Khamis, 8 Oktober 2026

PRN NE 9 SEKALI LAGI ?



LEPAS 6 BULAN

JIKA DEWAN

TAK BERSIDANG

APAKAH AKAN ADA

PRN SEKALI LAGI ?

AMIN

PROJEK SALAH BENDERA UNTUK NAIKKAN SOKONGAN !!!


AWAS !!!

KERAJAAN LEMAH

AKAN RANCANG

PROJEK 

SALAH BENDERA

UNTUK NAIKKAN

SOKONGAN

KHALAS

MAT BURUT MEMBURUT LAGI


LEPAS INI

MAT BURUT

AKAN JEMPUT

NETANYAHU

UNTUK BINCANG

SELESAI MASALAH

PALESTIN

KHALAS

Anwar bin Ibrahim  dikecam raikan orang dikehendaki mahkamah antarabangsa atas jenayah perang terhadap umat Islam Rohingya



Langkah Anwar  bin Ibrahim meraikan Min Aung Hlaing di Malaysia mengundang kecaman pelbagai pihak, yang mengingatkan perdana menteri bahawa pemimpin Myanmar itu berdepan tuduhan pembunuhan beramai-ramai di Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC).

Pertubuhan hak asasi global Human Rights Watch (HRW) menyifatkan lawatan rasmi atas jemputan Anwar itu sebagai “satu pelawaan untuk meneruskan penindasan” di Myanmar.

HRW berkata Anwar bin Ibrahim sepatutnya mendesak pemimpin junta Myanmar itu menghentikan kekejaman yang telah meragut nyawa lebih 100,000 orang sejak rampasan kuasa tentera pada 2021, yang menyebabkan jutaan penduduk terpaksa menyelamatkan diri daripada kempen kejam yang menyasarkan komuniti Islam Rohingya.

“Kerajaan Malaysia, yang telah memberikan perlindungan kepada pelarian Rohingya dan pelarian lain dari Myanmar selama beberapa dekad, perlu menghentikan sebarang penghantaran pulang lanjut dan mendesak pemimpin junta itu supaya menamatkan penindasan yang menyebabkan jutaan orang meninggalkan negara itu,” kata Pengarah HRW Asia, Elaine Pearson.

Ini berlaku di sebalik tindakan kerajaan Anwar bin Ibrahim meneruskan rancangan menghantar pulang beribu-ribu pelarian, termasuk mereka yang melarikan diri daripada kempen keganasan oleh junta tentera Myanmar di Arakan terhadap etnik Rohingya.

HRW menggesa negara anggota Asean supaya meneruskan dasar sekatan terhadap Min Aung Hlaing dan pemimpin Myanmar lain daripada menghadiri mesyuarat pertubuhan itu atau mengadakan lawatan dua hala.

“Kerajaan yang prihatin perlu mendesak Malaysia supaya menghentikan penghantaran pulang tersebut, serta menambah kuota penempatan semula dan meningkatkan sokongan kepada negara-negara yang menempatkan pelarian dari Myanmar. Mereka tidak seharusnya menganggap penghantaran pulang yang diatur bersama pihak berkuasa Myanmar yang disokong tentera sebagai bukti bahawa negara itu selamat,” tambah Pearson.

Sementara itu, peguam P Waytha Moorthy Ponnusamy memaklumkan secara rasmi kepada Min Aung Hlaing mengenai rancangan untuk melakukan tangkapan dan pendakwaan terhadap pemimpin itu sekiranya beliau menjejak kaki ke Malaysia, merujuk kepada Konvensyen Geneva yang turut ditandatangani Myanmar.

“Hakikat bahawa Tuan Yang Terutama merupakan warganegara Myanmar atau dakwaan jenayah itu berlaku di Myanmar tidak, dengan sendirinya, menolak bidang kuasa Malaysia. Begitu juga kewarganegaraan mangsa, dengan sendirinya, tidak menolak bidang kuasa yang telah diberikan secara jelas oleh Parlimen,” kata Waytha Moorthy dalam notis yang dikeluarkan peguamnya dan turut dihantar kepada pimpinan tertinggi kerajaan kedua-dua negara.

“Bidang kuasa yang diwujudkan oleh Akta Konvensyen Geneva 1962 (Akta 512) tidak terhapus semata-mata kerana ada jemputan diplomatik, pengiktirafan politik, keselesaan pihak eksekutif atau tujuan orang yang didakwa itu memasuki Malaysia.”

Min Aung Hlaing jarang melakukan lawatan rasmi, dan dasar "bumi hangus" beliau menyebabkan lebih 100,000 orang terkorban sejak rampasan kuasa tentera pada 2021.

Pada 2024, ketua pendakwa raya ICC ketika itu, Karim Khan, memaklumkan permohonan waran tangkap terhadap Min Aung Hlaing atas tuduhan jenayah terhadap kemanusiaan.

Lawatan beliau bakal mencatat sejarah apabila seorang pemimpin negara yang berdepan tuduhan di ICC atas jenayah perang diraikan secara terbuka oleh kerajaan Malaysia.

Episod serupa pernah berlaku 15 tahun lalu apabila kerajaan Malaysia menjemput presiden Sudan ketika itu, Omar al-Bashir, pada 2011, meskipun beliau dinamakan oleh ICC atas tuduhan pembunuhan beramai-ramai dan jenayah perang di Darfur.

Omar kemudiannya membatalkan lawatan beliau susulan tekanan daripada kumpulan hak asasi manusia di Malaysia.

Selama berdekad, Malaysia mengamalkan dasar tidak mengiktiraf junta Myanmar disebabkan rekod hak asasinya yang sangat buruk, termasuk penghapusan perkampungan di Arakan yang mencetuskan krisis pelarian dan kemanusiaan terbesar di dunia, seperti disifatkan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.

Namun, kempen dalam talian baru-baru ini yang dipacu oleh AI, akaun palsu dan bot menyasarkan komuniti pelarian Rohingya – yang dianggarkan berjumlah sekurang-kurangnya 150,000 orang – sehingga mempengaruhi sebahagian pemimpin politik di negara ini, termasuk Anwar, yang mengulangi naratif xenofobia.

Anwar baru-baru ini mengumumkan perubahan mendadak dasar Malaysia melindungi pelarian Islam Rohingya yang dilucutkan kewarganegaraan oleh junta Myanmar.


Ia disusuli pengumuman beliau mengenai perjanjian yang dicapai dengan rejim tersebut untuk menghantar pulang ribuan "warga Myanmar" di bawah apa yang didakwa sebagai "program penghantaran pulang secara sukarela".

Minggu lalu, kumpulan pertama terdiri daripada kira-kira 1,500 orang telah dihantar pulang, di sebalik serangan udara junta Myanmar ke atas sebuah pasar awam yang sesak di Kyauktaw, berhampiran Rakhine.

Serangan itu mengorbankan sekurang-kurangnya 49 orang dan mencederakan 58 yang lain, kebanyakannya wanita dan kanak-kanak.

Semalam, Anwar bin Ibrahim memberitahu Dewan Rakyat bahawa tiada pelarian Rohingya termasuk dalam kumpulan yang dihantar pulang itu.

Pendedahan tersebut mencetuskan gelombang kritikan dalam talian daripada pihak yang mendalangi kempen xenofobia, sehingga memaksa beberapa saluran berita menurunkan laporan mereka mengenai kenyataan Anwar bin Ibrahim itu.

Tindakan itu dipercayai berpunca daripada tekanan pihak berkuasa, sekali gus memberi isyarat bagaimana tekanan yang dijana dalam talian boleh mendorong tindakan keras terhadap golongan pelarian.

Kebanyakan ahli politik mengambil sikap berdiam diri terhadap kempen kebencian itu kerana bimbang tindak balas negatif daripada sebahagian penyokong mereka.

Namun, bantahan mula muncul daripada aktivis dan pendakwah Islam yang menegur umat Islam di Malaysia yang menyokong kempen kebencian terhadap etnik Rohingya.

- Iklan -
Pendakwah terkenal, Firdaus Wong, berkata kempen kebencian tersebut merupakan permulaan kepada "jenayah yang lebih besar", sambil merujuk kepada kekejaman era Nazi terhadap Yahudi serta pembunuhan beramai-ramai yang sedang dilakukan oleh Israel terhadap rakyat Palestin.

“Biar saya berterus terang, cara kita menyahmanusiakan mereka samalah dengan apa yang dilakukan oleh Nazi terhadap orang Yahudi. Mereka bermula dengan melucutkan sifat kemanusiaan terlebih dahulu, kemudian mereka mula menghalalkan jenayah yang lebih besar,” kata Wong di sebuah persidangan Islam pada 13 September.

Baru-baru ini, sebuah gabungan utama mewakili pertubuhan Islam di Malaysia turut mempersoalkan sikap berdiam diri pihak berkuasa berhubung kempen kebencian di media sosial itu.

Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim) turut menggesa penubuhan sebuah pasukan petugas kebangsaan untuk memantau kebencian dan maklumat palsu digital, yang dianggotai oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC), polis, Kementerian Dalam Negeri, serta pakar forensik digital dan kumpulan masyarakat sivil.

“Adakah kita sedang berhadapan dengan penyebaran kebencian secara spontan, atau terdapat rangkaian akaun yang sengaja memanipulasi sentimen masyarakat?” soal Presiden Mapim, Azmi Abdul Hamid.

“Jangan biarkan algoritma media sosial menentukan siapa yang rakyat Malaysia patut benci.”

JEREBU PROJEK GLOBALIS !!!


MARI KITA

GAGALAKN

PROJEK

 GLOBALIS

UNTUK 

KURANGKAN

PENDUDUK DUNIA

AMIN


Jangan guna lampu kecemasan, tinggi ketika jerebu elak kemalangan maut

KUALA LUMPUR: Pemandu diingatkan supaya tidak menggunakan lampu tinggi dan lampu kecemasan secara sebarangan ketika memandu dalam keadaan jerebu atau kabus tebal bagi mengelakkan risiko kemalangan maut.

Itu peringatan disampaikan oleh gabungan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) keselamatan jalan raya merangkumi Road Safety Expert Association (RSEA), Malaysian Eminent Persons On Road Safety Forum Group (MEPORS) serta Road Safety Alliance Malaysia (ROSAM) menerusi kempen pesanan khidmat masyarakat.

​Menurut kenyataan itu, penggunaan lampu tinggi ketika jerebu hanya akan memantulkan cahaya pada zarah udara sekali gus memburukkan lagi keadaan silau.

​"Pemandu disyorkan menggunakan lampu rendah atau lampu kabus (fog lamp) sekiranya jarak penglihatan berkurangan sehingga bawah 100 meter.



Jerebu: Agong titah utamakan kesihatan murid, nasihat tutup sekolah di kawasan terjejas


KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim hari ini, bertitah agar keselamatan dan kesihatan murid diutamakan dalam menghadapi situasi jerebu yang melanda negara ketika ini.

Seri Paduka Baginda juga menasihatkan penutupan sekolah di kawasan terjejas, terutamanya yang mencatatkan tahap Indeks Pencemar Udara (IPU) antara 150 dan 180 secara berpanjangan.

"Kementerian Pendidikan (KPM) mesti memberi perhatian serius terhadap perkara berkenaan (jerebu), langkah sewajarnya perlu diambil oleh kementerian dan agensi berkenaan bagi melindungi murid dan pelajar, termasuk warga emas serta pesakit respiratori," titah Seri Paduka Baginda menerusi Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar hari ini.

Sultan Ibrahim pada masa sama menasihati orang ramai untuk mengambil langkah berjaga-jaga bagi menjaga kesihatan serta mengamalkan pemakaian pelitup muka dan mengurangkan sebarang aktiviti luar susulan keadaan jerebu.


Jerebu makin teruk, Anwar hubungi Prabowo

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Anwar bin Ibrahim sudah menghubungi Presiden Indonesia, Prabowo Subianto bagi mengambil langkah mengatasi masalah jerebu yang melanda negara ini.

Anwar berkata, langkah itu perlu dilakukan memandangkan keadaan jerebu di negara ini ketika ini berada pada tahap membimbangkan.

"Berkaitan jerebu, ia memang berada pada tahap membimbangkan. Saya sudah menghubungi Presiden Indonesia, Prabowo dan beliau juga bersetuju untuk mengambil langkah-langkah yang perlu.


JEREBU IALAH PROJEK KURANGKAN PENDUDUK DUNIA


JELAS DENGAN

LICIK & BIJAK

JEREBU DIATUR

UNTUK 

MEGURANGKAN

PENDUDUK 

DUNIA

AMIN


Langit kemerahan, jerebu tebal selubungi Kalimantan


JAKARTA: Langit kemerahan dan jerebu tebal menyelubungi Kalimantan di Indonesia akibat kebakaran hutan dan tanah yang menyebabkan kualiti udara ke tahap sangat tidak sihat dan berbahaya.

Menurut Kementerian Perhutanan, sebanyak 1,176 titik panas berkeyakinan tinggi dikesan di seluruh negara setakat malam Rabu.

Memetik pemerhatian Agensi Meteorologi, Klimatologi dan Geofizik (BMKG), kementerian itu memaklumkan kualiti udara telah mencapai tahap sangat tidak sihat hingga berbahaya di Kalimantan Tengah, sebahagian Kalimantan Barat dan Selatan, Sumatera Selatan dan Jambi.

Jarak penglihatan di Palangka Raya, Kalimantan Tengah, merosot kepada hanya 150 meter pada 12.30 tengah hari Rabu, dengan peramal BMKG Chandra Mukti berkata angin yang lemah menghalang penyebaran asap.

Video yang tersebar di media sosial menunjukkan langit berwarna jingga merah, asap tebal dan api kelihatan merebak ke arah kawasan perumahan di beberapa bahagian Kalimantan, mendorong panggilan untuk bantuan.

Beberapa penduduk di Palangka Raya melaporkan kerengsaan mata dan kesukaran bernafas.

Kementerian itu berkata usaha memadam kebakaran diteruskan di darat dan dari udara.

"Sebanyak 61 pesawat telah dikerahkan untuk menyokong operasi memadam kebakaran, termasuk 44 untuk pengeboman air dan 17 untuk rondaan udara dan pengubahsuaian cuaca.

"Mereka bersama pasukan darat yang membabitkan tentera, polis, agensi pengurusan bencana dan masyarakat tempatan," katanya dalam kemas kini media sosial pada Khamis.

Sehingga 9 malam Rabu, Kalimantan Tengah merekodkan 225 tompok panas, meningkat berbanding 182 hari sebelumnya, manakala Sumatera Selatan mencatatkan peningkatan mendadak kepada 224 daripada 71.

Kalimantan Barat mencatatkan 47 titik panas, Kalimantan Selatan (31) dan Jambi (16).

Jerebu juga dilaporkan mengganggu penerbangan, dengan jarak penglihatan di Lapangan Terbang Melalan di Kalimantan Timur menurun kepada 500 meter pada Rabu dan beberapa penerbangan dilaporkan dibatalkan.

Di Lapangan Terbang Sultan Thaha di Jambi, jarak penglihatan menurun kepada 800 meter menjelang tengah hari Rabu, menangguhkan beberapa penerbangan ke dan dari Jakarta.

CUACA PANAS - HASUT KELUAR BERDEMO


IKUT CARA

PELAJAR SEKOLAH

DI PERANCHIS

AMIN

CUACA PANAS

BILIK BERASAK

HASUT KELUAR

BERDEMO

KHALAS