Rabu, 12 Februari 2014

MEMAHAMI KAJANG







KHALID DAN AZMIN

Umum tahu Azmin Ali telah memasang niat untuk menjadi Menteri Besar Selangor. Umum juga tahu bahawa Parti PAS dan DAP – sekutu PKR dalam Pakatan Rakyat – tidak memiliki keyakinan terhadap sosok yang bernama Azmin Ali. Perlu diingatkan bahawa - kurang yakinnya PAS dan DAP terhadap Azmin Ali ini tidak  ada sangkut paut dengan  ‘perempuan heboh’ yang bernama Ummi Hufilda Ali.

Hanya PAS dan DAP sahaja yang dapat menjawab kenapa mereka merasa tidak yakin terhadap si Azmin. Apa dalam hati perut dua buah parti politik ini hanya mereka sendiri yang tahu. Keyakinan seharusnya wujud kerana  dua parti ini terikat dalam satu perserikatan bersama PKR. Dalam masa yang sama  Azmin Ali yang tidak diyakini ini  berpangat Timbalan Presiden PKR. 

Mungkin PAS dan DAP juga menyedari dan terpengaruh apabila mengetahui bahawa sosok yang  bernama Azmin Ali ini tidak diminati ramai dalam PKR sendiri. Azmin Ali disurahkan  sebagai pemilik  DNA United Malays National Organisation. Azmin disurahkan sebagai sedang  membawa budaya gerombolan ‘lanun Melayu’ ke dalam badan politik PKR.

Jika ini hujahnya - sayugia diingatkan bahawa bukan Azmin Ali seorang sahaja yang memilik DNA gerombolan Ketuanan Melayu. Ramai pemimpin tertinggi  PKR memiliki DNA yang sama.  Ketua Umum PKR Anwar Ibrahim, Saifuddin Nasution, Johari Andul, Rahim Ghause – adalah watak-watak yang dikenali umum yang memiliki DNA United Malaya National Organisation. Jangan kita lupa bahawa Khalid Ibrahim juga adalah DNA ‘budak  ekonomi’ United Malays National Organisation. DNA inilah yang  membolehkan si Khalid ini menjadi kaya raya malah berupaya untuk berhutang  berjuta ringgit.

Kenapa Azmin Ali  dikatakan membawa DNA berbarah ini akan dapat kita fahami dengan melihat apa yang sedang berlaku dalam Kerajaan Selangor sekarang. Heboh-heboh tentang PKNS. Berlakunya pilihanraya kecil Dun N25 Kajang. Babak-babak dan berita ini jika diselidiki akan membawa percerahan untuk ahli PKR dan  para pembaca. Akan  mengenali siapa si Azmin Ali  dan siapa  Khalid Ibrahim. Dua  protoganis politik Selangor.

Minggu ini  ada satu berita tentang Azmin Ali  telah bocor. Berita ini melaporkan bahawa Azmin Ali telah mengambil duit dari seorang Cukong. Ada yang berkata Azmin ambil 8 ringgit, ada yang berkata 80 ringgit ,  ada yang kata 800 ringgit – malah ada yang kata 8 juta ringgit. Duit sebanyak ini telah masuk ke dalam saku Azmin Ali sebelum PRU13. Jumlah berapa banyak duit dirembat tidak penting.

Yang penting apakah surah ini hanya ayat-ayat songsang dari laman-laman web. Tidak dijelaskan bagaimana  duit ini masuk? Siapa memasukan?  Apakah surah-surah ini saheh. Apakah Tok Perawinya boleh diyakini? Semua ini hanya boleh dirungkai oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia.

Mengikut laman  FreeMalaysia Today – yang kepastiannya – masih dianggap Pak Pandir – Si Azmin ini  telah menerima  duit ini sebagai habuan untuk meluluskan satu projek PKNS yang tersangkut. Apakah duit 80 ringgit ini bertujuan untuk membeli minyak pelincir masih belum ada kepastian. Hanya SPRM yang maha mengetahui.

Laman FreeMalaysia Today ini – yang memang tidak bersimpati kepada PKR – pasti gumbira apabila berjaya  melaporkan berita ini. Tetapi kesahehan berita duit untuk meluluskan projek tergendala ini hanya Desas bin Lebai Desus. Boleh dilihat sebagai fitnah dan tohman untuk merosakan Azmin Ali. Bertujuan untuk mencurah minyak agar Azmin dan Khalid terus bergelawak.  Grande finalenya untuk merosakkan PKR. Hanya SPRM yang maha mengetahui.

Dalam masa yang sama kesah Azmin ambil duit ini masuk akal juga. Untuk pengundi di Gombak atau di Seri Setia – mereka tertanya-tanya  kenapa si Azmin ini gila-gila sangat nak jadi MB Selangor? Kenapa bagitu gian hendak jadi MB?  Tidak cukupkan menjadi Adun dan YB Parlimen Gombak? Kalau ingin membantu  rakyat, kalau mahu menolong  warga miskin apakah perlu menjadi MB?. Soalan-soalan ini telah berdengong disemua kepala yang berfikr.  Macam ada Cukong di sebalik Gombak.

Mari kita lihat perangai Azmin samenjak selesai PRU13 dahulu. Apabila rakyat bangun membantah penipuan PRU13 – Si Azmin Ali ini baling spana. Azmin memberi ingatan agar orang ramai TIDAK dibawa ke jalan raya.  Twiter Azmin yang mempertikaikan  langkah turun ke jalan raya  untuk membantah penipun PRU13. Isi twiter si Azmin ini jelas bersifat ‘ sabotaj’. Ini ciri dan watak  DNA United Malays National Organisation.

Isi twiter yang berbunyi  ‘ mengheret rakyat ke jalan raya, menggunakan rakyat untuk ajenda pribadi’ adalah hujah yang selalu kita dengar dan kita baca.  Hujah ini kita  baca dari Utusan. Hujah ini kita  dengar dari TV3. Kita mendegar  hujah ini keluar dari mulut bengolan politikus Ketuanan Melayu. Kita mendengar hujah ini berulang-ulang  saperti rekod rosak sedang berputar. Maka pada ketika itu isi tweeter si  Azmin Ali ini dilihat sebagai usaha untuk mematahkan semangat anak muda yang merasa tidak puas hati kerana telah ditipu oleh SPR.

Bagaimana pulak dengan  protoganis seorang lagi yang bernama Khalid Ibrahim?

Si Khalid diheboh-hebohkan  sebagai ‘ Mat Bersih’   tidak rasuah.  Untuk pertama kalinya dalam sejarah Selangor ada seorang MB yang tidak makan rasuah. Tetapi dalam politik sifat tidak ambil rasuah ini belum mencukupi. Bersih tanpa rasuah adalah sifat yang baik. Sifat ini menjadi tidak bermakna apabila  tidak dikahwinkan dengan kecekapan berpolitik.  Kesah Khalid tak tahu ‘politik’ telah menjadi cerita rakyat.

Contohnya : PKR ingin membantu memperkuatkan kedudukan MB Khalid Ibrahim. PKR menghantar Saifuddin Nasution sebagai ‘Chief of Staff’. Apa jawapan Khalid Ibrahim? Dia buat dek. Akhirnya Saifuddin Nasution S/U Agong PKR meletakan  jawatan tersebut. Jika babak ini bukan bebal politik maka Rosmah Mansor masih anak dara.

Lihat pula langkah Khalid memberhentikan pegawai PKNS. Haji Desas bin Lebai Desus telah berkata bahawa  beberapa  orang pegawai PKNS ini adalah   ‘ budak suruhan Azmin Ali’ yang mendapat upah lumayan. Tetapi, dalam masa yang sama  ramai juga pegawai PKNS ini yang tidak ada sangkut paut dengan Azmin Ali. Mereka ini tenaga profesional tetapi mereka juga turut ditamatkan kontrek. Mereka menjadi  mangsa pertempuran Khalid dengan Azmin.

Memang betul dari segi undang-undang Khalid Ibrahim tidak boleh didakwa dakwa kerana ‘ kontrek tamat’. Period.  Ini sama  saperti - Dolah Badawi juga tak boleh didakwa dakwi apabila menggunakan ISA untuk menangkap  10 ornag Refomis. Dolah Badawi melakukan tangkapan berlandaskan undang-undang. Jelas hukum dan undang-undang dijadikan benteng untuk melakukan kezaliman.

Adalah TIDAK tepat apabila dihujah bahawa PRK N25 Kajang muncul kerana PKR ingin menyelesaikan masalah Azmin dan Khalid. Hujah dan surah songsang ini datang dari Kelas Berleter yang mengaku berimankan demokrasi. Kelas Berleter  yang tidak tahu hujung pangkal,  hanya mendapat maklumat dari media milik United Malays National Organisation.  Kelas Berleter melihat PRK Kajang  sebagai jalan penyelesaian masalah dalaman PKR.

Memang betul PKR memiliki masalah dalaman. Memang betul PKR ada masalah  - Azmin dan Khalid. Tidak ada parti politik yang tidak memiliki masalah dalaman. Parti politik hidup bernafas dalam dialektik. Dialetika inilah yang memberi oxygen untuk parti politik terus berjuang.

Dalam kes PKR ini – seharusnya  Azmin dan Khalid menenggelamkan perbalahan mereka. Seharusnya mereka melihat strateji N25 ini sebagai satu langkah yang mengjangkau luas. Perancangan N25 yang melintasi  Gombak dan Ijok. Melintasi  Bukit Antarabangsa dan Bandar Tun Razak.  Sayangnya kedua protoganis ini ingin terus bertempur.

Umum memahami keadaan Khalid Ibrahim yang sedang diasak.  Umum tahu N25 ini akan membawa satu perubahan besar keatas Selangor. Sama ada Anwar Ibrahim jadi MB atau tidak bukan persolaan. Yang induk ialah  harapan 52% rakyat Malaysia. Jumlah 52% ini ialah pengundi yang telah memilih Pakatan Rakyat dalam PRU13 tetapi kemenangan telah dirampas. 52% rakyat Malaysia mahu melihat Anwar masuk ke dalam pentabiran kerajaan Selangor secara dipilih rakyat. 52% rakyat Malaysia akan menunggu impaknya keatas politik nasional.

Jika Khalid melepaskan jawatan kepada Anwar Ibrahim maka Khalid Ibrahim akan dingati bukan hanya sebagai sosok tidak rasuah tetapi juga  sosok yang mengundur kerana faham adanya strateji politik yang lebih besar. Khalid Ibrahim  juga  faham bahawa dirinya akan terus diperlukan. Fikrah ekonomi Khalid Ibrahim akan  terus dicontohi.  Dawn Raid  akan dinobatkan sebagai Khalid Ibrahim.

Umum  juga memahami Azmin  yang dalam keadaan -  do or die. Ini berlatarkan  kenyataan Khalid yang ingin membawa masuk SPRM  untuk menyiasat siapa yang memberhentikan Azmin Ali dari PKNS. Pasti ramai pembaca yang lalai dan tidak ambil peka kenyataan Khalid ini. Sambil lewa Khalid berkata bahawa SPRM akan dibawa masuk untuk menyiasat.  Siapa yang peka akan bertanya: Kenapa SPRM dibawa masuk walhal ini hanya kes buang kerja. Ini bukan kes rasuah. Tetapi siapa terberak dialah yang terbau kentut.

Jika Azmin tidak terketut maka dia tidak perlu takut kepada kehadiran SPRM yang akan menyiasat apa sahaja kes yang dilemparkan terhadap dirinya.  Azmin Ali tak perlu  takut hanya kerana dia memiliki DNA United Malays National Ornganisation.

Jika Azmin Ali dan Khalid Ibrahim ingin terus bertempur dan menganggu gugat PRK N25 – tidak banyak yang dapat kita lakukan. Khalid Ibrahim  MB Selangor. Azmin Ali Timbalan Presiden PKR. Kedua-dua bukan kecik anak. Jika mereka ingin terus bertempur dan terus degil sombong  maka  Si Luncai akan terjun dengan  labu-labunnya. Yang menang tenggelam jadi arang yang kalah bertaburan  menjadi debu.  (TT)

 
 NOTA
tulisan ini telah disiarkan'
dalam SUARA KEADILAN terbaru
sesiapa ingin melanggan akhbar mingguan ini
sila pukul talipon 03- 92-21-10-45





----------

11 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Perubahan azmin mula nampak msa selepas pru12. Kemasukan ramai ahli baru terutamanya golongan ' profesional' kununnya la ini lah yang telah mempengaruhi azmin. Kebanyakan calon kerusi parlimen diberi pada orang azmin. Semua nya yang mahukan power dan wang lebih. Ini lah yang aku selalu komen dalam blog tt dulu tapi tak pernah tt approve. Anyway nasib baik orang orang dia kalah. Kalo tak mesti dia tengah berebut dengan anwar nak jadi pm

Tanpa Nama berkata...

Ulasan paling menarik. Isi sebab musabab diolah lengkap, logis dan munasabah. Gaya susunan bahasa mantap. Pengolahan ayat gramatis. Mustahil PAS, Khalid, Azmin dan penyokong PKR masih tidak mampu memahami situasi di Kajang. Yang masih menjerit2 tidak faham ialah mereka yang jahil permainan dan selok-belok politik.

Tanpa Nama berkata...

PECAT JE DNA UMNO YG ADA DLM PKR.

TUNGGU LAMA2 LAGI BANYAK RASUAH.

LAST2 PKR JATUH BALIK.

ATUR STRATEGI BRO SINGKIR DNA UMNO.

SOSIALIS TAKKAN SETUJU PERASUAH KETUANAN DNA UMNO DLM PKR.

KUMPULKAN AHLI2 SOSIALIS AMBIL ALIH PKR.

TAKKAN NAK TUNGGU PKR JATUH DISEBABKAN PERASUAH DNA UMNO, BARU SOSIALIS NAK AMBIL ALIH.

KOMPLOT SAMA MAT SABU. MAT SABU BOLEH JADI PRESIDEN PKR-SOSIALIS.

Tanpa Nama berkata...

TT, kau berfalsampah sampai aku tak faham langsung. Adakah aku juga DNA United Malay No Otak?Kah..kah..kah..
Tapi yang pasti jangan fikir pasal Azmin dan Khalid kerana kedua-duanya adalah manusia yang baik bagi rakyat malaysia, walaupun dituduh mempunyai DNA parti UmnoNgok tu...kah..kah..kah..
Kalau TT juga cuba nak percaya berita dari FreeMalaysia Today yang juga kembar siam dengan Utusan meloya, adalah sangat malang kerana kedua-dua berita adalah dari DNA yang sama. Patut humban saja dalam jamban.Walau apapun PRK Kajang adalah permulaan baik untuk humbankan gerombolan bengolan si UMNOngok tu.kah..kah..kah..

Tanpa Nama berkata...

Kalu sebahagian besar pemimpin PKR masih ada dna UMNO, iaitu mengakidahkan Ketuanan Melayu tetapi tidak menonjolkannya lagi dan warga/atau rakyat Malaysia masih boleh menerima hakikat itu maka gelap lagi masa depan negara kerna nanti tak banyak perbezaan signifikan antara UMNO dan PKR ni, apatah lagi Tengku Razaleigh pun ada dna kuat UMNO dan orang-orang PAS begitu jua dalam tubuh /minda mereka kecuali tidak ditelanjangkan lagi. Walhasil nanti ada dua kumpulan ni PKR dan UMNO sama aje dan rakyat letih dan bosan nanti nak dukung mereka atau rakyat tiada pilihan kerana takut nak pilih DAP/PSM/PRM kerana momokan terhadap mereka telah menjauhi rakyat majoriti kepada mereka. Hai apalah nasib Malaysia? Kena klentong nampaknya untuk satu jangka masa yang lama.

Tanpa Nama berkata...

1.ginilah bhaii!!kalu teruknya siazmin tu apa sebab anuar dok menongkoi jee!!tak berani kata apa!!
2.sebab masing-masing ada "RAHSIA"!!
3.kah!kah!kah!!si khalid tu kira oklah jadi MB selangor!!kalau azmin atau anuar brahimm!!kah!!kah!kah!!gelak je puak-puak kapiaq nanti!!terutama si kapal singh!!!

Tanpa Nama berkata...

sebelum pilihanraya 13 rakyat selangor jangka tski kekal mb..kalau habaq awal anwar atau azmin jadi mb, rasanya lain keputusannya..rakyat selangor muak politik, kami nak profesional jadi mb..

aymy8888

Tanpa Nama berkata...

http://www.selangorku.com/?p=18802

tabn seri khalid bersih? tak terlibat dalam kes rasuah?

sila bacaan artikel dlm sgorku ini, siapa yg buat kajian tersebut?

siapa pula yg diberi kontrak untuk buat kajian ini? rm 5 juta siapa yg dapat? sila tanya tan seri khalid. pejabat mb selalu menerima kunjungan drp bekas rakan beliau di guthrie, adakah mereka ke sana untuk minum kopi? siapakah tan aik mong? ini kena tanya tan seri khalid kerana berapa juta ringgit dr grant selangorku jatuh ke tangan bekas rakan-rakan dr guthrie?
tanya betul-betul baru tau ada rasuah atau tak

Tanpa Nama berkata...

Anon 4.46 golak den baco ekau pnnyo komen. Berapo korat bonar sosialis kek Malaysia ni. Bab DNA UMNO tu pulak boleh kata 50 peratus pemimpin PKR ada bondo alah tu. Ekau orang sosialis masuklah PSM apo jadahnyo ekau masuk PKR. Bro Isham ekau orang sosialis-marxis tak nak tubuh parti sosialis-marxis ke. Tubuhkanlah Parti Marxis Malaysia atau Parti Leninist-Maoist Malaysia. Dulu heboh kato marxis ni cool and chick tapi kenapo ekau tak tubuh persatuan. Tapi torus torang den cakap den tak akan masuk kalau ekau tubuh parti pasal eden ni Islamist, jadi eden masuk yang berkaitan dengan Islam.

Tanpa Nama berkata...

hanya utusan menyokong azmin.....
benar lagi benar.....
jahatnya susuk ini....
kah....kah....kah....

Guaikutsuka berkata...

Gua duk nampak, PRK kajang satu langkah dari beberapa langkah atau game lain.

Kerajaan Najib Rosmah tengah lemah sangat sekarang, semua makin berani menentang, dah kena tipu hidup hidup.
Itu lah, laung lagi hidup hidup, hidup melayu.

Kena perut sendiri baru ada akal.

Tapi takpa, game yang lebih besar di hari buruh, atau sekitar mei

Gua memecah berita ni.
KAH KAH KAH