KOMENTAR TUKAR TIUB
tt masih yakin bahawa
ada satu rancangan yang telah disusun
rancangan ini untuk merampas selangor
orang ramai telah tahu kes di pandamaran
di mana 5000 nama bakal pengundi telah hilang
kes ini telah dibawa ke mahkamah tinggi shah alam
oleh yb charles santiago
sperti biasa kes pengundi hilang ini dibuang oleh mahkamah
orang ramai juga telah tahu tentang
4000 nama yang tak diketahui jantan betina di lembah pantai
apabila yb nurul bawa kes ini ke mahkamah
pengerusi spr kata kenapa nurul tidak timbulkan hal ini dengan spr terlebih dahulu
apabila yb nurul membuktikan bahawa ada surat yang telah dihantar ke spr
pengerusi spr senyap menyap
orang ramai juga tahu
bagaimana kerajaan selangor
telah menemui 140,000 nama pengundi
berselirat di selangor
tidak diketahui jantan betinanya
orang ramai juga tahu
di ijok kawasan mb selangor
jumlah pengundi melebihi jumlah penduduk kampong
kini yb haniza pulak
4000 nama hilang
apa makna semua ini?
maknanya cukup jelas
bahawa ada perancangan licik
ada rancangan yang di rancang
untuk memastikan selangor di rampas
yakinlah pakatan rakyat akan kalah
bukan kerana TIDAK ada sokongan rakyat
tetapi kerana penipuan yang tersusun rapi
penipuan yang diatur
diatur oleh spr
diatur oleh jpn
dan dan dan
4,000 pengundi DUN Taman Medan dipindah tanpa pengetahuan
PETALING JAYA 2 APRIL: Seramai 4,000 pengundi berdaftar Taman Medan dipindahkan tanpa pengetahuan, dedah Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) kawasan itu, Haniza Talha.
Menurutnya, pengundi terlibat dikesan dipindah keluar ke kawasan lain dan digantikan dengan jumlah yang sama.
“Pengundi tersebut jumpa saya maklumkan perkara itu dan mereka terkejut dengan penukaran tersebut,” katanya pada sidang media di Pejabat KEADILAN Selangor, hari ini.
Haniza berkata, penambahan sebanyak 5,000 menjadikan pengundi mengikut Rang Daftar Pemilih 2012 berjumlah 45,000.
Katanya, 4,000 dari 40,000 pengundi asal itu dipindahkan dan diganti pengundi baru menjadikan penambahan sebanyak 9,000.
“Nampak seolah-olah penambahan cuma 5,000 tapi sebenarnya lebih,” jelas Haniza.
Beliau merujuk salah satu kes berkenaan apabila semakan pada daftar pemilih pada 2013 mendapati nama pengundi yang berdaftar di Taman Medan pada 2008, ditukar ke Seri Setia.
“Pengundi tersebut terkejut kerana tak pernah buat permohonan penukaran malah alamatnya masih sama,” jelas Ketua Wanita KEADILAN Selangor itu.
Ekoran itu, kata Haniza, KEADILAN Taman Medan akan menggesa Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menyiasat pemindahan tersebut.
“Kita akan buat laporan polis dan minta mereka siasat. Perkara ini sudah dijangka berlaku seperti di Lembah Pantai. Kita juga tak terkejut jika lebih banyak lagi kes seperti itu,” katanya bimbang akan ada ‘orang lain’ yang mengundi untuk mangsa terlibat.
SEBUAH BUKU
HISHAMUDDIN RAIS
-----------
7 ulasan:
di berita kan di permatang pauh depa dah ready lebih 20k 'hantu-hantu' termasuk jembalang,pelesit,toyol dan pontianak tapi spr buat bodo ja ! ABU jangan lupa !
Asalkan bukan BN dan calon katak2 haprak!!!
mari beramai2 berdoa:
Ya Allah! Tingkatkan laknat Mu ke atas ketua2 SPR...
hahahahaha..kikikikikikih..selemaas nhi norh omarg muleeh nhuaal theemfeee hahagjahaha..
TT, kau dah susun strategi ke kalau tuntutan 'bersih' tak diikut??
kau gerak laa, kitorang ngikut jer :)
Kalau kau orang pernah bekerja dalam pilihanraya, kau orang akan ketahui nak tipu satu undi pun tak boleh dalam sistem piliharaya kita
Polis kata Anwar kalah di PP.
Catat Ulasan