Rabu, 14 Oktober 2026
TUNGGU AGONG BARU - MINTA AMPON SEKALI LAGI
APA PUNYA
NASIB
AMIN
DUDUK
DI KAJANG
SAMPAI MATI
AMIN
BUKAN SALAH
IBU MENGANDUNG
TERSALAH CUCUK
BURIT BETINA
KHALAS
Kesalahan kes 1MDB: Najib perlu
kembali ke penjara Ogos 2028
Bekas perdana menteri Najib Razak tidak akan dapat menikmati tempoh yang lama di rumah meskipun dia mampu membayar denda RM50 juta untuk menjalani baki hukuman penjara secara tahanan rumah.
Ini susulan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini yang menolak permohonan bekas perdana menteri itu untuk menangguhkan pelaksanaan hukuman bagi kesalahan berkaitan 1MDB.
Ini bermakna, sekurang-kurangnya buat masa ini, apabila hukuman penjara Najib bagi kes SRC International tamat pada 23 Ogos 2028, dia perlu kembali ke penjara.
Dalam keputusan yang dibacakan hari ini, hakim Noor Ruwena Md Nurdin mendapati tiada keadaan khas yang membolehkan permohonan Najib untuk menangguhkan pelaksanaan hukuman penjara bagi kes 1MDB diluluskan.
Mahkamah Tinggi pada Disember tahun lalu mensabitkan Najib atas kesemua empat pertuduhan salah guna kuasa dan 21 pertuduhan pengubahan wang haram yang berkaitan dengan skandal 1MDB.
Hakim yang mengetuai perbicaraan, Collin Lawrence Sequerah, menjatuhkan hukuman penjara selama 15 tahun bagi setiap satu daripada empat pertuduhan salah guna kuasa, serta lima tahun penjara bagi setiap satu daripada 21 pertuduhan pengubahan wang haram.
Bagaimanapun, Collin memerintahkan supaya semua hukuman penjara itu berjalan serentak. Ini bermakna Najib hanya perlu menjalani hukuman penjara selama 15 tahun bagi kesemua 25 kesalahan yang dilakukannya.
Collin turut memerintahkan supaya hukuman bagi kesalahan berkaitan 1MDB hanya bermula selepas Najib selesai menjalani hukuman bagi sabitan kes SRC International.
Najib, 73, kemudian memfailkan permohonan untuk menangguhkan pelaksanaan hukuman itu pada 22 September tahun ini. Dia memohon supaya pelaksanaan hukuman penjara selama 15 tahun dan denda RM11.38 bilion ditangguhkan sehingga semua saluran rayuannya selesai digunakan.
PROJEK KURANGKAN PENDUDUK DUNIA
JEREBU
TERUS
MENGANCAM
JAM 6.30
GUA MASUK HOKKIEN
BANGUNAN 118 HILANG LESAP
KL SENTRAL HAMPIR LESAP
BAHAYA !
PROJEK KURANGKAN
PENDUDUK DUNIA BERJALAN LANCAR
PROBPWO AJEN GLOBALIS
AMIN
AWAS - GARIS KANAN SEDANG MENUNGGU
YANG BERKUASA
GARIS TENGAH
AMIN
YANG SOKONG
DEMO
GARIS KIRI
AMIN
YG NAK AMBIL
KESEMPATAN
GARIS KANAN
KHALAS
Demonstrasi sokong protes pelajar di Perancis semakin kuat
PARIS: Puluhan ribu orang awam menyertai perhimpunan di seluruh Perancis sejak semalam bagi menyokong pelajar sekolah menengah yang mengadakan protes menuntut suasana pembelajaran lebih baik.
Perkembangan itu secara langsung memberi cabaran besar kepada Presiden Emmanuel Macron, ketika tempoh pentadbiran pemimpin itu menghampiri penghujung penggal kedua.
Kira-kira 161,500 orang menyertai perhimpunan itu, menurut Kementerian Dalam Negeri Perancis, lebih dua kali ganda berbanding anggaran 71,500 peserta dalam demonstrasi Khamis lalu.
Walaupun kebanyakan perhimpunan berlangsung secara aman, keganasan tercetus di satu daripada dua perarakan di Paris, yang menurut kementerian itu disertai 41,500 orang.
Wartawan AFP menyaksikan beberapa kereta dibakar dengan polis melepaskan gas pemedih mata di Dataran Invalides ketika sekumpulan anak muda bertopeng cuba menyekat jalan raya dan membaling objek.
Gas pemedih mata turut dilepaskan ketika demonstrasi di Lyon. Aktivis Sweden, Greta Thunberg, turut menyertai demonstrasi di Saint-Denis, pinggir bandar Paris.
Beliau berkata, penyertaannya adalah bagi memberi sokongan, dengan menyifatkan 'masa depan golongan kini sedang dirampas'.
Sementara itu, Kesatuan sekerja Perancis menganggarkan seramai 480,000 orang menyertai perhimpunan berkenaan.
Jumlah itu menunjukkan peningkatan tentangan rakyat terhadap kerajaan menerusi demonstrasi jalanan, hanya enam bulan sebelum pemilihan pengganti Macron yang sedang menamatkan penggal kedua dan terakhirnya.
Gelombang bantahan terbaharu itu tercetus ketika kerajaan berhaluan tengah memulakan perbahasan di Parlimen mengenai belanjawan penjimatan kos.
Ia menerima tentangan hebat daripada blok kiri dan kanan selain hutang negara yang semakin meningkat turut membimbangkan pasaran bon.
Tekanan dijangka meningkat apabila demonstrasi kebangsaan bagi membantah peningkatan kos sara hidup dijadual berlangsung Sabtu ini.
Kesatuan sekerja dan kumpulan pelajar menjangkakan kedua-dua gelombang protes itu berkemungkinan bergabung.
Gerakan pelajar itu mendapat sokongan kuat daripada parti pembangkang tegar berhaluan kiri, France Unbowed (LFI), yang pemimpinnya merangkap calon berpotensi presiden, Jean-Luc Melenchon, dilihat berada dalam kalangan peserta demonstrasi di Paris.
Ribuan lagi menyertai perarakan di bandar Nantes, Lyon, Lens, Strasbourg, Toulouse, Bordeaux dan Marseille, menurut polis serta wartawan AFP.
Gerakan pelajar itu bermula bulan lalu di lycee, iaitu sekolah menengah bagi pelajar berusia 15 hingga 18 tahun, apabila pelajar menyekat pintu masuk banyak sekolah bagi menuntut keadaan pembelajaran lebih baik.
Tindakan polis yang dianggap keterlaluan terhadap pelajar itu mendorong lebih ramai menyertai demonstrasi pada Selasa.
Seorang remaja kehilangan tangan selepas mengambil bom tangan dilempar polis ketika protes, manakala seorang lagi kehilangan sebelah mata.
Selain itu, seorang lagi pelajar kehilangan gigi selepas seorang anggota polis melepaskan kanister gas pemedih mata tepat ke mukanya.
Polis membuka siasatan dalaman terhadap 36 dakwaan keganasan terhadap penunjuk perasaan, menurut Menteri Dalam Negeri, Laurent Nunez, yang berkata hampir 900 anggota polis mengalami kecederaan sepanjang protes berkenaan.
Kementerian Pendidikan pula memaklumkan seramai 147 tenaga pengajar mengalami kecederaan.
Kementerian itu turut melaporkan 214 sekolah, kebanyakannya sekolah menengah, ditutup pada Selasa. - AFP
BUAT BAIK KERANA IANYA BAIK
NAK BUAT BAIK
TAK PERLU DAPAT
ENTOT 72 BIDADARI
AMIN
Unknown commented on
"ADA 72 XTRA BIDADARI DI SYURGA"
aliff ajak anak orang lain jadi sekali.. nak masuk.. sila masuk sorang sorang.. amin
Unknown commented on
"MALAM INI BERSAMA ZAID IBRAHIM"
Tarak siapa nak dengar woitttt..panggil zakar naik pasti full house dengan cerita pasai syurga..indahhhh...kakakakakka..
Unknown commented on
"MALAM INI BERSAMA ZAID IBRAHIM"
Negara gagal apabila pemimpin politik mencuri merompak merasuah sepanjang zaman, negara yang ada segalanya masih hutang sampai trillion, alasan masih papa kedana golongan majoriti sebagai contoh utama, yang kaya raya golongan berkuasa samada politik atau penjawat awam yang menjadi mandor alat kepada pengusaha politik perkauman dulu kini selamanya amin, semuanya demi mengkayakan diri sendiri dahulu kah kah kah kah
ADAKAH LU KIUT SLIM DAN SETIA ?
TAK PERLU
KESIAN
AMIN
JIKA LU KIUT
SLIM SETIA
MACAM TAK TAK
JEMPUT
DATANG NGOPI
DI BRICKFIELD
KHALAS
Jigit commented on
"PAGI INI"
Kasian Mamat Sakai ni....dah tua tak ramai insan yang ingin dampingi beliau....lalu dia bersahabat dengan haiwan.......anjing, burung, ayam hutan, unggas rimba.
Adapun anjing walau sekali sekala menggigit tangan orang yang melepaskannya dari tersepit, namun di kebanyakan situasi ia adalah haiwan yang setia. Tidak seperti UMNO yang setianya kpd MADANON adalah palsu belaka. UMNO tak ubah seperti anjing yang menggigit tangan orang yang melepaskannya dari jerat. Padan muka Mat Nuwar.
ADA 72 XTRA BIDADARI DI SYURGA
JIKA ALIFF
TAK NAK MASUK
SYURGA JANGAN
GANGGU & KACAU
BIARKAN
AMIN
ERTINYA ADA
72 BIDADARI X-TRA
DI SYURGA
KHALAS
Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) menahan seorang lelaki, yang dikenali sebagai Aliff Daniel, kerana disyaki terlibat dalam ritual bukan Islam sehingga mencetuskan kecaman di media sosial.
Dalam satu kenyataan hari ini, Pengarah Jais, Shahzihan Ahmad berkata Aliff dan ibunya ditahan pada waktu tengah hari di Kuala Lumpur oleh anggota Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) selepas waran tangkap dikeluarkan oleh Mahkamah Syariah Shah Alam.
Kedua-dua mereka disiasat di bawah Seksyen 4 dan 10 Enakmen Jenayah Syariah (Selangor) 1995. Shahzihan menjelaskan Jais mula menjalankan siasatan selepas video mengenai kesalahan berkenaan tular.
Seksyen 4 membabitkan perbuatan memuja atau melakukan tindakan pemujaan yang bertentangan dengan hukum syarak, manakala Seksyen 10 berkaitan tindakan menghina atau menyebabkan agama Islam dipandang hina.
Jais juga dijangka memanggil sekurang-kurangnya 14 individu lain bagi membantu siasatan.
Mohd Shahzihan berkata Jais memandang serius perkara itu dan akan memastikan tindakan diambil berdasarkan bidang kuasa, undang-undang dan fakta kes.
“Kami berharap semua pihak memberikan ruang kepada pihak berkuasa bagi melengkapkan siasatan.
“Orang ramai dinasihatkan supaya tidak membuat sebarang spekulasi atau menyebarkan maklumat yang belum disahkan,” katanya dalam kenyataan itu.
Terdahulu, ikedua-dua mereka yang berusia 21 dan 52 tahun itu dibawa ke Bahagian Pengurusan Penguatkuasaan Jais, Bangunan Sultan Idris Shah, di Shah Alam pada 3.50 petang bagi membantu siasatan dengan menaiki van penguat kuasa jabatan itu.
Visual penahanan Aliff yang dimuat naik dalam talian menunjukkan dia gari sambil memakai serban dan berjubah hitam.
Sebelum ini, gambar yang tular memaparkan Aliff, yang dipercayai beragama Islam, menyertai pelbagai ritual bukan Islam termasuk mencucuk mukanya dengan objek berbentuk trisula semasa sambutan Thaipusam di Batu Caves.
Beberapa klip video lain menunjukkan Aliff, yang mendakwa dirinya sebagai penyembuh kerohanian, dipercayai menyertai upacara "pembersihan" di satu lokasi di Bali, Indonesia.
Merujuk kepada rakaman video dan gambar berkenaan, gerakan Islam sebelum ini mendesak pihak berkuasa menjalankan siasatan kerana perbuatan itu menyentuh isu akidah serta berpotensi menimbulkan kekeliruan dalam kalangan umat Islam.
Dalam satu kenyataan, gabungan pertubuhan Islam Malaysia menegaskan pemeliharaan akidah ialah perkara asas yang perlu diberi perhatian sewajarnya.
Bagaimanapun, mereka menyatakan kesahihan bahan yang ditularkan, konteks sebenar kejadian serta status agama individu terbabit perlu disahkan terlebih dahulu sebelum sebarang kesimpulan dibuat.
“Sekiranya dakwaan itu terbukti benar dan melibat tindakan yang bertentangan dengan prinsip akidah Islam, tindakan sewajarnya perlu dipertimbangkan mengikut peruntukan undang-undang sedia ada.
“Penerangan berasaskan fakta daripada pihak berkuasa amat penting bagi meredakan kekeliruan serta mengekalkan keyakinan awam terhadap institusi agama,” menurut kenyataan itu lagi.
Gabungan berkenaan turut dianggotai Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim) dan Pertubuhan Ikram Malaysia (Ikram).
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Zulkifli Hasan juga memberitahu pihak berkuasa sedang mengambil tindakan berhubung penyebaran beberapa rakaman video berkaitan insiden tersebut.
KALIMANTA MASIH TERBAKAR
BAHANG PANAS
BAWA KERING
AMIN
KERING BAWA
KEBAKARAN
KHALAS
Kawasan panas kebakaran hutan meningkat lebih dua kali ganda di 6 wilayah keutamaan Indonesia
JAKARTA: Kawasan panas kebakaran hutan dan tanah di enam wilayah keutamaan Indonesia meningkat lebih dua kali ganda dalam tempoh sehari, melonjak daripada 238 kepada 542 dengan keadaan jerebu yang semakin mengancam kualiti udara serta mengganggu perjalanan udara di beberapa bahagian negara itu.
Kementerian Perhutanan memaklumkan, hari ini sebanyak 1,085 kawasan panas dikesan di seluruh negara setakat jam 9 malam tadi berdasarkan pemantauan satelit oleh Sistem Informasi Pengesanan Awal Kebakaran Hutan dan Tanah (SiPongi).
Operasi memadamkan kebakaran terus dijalankan di seluruh Sumatera dan Kalimantan.
Kementerian itu berkata, Kalimantan Tengah mencatatkan bilangan kawasan panas tertinggi dalam kalangan enam wilayah berkenaan, melonjak kepada 227 daripada 74 pada hari sebelumnya, diikuti Sumatera Selatan (147 daripada 121) dan Kalimantan Selatan (113 daripada 15).
Kalimantan Barat merekodkan 31 kawasan panas, meningkat daripada 24, manakala Jambi mencatatkan peningkatan kepada 24 daripada empat. Riau pula tidak mencatatkan sebarang kawasan panas.
Kementerian turut memberi amaran bahawa api boleh terus merebak di bawah permukaan, terutamanya di kawasan tanah gambut, walaupun nyalaan api di bahagian atas sudah dipadamkan.
"Bara api boleh bertahan dan merebak di bawah permukaan walaupun api di atas tanah tidak lagi kelihatan. Justeru, terutamanya di kawasan tanah gambut di Sumatera Selatan dan Kalimantan Tengah, operasi pembasahan dan pendinginan mesti diteruskan sehingga kawasan berkenaan benar-benar selamat," kata kementerian itu dalam satu kenyataan.
Sementara itu, jerebu mengganggu perjalanan udara di timur Indonesia, memaksa pembatalan tujuh penerbangan di Lapangan Terbang Antarabangsa Sultan Hasanuddin di Makassar, Sulawesi Selatan, yang menjejaskan 1,070 penumpang, semalam.
Menurut agensi berita Antara, pembatalan itu membabitkan penerbangan ke Sorong, Ternate, Ambon dan Mamuju, manakala jarak penglihatan yang terhad di Lapangan Terbang Sultan Baabullah di Ternate, Maluku Utara, turut memaksa lencongan penerbangan selepas jarak penglihatan merosot kepada kira-kira 1.2 kilometer.
Dalam pada itu, usaha menyelamat dan melindungi hidupan liar oleh kementerian berkenaan merangkumi 290 ekor haiwan di seluruh negara setakat 8 Oktober, termasuk 96 ekor orang utan Borneo, dengan 272 ekor haiwan direkodkan di empat wilayah di Kalimantan, lapor agensi berita Antara.
ORANG MISKIN TAKDA DUIT BAYAR RASUAH
ORANG MISKIN
TAKDA DUIT
BAYAR RASUAH
AMIN
Unknown commented on
"KENAPA ORANG MISKIN SELALU MATI DALAM LOKAP POLIS?"
orang miskin x boleh rasuah polis. kalau boleh kenapa nak duduk penjara.
kat indon.. penjara boleh modified jadi hotel 5 bintang
kah ka kah
hidup republik...
DI SOSMAKAN
JIKA NABI ISA
MUNCUL
KALI KE 2
DI MALAYSIA
DULU DI ISAKAN
SEKARANG
DI SOSMAKAN
KHALAS
Unknown commented on
"JIKA NABI ISA MUNCUL SEKALI LAGI ?"
menjawab soalan.. kemungkinan besar ya..
sebab ia telah berlaku nabi isa bukan sahaja ditangkap malah disalib..
hanya mereka yang berilmu dan beriman akan mempertahan kenabian nabi isa..
amin.
Unknown commented on
"JIKA NABI ISA MUNCUL SEKALI LAGI ?"
Apakah nabi-nabi dulu pada mulanya dianggap orang gila
PAGI INI
PAGI INI
PAGI INI
RABU 14 OKTOBER 2026
SELAT HORMUZ MASIH DI TUTUP
BARUA AMERIKA TERUS DI SERANG
ANSARALLAH BERJAYA MELEDAKAN IBU PEJABAT ARAMCO DI RIYADH.
Loji minyak dan paip minyak Saudi terus di serang. Eksport minyak Saudi terhenti.
IRAN
Terus membedil kapal tangki minyak yang TIDAK ikut arahan. Lebih dari 5 buah kapal minyak telah meledak.
Amerika tak dapat buat apa-apa – KAH KAH KAH.
RUSIA
Kyiv ibu kota Ukraine terus di bedil. Kali ini tidak ada siren amaran. Ini kerana Amerika TIDAK LAGI memberi maklumat ketenteraan untuk Ukraine. Ukraine dah lopong.
MAT TERAM mahu Ukraine lantik Presiden baru – ganti Zelensky.
IMF
Satu amaran telah di keluarkan oleh IMF – DAYA TAHAN EKONOMI DUNIA SEDANG DI CABAR.
Jika PERANG IRAN berterusan maka ada kemungkinan banyak negara akan jatuh muflis – kerana tak sanggup beli minyak - kah kah kah
HOKKIEN
Pagi ini kering – kemarin ujan tak jadi. JEREBU masih menyerang. KL & KL Sentral berjerebu tebal. Matahari masih BOLA API.
Ha ha – Pagi ini ramai datang ke lorong masuk – Puppy Itam dan Siti datang sama. Paling indah pagi ini Tim Emak Tetek Lanjut dengan Geng Putih dah bersama TIDAK BERGADUH – semua makan bersama.
Gua beri makan satu tempat.
Puppy Itam cukup berani DAH JADI MACAM SITI berani makan dekat gua.
Bila Puppy Itam makan dekat – dapat dilihat kulit berpenyakit – pagi ini gua beri dia hati ayam dan keropok.
Pagi ini Terkukur datang makan – Tiong tak berlabuh.
Hari ini akan panas. Wahai hujan datanglah bersihkan dan basuh jerebu yang dah hampir 3 bulan membawa bahaya. Amin
BRO
SENYUM
SENYUM SAMBUT
PAGI RABU
Pohon manggis di tepi rawa
Tempat tumbuh bunga cempaka
Jangan menangis mari tertawa
Kita tibai si Madafaka
Ceduk air di dalam perigi
Timbanya bertangkai logam suasa
Bila Madafaka berjaya di halau pergi
Satu negara berjoget berdansa
LAKUKAN SEKARANG
LAKUKAN HARI INI
SELAMAT BEKERJA
Langgan:
Catatan (Atom)
















