Rabu, 8 Oktober 2014

APA DIA EMPIRE AMERIKA






APA ITU EMPIRE AMERIKA

Sejarah telah merakamkan empire Iskandar Zulkarnain. Sejarah telah merakamkan empire Mongol Genghis Khan. Sejarah telah merakamkan empire Napoleon. Dunia telah membaca sejarah empire Portugal dan Sepanyol. Sejarah pernah menulis 'the sun never set on the British Empire – matahari terus bersinar untuk empire British. Jepun juga telah mencuba mendirikan empire. Semua empire dan tanah jajahan yang dimiliki oleh kuasa imperial akhirnya runtuh.

Kini dunia sedang berhadapan dengan empire Amerika. Kacau bilau dan huru hara yang sedang berlaku diatas muka bumi pada ketika ini semuanya berpunca dari kuasa imperial Amerika Syarikat.

Apa itu kuasa imperialis? Apa itu kuasa imperial? Imperialis ialah tahap akhir dalam perkembangan sistem ekonomi kapitalis. Pada awalnya sistem ekonomi kapitalis mula berniaga – jual beli - dalam negara sendiri. Pasaran hanya berlaku dalam negara. Apabila keuntungan banyak terkumpul maka ianya dijadikan modal. Dan modal ini perlu mencari pasaran yang baru. Barang buatan dalam negeri wajib mencari pembeli baru.

Contohnya: Pada satu ketika dahulu kita membeli pinggan mangkok dari Manchester dan Sheffield. Kita membeli kereta Morris Minor dan Austin. Ini ketika Tanah Melayu dibawah penjajah British. Kuasa imperial British terus memerlukan pembeli baru. Bukan sahaja pasaran yang dicari malah kuasa imperial ini juga mengambil bahan bahan mentah – bijih emas kayu kayan - dari tanah jajahan. Bahan ini diproses kemudian dijual kembali ke tanah jajahan.

Apabila kuasa jual beli sademikian berjalan ke luar naegara maka ianya dipanggil sistem ekonomi penjajah. Syarikat tempatan kini menjadi syarikat multinasional. Inilah tahap tertinggi sistem ekonomi kapitalis juga didalangi oleh kuasa imperialis atau kuasa imperial.

Tapi anak tanah jajahan tidak terlentang menerima dengan tangan terbuka. Penentangan berlaku. Di Tanah Melayu muncul Tok Janggut, Datuk Bahaman, Maharaja Lela – mereka bangun angkat senjata menentang kuasa British ini. Justeru kuasa imperial British memerlukan bala tentera.

Maka kita lihat satu ketika dahulu ada soldadu Belanda di Melaka. Kita teringat ada soldadu Inggeris di Kem Terendak Melaka. Ada tentera udara British di Butterworth. Semua ini adalah ciri watak sebuah empire. Hakikatnya, harta Tuan Penjajah perlu dikawal oleh bala tentera untuk memastikan keuntungan selamat pulang ke London.

Hari ini British Empire telah runtuh. Dunia hari ini sedang berhadapan dengan American Empire. Amerika memiliki lebih dari 700 pengkalan tentera – udara laut dan darat - berselirat di seluruh dunia. Serbanyak 63 buah negara dalam dunia ini telah menjadi tempat soldadu Amerika bersarang. Inilah kuasa imperialis yang terbesar dan terkuat dalam sejarah umat manusia.

Kuasa kaum pemodal Amerika ini telah menjalinkan kerjasama dengan pemodal British. Malah kaum kapitalis Amerika telah menjalin hubungan intim dengan kaum kapitalis British. Dari segi pensejarahan pemodal Amerika dan British datang dari lubuk yang sama. Justeru mereka dikenali sebagai kuasa imperial Anglo-Amerika.

Kuasa imperial Anglo-Amerika ini sedang menjunam menuju keruntuhan. Kerutuhan ini tidak dapat dielakkan kerana ianya berlaku mengikut hukum sosial – dimana ada penindasan maka disana akan berlaku perlawanan. Hakikatnya untuk mengendalikan sebuah empire bukan satu yang murah.

Sejarah telah merakamkan bagaimana di Tanah Melayu empire British telah diserang oleh Tok Janggut , Chin Peng, Abdullah Sidi dan Rashid Mydin. Kini empire Amerika sedang diserang dari pelbagai pelusuk. Perang Irag, Afghanistan, Libya, Syria, Pakistan – masih belum selesai. Dalam sejarah Amerika, Perang Iraq adalah yang paling lama – kini memasuki tahun ke 11. Harga perang ini telah mencecah 6 trilion dolar.

Dalam pensejarahan tamadun manusia – dalam dekad ini kita telah memasuki tahap terakhir sistem ekonomi kapitalis. Sistem ini tidak dapat lagi mara kehadapan. Pasaran telah tepu. Barangan untuk dijaja telah melambak-lambak. Akhirnya keuntungan yang terkumpul tidak dapat lagi mencari pasaran baru. Apabila ini berlaku maka sistem ekonomi kapitalis akan menguncup, merundum dan runtuh.

Sejarah ini telah berkali-kali berulang. Kali terakhir ialah pada September 2008 apabila banyak syarikat gergasi runtuh muflis. Sistem kapitalis yang bocor ini telah ditampal oleh Barack Obama dengan suntikan 700 bilion dolar.

Dalam masa yang sama sistem ekonomi Amerika ini telah membuka satu bentuk politik baru dalam badan politik kuasa imperial Amerika. Dizaman East India Company (EIC) atau Dutch East India Company (DEIC) dahulu syarikat ini menjadi pemangkin Baginda Queen untuk meluaskan tanah jajahan. Dari segi pensejarahan EIC dan DEIC - dua gerombolan peniaga ini akan tunduk kepada kuasa Baginda Queen. Gerombolan peniaga ini sedar bahawa akhirnya hanya Baginda Queen sahaja yang boleh mengarahkan tentera laut atau darat untuk menjaga kepentingan mereka. Justeru mereka membayar upti kepada Baginda Queen.

Pada awalnya pendekatan yang sama juga telah berlaku di Amerika. Sesudah Perang Dunia Kedua – kaum pemodal Amerika tunduk kepada kepentingan politik dan diplomasi daulah Amerika. Kepentingan negara didahulukan. Kuasa daulah telah membantu kaum pemodal Amerika untuk menjalankan perniagaan di serata pelusuk dunia. Kuasa politik daulah ini juga akan memastikan kaum pemodal Amerika akan mendapat layanan terbaik dari negara Dunia Ketiga. Bala tentera Amerika menjamin kaum pemodal mendapat keuntungan maksima.

Semua ini berubah apabila syarikat ini mengelembong besar untuk menjadi syarikat multinasional. Dari sebuah syarikat Amerika yang kecil kini memiliki jaringan diseluruh dunia. Syarikat ini bukan lagi milik persendirian tetapi dimiliki oleh tuan empunya saham. Kepentingan pemegang saham ini wajib dijaga.

Maka dari sini bermulanya jarum racun syarikat multinasional merancang untuk menggunakan jentera daulah dalam usaha mengembangkan kepentingan perniagaan syarikat. Kalau dahulu syarikat Amerika akan akur mengikut jentera daulah menjaga kepentinagn negara kini apa yang berlaku adalah sebaliknya.

Sejarah merakamkan bagaimana jentera daulah – CIA - telah digunakan oleh syarikat minyak petrolium untuk menjatuhkan kerajaan nasionalis Mossadegh di Iran pada tahun 1953. Syarikat Anglo-Iranian Oil Company yang hari ini menjadi British Petrolium (BP) telah mendalangi rampasan kuasa. Kemudian pada tahun 1954 satu lagi rampasan kuasa CIA telah berlaku di Guatamala. Kali ini untuk mempertahankan kepentingan kebun pisang milik United Fruit Company.

Mengikut hukum kapitalis – dari syarikat kecil dalam negara – kini berkembang ke luar negara – kemudian membesar untuk menjadi apa yang dipanggil Multinational Corporation (MNC) Syarikat MNC ini tidak lagi memiliki identiti kenegaraan. Ini adalah tahap tertinggi dan terakhir dalam percapaian perniagaan kapital.

Wajib disedari bahawa kemunculan syarikat MNC ini berkait rapat dengan dasar globalisasi. Ianya juga berjalan seiring dengan dasar ekonomi kapitalis terbuka. Kemunculan syarikat MNC ini adalah sebahagian dari hukum pejalanan modal dalam usaha untuk mencari keuntungan maksima. Syarikat MNC ialah syarikat global.

Hari ini tidak salah kalau saya katakan bahawa badan politik Amerika bukan lagi milik rakyat Amerika. Cita-cita dan piagam Amerika yang berlandaskan demokrasi kini telah diselewengkan oleh syarikat MNC. Amerika Syarikat yang bangga dengan sistem demokrasi – dari orang ramai untuk orang ramai – kini telah menjadi - dari MNC untuk pemegang saham MNC.

Jangan silap faham Koperation bukan Kooperasi. Koperation bukan syarikat kerjasama yang saling bantu membantu. Koperation ialah syraikat gergasi. Apabila Koperation bergabung dengan satu atau dua buah lagi syarikat maka ianya akan menjadi apa yang dipanggil konglomerate. Inilah syarikat kapitalis yang amat-amat besar. Keuntungan dari sasatengah konglomarate ini mungkin ada yang melebihi perbelanjaan dana beberapa buah negara Dunia Ketiga.

Badan politik Amerika pada ketika saya menulis ini telah menjadi milik koperation, milik syarikat MNC dan milik konglomerate. Bagaimana ini boleh berlaku?

Apa telah terjadi kepada Amerika yang pada satu ketika dahulu satu contoh terbaik sebuah negara demokratik? Warga Amerika bekerja membanting tulang untuk mendirikan Amerika Syarikat yang memiliki keunggulan dibidang sains, teknoloji, keilmuan dan budaya. Apa sudah jadi?

Pada ketika ini Amerika Syarikat masih lagi unggul dibidang sains, teknoloji, masih lagi unggul dibidang keilmuan dan budaya – jika dibandingkan dengan negara yang lain. Tetapi dalam badan politik Amerika semakin jelas dilihat bahawa sistem demokrasi yang menjadfi asas kekuatan Amerika itu telah menjadi lucah dan haprak.

Sistem dua parti – Republikan dan Demokrat – yang menjadi asas demokrasi Amerika kini telah menjadi barang dagangan. Sistem pilihanraya Amerika yang semakin mahal telah membolehkan syarikat MNC membeli Rumah Puteh.(TT)



NOTA
tulisan ini telah disiarkan
dalam SUARA KEADILAN
sesiapa yang ingin melanggan akhbar mingguan ini
sila pukul talipon
03-03-92-21-30- 45
----------------

7 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Nama2 penentang penjajah yg TT sebut tiada seorang pun eeee...adakah eeee halimunan.apakah eeee ini timbul bila masa senang sahaja dan hanya muncul untuk meruntuhkan kejayaan yang orang lain.

Amuraria berkata...

empire mperialis kian kecundang, slowly bro but surely,eee ni spesi cari untung sahaja ,jangan tak tau spesis-spesis eee ni bijak main wayang daa , lihat saja kepala depa sang kutti tu !ABU !

Kupang-kaping berkata...

Amerika sekarang bukan yg dulu. Tapi jua jelas ialah pilihanraya dikuasai oleh wangtunai & demokrasi menjadi perjudian dari satu sudut.Walau itu, isyu2 masyarakat dapat juga diketengahkan. Bila itu berlaku, bijaksana (intelek)menjadi asas & dorongan walau realitinya wang terguna kerna pengurusan usaha. REalitinya juga, itu kapitalisme.

Selagi sistem nilai ekonomi berasas matawang, sukar mencetus keadilan maksima. Kewangan US dikuasa oleh sebuah syarikat - the Federal Reserve. Jadi di mana kuasa rakyat?

Sebenarnya, KERAJAAN US boleh suruh org buat jalanraya kemudian cetak wang untuk bayar. Ini tidak, mereka bagi cek & Fed, sebuah syarikat buat!

Tentulah negara dikuasai syarikat yg mutlak hanye mau wang! Dan ini menyerap satu dunia!

Jadi kita selalu kena crash je bila dia orang ada mimpi atau sukahati.

Macam mana nak cipta dunia baru? Aku tak tau, tapi ade orang di luar sana tau! :-)

Tanpa Nama berkata...

Tuan Guru TT

Empire Mat Mongol masih ber jalan lancar , Mat Mongol Iskandar Zulkarnaen belum runtuh lagi lah.

Mat Mongol masih kuat di Tanah Melayu (dahulu nya Tanah Mamak).

Selagi Mat Mongol masih ber pegang Tahktha , Mat Bahalol (USA) hanya dapat tunggu dan lihat sambil membaca AMANAT BAHALOL.

Tanpa Nama berkata...

Guru hishamuddin rais mohon disurahkan pula perjanjian bretten woods

Tanpa Nama berkata...

Empayar kontot bantut umngok tak sempat merasa globalisasi apabila ketuanan ini panik dalam usaha mempertahankan kuasa.umpama naluri orang tak buat salah apa pula orang itu hendak berasa takut.

Tanpa Nama berkata...

Empayar san miguel takda hati ker buat fiesta cam oktoberfest carslberg untuk tambah keuntungan syarikat dan peribadi.ini untung adalah untung dari 5 cabang benda haram berdaftar dalam mana2 agama 1.arak 2.judi 3.riba 4.lendir.sesungguhnya giliran no susunan tu tak penting yang penting isma akan tolong promo oktoberfest san miguel nanti.