MARI KITA
GAGALAKN
PROJEK
GLOBALIS
UNTUK
KURANGKAN
PENDUDUK DUNIA
AMIN
Jangan guna lampu kecemasan, tinggi ketika jerebu elak kemalangan maut
KUALA LUMPUR: Pemandu diingatkan supaya tidak menggunakan lampu tinggi dan lampu kecemasan secara sebarangan ketika memandu dalam keadaan jerebu atau kabus tebal bagi mengelakkan risiko kemalangan maut.
Itu peringatan disampaikan oleh gabungan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) keselamatan jalan raya merangkumi Road Safety Expert Association (RSEA), Malaysian Eminent Persons On Road Safety Forum Group (MEPORS) serta Road Safety Alliance Malaysia (ROSAM) menerusi kempen pesanan khidmat masyarakat.
Menurut kenyataan itu, penggunaan lampu tinggi ketika jerebu hanya akan memantulkan cahaya pada zarah udara sekali gus memburukkan lagi keadaan silau.
"Pemandu disyorkan menggunakan lampu rendah atau lampu kabus (fog lamp) sekiranya jarak penglihatan berkurangan sehingga bawah 100 meter.
Jerebu: Agong titah utamakan kesihatan murid, nasihat tutup sekolah di kawasan terjejas
KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim hari ini, bertitah agar keselamatan dan kesihatan murid diutamakan dalam menghadapi situasi jerebu yang melanda negara ketika ini.
Seri Paduka Baginda juga menasihatkan penutupan sekolah di kawasan terjejas, terutamanya yang mencatatkan tahap Indeks Pencemar Udara (IPU) antara 150 dan 180 secara berpanjangan.
"Kementerian Pendidikan (KPM) mesti memberi perhatian serius terhadap perkara berkenaan (jerebu), langkah sewajarnya perlu diambil oleh kementerian dan agensi berkenaan bagi melindungi murid dan pelajar, termasuk warga emas serta pesakit respiratori," titah Seri Paduka Baginda menerusi Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar hari ini.
Sultan Ibrahim pada masa sama menasihati orang ramai untuk mengambil langkah berjaga-jaga bagi menjaga kesihatan serta mengamalkan pemakaian pelitup muka dan mengurangkan sebarang aktiviti luar susulan keadaan jerebu.
Jerebu makin teruk, Anwar hubungi Prabowo
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Anwar bin Ibrahim sudah menghubungi Presiden Indonesia, Prabowo Subianto bagi mengambil langkah mengatasi masalah jerebu yang melanda negara ini.
Anwar berkata, langkah itu perlu dilakukan memandangkan keadaan jerebu di negara ini ketika ini berada pada tahap membimbangkan.
"Berkaitan jerebu, ia memang berada pada tahap membimbangkan. Saya sudah menghubungi Presiden Indonesia, Prabowo dan beliau juga bersetuju untuk mengambil langkah-langkah yang perlu.


Tiada ulasan:
Catat Ulasan