Jumaat, 26 Ogos 2011

SAEKOR LAGI HASAN ALI





RAKYAT TELAH BANGUN




LYNAS:PAS PUSAT AKAN PANGGIL DR CHE ROSLI
– harakah daily

PAS Pusat akan memanggil Ahli Parlimen Hulu Langat, Dr Che Rosli Che Mat berhubung kenyataannya mengenai isu Lynas yang disiarkan di TV3, malam tadi dalam Buletin Utama.

Selain itu, PAS Pusat akan turut mendapatkan keterangan berhubung kenyataan beliau yang mengatakan Lajnah Penerangan PAS Pusat melarang beliau mengeluarkan kenyataan tentang nuklear terutama mengenai Lynas.

Ketua Penerangan PAS Pusat, Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, tindakan itu perlu dilakukan bagi menyelesaikan kekusutan yang timbul ekoran kenyataan Dr Che Rosli mengenai perkara itu.

Menurut beliau, sehingga kini beliau selaku Ketua Penerangan PAS Pusat tidak pernah mengeluarkan sebarang larangan kepada Dr Che Rosli untuk mengeluarkan sebarang kenyataannya tentang nuklear termasuk berhubung dengan isu Lynas.

Katanya, jadi kenyataan Che Rosli itu ternyata tidak berasas dan sehubungan itu pihaknya perlu memanggil Che Rosli bagi mendapatkan penjelasan daripada beliau sendiri mengenai perkara itu.

"Saya selaku Ketua Penerangan PAS Pusat tidak pernah mengeluarkan halangan kepada Dr Che Rosli untuk mengeluarkan kenyataan berhubung dengan nuklear. Jadi kita akan panggil Dr Che Rosli untuk mendapatkan penjelasannya," katanya pada majlis tazkirah di ibu pejabat Harakah, di sini, hari ini.

Dr Che Rosli dalam laporan Buletin Utama TV3 semalam mengatakan beliau sudah lama bersabar dalam perkara itu sebab Penerangan PAS Pusat melarang beliau membuat kenyataan berhubung nuklear termasuk mengenai isu Lynas.

NOTA:
awas siapa yab ini?
apa yang wajib dilakukan oleh paar pengundi

1 – pastikan yb ini tidak akan lagi dicalonkan
2 – jika yb ini dicalonkan juga – pastikan dia dikalahkan

kenapa?

kerana telah jelas yb sepeti ini tidak membawa apa2 manafaat
kepada kepenting orang ramai
malah memilih yn seperti ini lebih baya dari memileh yb gerombolan
yb gerombolan kita namapk jelas sebagai musuh
yb seperti ini musuh dalam seluar

belajar dari sejarah:
semasa orang putih menjajah
kita senang melawan kuasa mat saleh ini
jelas dan nampak untuk dilawan
bila gerombolan naik tahtha
ramai terkabur mata
inilah samalah seperti yb ini

nota:
anak muda anti nukelear bersedia!

16 ulasan:

mek berkata...

ni yb yg kena penyakit KKS macam mat ezam kot.

kah kah kah

Pakteh berkata...

Amboi tuan blog, cam marah bebeno dengan YB Ulu Langat malah disamakan dengan Hassan Ali

Pakteh melihat isu ini amat merugikan PR jika tidak ditangani dengan baik. Mengapa KJ, Saifuddin dan ramai lagi YB UMNO tidak dipanggil ke mengadap jika artikel/kenyataan yang dilihat bertentangan dengan parti tetapi berasaskan fakta dan ilmu?.


Pakteh menilai Hassan Ali bertindak didalam skop yang dibenarkan malah menjadi kewajipan dan tanggungjawab beliau sebagai exco yang memegang portfolio agama.

Begitu juga dengan YB Ulu Langat yang mempunyai PhD dalam bidang nuklear dan mempunyai kemahiran yang tinggi dalam bidang yang diperkatakan.

Amat rugi tuan blog meminta YB yang begitu tinggi integritinya dikalahkan/tidak dicalonkan dalam PRU13.

Malangnya Mahfuz dan Mat Sabu didokong......aduss..apa dah jadi?...jangan nanti akhirnya PR hanya tinggal yang tahu bercakap tetapi ilmu...zero...

Tanpa Nama berkata...

menanti duit raya drpd kak mah janda ke?
nampak macam perangai zul biawak...

alonso berkata...

bto TT.. kali ni aku kurang setuju ngan hang.. kita sebagai pendokong PR jangan jadi macam budaya umno yg tak benarkan pendapat berbeza dari pucuk pimpinan.. ni kan demokrasi, biarlah dia nak bagi kritikan. yang penting dengan fakta.. bukan dengan merendah rendahkan orang lain.. aku tak tau la kalau yb ni ada niat lain atau tak..(kalau ada pegi mampus la lu) tapi yg penting jangan ikut budaya bodoh umno yg menghalang perkembangan idea yg bertentangan dengan kehendak mereka... sebab tu la puak2 umno ni pemikiran tak berkembang.. so, jangan kita pon jadi macam depa..

pesanan ikhlas ni..
kalau tak mau dengaq..
p mampuih la..
kah kah kah..

Tanpa Nama berkata...

bro isham.. last week ak ade sembang dgn sorang businessman merangkap org kuat pas jugak area kemaman.. dia ade ckap, antara org2 besar dlm lynas pun ade org pas.. n they are making lots of lots of money.. check it out!!

Tanpa Nama berkata...

menentang LYNAS adalah penentangan rakyat. PAS da sebulat suara menyokong menentang LYNAS. ni YB hulu langat mentang2 dia ada ilmu , dia ckp x bahaya, selamat.. kalo selamat p buat dekat sebelah rumah dia.. apa jd dgn kes bukit merah? agensi tmpt yg ni kerja dulu jugak bilang selamat kan? ank muda senang je.. kalo xreti nk bersama rakyat, kasi peluang musuh nk jahanamkan pakatan, mana2 yb PAS, PKR ATAU DAP perlu dinyahkan dan jgn d jadikan wakil parlimen lg..

azhar berkata...

YB ni tak tau ka k'jaan negeri Trengganu penah rejek Lynas ni sbb risiko yg dibawa??..bodo tul k'jaan t'ganu rejek pelaburan berbillion2...wakakaka

kp chaos berkata...

Aku mula ambil pot pasal isu politik sekitar penhujung thn 2003...masa tu baru lepas kawin. Walaupun pembangkang kalah time tu (pr 2004) tapi aku masih ambik pot ngan kempen atau program parti pembangkang terutama Pas. Antara tokoh yg bekerja keras masa tu adalah Hasan Ali. Merata dia pegi di seluruh negara nak kumpul balik kekuatan pembangkang...maklumla dia sgt popular time tu sana sini org jemput bg ceramah. So bro tak usah la panggil dia saekor, ganas sangat la kah! kah! kah!

Tanpa Nama berkata...

SalamTT,aku punya kesimpulan senang je,di malaysia ni banyak orang gila, ada orang gila Dr. di depan nama tapi banyak yang palsu, mungkin ni salah seorang Dr. kangkung dari Pas,mungkin sebaris dengan Brahim Mugabe.Zul bisul,Zahrain, telah di beli oleh gerombolan.Kah..Kah..Kah.Semua Phd penipu.

mtgbertam berkata...

Dulu saya pernah tulis, kalau pembahas nak ulas harap janganla bangkang pendapat pembahas lain. Tulis pendapat masing2 sudah.

Yang Bangang berkata...

NAK TGK JUGAK YB DR PR TURUN WAT KEJE..JGN LAK BILA DEKAT PRU JER NAMPAK MUKER..HAKKKKTUI

Monkey Shooter berkata...

Dimanakah Che Rosli Sewaktu Trajedi Bukit Merah?

TV3 suku menyiarkan kenyataan seorang MP PAS bernama Che Rosli yg mendakwa kilang yang bakal di bina di Kuantan itu selamat untuk semua orang.

Merujuk kepada biodata Che Rosli di Facebook, tertera:

AHLI JAWATANKUASA PERLINDUNGAN SINARAN.
LEMBAGA PERLESENAN TENAGA ATOM, MALAYSIA, 1984-1999

Ini bererti Dr. Che Rosli adalah antara yang memberi khidmat kepada Lembaga Perlesenan Tenaga Atom(LPTA) sewaktu berlakunya trajedi keracunan radioaktif di Bukit Merah sekitar 1984 hingga sekarang.

Keracunan radioaktif (antara lain)akibat stor simpanan bahan buangan kilang nadir bumi milik Mitsubishi Chemicals, Tabung Haji serta beberapa syarikat bumiputra yang lain.

Mengapa LPTA disebut? Ini adalah kerana sewaktu berlaku keracunan radioaktif ini, LPTA telah mengeluarkan lesen bagi kilang tersebut untuk beroperasi. Di dalam ombak protes dari penduduk2 tempatan, LPTA terus memberi lesen.

LPTA terus memberi lesen kerana mereka berkata kilang tersebut selamat dan tidak membahayakan kesihatan penduduk setempat.

Dan dari biodata Dr. Che Rosli, beliau berkhidmat dengan LPTA sepanjang skandal/trajedi Bukit Merah yang meragut nyawa itu.

Maka, Tulang Besi tidak boleh menerima jaminan Dr Che Rosli bahawa kilang Lynas itu bakal selamat.

Ini kerana LPTA juga telah memberi jaminan kepada penduduk Bukit Merah bahawa kilang nadir bumi Mitsubishi itu selamat. Malangnya, jaminan LPTA satu masa dahulu adalah pembohongan semata-mata dan 9 penduduk tempatan telah menghadapi penyakit leukemia, anak2 lahir cacat dsbnya.

Dan oleh kerana Dr Che Rosli berkhidmat dengan LPTA sewaktu trajedi Bukit Merah berlaku, maka Tulang Besi beranggapan apa-apa jaminan yang datang dari alumni LPTA tidak boleh dipercayai angkara trajedi Bukit Merah.

Tulang Besi juga rasa, kalau benarlah dakwaan Che Rosli ni, Tulang Besi cadang kilang RARE EARTH ini dibina di sebelah rumah Che Rosli. Tulang Besi nak tengok berani atau tidak?

Tidak hairanlah walaupun diberi jaminan berulang-ulang kali oleh LTAP dan beberapa pakar, penduduk Kuantan dan Gebeng tetap menolak kilang Lynas. Mereka belajar dari pengalaman rakyat Bukit Merah.

Dari Blog Tulang Besi

tinta tajam berkata...

Salam Idil Fitri. Sila lihat artikel saya mengenai hl ini di http://tinta-tajam.blogspot.com

CEO sebagai mutawif berkata...

chek chek...yb nie kankong dari mana ....
tak salah berbeza pendapat...
yg bahlol + bangang pi masuk TV3 siku...
kan kena spin...berbuih kita nak terang ko makcik felda....

patut tt gelar 'SAEKOR'

bodoh,bangang ...ahli politik buat kerja/bercakap ...bila kena spin ...cakap pendapat sbg ahli akedemik...

kankong ...

pasaukan peninjau bb bangi berkata...

tak guna kau tt, pantang beza pendapat dgn kau je kau siap panggil sekor...ape kau ingat org nie haiwan.. kau mulia sngt?

dr rosli nie pak penakan aku.. aku tau perangai dia.. dia ckp berdasarkan ilmu dia.. & kalu lu nak check dia prof kangkung jenis ape dipersilakan check record dia di ukm.. kalu kau suruh rakyat reject dia pun ok gak.. tak payah dia susah payah jd yb lg kat area hardcore umno tuh.. buleh rihat2 main dgn cucu..

asal beza pendapat je kau lanyak..serupa umno gak kau nie yee..

Dr. kahkahkah berkata...

ikut ilmu/sifir tt senang jea nak tau mana betul mana salah....yg kena hentam dlm media umporno tu yg benar yg diangkat/dijulang hari2dlm media tula kangkung dlm lipatan kain pelikat kahkahkahtui