIC dan MCA kini sedang menilai kemungkinan keluar daripada BN berikutan rasa tidak puas hati terhadap kedudukan mereka dalam politik nasional, khususnya selepas Umno di bawah pimpinan Zahid menjalin kerjasama dengan PH.

Antara kebimbangan utama mereka ialah pembahagian kerusi pilihan raya yang memihak kepada parti penyandang. Berdasarkan formula perkongsian kerusi antara BN dan PH, MCA dan MIC dijangka hanya akan mendapat sebilangan kecil kerusi untuk ditandingi dalam pilihan raya umum akan datang.

Ketika ini, MCA hanya memiliki dua kerusi Parlimen, manakala MIC satu.

Usul keluar BN

Mesyuarat agung tahunan MIC di beberapa negeri baru-baru ini telah meluluskan usul agar parti itu keluar BN.

Negeri tersebut adalah Kedah, Pulau Pinang dan Wilayah Persekutuan.

Mengulas lanjut, Vigneswaran berkata MIC hanya mempunyai masalah dengan Zahid, bukannya dengan kerajaan pimpinan Perdana Menteri Anwar Ibrahim.

ADS

"Kami tak ada masalah dengan perdana menteri, isu kami dengan pengerusi BN sahaja. Ini satu rahsia terbuka. 

“Siapa yang sepatutnya dalam kerajaan yang mempertahankan MIC? itu adalah tugas BN. Tetapi hari ini BN gagal mempertahankan MIC," katanya.

‘Hilang keyakinan pada Zahid’

Ditanya jika MIC akan menimbang untuk terus kekal bersama BN jika gabungan itu sedia mendengar keluhan mereka, Vigneswaran menjawab: "Saya telah hilang keyakinan dengan Zahid.”

"Sebab itu saya minta pandangan cawangan, bahagian dan badan perhubungan negeri MIC untuk menentukan masa depan parti," katanya, tanpa mengulas lanjut berhubung sebab dia hilang keyakinan terhadap pengerusi BN itu.

Sementara itu, Vigneswaran menjelaskan jika MIC keluar daripada BN, penyertaan ke dalam PN bukanlah satu-satunya pilihan buat parti itu.

"Kami tak pernah kata MIC akan kerjasama dengan PN. Itu cuma satu pilihan. 

"Kami juga boleh kerjasama dengan PH atau bertanding gunakan logo sendiri. Ada banyak pilihan.

"Segalanya akan dijawab dalam Mesyuarat Agung Tahunan parti bulan depan," katanya lagi.


 MAKIN BERAT

ZAHID DI TUDUH

MENIPU

KAH KAH KAH

BUKAN CALANG

ORANG YANG 

BUAT TUDUHAN

KAH KAH KAH

INI SATU

PENGHINAAN

PADA PEMIMPIN

MELAYU ISLAM

KAH KAH KAH

KHALAS

TRUMP DI MESIR


TRUMP DI MESIR

AMIN

MAKANAN SAMPAI KE GAZA


173 lori bantuan masuk ke Gaza


ISTANBUL: Sebanyak 173 lori bantuan memasuki Semenanjung Gaza pada Ahad di bawah perjanjian gencatan senjata antara Hamas dan Israel, menurut Pejabat Media Kerajaan Palestin.

"Kami mengesahkan sebanyak 173 lori bantuan kemanusiaan memasuki Semenanjung Gaza pada 12 Oktober melalui lintasan sempadan, menandakan hari pertama selepas perjanjian gencatan senjata," menurut kenyataan pada Isnin yang dilaporkan oleh Anadolu Ajansi.

Kenyataan itu turut memaklumkan yang tiga lori gas memasak dan enam lori bahan api diesel turut dibenarkan masuk untuk membantu operasi kedai roti, penjana elektrik dan hospital di tengah-tengah kekurangan bekalan asas yang teruk.

Pejabat media itu menjelaskan yang jumlah bantuan kemanusiaan yang masuk ke Gaza masih jauh daripada mencukupi bagi memenuhi keperluan asas penduduk.

"Malah keperluan asas kemanusiaan dan kehidupan bagi lebih 2.4 juta penduduk belum dapat dipenuhi sepenuhnya," katanya.

Pihak berkuasa itu juga mengulangi keperluan mendesak untuk bantuan yang besar, berterusan dan teratur, termasuk bahan api, gas memasak serta bekalan perubatan dan bantuan kecemasan.

Israel mengenakan sekatan terhadap Gaza yang dihuni hampir 2.4 juta penduduk selama hampir 18 tahun dan mengetatkan lagi kepungan itu sejak Mac lepas apabila ia menutup lintasan sempadan serta menyekat penghantaran makanan dan ubat-ubatan, menjadikan Gaza hampir dilanda kebuluran.

Kemasukan lori-lori bantuan ini berlaku selepas fasa pertama perjanjian gencatan senjata Gaza dikuatkuasakan pada Jumaat, di bawah pelan Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump, bagi menamatkan serangan dua tahun Israel ke atas wilayah itu.

Sejak Oktober 2023, serangan Israel meragut lebih 67,800 nyawa rakyat Palestin di Gaza, kebanyakannya wanita dan kanak-kanak, sekali gus menjadikan wilayah itu hampir tidak boleh didiami.

HAM DU LIL

AKHIRNYA

MAKANAN

SAMPAI

 KE GAZA

AMIN

BRO - KITA WAJIB JUMPA & BINCANG

 


BRO -

KITA WAJIB JUMPA

DAN BINCANG

AMIN

Unknown commented on

 "MENGENALI 

TOROWONG HAMAS"

pasal tu semua di Gaza hanyalah drama serta sandiwara murahan. gua langsung tak percaya! semua bohong belaka sampai UN pun tertipu. kah kah kah!

TANYA MAMAT-MAMAT INI


TANYA

MAMAT-MAMAT 

MEREKA PAKAR

AMIN


Unknown commented on 
"MENGENALI 
TOROWONG HAMAS"

Kalau nak kenal terowong kunyit tanya sape.
Hahaha