Selasa, 24 Ogos 2010
SELAMAT BERBUKA PUASA
MASJID KHADAMIAH BAGHDAD
BILA MUAZZIN MULA MELAUNG
bila muazzin melaungkan suaranya
senja telah sampai
maghrib masuk]
matahari semakin malu
matahari semakin merah muka
lalu aku teringat kota karachi
laugan azan tingkah bertingkah
shia memulakan azan
sunni mengikut di belakang
atau sunni memulakan azan
shiah mengikut di belakang
sampai ke hari ini tidak lah aku peduli
apabila secangkir air serbat di hadap mata
apabila sepotong roti kering menunggu
ketawa pra sufi
saadi dan rumi akan tersenyum
melihat pertelingakan tidak berhenti
aduh !
jalan ke kota damshik
pelbagai lorong
jalan ke kota baghdad
pelbagai alor
semuanya siratul mustakim
semuanya sampai ke sana
bila muazzin meluangkan azan
jamah lah air sarbat itu
tanda kita masih bernafas
untuk merayakan kepelbagaian
Labels:
anak muda berani bangun melawan
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
2 ulasan:
Masjid Kazhimiyyah. Makam Imam Musa bin Ja'afar al-Kazhim (as), Imam ke-7.
Ahlan wa sahlah ya Ramadhan.
Tahniah, bro. Site meter dah cecah semilan juta.
"SELAMAT BERPUASA"
Catat Ulasan